CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 1

[Tempatan] Pergaduhan tular di luar cafe di Kubota Square Tawau: Polis tahan 9 lelaki, perselisihan faham jadi punca. Tiada kaitan dgn judi terbuka

[Copy link]
Post time 29-1-2022 11:46 PM | Show all posts |Read mode
Pergaduhan tular: Polis tahan 9 lelaki, perselisihan faham jadi punca
Petrus Bernard
Januari 29, 2022 17:13 MYT



TAWAU: Sembilan lelaki tempatan berumur antara 21 hingga 33 tahun ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan di luar sebuah cafe di Kubota Square Tawau, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, pada Jumaat dua video tular di media sosial masing-masing berdurasi 30 saat dan empat saat memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki di Kubota Square pada tengah malam Khamis.
"Susulan kejadian itu dua laporan polis telah diterima sebelum pihak polis bertindak menjejaki dan menahan sembilan lelaki tersebut.

"Siasatan awal sembilan lelaki tersebut adalah dari dua kumpulan berbeza. Pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham.
"Salah seorang daripada sembilan lelaki tersebut mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua suspek direman selama empat hari bermula 29 Januari hingga 1 Februari depan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun yang sama.

*RALAT: Punca pergaduhan adalah disebabkan perselisihan faham dan tidak berkaitan rumah judi terbuka seperti yang disiarkan sebelum ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2022 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk ke?
Gangster?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.136229 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list