CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6104|Reply: 25

FAM vs Hukum Alam

[Copy link]
Post time 8-1-2009 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Kelantan kalah percuma dalam 24 jam

KUALA LUMPUR - Tidak sampai pun 24 jam meraikan kemenangan sulung kelmarin, Kelantan dipaksa menyerahkan kemenangan percuma 3-0 kepada KL PLUS gara-gara tidak mengambil berat persediaan gelanggangnya, Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu bagi perlawanan pertama bola sepak Liga Super, Sabtu lalu.

Skuad Kijang atau kini mahu digelar Wira Merah ini turut kehilangan tiga mata daripada perlawanan tersebut yang gagal dikatakan dilangsungkan oleh tuan rumah atas alasan keadaan padang yang becak dan teruk serta ditakungi air ekoran cuaca hujan lebat di Kota Bharu, beberapa jam sebelumnya.

Tarikh baru perlawanan itu juga belum ditetapkan walaupun pada kebiasaannya, setiap perlawanan yang ditunda atas alasan cuaca perlu dilangsungkan dalam tempoh 24 jam selepas itu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Lt. Jen. (B) Datuk Azzuddin Ahmad ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam berkata: "Kelantan didapati gagal membuat persediaan asas sebagai tuan rumah malah tidak memaklumkan kami lebih awal. Jadi kemenangan 3-0 dan tiga mata perlawanan itu diberikan kepada lawannya, KL PLUS."

Katanya, Kelantan bagaimanapun berhak mengemukakan rayuan atas keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang bersidang (petang semalam) dalam tempoh 14 hari.

Kelmarin, skuad bimbingan Peter Butler itu menewaskan UPB-MyTeam 4-2 untuk meraih kemenangan sulung tetapi keputusan FAM itu menurunkan negeri Pantai Timur ke tangga kelapan dari kelima selepas aksi di Stadium Petaling Jaya itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2009 08:38 AM | Show all posts
KL Plus ceria dapat tiga mata percuma

JAWATANKUASA Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menghadiahkan tiga mata dengan kemenangan 3-0 kepada KL Plus bagi perlawanan Liga Super menentang Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV pada 3 Januari lalu.

Perlawanan berkenaan dibatalkan gara-gara keadaan padang yang kurang memuaskan dan tindakan menghadiahkan kemenangan kepada KL Plus diambil berdasarkan laporan yang diterima FAM.

揔ami membuat keputusan itu berdasarkan laporan pengadil dan pegawai perlawanan terbabit. Kami mendapati terdapat kesalahan atas dasar teknikal.

揂papun, Persatuan Bola Sepak Kelantan masih boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan dalam tempoh 14 hari, bermula hari ini (semalam),
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2009 08:39 AM | Show all posts
Saingan baru bermula sudah ada kekeliruan

SAFEE ledak gol pertama Selangor di Stadium Shah Alam kelmarin.

LIGA Super baru bermula tetapi sudah ada kekeliruan berlaku.

Ia membabitkan perlawanan pembukaan antara KL Plus dengan Kelantan pada 3 Januari lalu yang dibatalkan pada saat-saat akhir.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk memberi kemenangan 3-0 kepada KL Plus.

Keputusan tersebut adalah hasil daripada mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) yang dipengerusikan Datuk Che Mat Jusoh.

Banyak kekeliruan berlaku dalam kes tersebut kerana pada 3 Januari lalu, komisioner perlawanan memutuskan untuk menunda perlawanan tersebut keesokkan harinya kerana padang di Stadium Sultan Muhammad ke-IV itu tidak mempunyai garisan.

Pada keesokan harinya pula, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerima surat daripada FAM bahawa perlawanan tersebut akan ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Semalam, sebaliknya berlaku apabila KL Plus diberi kemenangan percuma dengan jaringan 3-0.

Ketika dihubungi, penolong setiausaha Kafa, Arif Hasan berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dianggap mengejutkan itu.

"Kami akan mengemukakan rayuan secepat mungkin dengan harapan FAM akan mempertimbangkannya," jelas Arif.

Pada mesyuarat JKPT semalam, jawatankuasa tersebut membuat keputusan bahawa pasukan Kelantan dikira kalah dengan jaringan 0-3.

"Pasukan Kelantan dikira kalah dengan jaringan 0-3," jelas kenyataan FAM semalam.

"Pasukan KL Plus dengan ini diisytiharkan menang dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata."

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, keputusan JKPT itu dibuat selepas mendapat laporan daripada pengawai dan pengadil perlawanan di Kota Bahru itu.

"Ini bukan keputusan satu pihak, tetapi keputusan jawatankuasa selepas meneliti laporan yang diberikan ekoran pembatalan perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Sabtu lalu," jelas Azzuddin.

"Jawatankuasa memutuskan bahawa Kelantan diisytiharkan kalah pada perlawanan tersebut kerana pasukan tuan rumah itu telah melanggar Peraturan Pertandingan FAM."

Tanpa mahu memberi alasan di sebalik keputusan itu, Azzuddin turut mengingatkan semua pasukan dalam Liga Malaysia agar sentiasa mengikut peraturan yang telah digariskan oleh FAM.

"Kita tidak mahu perkara ini berulang dan ia seharusnya dijadikan pengajaran kepada mana-mana pasukan terutamanya pasukan tuan rumah," jelasnya.

"Sebagai tuan rumah, mereka (Kelantan) sepatutnya lebih bersedia terutamanya membabitkan aspek teknikal di padang."

Bagi jurulatih KL Plus pula, Mat Zan Mat Aris, pihaknya menganggap keputusan ini sebagai sesuatu yang mengejutkan.

"Secara peribadi, saya simpati dengan nasib yang menimpa Kelantan kerana mereka telah diisytiharkan kalah sebelum turun padang. Begitupun ia satu bonus buat kami," jelas Mat Zan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2009 08:40 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2009 08:41 AM | Show all posts
Keputusan FAM Cetus Kebencian Penyokong Kelantan

Baru sahaja meraikan kemenangan sulung bergaya ditempat lawan memalukan UPB/MyTeam dengan keputusan 4-2, episod malang menimpa pasukan Kelantan. Bukan berita menundukkan UPB/MyTeam yang ingin diraikan tetapi keputusan bergaya FAM bakal mencetuskan kebencian penyokong bola sepak Kelantan. Sesudah keputusan 慸inaikkan pangkat
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 08:53 AM | Show all posts
keputusan yg pelik dari sebuah badan induk yg mmg bangang..muahahah betul2 bodoh la FAM neh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2009 09:06 AM | Show all posts
salam orcadlayout aka mat yu ... kat sini pun ader :victory:

bg aku keputusan FAM tu x patut langsung bg sebuah badan yang memperjuangkan bola sepak negara. ramai dah sedia maklum kat kelantan ketika tu mengalami gelombang banjir kedua. hujan dah 2 3 hari siang malam x berhenti. x kan itu pun salah KAFA dan pengurusan stadium SSM4 gak. alasan sebab x sediakan padang ikut spesifikasi yg telah ditetapkan. nak lawan kuasa tuhan ke apa???
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 09:09 AM | Show all posts
abisler ketuanan FAM..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2009 12:25 PM | Show all posts
FAM bodohhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 02:55 PM | Show all posts
apsal bodoh sgat keputusan FAM ni..:@ :@ :@ :@ :@


p/s..apsal game ni xmain pagi keesokan harinya?padang still bsah ker?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 03:03 PM | Show all posts

Balas #1 orcadlayout\ catat

Kelantan d anak tirikan!!!:@ :@ vodoooh tul FAM neh....wt kputusan pkai kelape lutut ke ha??? ko skolah mne dlu??? bang#ng!!!! vav!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 04:25 PM | Show all posts
la tak tau lagi ka..........
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 01:54 AM | Show all posts
FAM  benci sumua team K
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 06:57 AM | Show all posts
patutla kat buletin friendster member aku bdk kelantan sumpah seranah FAM...rope2nya psl mende nih.....tp apsal diorg (FAM) buat keputusan sesuka hati padahal dua2 team dah setuju nak tangguhkan game ni....pasni xde sesapala berani nak tangguhkan game....:@:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 10:32 AM | Show all posts
go kelate go.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2009 11:58 AM | Show all posts
FAM nak lawan kuasa Tuhan?

That is what was displayed on the banner at a demo held by Kelantan fans at Kota Baru yesterday. And the fireworks are expected at Wisma FAM at Kelana Jaya at 3.00pm today (read www.kelate.net).

So what brought about the wrath of the Kelantan fans? Well it has to do with the opening day of the Malaysian Super League. Rather then it being a night of celebration for the Kelantanese, for making the Super League after years in the Premier League, it was not meant to be.

Word has it that a meeting was held after the inspection of the pitch at the Stadium and the conclusion was the pitch was not fit for the match, hence the match was deemed postponed and will be played another day. Or at least this was what Kelantan were told.

Suddenly a different outcome was reached at a meeting of FAM Competitions Committee (or as some put it as FAM Technical Committee of the Competition Committee - first time I heard of such a committee). Kelantan was deemed to have not prepared the pitch and hence a win was awarded by the Committee based on the Match Commissioner and Referee Assesors reports.

This is where it becomes a bit murky as the power to call of a match lies in the hands of the match officials, i.e the referees and not the Match Commissioner and Referee Assesor. So who called of the match at 1.00pm? Rightfully if pitch was not up to standards then match should be called of at 7.00pm.

Then there comes the question of appeal. Who do Kelantan FA appeal to? The same committee who punished them in the first place without calling for their defence. That my friends is ultra vires as you cannot appeal to the same court that meted out the punishment but to a higher court, or somebody out there do not know what they are talking about when it comes to appeals.

So who is the jester in this case? It is Tuanku President who will have to intervene once again as he did when Selangor were docked three points. But Selangor appealed to the Council, so Kelantan FA, go higher if you want justice.

http://ssdhaliwal.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2009 11:58 AM | Show all posts
BANTAHAN SECARA AMAN DIHADAPAN WISMA FAM,KELANA JAYA

TARIKH:9.01.2009 (JUMAAT)

JAM:3 PETANG

DIJEMPUT BERAMAI RAMAI MENANGANI KEZALIMAN FAM
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 12:28 PM | Show all posts

Balas #17 orcadlayout\ catat

pakat2 bawak molotov COCKtail...........
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 12:30 PM | Show all posts

Balas #17 orcadlayout\ catat

sapa2 yg pi update la tang nih.......... ada gambaq ka lagi baguih.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 02:56 PM | Show all posts
keputusan yg tidak wajar ... FAM nak suh main bola or main polo air...





tuan rumah sebenarnya berusaha untuk menjaga kebajikan pemain kedua2pasukan dari mendapat sebarang kecederaan atau insiden yang tidak diingini bila bermain diatas padang yg sangat2 tidak elok... dan semuaini adalah diluar kawalan manusia... hujan lebat musim tengkujuh....

macaman kita hendak melangkah ke alam profesional.,.. sedangkan sebarang keputusan dari badan induk amat2 tidak profesional !!!

buat malu kat player import jerr......!!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.079744 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list