CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 1

[Tempatan] Tindakan tegas pengguna jalan raya langgar undang-undang

[Copy link]
Post time 28-1-2022 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan tegas pengguna jalan raya langgar undang-undang


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superitendan Shafiei Muhammad (dua dari kiri) ketika membuat pemantauan pergerakan kenderaan di persimpangan Jalan Seremban-Bukit Nenas pada Op Selamat 17 Sempena Tahun Baharu Cina.- Foto NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

SEREMBAN: Polis trafik kontinjen Negeri Sembilan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang sepanjang Ops Selamat 17, yang diadakan sempena cuti Tahun Baru Cina, bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad, berkata fokus utama diberikan terhadap beberapa kesalahan yang sering dilakukan pengguna.

Katanya, antaranya kesalahan melanggar lampu isyarat, membawa kenderaan melebihi had laju, memotong Q dan melalui lorong kecemasan di lebuh raya.

"Tindakan ini diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan maut di samping melancarkan aliran trafik di semua laluan termasuk di lebuh raya.

"Kami telah menubuhkan beberapa pasukan di IPK dan di setiap daerah bagi memastikan Ops Selamat berjalan lancar yang bermula hari ini," katanya pada sidang media mengenai operasi itu, di persimpangan pintu masuk ke bandar ini, di sini, petang ini.


Anggota polis trafik mengawal lalu lintas di persimpangan Jalan Seremban-Bukit Nenas pada Op Selamat 17 Sempena Tahun Baharu Cina.- Foto NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan kadar bilangan dan aliran trafik yang keluar masuk ke negeri ini akan meningkat sekitar 20 peratus sempena cuti panjang Tahun Baharu Cina daripada hari biasa iaitu melebihi satu juta kenderaan.

Katanya, mengikut perbandingan pada Ops Selamat 16 sempena TBC pada 2020, Negeri Sembilan merekodkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 1,336 dengan 12 kematian.

"Berdasarkan ini, kereta mencatatkan penyumbang tertinggi kadar kemalangan iaitu 1,307 dan selebihnya membabitkan penunggang motosikal dengan punca utama adalah kecuaian sendiri.

"Kami tidak mahu kadar ini terus meningkat pada TBC tahun ini dan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas terpaksa dilaksanakan," katanya.

Shafiei berkata, pihaknya sudah mengenal pasti sebanyak 19 lokasi panas (hotspot) dan hitam (blackspot) membabitkan semua daerah, susulan kerap berlaku kesesakan serta kemalangan di kawasan berkenaan.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... nggar-undang-undang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2022 11:35 AM | Show all posts
Bukan saja penguatkuasan tegas tapi berterusan supaya semua kembali mematuhi peraturan jalanraya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.052808 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list