CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4698|Reply: 2

Skizofrenia di kalangan kanak-kanak, remaja

[Copy link]
Post time 30-4-2007 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Skizofrenia di kalangan kanak-kanak, remaja
Oleh Tajaiyah Ihsan

WALAUPUN amuk berasal daripada perkataan Melayu, namun insiden ini boleh berlaku kepada sesiapa jua tanpa mengira usia, bangsa dan mangsanya, dan di mana sahaja.

Kejadian amuk terbaru yang berlaku di Virgina Tech, Blacksburg, Amerika Syarikat (AS) yang membabitkan 33 mangsa termasuk pembunuhnya Seung Hui Cho telah membuka mata dunia dengan pelbagai soalan berkaitan kesihatan mental.

Antaranya, ada yang bertanya bagaimana orang biasa boleh mengenal pasti individu dengan masalah kesihatan mental dan apakah jenis corak yang mungkin ditunjukkan oleh mereka.

Insiden Virginia Tech jelas menunjukkan bahawa remaja seperti Cho, yang dikatakan mengalami gangguan mental ini mampu bertindak ganas tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda awal sebelumnya.

Pada masa yang sama, kejadian ini memberikan peluang kepada penyedia perkhidmatan untuk menerangkan tentang wajah sebenar penyakit mental dan perhatian yang lebih serius kepada masalah ini.

Kesihatan mendapatkan pandangan pakar psikiatri, Dr. Subash Kumar, dari Pusat Perubatan Universiti Malaya mengenai hal ini.

Beliau yang merujuk kepada kejadian di Virginia Tech berkata, biarpun berkemungkinan terjadi di sini, namun risikonya amatlah rendah.

Ini disebabkan masyarakat negara ini masih bersifat pemalu dan toleran. Lagipun, 慴udaya senjata api
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2007 12:19 PM | Show all posts
Kesihatan Anak: Remaja murung boleh dirawat
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@nstp.com.my


Sistem pendidikan di Malaysia hanya bantu tangani masalah pelajar cacat fizikal tetapi kurang beri tumpuan kepada kes emosi

KEMURUNGAN dianggap masalah biasa bagi orang dewasa, tetapi sebenarnya ia juga berlaku di kalangan remaja.

Dalam satu kajian yang diketuai Pensyarah Perubatan Komuniti, Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Adlina Suleiman, membabitkan 2,048 responden daripada lima sekolah menengah di Selangor, mendapati 10.3 peratus responden mengalami kemurungan.

Kajian yang bermula pada 2005 itu membabitkan responden berusia antara 14 dan 15 tahun. Sebahagian responden adalah daripada tiga sekolah luar bandar manakala bakinya sekolah bandar.

Beliau berkata, 10.3 peratus adalah angka yang sederhana, tetapi ia sama dengan statistik di negara-negara Scandinavia.

揔ajian ini membuktikan wujud masalah kemurungan di kalangan remaja di Malaysia walaupun angka ini tidak boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan di seluruh negara,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2007 09:53 AM | Show all posts
Personaliti kanak-kanak murung

DOKTOR,

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana pihak tuan melayani pertanyaan saya berhubung masalah kesihatan. Saya merupakan antara jutaan pembaca yang pastinya tidak ketinggalan mengikuti ruangan Kesihatan di Mingguan Malaysia pada setiap hujung minggu.

Beberapa bulan yang lalu, saya terbaca satu artikel mengenai masalah kemurungan di kalangan kanak-kanak. Apabila saya baca sahaja ruangan itu, saya dapati banyak persamaannya yang terdapat pada anak kedua saya. Sedari kecilnya beliau memanglah pendiam. Susah sangat nak dengar dia bercakap. Satu yang kita tanya, satulah yang dia jawab. Pada peringkat awal dahulu, kami tidak kisah sangat, mungkin ia akan berubah setelah remaja nanti.

Tetapi, makin remaja makinlah pendiam. Masa umurnya 4
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.076818 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list