|
TUKANGKEBUN posted on 10-9-2012 12:16 PM
kalau rasa bnyk kes jenayah dlm kws sedara
call balai terdekat, minta ops payung
Hari tu nak panggil polis kat Bukit Puchong, line asyik engaged! Last2 doa aje ibu sy tak apa2 tapi malam tu memang susah nak tidurlah. Nasib baik tak ada apa2 yg buruk berlaku. So far, jalan sy tak ada kecurian / rompakan [yg sy tahulah] tapi jalan belakang dah beberapa kali kena ragut rantai & pecah masuk rumah utk rompak. Tak tahulah kalau org tu ada repot polis. Ops payung ni sampai pukul 5 ptg aje kan? Sebab tengok kat Citibank Puchong & Hong Leong, Puteri - polis balik kalau dah pukul 5 ptg.
Macam mana nak tahu crime rate tinggi kat kaw kita ni. TQ |
|
|
|
|
|
|
|
pm sy utk dpt no direct Ketua Balai Polis Bdr Bkt Puchong
sbb dia pernah pesan, call direct dia kalau balai x angkat
mohon diwujudkan Rakan Cop dlm kws sedara, sbb sms aduan adalah percuma
|
|
|
|
|
|
|
|
pm sy utk dpt no direct Ketua Balai Polis Bdr Bkt Puchong
sbb dia pernah pesan, call direct dia kalau balai x angkat
mohon diwujudkan Rakan Cop dlm kws sedara, sbb sms aduan adalah percuma
|
|
|
|
|
|
|
|
TUKANGKEBUN posted on 12-9-2012 03:06 PM
TK, jadi Rakan Cop ni untuk melapor ke atau ada benefit lain. Tlg jelaskan. TQ |
|
|
|
|
|
|
|
kaylat posted on 28-9-2012 02:46 PM
TK, jadi Rakan Cop ni untuk melapor ke atau ada benefit lain. Tlg jelaskan. TQ
buka lmn web RAKAN COP, ada bnyk INFO disini
sy syorkan bergabung juga dgn COMMUNITY POLICING PUCHONG
http://www.cops.org.my/contact.php
contact EN Kuan Chee Heng 03 8061 2044
Mailing Address :
No.27-1, Jalan PU 7/4,
Taman Puchong Utama,
47140 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.
Contact No. : 03-8061 2044
Fax No. : 03-8068 5444
Support : 012-273 2148 | |
Last edited by TUKANGKEBUN on 28-9-2012 04:42 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
TUKANGKEBUN posted on 28-9-2012 04:37 PM
buka lmn web RAKAN COP, ada bnyk INFO disini
sy syorkan bergabung juga dgn COMMUNITY POLICIN ...
Ok, terima kasih TK.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selangor & KLPenduduk terputus hubungan, kabel tembaga dicuri
NUR FARHANA ABDUL MANAN
6 Oktober 2012
Hock Aun (tiga, kiri) melihat kabel yang dicuri menyebabkan lebih 800 pengguna terputus talian telefon.
Seorang kakitangan TM menunjukkan kabel yang dipotong pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi semalam.
PUCHONG – Lebih 800 penduduk Taman Mawar Kinrara Seksyen 5, dekat sini terputus hubungan apabila kabel tembaga yang menyambungkan talian telefon tetap mereka dicuri, awal pagi semalam. Kejadian dipercayai berlaku antara jam 2 hingga 5 pagi ketika penghuni perumahan berkenaan nyenyak tidur di kediaman masing-masing. Difahamkan, kabel utama sepanjang 1,200 meter terletak di saluran bawah tanah bernilai hampir RM55,000 dipotong pihak tidak bertanggungjawab dari sebuah ‘manhole’ di jalan utama Taman Mawar, dekat sini.
Katanya, selepas berhubung dengan pihak Telekom Malaysia (TM), beliau dimaklumkan masalah berpunca daripada kecurian kabel tembaga di kawasan itu. Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan kerja baik pulih akan memakan masa empat hari dan tiada talian disambungkan pada tempoh tersebut. Saya mendapat maklumat bahawa kerugian hampir puluhan ribu ringgit dan kerja baik pulih dikatakan menelan belanja hampir RM30,000. Harap penduduk dapat bersabar meskipun tahu perkara ini menjejaskan rutin harian mereka.
“Sinar Harian difahamkan, tidak sampai seminggu kejadian kecurian berlaku di Taman Kinrara Seksyen 1, kes sama berulang tetapi di Taman Mawar Kinrara Seksyen 5 pula, semalam. Sejak Januari hingga September lalu, di kawasan Serdang dan Kinrara sahaja TM kerugian hampir RM700,000 akibat kes kecurian kabel yang berlaku.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam geng Puchong....ada sesapa berkesempatan ke pesta buku di masjid AsSalam Puchong perdana x?..best tak dia punyer diskaun?
|
|
|
|
|
|
|
|
kenari7117 posted on 11-10-2012 02:26 PM
salam geng Puchong....ada sesapa berkesempatan ke pesta buku di masjid AsSalam Puchong perdana x?..b ...
besuk ada Program Raudah TV9 di Masjid As-Salam Puchong Perdana
jemput hadir semua |
|
|
|
|
|
|
|
Selamba ludah air sireh
Wartawan Sinar Harian
23 Oktober 2012
Kesan sisa kunyahan sireh berwarna merah yang diludah di dinding rumah.
PUCHONG – Menjijikkan apabila warga Myanmar yang menghuni kawasan rumah kedai di sini didakwa meludah ‘air merah’ kunyahan sireh yang dimakan mereka merata-rata tempat sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada penduduk setempat.
Yang menjadi kemarahan penduduk, warga asing terbabit juga dikatakan sering kencing di merata-rata tempat termasuk di kawasan tangga menuju ke rumah mereka di Jalan 2/1, Taman Perindustrian Puchong Utama, di sini.
Keadaan meloyakan itu menyebabkan penduduk pula mendakwa terpaksa menjadi ‘kuli’ membersihkan kekotoran terbabit kerana geli dan takut penyebaran penyakit berlaku.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, boleh dikatakan hampir setiap tangga mempunyai kesan air ludah berwarna merah di kawasan rumah kedai itu.
Katanya, penduduk geram kerana warga asing itu bukan meludah di longkang tetapi menjadikan dinding blok-blok kedai dan rumah sebagai tempat melampiaskan sisa kunyahan daun sireh yang dimakan mereka.
Menurutnya, teguran pernah dibuat berhubung perkara berkenaan namun ia seolah-olah seperti ‘mencurah air ke daun keladi’ kerana warga Myanmar langsung tidak mempedulikan soal kebersihan sebaliknya terus membuat kotor.
Katanya, perkara itu dikatakan lebih menjadi-jadi apabila terdapat lebih 10 gerai dipercayai menjual daun sireh secara haram di kaki lima kawasan kedai terbabit.
“Pergilah ke mana-mana blok di kawasan ini pasti ada terjumpa orang menjual daun sireh, masalahnya mereka yang mengunyah daun itu tidak mempunyai kesedaran sivik meludah ke dinding dan sebagainya.
“Kita pula sebagai pemilik rumah di kawasan berkenaan yang terpaksa membersihkan kawasan dinding kerana jijik melihat ‘air merah’ itu di sepanjang tangga,” katanya yang meminta pihak berkuasa membuat pemantauan kerana tidak sanggup melihat air ludah itu di merata-rata tempat.
Penduduk, Zaki Ibrahim berkata, kadang-kadang dia berasa menyesal membeli unit rumah di kawasan itu kerana seolah-olah tinggal sekampung dengan warga Myanmar.
Katanya, warga Myanmar itu bersikap kurang ajar dan membuatkan kawasan perumahan disewa mereka seolah-olah tempat sendiri.
“Mereka meludah merata-rata lepas itu ditinggalkan begitu sahaja, yang kena mencucinya penduduk yang tinggal di sini,” katanya.
Last edited by TUKANGKEBUN on 25-10-2012 08:29 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
nnti sapa2 sempat tlg tepek gambo ye |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang banyak kes jenayah berlaku kat puchong...rasa cam x selamat pulak puchong nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
dr.R posted on 11-10-2012 01:08 PM
Minggu lepas aku ada jalan-jalan buang masa sekitar Puchong tu, dari Kota Kemuning lalu jalan Puchon ...
Errkkk... jauhnya sesat dr IOI Mall ke D Kayangan????
|
|
|
|
|
|
|
|
Kompleks baru setia walk tu best ke? |
|
|
|
|
|
|
|
lum_lum posted on 22-12-2012 01:51 AM
sekarang banyak kes jenayah berlaku kat puchong...rasa cam x selamat pulak puchong nie....
rasanya kes JENAYAH, mana2 ada, x kira tempat
yg penting kita harus berhati2, jgn buat hal & kacau org,
sbb silap bulan kena belasah & nyawa melayang senang2 je |
|
|
|
|
|
|
|
apa cite org PUCHONG, sonyap je
yg pasti NAJIB nak turun ke Puchong Utama dlm masa terdekat ni, lepas RAYA CINA |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|