CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5822|Reply: 0

[Pulau Pinang] Laungan merdeka oleh 563 murid semarak semangat patriotik

[Copy link]
Post time 16-8-2023 09:24 PM | Show all posts |Read mode
Laungan merdeka oleh 563 murid semarak semangat patriotik


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



SEBAHAGIAN daripada 563 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Jalan Anson, di sini, yang mengambil bahagian pada Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2023. FOTO Zuhainy Zulkiffli.




Georgetown: Lentur buluh daripada rebung, begitu matlamat yang diterapkan warga pendidik Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Jalan Anson di sini, bagi menyemai semangat patriotik dalam kalangan murid.

Seramai 563 murid tahun satu hingga enam sekolah berkenaan mengambil bahagian pada Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2023 peringkat sekolah dengan berpakaian tradisional masing-masing serta mengibar Jalur Gemilang.

Guru Besar Ng Kar Hoong berkata, kelebihan sekolah berkenaan adalah terdiri daripada pelbagai kaum sekaligus selaras dengan seruan Malaysia Madani yang mahu semua hidup bersatu padu.

"Bukan saja kibar bendera dan nyanyikan beberapa lagu patriotik, tetapi kita mahu tanamkan 'semangat Malaysia' dalam kalangan murid sejak di bangku sekolah juga di tempat kelahiran mereka.

"Ia adalah acara tahunan dan kali ini agak meriah malah kami akan teruskan anjurkan bagi tahun akan datang," katanya ketika ditemui di sini.

Acara yang turut disertai seramai 43 guru itu turut dihadiri Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Timur Laut Mohd Mursalin Ramli @Yusof.

Pada acara itu beberapa guru turut melakukan gimik mengayuh basikal yang dihiasi Jalur Gemilang.

Sementara itu, murid, Jovianne Gan Chun Ya, 11, berkata, erti Kemerdekaan ialah apabila Malaysia menjadi negara yang aman dan kini bebas daripada penjajah

"Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia serta berkawan dengan berbilang bangsa, jadi diharap keadaan ini akan berterusan kepada generasi seterusnya," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 16, 2023 @ 8:21pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.070948 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list