CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4215|Reply: 10

[Tempatan] Kadar sewa Pasar Payang bakal dinaikkan mulai Januari tahun depan

[Copy link]
Post time 28-5-2024 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Kadar sewa Pasar Payang bakal dinaikkan mulai Januari tahun depan
28 Mei 2024 04:24pmMasa membaca: 4 minit

Pasar Kedai Payang 1 yang akan dijadikan pasar kesenian, kebudayaan dan warisan menempatkan sejumlah 444 peniaga dan ianya merupakan pasar ikonik yang menempatkan peniaga-peniaga bagi jualan emas, cenderahati, batik, sutera dan barang-barang tembaga. Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Kadar sewa Pasar Payang 1 dan Pasar Payang 2 akan dinaikkan sehingga RM50 seunit dijangka mulai Januari tahun depan.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Rosli Latif berkata, langkah itu perlu dilaksanakan bagi menampung kos penyelenggaraan yang tinggi serta menaik taraf kemudahan demi keselesaan dan keselamatan peniaga juga pengunjung.

Beliau berkata ketika ini kadar sewa di Pasar Payang 2 adalah antara RM30 hingga RM330 sebulan dan kali terakhir semakan dibuat pada 1997 iaitu 27 tahun yang lepas.

"Setiap tahun kos operasi termasuk penyelenggaraan sentiasa meningkat dan ia tidak seiring dengan kadar sewa yang dipungut oleh Majli Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sekarang.

"Keadaan ini menyukarkan MBKT melaksanakan pelbagai pelan yang dirancang seperti memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan kemudahan lain untuk peniaga serta pengunjung," katanya dalam sidang media di Menara MBKT, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Rosli berkata, selain mengurangkan beban operasi dan menaik taraf kemudahan, keputusan menaikkan kadar sewa juga bagi mengelak berlakunya sewaan premis kepada pihak ketiga disebabkan kadar bayaran yang sangat rendah.

Menurut beliau, MBKT telah mengambil tindakan membatalkan lesen lebih 10 peniaga yang didapati menyewakan premis kepada pihak ketiga dengan bayaran sehingga 10 kali ganda lebih tinggi berbanding kadar sewa asal.

'Kita dapati ada peniaga yang menyewa lot Pasar Payang dengan kadar asal RM70 tetapi disewakan kembali dengan harga RM700.

"Ada juga yang sewa tetapi tak berniaga. Mereka tidak kisah untuk bayar sewa RM70 dan RM100 sebulan kerana nilai itu sangat rendah. Ini tidak memenuhi matlamat kita untuk menjana ekonomi rakyat.

"Bagi kes sebegini kita akan tarik balik hak sewaan dan kalau ada kes lebih teruk, MBKT tidak teragak-agak untuk senarai hitam peniaga berkenaan," katanya.

Pasar Kedai Payang 2 menempatkan seramai 580 peniaga setelah penyusunan semula bagi barangan basah seperti ayam, daging, ikan dan sayur, barangan runit dan juga produk keropok. Foto Bernama

Beliau berkata, walaupun kadar sewa Pasar Payang bakal dinaikkan ia jauh masih rendah berbanding pasaran semasa dan premis selain milik MBKT.

Dalam perkembangan berkaitan Rosli berkata Pasar Payang 1 yang dibina dengan kos RM69.3 juta akan mula beroperasi secara berperingkat mulai 1 Julai depan.

Beliau berkata, bangunan setinggi dua tingkat itu akan dibahagikan mengikut jenis perniagaan bagi memastikan suasana lebih tersusun dan kemas.

Peniaga barang kemas serta perhiasan, cenderamata dan kedai pelbagai akan ditempatkan di bahagian bawah (ground floor) manakala bahagian atas tertumpu kepada jualan pakaian termasuk batik, songket dan sutera.

"Kita sedang membuat pengubahsuaian di tingkat atas bagi membolehkan lebih ramai peniaga pakaian dapat ditempatkan di situ," katanya. - Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama dah aku tak datang sini..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sewa balik tu pd warga asing ke? Dah lama tak pi. Suka pi pantai timur. Org melayu very enterprising kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku perhati bila gomen buat projek bangunan yg lebih selesa utk peniaga mcm kiosk, medan selera, kompleks perniagaan or stesen
bas,  banyak bangunan ni jadi gajah putih or terbiar.  Gerai tepi jalan or bangunan yg asal juga yg jadi pilihan rakyat. Ada kompleks niaga dekat ngn pasar payang ni dulu mmg cantik seni binanya. Tapi tgk last year bangunan terbiar sampai berlumut. kedai2 mmg dah tutup
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 08:01 AM | Show all posts
lahhh murah je pn sewanya tak smpai pn ribu
ni dh dengar ura2 nk naik harga ni msing2 dh sesiap nk naik harga jualan la ni
xmenahannnn kadang2 tau harga baju smpai ratus2
kita nk sapot melayu tp tu la, peniaga sndiri xsudi
penyudahnye sapot la barangan import dkt shoppe sane
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 11:55 AM | Show all posts
kitaserupaaa replied at 28-5-2024 09:06 PM
Aku perhati bila gomen buat projek bangunan yg lebih selesa utk peniaga mcm kiosk, medan selera, kom ...

ye, syg kan bangunan yg kat depan pasar payang tu. yg satu tempat dengan bukit puteri tuh, ntah apa silapnya x menjadi perniagaan situ. last2 tutup dah.. agaknya semua jual batik mahal2 sape yg nk beli. batik bukan org kerap org beli sb mahal kan.


bukit puteri pun dah lamaaa tutup x tau bila nk beroperasi balik. sayang btl.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2024 12:50 PM | Show all posts
projek zaman BN..kalau nk harap gomen negeri skrg smpai kiamat la korang meniaga kat kedai buruk mcm reban ayam tuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
InsyaAllah ada rezeki nanti kaka sampai pasar payang. Last pegi yang bangunan sementara tu.. panas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2024 03:07 PM | Show all posts
pernah sekali je pergi yang pasar baru ni, last pergi zaman baru bukak dulu

family aku tak tau kenapa tak suka pergi sini kalau lalu ganu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 30-5-2024 06:07 AM

Jjcm pantai timur mmg best..iols setahun  2-3x kesana, pnh sekali banjir stranded kat pantai timur x leh  blk lembah klang! Shah alam n klang pon banjir terukkk masa tu,sampai skrg trauma iolss... jenuh menambah hari duk hotel masa tu..turun Kuantan pon banjir LPT tutup! Iols mmg suka g pasar payang..beli jajan sudahnya lupa nk bukak luggage..jahanam semua dodol..jeruk rosak! Mkn mee celup pon sedap tp.panasss kipas x rasa! Baru bc kat benang sebelah peniaga pasar payang happy ramai pengunjung!tup tup sewa nk naik..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 06:48 AM | Show all posts
ok lah tu tak terbeban...sebab peniaga situ dapat lebih 6K
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.074446 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list