CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aYuGiLeR

Susuk ~ arahan Amir Muhamad (tayang 7 Ogos 2008 kaedahnye)

[Copy link]
Post time 27-7-2008 12:07 AM | Show all posts
Originally posted by Eddlisa_uyuk at 26-7-2008 03:38 PM
smlm baru terjumpa sofia jane jane kat media prima

watak sofea jane pun sikit gak ke???



spoiler x dibenarkan
sape yg nak tau, sila pm forum member yg da tgk
org lain belum tgk lagi n x sume sedia utk baca spoiler
ada byk cara utk letak spoiler .. tp bukan secara direct


[ Last edited by  fly_in_d_sky at 27-7-2008 07:59 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2008 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by eddysheddy at 26-7-2008 11:15 PM

mana ko tgk ek?

apapun, baguslah kalo tak seram sgt.. barulah aku berani nak gi tgk sikit


aku tgk kat u aku la...dierorg wat tayangan smalam.............penakut gak si eddy nie.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 08:01 AM | Show all posts
Originally posted by aYuGiLeR at 2-9-2006 04:04 AM
thread terdahulu yg dah jenuh aku paste gambo + synopsis dah kena bersih.. sabo jer la.. so aku buat thread baru... bila filem ni nak tayang agaknyer?? ada sesiapa tau??


http://www.susukthem ...


Citer ni tak best...pasal ade adlin :@
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 10:24 PM | Show all posts
tgk review kat tv3 tu...nape mayat tu minx nyanyi...huahauhauha...da mati pun minx lagu...minx la baca yasin ke...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 11:57 PM | Show all posts
Originally posted by darkcom3y at 27-7-2008 10:24 PM
tgk review kat tv3 tu...nape mayat tu minx nyanyi...huahauhauha...da mati pun minx lagu...minx la baca yasin ke...


spoiler....

-laislabonita-

[ Last edited by  laislabonita at 28-7-2008 12:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 12:10 AM | Show all posts
tgk the making of tadi..bestnye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2008 12:24 AM | Show all posts
kat mane the making tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 12:30 AM | Show all posts

Reply #89 pzan213's post

astro ria
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2008 12:35 AM | Show all posts
jangan la letak spoiler....

-laislabonita-

[ Last edited by  laislabonita at 28-7-2008 12:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 12:55 AM | Show all posts
perhatian..

kut la nak letak spoiler gak, bagi la warning such as SPOILER AHEAD and watsoever.. jgn letak direct spoiler yg membuatkan org lain trus hilang climax utk tonton.. kalau ni sub board TV series/prgramme dah lama kredit korg kena tolak..

kalau dah tgk skalipun, just put notice there "SPOILER".. kalau org lain yg nak tau sgt pasal spoiler tu, leh baca through that SPOILER warning tu, x pun spt kata fly, just PM tuan yg dah tgk tu..

kerjasama anda sgt2 dihargai.. please ya..

TQ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 12:55 AM | Show all posts

Balas #91 pzan213\ catat

dik, apakata ko buat review panjang-lebar kau lengkap suma jalan citer & pjlnan plot filem ni & simpan dlm ko punya email... pastu, sapa nak baca boleh PM kau & email pd dia.. jgn lupa buh skali pic behind the scenes & press-kit kalau ada.. tQ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 01:20 AM | Show all posts

Susuk on WHI interviews Ida Nerina

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 01:21 AM | Show all posts

Susuk on MHI interviews Ida Nerina & Amir Muhammad

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 10:13 AM | Show all posts
oh yeke...sori..uhuhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 10:34 AM | Show all posts
aku tgk the making of susuk ni,bleh tahan gak
citer ni penuh dgn kefemininnye.sbb citer psl kaum wanita
btw, hope lepas susuk ditayangkan, dukun pun boleh masuk cinema gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 11:36 AM | Show all posts
Dukun citer umieaida tu ek??...yg dikatekan kisah mona fendi??.........tol ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2008 11:49 AM | Show all posts
best ke tak, kena tgk dulu
cos baru leh komen

nak tgk sgt sofea jane berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 03:44 PM | Show all posts

Susuk akhirnya ke pawagam jua...

28-07-2008 12:59:00 PM
oleh WAHIDA ASRANI  
SETELAH lebih dua tahun 'terperap', filem Susuk akhirnya bakal menemui penonton di pawagam-pawagam tempatan bermula 7 Ogos depan.

Filem arahan Amir Muhammad dan Naeim Ghalili ini selesai menjalani penggambaran sekitar pertengahan tahun 2006 itu namun ramai yang tertanya-tanya nasib filem lakonan bintang-bintang hebat seperti Diana Rafar, Ida Nerina, Sofea Jane dan Aleeza Kassim ini apabila filem yang telah diuar-uarkan itu masih lagi belum ditayangkan.

"Saya lega akhirnya Susuk akan ditayangkan juga awal bulan depan. Apapun, saya tidak rasa tempoh dua tahun itu satu jangkamasa yang agak lama. Filem itu memang sudah siap sepenuhnya sekitar awal tahun lalu, tetapi kelewatan tayangan filem ini berlaku kerana sebab-sebab tertentu.

"Kita ambil masa yang agak lama untuk menyiapkan teknik CGI ketika proses pasca produksi walaupun babak yang memerlukan teknik tersebut hanya sedikit. Kita menggunakan dua team untuk proses ini.



Naeim Ghalili (kiri) dan Amir...gandingan dua pengarah dalam sebuah filem

"Kita juga mengalami beberapa masalah ketika penggambaran dulu. Penggambaran sepatutnya dijalankan selama lima minggu saja, tetapi berlarutan hingga lapan minggu kerana faktor yang tidak dapat dielakkan.

"Antara masalahnya, kita mengalami kesukaran untuk dapatkan lokasi. Sebagai contoh, kami tidak dibenarkan meneruskan penggambaran di sebuah kawasan pangsapuri kerana penduduk di situ kurang senang kerana ada yang rasa 'terganggu'.

"Disebabkan itu kami terpaksa mencari lokasi yang lain dan perkara ini sudah tentu menyukarkan kami kerana bukan semua pelakon available pada tarikh penggambaran yang baru ditetapkan semula.

"Ditambah pula dengan hujan hampir setiap hari sekitar Februari 2006, oleh kerana itu kami terpaksa tangguhkan lagi penggambaran," ujar Amir yang ditemui di pejabat Grand Brilliance Sdn Bhd, baru-baru ini.  

Namun, segala cabaran yang dialami sepanjang pembikinan filem itu akhirnya berbaloi apabila Susuk akhirnya berjaya juga disempurnakan dengan baik dan ketika ini sedang menantikan masa tayangannya.

Filem bergenre supernatural thriller ini mengisahkan tentang dua wanita, Suraya dan Suzana. Suraya, seorang jururawat mempunyai impian untuk bergelar seorang penyanyi. Dia diperkenalkan dengan amalan susuk sebagai satu cara agar impiannya itu berjaya direalisasikan.

Dalam pada itu, Suzana seorang penyanyi tersohor sememangnya sudah lama mengamalkan penggunaan susuk yang cukup berbahaya dan jika terlanggar pantang, kesannya cukup hebat kerana akan ada nyawa yang terkorban.

Mengulas lanjut tentang filem terbitan GBSB ini, kata Amir, dia berharap mesej yang cuba ingin diketengahkan menerusi filem ini akan 'sampai' kepada penonton-penonton yang menyaksikannya kelak.

Meskipun ada dua bahagian daripada filem ini telah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), ia bagaimanapun tidak langsung menjejaskan keseluruhan jalan ceritanya.


Ida Nerina dan Sofea Jane antara barisan pelakon yang menjayakan Susuk

"Untuk menghasilkan filem ini, kami banyak menemubual bomoh-bomoh. Setiap bomoh ini mempunyai persepsi yang berbeza tentang susuk. Kami rekakan jalan cerita Susuk ini tetapi masih berlandaskan dengan apa yang kita tahu tentang amalan ini



"Bagi saya, Susuk ini lebih kepada metafora...kalau kita ingin berjaya, kita perlu lakukan sesuatu. Tetapi apa yang dipaparkan ini adalah persepsi negatif kerana seseorang itu tidak perlu guna cara seperti ini untuk berjaya.

"Saya cuma harap penonton mampu terima filem ini dan secara peribadi, saya tidak mahu letak berapa sasaran untuk filem ini. Malah, saya percaya filem ini juga mempunyai kekuatan dari segi barisan pelakonnya. Mereka mempunyai 'aura' tersendiri," kata Amir.

Ditanya mengenai pembabitan dua pengarah sekaligus di dalam filem ini, jelas Amir, dia tidak merasakan gandingannya dan Naeim sepanjang pembikinan filem itu mengalami masalah.

"Saya melihat ini satu kerjasama yang baik. Kalau boleh, kami ingin jadi seperti filem seram Thailand, Shutter yang juga menggunakan dua pengarah.

"Apapun, sudah tentu setiap keputusan yang kami lakukan perlu ada perbincangan. Naeim cukup mahir di dalam aspek teknikal, manakala saya sebaliknya," tutur Amir.

Dalam pada itu, Susuk juga menerima perkhabaran gembira apabila filem ini juga akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam ke-38 yang akan berlangsung pada Januari 2009.

"Sudah tentu kita rasa cukup bangga kerana Festival Filem Antarabangsa Rotterdam adalah sebuah festival filem yang cukup besar. Banyak juga filem-filem Melayu yang pernah ditayangkan di sana sebelum ini.

"Malah, filem ini juga telah ditayangkan di Festival Filem di Itali pada bulan lalu," kata Amir lagi yang turut melahirkan perasaan gembira apabila Susuk juga menerima pencalonan pada Festival Filem Malaysia ke-21 yang akan berlangsung awal bulan Ogos ini.

-Mstar Online-

(Mod kalau dah ada thread nih, tolong merge yer )
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 03:44 PM | Show all posts
sesapa yang berminat citer seram.. leh la pegi tengok yer..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 03:51 PM | Show all posts
hmm..nak tengok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.094321 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list