CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1251|Reply: 12

[Dunia] Lelaki Thai aman sentosa bersama lapan isteri

[Copy link]
Post time 29-1-2022 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 29-1-2022 06:04 AM

Lelaki Thai aman sentosa bersama lapan isteri

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... rsama-lapan-isteri/
Oleh KOSMO!
29 Januari 2022, 1:54 pm


GAMBAR menunjukkan Ong Dam Sorot bersama lapan isterinya. – Oddity Central

BANGKOK – Seorang artis seni tatu di Thailand menarik perhatian pengguna laman sosial selepas mendedahkan bahawa dia tinggal bersama lapan isteri mudanya yang sangat mesra antara satu sama lain di dalam sebuah rumah, lapor portal berita Oddity Central semalam

Status perkahwinan lelaki bernama Ong Dam Sorot itu didedahkan ketika dia menghadiri satu temu bual yang diacarakan oleh seorang pelawak Thailand.

Sorot dikatakan berkahwin dan tinggal bersama kelapan-lapan isterinya dibawah satu bumbung yang menganggap diri mereka sebagai sebuah keluarga besar yang bahagia.

Menerusi rancangan yang sehingga kini mencecah tiga juta tontonan di Youtube itu, Sorot memperkenalkan setiap seorang isterinya dan bercakap mengenai cara mereka bertemu.

Kesemua isterinya menyifatkan suami mereka sebagai lelaki paling baik dan paling bertimbang rasa di dunia. Isteri-isterinya juga mengaku bergaul dengan baik sesama mereka.

Lelaki itu bertemu isteri pertamanya, Nong Sprite di majlis perkahwinan rakannya lalu dengan cepat meminta untuk dikahwinkan. Isteri kedua, Nong L bertemu dengannya di pasar, manakala isteri ketiga Nong Nan pula di hospital.

Sorot bertemu dengan isteri keempat, kelima dan keenamnya menerusi media sosial iaitu masing-masing di Instagram, Facebook dan TikTok. Isteri ketujuh, Nong Film pula ditemui semasa melawat kuil Phra Pathom Chedi bersama ibunya dan isteri kelapan, Nong Mai bertemu dengannya ketika dia bercuti di Pattaya bersama empat isterinya.

Dua daripada isterinya kini hamil dan dia sudah memiliki seorang anak lelaki daripada isteri pertamanya. Lapan isterinya tidur di dalam empat bilik tidur dengan dua orang dibahagikan dalam setiap satu bilik.

Kesemua isterinya dikatakan tidak mempunyai masalah untuk menunggu suami mereka bergilir tidur di dalam empat bilik tidur tersebut. – Agensi


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2022 02:08 PM | Show all posts
taste pompuan rambut rebonding ke pacik ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Spesen je muka.

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 29-1-2022 02:21 PM
Spesen je muka.

Dah nama pun sepesen..nong ..nong..ingatkan fighter muay thai jer nama nong o .
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 10:09 PM | Show all posts
Wah harmonisnya. Styly rambut pun sepesen je. Nampak akrab, damai dn bahagia semua.  Ape le rahsia dia ye. Sejujurnyalah, bagaimana mereka boleh rasa aman, bersahabat dn tak terlihat benci dn iri. Apakah syarat 'berlaku adil' tidak menjadi syarat bagi orang begini, maka keadilan tidak menjadi tuntutan. Lapan orang pulak tu, sedangkan orang melayu, dua isteri je,  pening sang suami nak berlaku adil  kpd isteri2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 29-1-2022 10:16 PM

Siapa yang tanggung kewangan ni?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2022 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bini2 belum beranak. Bila anak2 berderet pening kepala pikir pasal duit. Netizen AKAN persoal kenapa tak pakai kondom? Kenapa tak merancang keluarga?



Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulen ke bang??? Hehhe.. 4 bilik share 2 each, so time dia bergilir secara …… pastu anak tu tidur mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2022 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Reporter guna subtitle kah buat article.... Semua nama bini ada nong... Better di ganti kan dengan khun.... Tetapi husband dia tiada pula letak pee
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 29-1-2022 07:43 AM

Badan penuh tattoos species lobai/lelaki bini collector version Buddhist
Patut lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
blh jgk meh..mmg isteri yg dikitiraf la ye..bkn gundik..
kalau lebih dr 3 org bini..i rasa something wrong..kalau dua org jer blh lg diterima..tp yg penting bkn laki i
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 12:51 PM | Show all posts

tapi kemutan tak sepesen
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ex office mate yg kawin 2 pernah bgtahu..  rasa tak sama ..
rasa apa ya.. ?  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.069649 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list