Terluka Dengan Komen Mengenai Berat Badannya
Seperti dikongsikan Murai sebelum ini, Adele turut menyatakan bahawa tubuh badannya sering menjadi tumpuan sepanjang karier sebagai seorang penyanyi. Beliau juga akui komen netizen mengenai tubuh badannya telah menyakitkan perasaanya.
Proses Penceraian Berjalan Lancar
Bercakap mengenai perceraian dengan Simon Konecki, Adele mengakui bahawa semuanya berjalan lancar. Lebih-lebih lagi, bekas suaminya tinggal di seberang jalan di rumah yang diberikan Adele kepadanya. Adele merasakan dia dan Simon masih dapat berkongsi hak asuhan anak Angelo, jadi rasanya seperti keluarga biasa.
Ketagih Menurunkan Berat Badan
Akhirnya, Adele mengakui bahawa dia ketagih untuk bersenam dan menurunkan berat badan kerana ingin menghilangkan kegelisahan yang berlebihan. Dia bahkan mengaku boleh melakukan senaman sebanyak dua hingga tiga kali sehari.
Sumber:
https://murai.my