CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1677|Reply: 3

Ini Sebab Kenapa Anda Selalu Sakit Tumit & Jangan Biarkan Melarat!

[Copy link]
Post time 4-2-2021 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Ini Sebab Kenapa Anda Selalu Sakit Tumit & Jangan Biarkan Melarat!





“Sejak akhir-akhir ni asyik sakit tumit je… Takkan tiba-tiba tak sesuai dengan kasut tu padahal dah lama beli. Apa nak buat ni? Nak kena pergi klinik ke atau boleh urut je?”


Mesti ramai antara kita yang pernah alami masalah sakit tumit ni. Biasanya sebab pakai kasut baru atau berdiri terlalu lamalah kan. Menurut portal MyHealth, wanita adalah dua kali ganda lebih biasa mendapat sakit tumit berbanding lelaki.


Ia selalunya melibatkan lingkungan orang yang berusia antara 40 hingga 60 tahun. Atlet, tentera atau seseorang yang aktif  lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki atau sakit tumit yang dikenali sebagai plantar fasciitis ini. Tapi, adakah penyakit ini sementara saja dan apa yang boleh kita buat untuk membantu melegakan kesakitan yang dihadapi?

Usah biarkan melarat





Plantar Fasciitis ialah masalah pada tumit kaki. Ligamen yang menyambungkan tulang tumit kepada jari dipanggil Plantar Fascia dan ianya akan menjadi lemah, membengkak dan berlaku keradangan di bahagian tersebut. Ini boleh menyebabkan kesukaran untuk berdiri mahupun berjalan.


Plantar Fasciitis ini kebiasaannya terjadi kepada orang yang berumur 30an dan ke atas. Tetapi ianya juga boleh terjadi kepada orang yang lebih muda dan melakukan banyak aktiviti yang memberi tekanan pada tumit kaki seperti atlet.





Antara faktor yang boleh menyebabkan berlakunya Plantar Fasciitis adalah:


1) Banyak berjalan, berlari & berdiri


2) Postur kaki yang lemah (bentuk tapak kaki yang leper)


3) Sendi pergelangan yang keras atau lemah otot


4) Penggunaan kaki yang berlebihan atau regangan secara tiba-tiba pada tapak kaki.


5) Mempunyai berat badan berlebihan


6) Penggunaan kasut tumit tinggi


RAWATAN SAKIT LUTUT


Rawatannya mungkin berbeza untuk setiap individu tetapi antara rawatannya ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu tersebut.


1) Rehat – Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada kaki seperti tidak berjoging atau mengelakkan aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.


2) Melakukan terapi ais – Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.


3) Senaman dan regangan – Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.





4) Ubat anti radang – Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.

5) Pelapik kasut – Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.

6) Kasut – Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.

7) Sokongan kaki ketika tidur – Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.

Selain mengamalkan langkah-langkah di atas, pengambilan bahan AstaREAL®&#650392AF juga boleh membantu mengurangkan keradangan dan melegakan sakit tumit.

Sumber: Tanya Dr. Sid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 08:18 PM | Show all posts
Rendam dalam  ayo paneh kat tub @ letak kaki dlm bekas berisi garam + lada hitam
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 10:19 AM | Show all posts
ya saya ada masalah ni.. belah atas sikit dari tumit - stress fractures..
lagi2 bila lepas walking exercise- jalan dlm 5km petang2..
kadang2 bangun pagi turun tangga rasa pedih jgk.. tapi kejap je..
selalu baca pasal garam +  lada hitam +a air panas.. tak berkesempatan try lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
zuliana29 replied at 5-2-2021 09:19 AM
ya saya ada masalah ni.. belah atas sikit dari tumit - stress fractures..
lagi2 bila lepas walking  ...

Silalah cuba lada hitam tu petua Fedtri Yahya promot

Ayo panas tub tu saya salu buat bila travel...tumit nak tercabut sight-seeing + shoppimg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.058137 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list