View: 764|Reply: 3
|
[Kedah]
Bimbang lebih banyak barangan 'rancak' naik harga
[Copy link]
|
|
Bimbang lebih banyak barangan 'rancak' naik harga
NURUL HIDAYAH HAMID
Gambar hiasan
ALOR SETAR - Pemuda UMNO bimbang kemungkinan ada lagi syarikat produk pengguna mengumumkan kenaikan harga keluaran mereka atau harga barangan dinaikkan tanpa membuat sebarang hebahan.
Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, alasan pengeluar, kenaikan ini berlaku kerana peningkatan kos akibat penularan Covid-19 dan kos pengeluaran.
"Selepas tular laporan harga sayur meningkat mendadak, roti Gardenia pula naik harga lagi antara 10 sen hingga 45 sen mulai 1 Disember ini. Kali kedua roti Gardenia menaikan harga selepas kenaikan pada 1 Jun 2021.
"Itu baru satu barang sudah secara rasmi mengumumkan kenaikan harga, selepas ini mungkin ada lagi syarikat produk pengguna akan buat pengumuman yang sama dan banyak yang naikkan harga secara senyap senyap tanpa sebarang hebahan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Alor Setar berkata, difahamkan kenaikan harga barang berasaskan pertanian ketika ini berpunca terus daripada peningkatan harga baja, benih dan racun yang naik 100 peratus bermula awal tahun 2021.
Menurutnya, kenaikan harga juga berlaku akibat monopoli dunia yang menjadi kesan kenaikan terutamanya dari hasil import dari negara China yang akhirnya kesannya dapat dirasai kini.
"Antara sebab-sebab lain juga adalah permintaan terhadap barangan mentah ini menjadi lebih tinggi selepas sektor industri makanan dapat dibuka semula.
"Realitinya, kita sedang berdepan dengan tekanan kenaikan harga barangan makanan yang boleh disifatkan 'menggila' seolah-olah seperti pesta pakat-pakat naik harga barangan dengan alasan kos 'meroket'," katanya.
Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
Lebih memburukkan keadaan, katanya, penglibatan orang tengah yang cuba mengaut keuntungan berlebihan juga memberi kesan keparahan kepada poket rakyat dan pengguna.
"Pengeluar dengan mudah boleh menaikkan harga barang apabila kos naik dan rakyat selaku pengguna terpaksa membeli akibat tiada pilihan di dalam pasaran.
"Lebih menyedihkan pengguna tidak mempunyai kaedah bagi menaikkan pula pendapatan mereka dengan segera bagi menampung kenaikan kos bagi membeli barangan," katanya.
Beliau melahirkan kebimbangan ramai yang masih susah akibat tekanan ekonomi kerana Covid-19 dengan pendapatan belum stabil dan kini terpaksa menanggung kenaikan harga barangan.
"Besar beban golongan ini terutama golongan berpendapatan rendah (B40) serta yang berpendapatan sederhana (M40) dan bagaimana mereka hendak menyerap kenaikan kos dengan pendapatan yang masih statik," katanya.
Sehubungan itu, Syed Mohd Johan berkata, Pemuda UMNO mahukan jawapan tuntas daripada kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) yang mengurus, mengawal kenaikan harga barangan pengguna.
"Selain itu, kerajaan didesak untuk tetap dan perkasakan halatuju Dasar Jaminan Makanan Negara supaya kebergantungan kepada barangan import dapat dikurangkan," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... n-rancak-naik-harga
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
umno pi bgtau umno pusat lah. korang yg kontrol negara kan skrg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
minyak masak,telor, ayam...roti gardenia....
kpdnhep mana? sibuk kumpul alasan ka dari meja bulat pastu canang satu mesia...rakyat jugak kena serap kenaikan...wutuhhh wakluuu... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan malaysia je masalah ni
tgk berita luar pun hal yg sama
mereka hanya merancang
kita yg menentukan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|