CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Merged] Buaya

[Copy link]
Post time 26-2-2009 11:01 AM | Show all posts
Bukan dah mati ke buaya besar?

Kalau dia muncul pun, tak sampai sejam, sure mati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 11:10 AM | Show all posts
bujang senang pun nmpk dah besor...hik2..besar ek??

tp aku pun rase boye darat lagi bhy...aww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2009 11:14 AM | Show all posts
Magnet bantu pindah buaya

Cara baru elak reptilia ancam penduduk

MIAMI: Pengurusan hidupan liar di Florida melancarkan satu uji kaji untuk memastikan sama ada mereka boleh menghalang buaya daripada kembali menceroboh kawasan kediaman penduduk dengan melekatkan magnet di kepala reptilia itu.

Penyelidik di Muzium Buaya Chiapas di Mexico yang melaporkan kajian di dalam risalah berkata mereka berjaya menggunakan kaedah berkenaan bagi memindahkan 20 ekor buaya sejak 2004.

"Selepas membaca laporan itu kami berasa teruja untuk mencuba kaedah yang sama di sini," kata penyelaras Suruhanjaya Perlindungan Hidupan Liar dan Perikanan Florida, Lindsey Hord.

Buaya adalah haiwan yang amat menjaga 'kawasannya' dan apabila ahli biologi cuba memindahkan reptilia itu dari kawasan bandar ke penempatan baru, ia biasanya akan kembali semula ke tempat ia ditangkap dengan bergerak sejauh 16 kilometer seminggu untuk tiba di tempat asal.

Saintis percaya, buaya bergantung kepada lapangan magnet bumi untuk bergerak dan membantunya kembali ke kawasan asal. Apabila magnet dipasang di kedua-dua belah tepi kepalanya, ia akan menyebabkan reptilia itu kehilangan arah.

"Magnet berkenaan cuma dipasang untuk tempoh sementara waktu dan kami melekatkannya ketika haiwan itu ditangkap. Ia tidak tahu ke mana kami akan memindahkannya dan hilang arah.

"Apa yang kami harapkan ialah buaya yang dipindahkan ke tempat baru tidak akan kembali semula ke kediaman asal," katanya.

Sejak melancarkan uji kaji Januari lalu, Hord bersama rakannya sudah memasang magnet ke atas dua ekor buaya. Seekor mati dilanggar kereta dan seekor lagi belum 'kembali' setakat ini.

Jumlah buaya Amerika yang pernah menjadi spesies terancam meningkat kepada 2,000 ekor di kawasan selatan Florida yang menjadi habitat tunggal reptilia itu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 05:30 PM | Show all posts
ni teknik ambil gambar aje ni, tak lah sebesar yang kita fikirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 25-2-2009 04:13 PM
87jWhUfB8_k&feature=related

meremang mulu oma haku tengok vid neh... urghhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 06:46 PM | Show all posts
Ladang buaya 3 generasi
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

APA yang bermula sebagai hobi lebih 50 tahun lalu, kini bertukar menjadi perniagaan warisan keluarga. Menariknya, barang niaga bukanlah biasa tetapi lebih 1,000 buaya - dengan ada yang sudah mencecah usia 100 tahun.

Pengalaman 'ngeri' ini menanti pengunjung yang singgah ke Crocodile World, ladang buaya atas tapak seluas lapan hektar di Kampung Belading, Teluk Sengat, Johor. Menjadi tumpuan pelancong terutama warga Singapura, ia dipercayai antara ladang buaya tertua di negara ini.


Pada peringkat awal, pemiliknya memulakan ladang ini dengan beberapa buaya yang diambil dari sungai berhampiran. Minat mendalam menyebabkan dia mengeluarkan sejumlah wang bagi membeli reptilia ini daripada nelayan.

Kini, Ng Kok Ting yang mewarisi perniagaan ini daripada bapanya, berkata ada lapan buah kolam bebas dan 30 kolam kepungan simen di ladang yang dikelilingi pohon kelapa sawit. Bagaimanapun, tiada nama khusus diberikan berikutan bilangan haiwan terlalu banyak.

Menurutnya, ladang ternakan itu berbeza dengan taman buaya lain di negara ini apabila pengunjung dan reptilia ganas itu hanya dipisahkan dengan dinding simen setinggi pinggang lelaki dewasa.

Sambil memberi penerangan, Ng turut mengacah buaya peliharaannya menyebabkan reptilia itu melibaskan ekor hinggakan ada peserta lawatan program Sahabat Zoom! Malaysia anjuran majalah pelancongan Libur dan Tourism Malaysia baru-baru ini, basah lencun oleh air hanyir kolam.

Bagi mereka yang pertama kali bertentang mata dengan buaya ini dapat mendengar bunyi menggerunkan apabila haiwan ini membuka dan menutup mulutnya dalam gerakan sepantas kilat. Ini dapat dilihat apabila reptilia ini berasa diancam apabila diacah kayu oleh Ng.

"Sekali dia nganga, kekuatannya sama dengan 2,500 paun," katanya yang sudah menyambung perniagaan keluarga selama tiga generasi itu.

Menariknya, buaya berasingan dibina untuk kumpulan buaya yang ingin mengawan dan kategori istimewa seperti yang lahir dengan tubuh bengkok dan tanpa ekor. Lucu juga apabila Ng memperkenalkan atuk segala buaya yang sudah tidak bergigi berusia sekitar 130 tahun.

"Kami juga membenarkan pengunjung untuk menyentuh dan merakamkan gambar bersama anak buaya. Jangan takut kerana kulitnya yang kelihatan keras sebenarnya amat lembut," katanya sambil menambah ladangnya juga sudah beberapa kali dipaparkan di media negara jiran.

Ada kalanya, terasa seram sejuk membayangkan pelbagai kemungkinan yang bermain di fikiran sekiranya hidupan ini terlepas dari kandang. Namun menurutnya, buaya hanya mengganas apabila berada dalam air.



LADANG DESARU FRUIT FARM

Selain 'berkenalan' dengan buaya, penulis bersama peserta program bertujuan mempromosikan pelancongan domestik ini turut singgah di Desaru Fruit Farm, tarikan agro-pelancongan utama di selatan tanah air.

Jangan terkejut sekiranya anda tidak menemui serangga di ladang ini. Pemiliknya mengamalkan amalan pertanian bijak menggunakan baja organik sistematik, pengairan dan menggunakan lebah bagi proses pendebungaan semula jadi.

Selain limau madu, nangka, tembikai, jambu air, belimbing dan kedondong yang ditanam secara meluas, anda akan dapat menyaksikan nanas terkecil dunia. Pemandu pelancong juga sedia melayani kemusykilan pengunjung mengenai jenis dan faedah setiap pohon yang ditanam.

Sebagai simbolik kepada tuah dalam perniagaan, pemiliknya turut melepaskan 1,888 ikan koi ke dalam kolam kecil berdekatan dengan galeri pertanian. Terlanjur ke sini, peserta program juga tidak melepaskan peluang untuk memberi makan ikan dan melihat koleksi barangan antik.

Zoo petting pula memberikan pengunjung peluang untuk bermesra dengan ular sawa, monyet dan kambing biri-biri, ayam belanda, burung unta, arnab dan ular sawa. Saiznya agak kecil tetapi 'penghuninya' amat mesra dan tidak segan dengan lensa kamera pengunjung.



LADANG BURUNG UNTA

Jika ditanya anak jati Johor, satu lagi tarikan yang mesti dikunjungi apabila berada di Desaru adalah Ostrich Showfarm berdekatan Teluk Ramunia. Ia memiliki 100 burung unta berusia antara satu hari hingga ke tujuh tahun. Burung ini diketahui mempunyai jangka hayat sehingga 70 tahun.

Pengunjung bukan saja dapat berdamping dengan burung unta yang ada kalanya melebihi tinggi lelaki dewasa, malah dapat memberi makan haiwan ini. Mereka juga boleh mencuba untuk berdiri atas telur burung ini yang ada kalanya boleh mencecah saiz bola sepak.

Selain itu, pengunjung boleh cuba menunggang burung unta, aktiviti paling popular di kalangan kanak-kanak. Untuk yang berbadan besar tidak perlu risau kerana burung paling tua di sini boleh menanggung berat sehingga 80 kilogram.



TARIKAN LAIN

>Pencinta sejarah boleh singgah di Tanjung Pengelih untuk melihat runtuhan kubu terbesar tentera British di luar United Kingdom. Kawasan seluas 610 hektar dikatakan memiliki berek dan hospital itu dibina bagi menghadapi tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

>Jangan lupa berkunjung ke Muzium Nelayan di Tanjung Balau, yang terletak enam km daripada pusat peranginan Desaru. Muzium ini mempamerkan khazanah peralatan menangkap ikan tradisional dan moden.

>Muzium Kota Tinggi untuk melihat pelbagai koleksi bahan bersejarah mengenai Kesultanan Johor dari dulu hingga kini. Bahan pameran disusun mengikut kronologi iaitu sejarah Kesultanan Johor Lama, zaman kegemilangan Johor Lama hingga sekarang.



INFO

>Kunjungan penulis ke Desaru sempena dengan program pertama Sahabat Zoom! Malaysia Desaru baru-baru ini. Program ini antara lain bagi mempromosikan destinasi pelancongan domestik.



RUJUKAN PERCUTIAN

Desaru Fruit Farm

Tel: 07-822 5886, 822 3886 822

Faks: 07-822 4886

www.desaruff.com



Ostrich Showfarm Desaru

Tel: 07-826 5846.



Tourism Malaysia

Tel: 03-2615 8188

Faks: 03-2693 5884 / 2693 0207

Talian Pelancongan: 1-300-88-5050

Emel: enquiries@tourism.gov.my
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2009 07:48 PM | Show all posts
Thread ni lebih sesuai kat bod haiwan sbb takda misteri pun buaya besor ni. Akan dipindahkan ya, OP take note.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 08:43 PM | Show all posts
kesian aku tgk buaye tu.. kene ikat camtu.. pastu dipamerkan plak.. kesian gile..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 08:51 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 26-2-2009 01:46 AM
mengandung? jadi bapak2 kita semuanya buaya darat la sebab menyebabkan mak kita mengandung?

tuh boya lain la....nih maksud kau boya2 darat yang suka nak main perempuan....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 01:04 PM | Show all posts
ah..tipu la...mana besar. gambar diambil dari dekat....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 03:18 AM | Show all posts
nasib baik bujang.. kalau x, anak2 dia mesti besar2..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 08:56 AM | Show all posts
Magnet kelirukan buaya

Susunan Siti Zaleha Jorimai



PIHAK pengurusan hidupan liar Florida, Miami, Amerika Syarikat melancarkan satu eksperimen iaitu dengan meletakkan magnet pada kepala buaya yang dipindahkan ke kawasan baru.

Usaha itu bagi menghalang buaya tersebut kembali ke tempat asalnya dan seterusnya merayau memasuki kawasan kediaman penduduk di situ.

揗agnet tersebut akan membuatkan keupayaan haiwan itu untuk 憁engingati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 09:58 AM | Show all posts
Buaya tunggu 'mangsa' tengah jalan
Oleh M Hifzuddin Ikhsan


POLIS terpaksa melepaskan kira-kira 10 das tembakan terhadap buaya yang cuba menerkam dua penduduk dalam perjalanan pulang ke Kampung Purutan, Siburan, kelmarin.


Dua pemuda nyaris jadi habuan

KUCHING: Dua pemuda berdepan saat mencemaskan apabila objek yang disangka kayu sebaliknya terbukti buaya sepanjang 2.5 meter yang cuba menerkam mereka dalam kejadian di Kampung Purutan, Siburan, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Scoot Abat, 16, dan sepupunya, Emanuel Jerong, 22, yang menaiki motosikal berasingan, terserempak dengan buaya seberat 100 kilogram yang menghalang jalan kecil dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu.

Sebaik menyedari haiwan ganas itu, dua pemuda itu melompat daripada motosikal dan melarikan diri daripada buaya yang dipercayai sesat dari Sungai Endap atau Sungai Samarahan.

Ini menyebabkan haiwan berkenaan 'menyerang' motosikal yang ditinggalkan. Scoot yang kembali bersama beberapa penduduk kampung, cuba menghalau buaya itu tetapi gagal dan menghubungi polis yang melepaskan kira-kira 10 das tembakan.

"Kami dalam perjalanan pulang menggunakan jalan kecil berdekatan kampung sebelum terkejut melihat buaya menghalang laluan. Saya tidak menyangka objek yang disangka kayu itu adalah buaya berikutan kedudukannya yang melintang dan langsung tidak bergerak.

"Ketika menghampirinya barulah saya sedar 'kayu' itu sebenarnya buaya. Kami terpaksa terjun dari motosikal selepas ia cuba menerkam kaki kanan saya," katanya.

Scoot berkata, selama ini penduduk kampung tidak pernah melihat buaya tersesat ke dalam kampung mereka, namun percaya haiwan berkenaan cuba mencari makanan di empat kolam ikan berdekatan.





boya tgh jalan.... jarang bley nampak nih... imagine dak2 kecik main kat tepi jalan rumah.... pastu ada boya.....cisssssss aku tak dapat bayangkan.... tapi   aku rasa tak patut bunuh boya nih..... patut tangkap ajer... bukan bunuh!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2009 11:22 AM | Show all posts

Balas #153 amazed\ catat

setuju...

tak patut terus dibunuh

kalau dah boya tu dah kat situ...

ikut laa jalan lain

sementara pihak bkenaan dok p tangkap dia ke apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 07:18 AM | Show all posts
Hanya sebelah kaki, badan ditemui

Buaya merupakan reptilia ganas yang boleh menyerang manusia untuk dijadikan sumber makanan. - Gambar hiasan

KUCHING - Selepas enam hari dilaporkan hilang, seorang mandur sebuah kilang papan yang menjadi mangsa serangan buaya di Sungai Bako, akhirnya ditemui dalam keadaan menyayat hati semalam.

Ini berikutan mayat Paryono Sukimin, 43, hanya tinggal anggota kaki bahagian kanan sehingga ke aras perut.

Bahagian badan mangsa itu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9.45 pagi.


Sebahagian anggota badan Paryono (gambar kecil) yang ditemui semalam selepas dia dibaham seekor buaya di Sungai Bako, Kuching Sarawak.



Paryono

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Daerah Kuching, Ahmad Shahfikri Darus berkata, anggota badan mangsa itu ditemui di tebing sungai tersebut iaitu tujuh kilometer dari tempat mangsa dibaham reptilia itu.

"Kita menemui sebelah kaki Paryono di tebing Sungai Bako tidak jauh dari lokasi dia dibaham,'' katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak.

Selasa lalu, Paryono seorang mandur sebuah kilang papan di Kawasan Perindustrian Demak Laut hilang selepas dia diserang seekor buaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 02:26 PM | Show all posts

Buaya di Taman Buaya Jong, Siburan.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2009 11:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2009 02:03 PM | Show all posts
Terkejut buaya di depan pintu rumah


GAMBAR menunjukkan seekor buaya 'melepak' di hadapan pintu sebuah rumah di Florida, Amerika Syarikat.

--------------------------------------------------------------------------------


FLORIDA - Seorang wanita, Belinda Donaldson terkejut apabila seekor buaya berukuran 3.35 meter 'lepak' di hadapan pintu rumahnya di Westchase, Hillsborough County, di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kehadiran buaya itu pada mulanya disedari beberapa jiran wanita tersebut yang kemudian bertindak menelefonnya.

Bagaimanapun, Belinda tidak mempercayai kata-kata jirannya itu tetapi tergamam selepas melihat kelibat buaya tersebut melalui tingkap rumahnya.

Dia yang ketakutan menghubungi pasukan penyelamat hidupan liar untuk mendapatkan bantuan selepas buaya terbabit enggan berganjak.

Seorang saksi berkata, pasukan penyelamat hidupan liar mengambil masa satu jam untuk menangkap buaya tersebut sebelum membawa haiwan itu dengan menggunakan sebuah trak ke habitat asalnya.

Kemunculan buaya di kawasan awam itu kerap berlaku terutama pada musim panas. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 11:57 AM | Show all posts
i pernah pergi taman rama2 kat melaka last year

tempat ni mcm zoo la...terperanjat sgt bila tgk ada 2ekor buaya dikurung dlm sangkar yg sgt sempit..sangkar tu muat2 badan dorg jer..kesian sgt...nak bergerak pun susah...

even buaya ni kan haiwan yang ganas..tp i rasa dia takkan mengamuk kecuali kalau lapar@org kacau tempat dia...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 01:27 PM | Show all posts

Balas #158 Syd\ catat

florido memang tempat die (buaya)... depan rumah, blakang paya/tasik tempat buaya...

memang tempat slalu kena ziarah ngan buaya....

tapi kan buaya depa ni, aligator sebenaq nya... muncung pendek mulut besaq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.661358 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list