CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1070|Reply: 0

[Perak] Dua penyelam hilang di Pulau Jarak ditemukan selamat

[Copy link]
Post time 10-4-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Lumut: Dua penyelam tempatan yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti selam skuba bersama tiga rakan di perairan Pulau Jarak, di sini, ditemukan selamat, malam tadi.

Dua lelaki berkenaan berasal daripada Kampung Acheh dikatakan berpaut pada jeti di Pulau Jarak bagi menyelamatkan diri sebelum diselamatkan pada 7.40 malam.

Difahamkan, mereka dibantu anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di pulau berkenaan.

Kejadian turut dimaklumkan kepada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak untuk tindakan lanjut.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 7.04 malam.

Katanya, maklumat sama turut disalurkan kepada Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, dan Maritim Component Operation Comander (MCOC) untuk bantuan dalam usaha menyelamatkan mangsa.

"Mangsa yang ditemukan berpaut pada jeti Pulau Jarak bagi menyelamatkan diri itu berada dalam keadaan selamat dan stabil ketika dibawa ke jeti.

"Mereka kemudiannya dipindahkan ke Pulau Jarak untuk pemantauan kesihatan oleh anggota TLDM bertugas di pulau berkenaan dan akan dibawa ke Lumut dengan bantuan aset TLDM serta dua anggota APMM Perak, hari ini," katanya dalam satu kenyataan.

Shahrizan berkata, sebelum itu, dua mangsa itu melakukan aktiviti selam skuba di kawasan Pulau Jarak bersama tiga rakan penyelam lain yang juga warga tempatan dengan menaiki bot sewa.

Menurutnya, mereka kemudiannya didapati tidak kelihatan di permukaan air.

"Pengendali bot juga berusaha mencari mangsa selama sejam di kawasan berkenaan namun tidak menemui sebarang petunjuk sehingga laporan dibuat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-ditemukan-selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.391932 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list