Edited by JoyahMengayah at 6-6-2024 11:45 PM
Seringkali kita mendengar rungutan yang sering disuarakan oleh wanita di laman media sosial apabila pasangan suami mengatakan hubungan seksual tidak lagi ‘puas’. Ini sangat merisaukan kerana ia merupakan petanda Miss V longgar!
Khususnya untuk anda yang sudah berkahwin, penting untuk sentiasa memeriksa tahap kelonggaran vagina supaya tidak menimbulkan masalah kesihatan yang lain. Paling penting adalah untuk menyediakan pengalaman seksual yang berkualiti untuk pasangan.
Kadangkala, otot dan jenis tisu lain yang menahan segala-galanya di kawasan pelvis ini boleh menjadi renggang, lemah atau terkoyak. Apabila itu berlaku,keadaan yang dikenali sebagai prolapse boleh membuatkan vagina atau Miss V anda menjadi longgar.
Antara beberapa faktor yang menyebabkan vagina anda longgar adalah:
-Bersalin normal
-Obesiti
-Penuaan
-Kecederaan (pernah melakukan pembedahan pelvis)
-Ketegangan kronik
Jadi, untuk anda ingin mengetahui jika anda mengalami masalah vagina longgar, berikut merupakan 5 tanda: 1. Susah untuk kencing Salah satu cara untuk anda mengetahui bahawa Miss V anda longgar adalah anda mengalami kesukaran untuk kencing. Rasa terbakar, pedih dan tidak puas untuk kencing menjadikan anda tidak selesa. Anda perlu batuk, bersin atau ketawa sedikit untuk mengeluarkan saki baki air kencing.
2.Boleh masukkan 3 jari ke dalam vagina Tahukah anda bahawa apabila si ibu boleh memasukkan 3 jari ke dalam dinding vagina tanpa masalah, ini adalah cara untuk mengetahui Miss V anda longgar. Bukan itu sahaja, kalau mainan seks yang lebih besar pun lebih mudah masuk ke dalam vagina, ini menandakan bahawa Miss V anda sudah regang.
3.Suami minta rapatkan kaki semasa berhubungan Kalau anda perasan semasa melakukan hubungan seksual bersama suami, mereka akan minta untuk merapatkan kaki. Kenapa kena rapatkan kaki? Ini kerana si suami sukar untuk mendapatkan kepuasan klimaks kerana vagina anda sudah longgar. Kalau boleh, tanyakan kepada si suami sama ada mereka puas atau tidak.
4.Kentut vagina Pernah tak anda mengalami kentut keluar dari vagina? Mungkin rasa ini perkara biasa namun, ini merupakan cara untuk anda mengetahui bahawa Miss V sudah longgar. Kondisi ini berkaku kerana terdapat gas vagina yang terperangkap dari dalam Miss V. Angin sudah mula masuk kerana vagina dah longgar.
5.Susah nak capai klimaks Inilah yang merisaukan kaum wanita kerana apabila Miss V longgar, sukar untuk si suami mencapai tahap klimaks yang diinginkan apabila melalukan hubungan seksual. Bahkan, keinginan untuk melakukan hubungan seksual juga menurun tidak kira untuk si isteri atau si suami.
*Dapatkan rawatan dan petua yang betul supaya dapat ‘merapatkan’ semula vagina yang longgar tersebut. Jangan jadikan ini alasan untuk suami mula cari perempuan lain ya!
|