CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: intan_mahsuri

- SEKOLAH DI ZAMAN SEKARANG -

[Copy link]
Post time 21-5-2006 08:49 PM | Show all posts
gitu juga ngan Unit kaunseling KL menjadikan sekolah di Terengganu sebagai tanda aras unit kaunseling di sini. antara yang menjadi rujukan ialah Cikgu Ahmad Sabri Haji Othman. Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II, Kuala Terengganu. kira bilik kaunseling yang diuruskan pun menjadi contoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2006 03:02 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 18-5-2006 08:35 PM
IM,
sherina bila fikir2 balik situasi IM tu..berkobar semangat sherrina nak blajo Mandarin ngan Kantonis. biar dorang tau kita paham apa yg dia cakap. usually chinese respect org melayu yg le ckp  ...


IM pun ada blajar sket2 cakap kantonis. Mandarin tak blajar sebab mandarin bahasa standard. Dia kat sekolah banyak cakap kantonis.

Dulu masa im kat sekolah private, bdk2 cina suka ajar im bahasa dia. Contohnya  wo tar ni...(saya tumbuk awak). Kalau dia org nak ke tandas, im tanya, mahu siau pien atau mahu tar pien?...apa yang im blajar ni pun campur2 ada mand ada kantonis. IM memang dah nak enrol klas bahasa mand dan kant, tapi klas tu waktu magrib, terpaksa im batalkan plan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 03:03 PM | Show all posts
Hari ni paper Add Math dan English....Nampak blur jer dia orang nih...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 09:20 PM | Show all posts
Seronok tgk korang nyer Hari Guru.
On 16th May ari tuh, skolah aku tak wat Hari Guru sbb ada Pesta Menuai & Mengemping Padi oleh Tg Mahkota Pahang kat skolah aku.
TMP tiba pastu dok ats stage dgr penerangan psl program tuh then gi ke sawah padi belakang sekolah, tuai padi guna tgn and jentera.
Habis menuai, gi mengemping, tebang pisang, lepas anak ikan dlm kolam ikan sekolah and main congkak ngan bebudak Pendidikan Khas.
Lastly, santap.
Tg Puan tak dpt dtg sbb katanya tgh gering and dok kt spital TAA Kuantan.
Insya Allah, JUmaat nih baru nk wat Hari Guru peringkat sklh.
Since la esk budak nk xm smpai Khamis so acaranya very simple jek.
Maybe lps baca perutusan, tukar2 hadiah sesama cikgu, futsal cikgu vs bebudak, jamuan & persembahan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 09:31 PM | Show all posts
Sklh menengah kt sini xm since minggu lepas dh.
Ari ni paper BM.
Aku cikgu sekolah rendah, ambk PJJ ngan UPM.
La nih tgh praktikum kt sekolah menengah.
Jadual aku padat sket.
Pagi, aku ngajar kat sekolah rendah (sekolah aku).
Ptg lak, aku bergegas ke sekolah menengah utk berpraktikum.
Aku dh start gini since 17.4.06 ari tuh (6 minggu).
Insya Allah habis on 26.5.06 nih.
Tak sabar nak habiskan praktikum nih sbb penat wo!
7 pg hingga 7 ptg!
Tp, rasa cam sedih gak nak habis nih sbb dh mula syg kat anak- murid kat sekolah menengah tuh.
Esk, xm P3 (Penilaian 3) start kt sekolah rendah sampai la Khamis nih.
Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 22-5-2006 09:52 PM | Show all posts
hebat la Ten...7 pagi sampai 7 petang.
lepas ni kalau naik gred, kena naik sekolah menengah ke Ten? tak boleh ke stay sekolah rendah je?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2006 10:09 PM | Show all posts
Originally posted by pakcik_d7668 at 22-5-2006 09:52 PM
hebat la Ten...7 pagi sampai 7 petang.
lepas ni kalau naik gred, kena naik sekolah menengah ke Ten? tak boleh ke stay sekolah rendah je?

Tak semestinya!
Ramai gak yg posting kt sekolah sendiri.
Ikut ats kekosongan.
Tp secara logiknya, klau kita kuar posting ke sekolah menengah, sapa lak yg nak isi "kekosongan" kita yg kat sekolah rendah tuh?
Ya tak ya, posting kat sekolah sendiri!
Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 23-5-2006 11:03 AM | Show all posts
ok la kalau camtu.
zaman pakcik dulu, ramai batch pakcik yang dari PKPG terpaksa tukar ke sekolah menengah. mungkin masa tu, belum ada lagi DG41 kat sekolah rendah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2006 02:22 PM | Show all posts
Apa jadi kat sekolah im hari ni ek!!!!

Hari ni IM pakai baju kebaya rona shocking pink, kain ala-ala songket kalau di pandang dari jauh. Tapi sebenaunya kain dari jenis sari jer. Spt biasa pegi ke sekolah im pakai minyak wangi. Hari ni pakai Estee Lauder Beyond Paradise.

Ada satu budak tu (cina), tak tahulah mungkin tak boleh menjawab atau berangan. Sambil jaga peksa, kejap2 im curi2 menanda kertas. Dari ekor mata IM, Im terperasan yang dia perati IM. Bila IM dongak, dia tersenyum. IM pun senyum balik. Pastu IM ronda satu klas. IM lalu kat dia. Dia asyik tergeliat-tergeliat. Last2 dia kata nak pegi tandas. IM tak pk apa2 pun. Mgkin pagi tadi sejuk sket. Tapi lepas balaik dari tandas, IM tengok dia ni semacam jer. Dah buang air pun masih tergeliat2 lagihhh dan asyik dok pandang IM. Kertas peksa tak dijawab jugak...eeeeiiii...parah betul. IM pun amik kertas ujian yang IM nak peksa, IM beralih pegi duduk kat meja belakang....!!!...

A
Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 23-5-2006 08:15 PM | Show all posts
kenapa ek agaknya IM?

citer IM buat pakcik teringat pasal cikgu add math pakcik masa sekolah dulu. orangnya memang cantik bergaya.

seringkali dia cakap kat kitaorang...kalau tak paham, jangan malu2 tanya. kitaorang bukan tak nak tanya sebenarnya. tapi bila tanya, tentu dia akan pegi kat tempat duduk kitaorang dan terangkan..bla,bla,bla....dan pada masa yang sama tentu budak yang dia sedang terangkan tu sesak nafas...apasal? pasal dia duduk dekat sangat....buat peredaran darah kitaorang kencang satu hal (pasal dia selalu pakai kebaya nyonya)...satu hal lagi, sesakkkk nafasssss....pasal minyak wangi dia kuat sangat...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2006 03:26 PM | Show all posts
Originally posted by pakcik_d7668 at 23-5-2006 08:15 PM
kenapa ek agaknya IM?

citer IM buat pakcik teringat pasal cikgu add math pakcik masa sekolah dulu. orangnya memang cantik bergaya.

seringkali dia cakap kat kitaorang...kalau tak paham, jangan ...



hehehehe....daripada bau ketiak....lebih baik bau wangi....hehehehe...

weiiiii pakcik, balik sekolah terus bukak pc ker?
jumaat ni sklh im sambut hari guru.
nanti kalau ada gambo, im masukkan kat sini....
Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 24-5-2006 07:54 PM | Show all posts
apa yang berlaku di sekolah hari ni?
pakcik pun tak tau...pasal hari ni pakcik MC lagi...dah tak tahan sangat. pakcik sebenarnya ada sakit batu karang yang belum selesai lagi ni. kalau sakit sikit2 dan rasa-rasanya boleh, pakcik pegi sekolah. tapi kalau dah tahap tergolek tu, pakcik terpaksa la MC.

IM
memang balik je sekolah pakcik mandi dan tunggu solat maghrib, lepas solat maghrib baru pakcik online. itu pun sambil buat kerja sikit2, dan sambil dengar berita. yang penting, malam sebelum tido, dah selesai merancang apa yang nak di ajar keesokan harinya.

sambutan hari guru peringkat daerah kulai akan diadakan pada hari sabtu ni. asalnya, semua guru wajib pegi.tapi pagi tadi masa pakcik hantar mc, tengok kat buku kehadiran...nama-nama yang 'terpilih' je kena pegi. tapi ingat pegi la kejap tengok-tengok apa yang berlaku. lepas tu baru balik batu pahat, pasal ada jemputan kenduri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 08:08 PM | Show all posts
pakcik,
ayah saya dah 2 kali sakit batu karang. pertama kali kene operate buang batu. kali kedua dia amik sejenis ubat dr India utk hancurkan batu tu. nape tak rawat?
Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 25-5-2006 07:00 AM | Show all posts
biasa la sherrina....kalau pegi hospital kerajaan, lambat sikit.
ni pun tengah tunggu temujanji nak kena scan lagi sekali. sebab hari tu x-ray tak nampak dan doktor kata mungkin sebab belum betul-betul jadik batu lagi. tu dia suruh pegi scan lak.

cuti sekolah ni balik kampung jap, nak ambik ubat kampung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2006 02:03 PM | Show all posts
Originally posted by pakcik_d7668 at 24-5-2006 07:54 PM
apa yang berlaku di sekolah hari ni?
pakcik pun tak tau...pasal hari ni pakcik MC lagi...dah tak tahan sangat. pakcik sebenarnya ada sakit batu karang yang belum selesai lagi ni. kalau sakit sikit ...


hah tulah pakcik, masa kecik2 dulu suka sangat main batu...bila besar batu terlekat kat dalam badan.....
ohhhh...pakcik kat johor eh? cuti sekolah ni im balik johor. nak pi tgk mak, nak buatkan batu nesan utk kubur abah, nak renewkan road tax keter arwah abah...manyak lagi kijerrr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2006 02:05 PM | Show all posts
pagi tadi ada lah plak extra kijer. bukak jer buku register dah terselit satu senarai...'sila tuliskan nama murid yang didalam kategori obesiti.'.....Letih betul, kejer nurse puuuun kita kena buat. awal tahun hari tu kena cek mata diaorang, nw nak kena tgk yang mana obese plak.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 25-5-2006 05:09 PM | Show all posts
kena bawak timbang dan tape ukur le ni IM..nak dapatkan BMI sekali tak?
tapi tengok je pun dah tau...mana yang termasuk kategori obes.

nasib tak...'sila senaraikan cikgu-cikgu yang obesiti" :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 06:00 PM | Show all posts
4 peristiwa berlaku ari ni..

peristiwa pertama*
Aku jaga kertas pendidikan seni visual.. masa nak kuar.. aku dah terperasan bau yang busuk.. tp aku tak hirau kan.. ingatkan bau apa... lepas aku kuar.. ada cikgu bagitau.. budak kelas aku berak dalam seluar... terkejut aku.. budak darjah 5.. tak tau la apasal.. takut nak kuar ke tandas atau tak sempat kuar.. sbb kelas aku... cikgu yang jaga periksa lepas aku.. suruh la budak2 lain.. ambik pasir n tutup najis tu...

lepas rehat masa aku lalu kat kelas aku.. aku tgk. ada 4-5 org duk main tolak2.. geram.. aku suruh 4-5 org tu.. bersihkan kawasan sekitar.. kalu tak bersih jaga. lepas tu suruh diorg cucui ngan air. kawasan lantai n kerusi.. hehe.. baru bersih kelas aku...

peristiwa dua*
berapa kali dah larang bdk2 ni.. tp diorg masih degil.. selalu sangat main kejar2 nagn kawan2.. tah napa ari ni malang skit.. tgh diorg main kejar2.. nak jadikan cerita.. budak darjah 6  tu pun berjalan nak ke pejabat sekolah tiba2 bertembung ngan budak tahun 1 ni.. budak thn 1 ni terjatuh n kena tangga di kepala..

gile banyak darah di kepala.. abih seluruh baju dia dibasahi darah.. terpaksa antar ke klinik... sbb luka nampak cam dalam skit kat kepala..

tahla. cam2 hal di ari akhir persekolahan..

peristiwa ketiga*
masa cuti ni sek ada anjurkan lawatan ke muzium negeri dan pameran lukisan. bayaran RM5 sahaja. ingatkan skit je yg nak gi. tp gile.. dalam 150 org smeuanya.. ingatkan nak gi satu bas je. ni terpaksa cari 3 buah bas paling kurang..

peristiwa 4*
tangkap surat cinta budak2.. tah napa.. seminggu dua ni cam jadi trend lak bduak2 antar surat cinta sesama sendiri... kekadang malu aku nak baca surat diorg.. takpe.. lepas cuti ni akan ada tindakan utk elakkan perkara ni berlaku.. antara contoh surat cinta bduak thn 4

saya suka awak
saya cinta awak
saya nak peluk awak
saya nak cium awak
saya nak kawin dengan awak..

tahla.. cam2 hal. mesti pengaruh luar banyak sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 06:13 PM | Show all posts

Reply #98 tuahayam's post

Hehehehe..lawak betul la budak2 kan? Dia ingat cinta and kahwin tu macam main pondok2 kot... Hehehe... Kat sekolah Shah ni, cikgu disiplin dia dah biasa tangkap budak kissing etc. Pening kepala Shah la tengok diorang ni, coz dah diberi amaran pun, still lagi buat benda yg sama. Nasib baik most of the parents faham and most of them pindahkan anak2 ni pi sekolah lain. But it's not a guarantee yg budak2 ni takkan buat lagi. Apa2 pun, parents yg perlu lebih banyak keep an eye on their kids regarding this matter la...
Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 25-5-2006 06:13 PM | Show all posts
tuah...esok dah start cuti sekolah kan?
selamat 'bercuti'....hehehe

biasa le, hari terakhir sebelum  cuti sekolah memang kena aware sikit....banyak yang bukan-bukan budak2 ni. diorang tau nak 'seronok-seronok' je tanpa pikir apa akibatnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.065597 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list