CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Pulau Pinang] Aliran trafik di lebuh raya sesak

[Copy link]
Post time 15-10-2021 11:50 PM | Show all posts |Read mode
Aliran trafik di lebuh raya sesak
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 15 Oktober 2021


Keadaan sesak dari Juru menuju ke Perai.


GEORGETOWN - Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di negeri ini dilaporkan sesak dengan pertambahan jumlah kenderaan selain beberapa kemalangan yang dilaporkan berlaku pada malam Jumaat.


Menurut maklumat dikongsikan Twitter Plus Trafik kemalangan di kilometer (km) 117.6 arah utara dari Bertam ke Sungai Petani telah menyebabkan kesesakan luar biasa di laluan berkenaan sejak jam 7.30 malam.


Kesesakan lebih 8km itu telah berjaya diatas kira-kira jam 10.30 malam tadi selepas kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan telah berjaya dialihkan.


Kesesakan luar biasa juga berlaku di Juru menuju ke Perai dan Perai menuju ke Seberang Jaya akibat peningkatan jumlah kenderaan bermula jam 6 petang tadi.


Trafik juga dilaporkan perlahan dari pulau ke bahagian Perai juga disebabkan kenderaan banyak.


Sebelum ini, media melaporkan lebih 50,000 orang pelancong dijangkan memenuhi lokasi tumpuan pelancongan di Pulau Pinang pada hujung minggu ini selepas kebenaran merentas negeri diberikan kerajaan bermula Isnin.


Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin berkata Pulau Pinang yang selama ini terkenal dengan pelbagai tarikan dan keunikan akan kembali meriah dengan kehadiran orang ramai yang rindu untuk bercuti di sini.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... di-lebuh-raya-sesak
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.058584 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list