CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 741|Reply: 2

[Dunia] Netflix disaman RM20.95 juta

 Close [Copy link]
Post time 30-1-2022 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Netflix disaman RM20.95 juta


Logo Netflix pada pejabatnya di Hollywood, Los Angeles, California di Amerika Syarikat. - Foto REUTERS

LOS ANGELES: Los Angeles: Syarikat penstriman terkenal, Netflix, bakal berdepan saman fitnah AS$5 juta (RM20.95 juta) difailkan pakar catur Georgia yang mendakwa difitnah dalam salah satu episod popular, 'The Queen's Gambit'.

Nona Gaprindashvili, wanita pertama mencapai status 'Grandmaster' catur, mengemukakan saman itu di Mahkamah Persekutuan September lalu, menurut The Guardian.

Mahkamah di California Khamis lalu menolak permohonan Netflix membatalkan saman itu.

Gaprindashvili, 80, mendakwa ungkapan wataknya dalam siri berkenaan yang berkata beliau 'tidak pernah berdepan dengan lelaki' sepanjang kerjayanya, sebagai berunsur menghina dan memperkecilkan wanita.

Pada hakikatnya, beliau bersaing dengan puluhan pemain catur lelaki sehingga 1968 iaitu tempoh yang dipilih bagi penggambaran siri popular 'The Queen's Gambit'.

Peguam Netflix cuba membatalkan saman berkenaan atas alasan siri berkenaan berasaskan fiksyen dan tidak dilindungi oleh Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat (AS), yang melindungi kebebasan bersuara.

Namun, Hakim Persekutuan, Virginia Phillips, menolak usul itu dengan mengatakan alasan bahawa siri berkenaan berasaskan fiksyen tidak mengecualikan Netflix daripada saman malu.

'The Queen's Gambit' yang dibintangi Anya Taylor-Joy, adalah berdasarkan novel terbitan 1983 oleh Walter Tevis, mengenai kehidupan seorang anak yatim yang menjadi pemain catur terkemuka dunia.

Walaupun watak utama, Beth Harmon, sebenarnya tidak wujud, beberapa watak pemain catur lain termasuk Gaprindashvili adalah benar.

Gaprindashvili adalah wanita pertama dianugerahkan gelaran 'Grandmaster' oleh Persekutuan Catur Antarabangsa pada 1978. - AFP

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... disaman-rm2095-juta

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2022 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Caturanga tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 07:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bagi 'ratings' Rendah,Wanita Indonesia ini Kiciwa tak dapat layanan 'VIP' bersalin czer di hospital kerajaan.Netizen kecam tidak reti bersyukur
YgBenarBagi 'ratings' Rendah,Wanita Ind
Views : 6581 Replies : 48
Tengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
prettygoodTengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
Views : 26305 Replies : 352
Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan sekolah
ultra78Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan
Views : 9223 Replies : 15
'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertudung lah betina,' pembuli siber bakal terima surat saman
JoyahMengayah'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertu
Views : 19825 Replies : 23
Nampak tak?
stingerkaypohNampak tak?
Views : 5356 Replies : 19
Rita Rudaini luah bangga membesar di zaman Tun Mahathir
mojarean_XRita Rudaini luah bangga membesar di zam
Views : 15699 Replies : 7
Menggembara solo, pernah cuba?
stingerkaypohMenggembara solo, pernah cuba?
Views : 8143 Replies : 30
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 89579 Replies : 631
Raya haji pun dijangka sesak teruk
maklukpenggodaRaya haji pun dijangka sesak teruk
Views : 5923 Replies : 61
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3131 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.127329 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list