CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Selangor] Asnaf perlukan lampin, susu untuk ibu sakit usus

[Copy link]
Post time 20-12-2022 02:56 PM | Show all posts |Read mode

Rosnani melayan ibunya, Rukayah yang terlantar selepas pembedahan akibat penyakit usus di rumahnya di Taman Perdana, Sabak Bernam baru-baru ini.



SABAK BERNAM – Biarpun dihimpit kesusahan dan bergelar asnaf, namun keadaan itu sedikit pun tidak melunturkan jiwa seorang ibu tunggal dalam menjaga ibunya yang kini terlantar selepas pembedahan di Taman Perdana di sini.

Rosnani Baharum, 52, berkata, ibunya, Rukayah Safuan, 77, baharu menjalani pembedahan di Hospital Teluk Intan, Perak, dua minggu lalu.lampin

Menurutnya, ekoran itu dia kini tidak dapat bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada anak sulung perempuan berusia 25 tahun yang bekerja di pasar raya dengan pendapatan bulanan kira-kira RM1,900.
Selain itu, dua lagi anaknya berusia 14 dan 22 tahun.

“Saya minta anak lelaki berhenti kerja bagi membantu me­nguruskan ibu ekoran saya tidak mempunyai kudrat banyak kerana mempunyai penyakit saraf di kaki sebelah kanan.

“Ibu pada awalnya didiagnosis apendiks, namun pemeriksaan lanjut di Hospital Teluk Intan didapati mempunyai penyakit usus sebelum dibedah,” katanya.

Rosnani yang menjaga ibunya sejak tujuh tahun lalu memaklumkan, dia terpaksa bergantung kepada ihsan anak saudaranya bagi membawa ibunya menjalani pemeriksaan kesihatan setiap hari di sebuah klinik.

“Saya tidak minta wang, cukup sekadar mendapat keperluan asas katil boleh laras di samping lampin pakai buang dan susu formula, sudah rahmat bagi saya.

“Setakat ini, saya mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor untuk rumah sewa yang didiami sejak 12 tahun lalu dan pendidikan anak yang kini di tingkatan empat,” katanya.

Katanya, dia sebelum ini membesarkan tiga anaknya dengan pendapatan sebanyak RM900 sebagai pekerja di sebuah kedai kek sebelum terpaksa berhenti empat tahun lalu susulan masalah saraf kaki kanannya.

“Saya pun bukan orang ­senang dan semasa awal Perintah Kawalan Pergerakan kami sekeluarga terpaksa makan nasi campur garam sahaja selama seminggu. Bersyukur jiran-jiran banyak membantu,”ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rosnani di talian 010-837 2369.

https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... tuk-ibu-sakit-usus/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.059847 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list