CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3351|Reply: 6

Kerajaan negeri rayu Kerajaan Pusat tidak naikkan tol jambatan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 13-4-2010 07:29 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang merayu Kerajaan Pusat supaya tidak menaikkan kadar tol Jambatan Pulau Pinang memandangkan syarikat konsesi telah memperolehi keuntungan daripada kutipan tol jambatan itu. Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata tindakan menaikkan kadar tol adalah tidak wajar dan hanya membebankan pengguna. "Sejak tahun 1993 hingga tahun 2006, syarikat konsesi telah mengutip sebanyak RM1.7 bilion sedangkan kos penyelenggaraan jambatan itu hanya RM968 juta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Penang Bridge Sdn Bhd adalah pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang dengan tempoh konsesi selama 25 tahun, berakhir pada 2018. Sementara itu, pada sidang media yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif InvestPenang Datuk Lee Kah Choon mengumumkan pelantikan Loo Lee Lian, 49, sebagai Pengurus Besar Invest Penang berkuatkuasa Khamis ini. Loo yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri pembuatan dilantik bagi menggantikan Wan Zailena Mohd Noordin yang ditukarkan ke Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). - Bernama

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaannegerirayuKerajaanPusattidaknaikkantoljambatanPulauPinang/Article

---------------------
bagaimana dengan ahli forum pp?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2010 04:23 PM | Show all posts
1# juro Penduduk penang juga tidak setuju jika tol jambatan dinaikkan lagi..nilai yang sedia ada pun cukup membebankan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 09:19 AM | Show all posts
dia nak hukum rakyat situ sebab tak undi dia la ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 03:46 PM | Show all posts
tp bila masa kerajaan nk naikkan tol situ?...

tibe2 ada yg merayu nie...kui2
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 03:50 PM | Show all posts
sume benda nak naik...hangin betol!!
7hengget tu dh mahal okkkk........
sepatutnya bg naik free je:@
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 04:38 PM | Show all posts
asyik naik ja..turunnya dak pun..beban2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2010 07:22 PM | Show all posts
bagusla xnaik..lega..jimat blanja..ni kja blah penang..dah la ekonomi merosot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.062411 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list