CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Pulau Pinang] Maritim Malaysia tahan bot tunda

[Copy link]
Post time 16-10-2021 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Maritim Malaysia tahan bot tunda[size=0.8]Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 16, 2021 @ 11:33ambhnews@bh.com.my


Bot tunda ditahan dekat Pulau Pinang. - Foto MARITIM MALAYSIA



GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan dua bot tunda dan dua tongkang dekat Pulau Pinang kerana gagal mengemuka dokumen kapal serta insurans.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed, berkata bot berkenaan dikesan ketika rondaan Operasi Pertiwi sekitar jam 4.30 petang semalam.

Katanya, bot berkenaan masing-masing ditahan pada jarak 0.3 batu nautika barat laut Sungai Pinang dan 1.1 batu nautika Pantai Bersih.

Katanya, bot tunda pertama berserta tongkang dikendalikan tujuh kru termasuk nakhoda, iaitu dua warga tempatan, dua Bangladesh dan tiga Indonesia.

"Bot tunda kedua dan tongkang pula dikendalikan tujuh kru termasuk nakhoda, iaitu dua warga tempatan, dua Bangladesh dan tiga Indonesia," katanya di sini, hari ini.

Abd Razak berkata, semua warga asing itu memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

Katanya, bot dan tongkang serta semua kru ditahan kerana gagal mengemuka dokumen kapal serta insurans.

"Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.284721 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list