CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9518|Reply: 0

[Kedah] Remaja 13 tahun cuba samun pemandu e-hailing dituduh esok

[Copy link]
Post time 2-12-2023 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Remaja 13 tahun cuba samun pemandu e-hailing dituduh esok


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.




Sungai Petani: Remaja lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai cuba menyamun pemandu kenderaan e-hailing, di tepi jalan Taman Keladi, Isnin lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Petani, esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, arahan pertuduhan terhadap remaja itu dilakukan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, remaja lelaki yang menaiki perkhidmatan e-hailing itu dikatakan cuba mengacu pisau di dada kiri pemandu berusia 65 tahun itu selepas tidak tahan dimaki ketika mengambil semula wang tambang.

Bagaimanapun, pemandu e-hailing itu sempat merampas pisau dan menggigit tangan remaja terbabit untuk mempertahankan diri sebelum suspek melarikan diri.

Dalam pada itu, seorang lelaki warga Nepal berusia 26 tahun di Mahkamah Majistret Gurun, esok atas pertuduhan melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dari penjagaan sah di Pekan Jeniang, Ahad lalu.

Zaidy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan cuba melarikan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di hadapan sebuah kedai roti canai di Pekan Jeniang, Gurun namun gagal apabila dia ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis, jam 7.20 pagi.

Suspek kemudian meluru ke arah mangsa dan mendukungnya sebelum mengundur beberapa langkah sambil mengacukan pisau ke arah leher kanak-kanak terbabit.



Disiarkan pada: Disember 2, 2023 @ 11:03am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21672 Replies : 64
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 5694 Replies : 75
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205096 Replies : 4906
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4338 Replies : 8
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3593 Replies : 23
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12349 Replies : 9
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5692 Replies : 24
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3679 Replies : 28
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5829 Replies : 11
Cara-cara nak tonton siaran TV dan Astro online secara percuma
khairulikhwanCara-cara nak tonton siaran TV dan Astro
Views : 30438 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.060772 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list