CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bintang

Bintang Itu Kian Malap

 Close [Copy link]
Post time 5-8-2010 03:52 PM | Show all posts
Aku dah komplen dah kat bintang... Cari la heroin muda sikit bagi kat aku... hahahaha
pedon Post at 5-8-2010 11:28



    ehem....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2010 03:53 PM | Show all posts
ganti aku boleh...hahahaha
alahai Post at 5-8-2010 14:28



    macit nak kena
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2010 06:15 PM | Show all posts
Dia bangkit dari duduknya, hatinya seperti dicarik dengan kata-kata sinis suaminya tadi;   “Tapi ini bukan hal yang baru, bukankah abang sendiri tahu Carold tidak boleh memandu dengan baik kalau hujan lebat. Kenapa abang selalu cepat naik angin akhir-akhir ini? Terlalu egois...”


“Cukup! Abang tak ingin bergaduh pagi ini.”   Lalu suaminya membanting pintu bergegas menaiki kereta Pajeronya dan pergi.  Tanpa ada ciuman. Tanpa ada salam.  Sedangkan dia kembali ke dalam rumahnya dengan perasaan kesal dan tetap di dalamnya kerana hujan kembali turun dengan lebatnya di siang hari itu.


Tapi beberapa jam setelahnya, dia memutuskan untuk keluar di siang yang mendung ditanggisi hujan itu sendirian dengan menaiki keretanya. Dia tak peduli selebat mana hujan akan turun, dia akan tetap pergi menuju sebuah supermarket membeli kopi pesanan suaminya kerana dia adalah seorang isteri yang baik. Kerana dia harus mengurus rumah tangganya dengan sempurna dan bijak.  Kerana juga dia menyedari bahawa dia harus lebih memberi perhatian akan kesibukan suaminya dan mengambil kisah semuanya.  Didasari juga oleh rasa penyesalannya, kerana meninggikan suara kepada suaminya, maka dia memutuskan untuk membelikan suaminya sebuah cangkir kopi yang baru;  dan ia pun pergi menempuh jalan yang lebih jauh dari rumahnya semata-mata untuk cangkir dan kopinya.


Dan di sanalah, di sebuah supermarket besar di kota Cari, dengan kopi, cangkirnya, dan hasil perbelanjaan lainnya di dalam troli yang dia sorong, dari balik kedua matanya dia menangkap susuk suaminya sedang berjalan bergandengan dengan...........................


‘‘Siapa dia?’’   dia bertanya di dalam hatinya. Tentu saja dia tidak terus percaya dan membuat sebuah kesimpulan. Dia mengikuti dari jauh, meneliti dengan dengan tekun, berusaha meyakinkan bahawa hari ini tidak pernah terjadi.  Cumalah sebuah mimpi.  Tapi daya apa yang dia miliki?  Saat dia melihat si suami mengucup bibir wanita yang berbaju merah itu (‘Siapa dia?’),   sebaik saja keduanya memasuki perut kereta; maka saat itulah hujan lebat turun di dua tempat berbeza;   membasahi permukaan bumi yang lembap;  dan menenggelamkan hati yang sedang bertanya-tanya.


Lalu pada hari-hari berikutnya,  jejak-jejak curang suaminya itu mulai terlihat jelas.  Sikap dingin suaminya yang terasa begitu kentara. Sering pulang larut malam  (dia menelefon ke pejabat suaminya beberapa kali, dan dimaklumkan oleh kerani pejabat suaminya sudah lama pulang),  dua keping potongan tiket wayang, sehelai rambut panjang di kemeja,  kerap berSMS dengan senyum di bibir dan juga tak pernah berenggang dengan telefon bimbitnya. Satu lagi, dia pernah cuba untuk menyelongkar telefon bimbit suaminya ternyata ada kata laluan yang perlu ditaip..! Dia tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap kenyataan ini. Dan dia tahu bahawa perkahwinannya harus diselamatkan.
Dia mengurung diri di bilik, menangis, meratap, melihat potret hidupnya yang bercerai-berai.  Emosinya mulai terganggu dan dia memikirkan banyak hal yang pada akhirnya lebih menempatkan dia pada posisi bersalah.


‘‘Siapa lagi yang patut disalahkan?’’    fikirannya berkecamuk.    “Sepuluh tahun tanpa keturunan, siapa lagi yang patut disalahkan?’’

Perkahwinan indah yang telah dia rasakan kini hanya tinggal serpihannya saja yang dapat digenggam, sangat ironi.  Seakan kesenangan dan kebahagiaan yang telah didapatinya dan sebahagian masih dia mencari itu tak lagi berbekas di ruang mimpinya, kerana apa ertinya itu semua jika sejak awal dirinyalah yang ditakdirkan untuk menghancurkan semuanya.  Kerana dirinyakah? Kerana dia tidak punyai zuriat? Maka semua ini menjadi sebab suaminya mencari wanita lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2010 06:16 PM | Show all posts
Aku dah komplen dah kat bintang... Cari la heroin muda sikit bagi kat aku... hahahaha
pedon Post at 5-8-2010 11:28



    Nak digandingkan dengan sape? Lisa Surihani ..? :@
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 09:28 PM | Show all posts
Nak digandingkan dengan sape? Lisa Surihani ..?
bintang Post at 5-8-2010 18:16



Pipi bengkak katanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2010 09:43 PM | Show all posts
Pipi bengkak katanya...
pedon Post at 5-8-2010 21:28



    ..............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2010 09:56 PM | Show all posts
huhuhu...memula baca macam nak bunuh diri...lama2 kesian plak...laki jalan ngan pempuan lain
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 12:06 AM | Show all posts
kesian si isteri tu...
salah siapakah???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2010 01:07 AM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 09:39 AM | Show all posts
Bintang ...teruskan....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 10:24 AM | Show all posts
wah...
lagi karya dari bintang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2010 08:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 8-8-2010 09:44

Pada suatu hari yang tidak hujan dengan cuaca yang sangat baik,  dia mengunjungi pantai WR, hampir dua puluh kilometer dari kediamannya.  Dia seronok melihat kanak-kanak berkejaran, bermain layang-layang, membuat istana pasir, dan ada yang memungut siput. Dia turut serta membuat istana pasir dan setelah siap istana itu dibina ia berkecai dipukul ombak.  Dia mula merasakan kebahagiaan tidak ada di dunia ini. Takkan pernah ditemui di mana pun. Yang ada hanya kepahitan, getirnya hidup. Begitu pula ketika dia menemukan cinta.  Sebelum tumbuh yang terasa cuma lara.  Bagai belati menancapi hatinya, darah mencurah seperti mata air.  Sebab cinta itu luka.


Pantai WR beranjak senja.  Merah di kaki langit menari-nari di matanya.  Matahari seperti ingin tenggelam ke dalam laut.  Memancarkan cahaya keemasan, mewarnai langit yang bermega-mega.  Debur ombak berkejaran bagai sekawanan anak kecil berlumba-lumba menuju ketepian. Sesekali terdengar ombak itu beradu dengan batu karang yang menjulang kemudian terhempas keras bagai kristal yang terhentam, pecah menjadi serpihan tajam dan berhamburan.


Suara kanak-kanak yang dari tadinya riuh kini sudah sepi dibawa pulang ibu-bapa masing-masing.  Yang kedengaran cicipan camar terbang pulang dan deru ombak yang tak pernah jemu menghempas pantai.


“Anak tidak mahu pulang?’’    tegur seorang wanita separuh abad yang entah dari mana munculnya.    “Bahaya berada di sini di waktu senja begini,’’    nasihat wanita yang berkelubung hitam itu.


Dia memandangi wanita berkelubung hitam itu dan terasa ingin diucapinya bahawa dia sudah tidak takut apa-apa kini. Kalaulah ombak besar datang dan menariknya ke dasar laut, dia dengan rela hati membiarkan saja dirinya ditelan gelungan ombak itu, membawa luka dukanya. Hanyutkan badai hidupnya. Tapi tiada guna, perempuan separuh abad yang berkelubung hitam ini tidak mengerti apa-apa.


“Makcik mengerti….’’

Dan dia tersentak.

Perempuan berkelubung hitam itu menyambung lagi;   “Nama makcik Alahai. Mari singgah ke rumah makcik … nun, di sana…’’    Perempuan berkelubung hitam yang bernama Alahai itu menunjukkan arah sebuah pondok kecil yang turut berdiri di situ sepohon kemboja cina yang rendang.


Tanpa berkata apa-apa bersama dibenaknya tanda tanya yang tak terungkap, dia menyusuri di belakang makcik Alahai.  Di pondok makcik Alahai, yang terdiam di situ cumalah dua hamparan sejadah dan tikar  mengkuang yang sudah kumal.  Dia solat dan dihidangi ubi keledek bakar serta secangkir kopi hangat.  Antara ingatannya terhadap cangkir baru yang dibeli buat suaminya dan wangi harum keledek bakar yang tetiba menyegat hanya beberapa saat selesai dia menunaikan solat maghrib.  Begitu cepatkah makcik Alahai ini menyiapkan keledek bakar serta kopi hangat ini?  Menggunakan ketuhar saja memerlukan masa hampir empat puluh lima minit.  Kebingungan itu hanya terdampar dipinggir hatinya takkala makcik Alahai mula bercerita tentang suaminya yang sudah meninggal kerana keracunan setelah memakan sejenis ubi.


Dan dia terus memandangi ubi keledek bakar ditangannya yang telah sekerat ditelan dan selebih dikerongkong itu terus tersekat.  Makcik Alahai menghulur kopi, namun sedak yang menggelupur di kerongkongnya menghambur keluar sisa ubi keledek yang tertinggal.  Makcik Alahai menepuk belakangnya sambil terus bercerita tanpa menghirau perasaan gundahnya terhadap ubi keledek bakar  itu.
Sambil tangan makcik Alahai mengurut belakangnya dan urutan itu menjalar ke leher dan kepalanya dan membuat dia terasa nyaman serta asyik, perempuan yang masih belum merungkai kelubung hitamnya itu menyambung cerita;  
"Makcik tidak punyai anak meski sudah berkahwin selama sepuluh tahun’’

Sekali lagi dia tersedak, namun secepatnya makcik Alahai mengurut-ngurut belakangnya dan membuat dia kembali lega.


“Meski tanpa anak, kami bahagia. Sehinggalah hadir sebuah cinta baru dalam hidup suami makcik.’’


Sedakannya berulang lagi namun pantas jejari kasar makcik Alahai menggosok belakangnya dan mengulangi urutan sampai ke lehernya membuat dia kembali tenang, meski di benaknya ada persoalan yang ingin diaju. Kenapa cerita makcik Alahai hampir sama dengan cerita hidupnya? Namun persoalan itu hanya dibenaknya langsung tersekat dikerongkong.


“Perempuan yang sering berbaju merah itu, telah membawa angin perubahan ke dasar jiwa lelaki itu…...”

“Perempuan berbaju merah? Lelaki itu…?”     Dia akhirnya mengeluarkan suara dari cengkaman benak yang meronta dari hasil mendengar cerita yang hampir sama dengan susur kehidupannya.

“Suami makcik.”  Perempuan yang masih belum melepaskan kelubungnya itu meneruskan bicara setelah nafasnya dilepaskan beberapa kali.
“Lelaki itu kembalikan lagu-lagu nostalgia cinta untuk cinta keduanya kepada perempuan yang sering berbaju merah itu…”


Hah… perempuan berbaju merah…! Dadanya terasa perih. Dan dia menyedari hari kian malam dan dia harus memandu pulang ke rumah sebelum suaminya pulang. Dia menyalami perempuan separuh abad itu setelah berkali-kali mengucapkan terimakasih untuk ubi (yang pada mulanya dikhuatiri beracun)  dan kopi. Dia berjanji kembali ke sini setelah berkali-kali juga perempuan separuh abad itu menawarkannya.


Di kamarnya, dia kembali merasa sangat sepi dan rawan.  Dia membayangkan jika dia menjadi seorang suami lalu hidup sepuluh tahun bersama seorang wanita bergelar isteri yang tidak mampu menghadirkan seorang anak, dan bertahan di dalamnya dengan penuh kesabaran yang kemudian meluntur dengan munculnya harapan lain dari kehadiran seorang wanita yang lebih baik.  Betapa sakit dia mengertikan dirinya sendiri. Dan air matanya terus mengalir sampai mengering.  Jam menghampiri tiga pagi, suaminya tiba di rumah. Dia segera menghapus air matanya dan berbaring mengiring, pura-pura tertidur.  Namun sia-sia, kerana tidak sedetik pun suaminya masuk ke dalam kamarnya.  Suaminya lebih memilih tidur di sofa di ruang tamu.  Dia tahu tentang ini semua, bahawa suatu saat sebuah perpisahan akan terjadi;  dan semua itu diawali dengan adanya jarak yang mulai terbentang di antara keduanya.


Tapi, dia masih mencintai suaminya.  Dia masih menginginkan suaminya dan hidup bersama sampai seribu tahun ke depan.  Dia sangat mencintai suaminya dan rasa itu takkan pernah berubah.  Dalam keterpurukannya kini dia menyedari bahawa mencintai suaminya tanpa henti merupakan ubat penawar bagi rasa penyesalannya yang dalam beberapa hari ini telah berbuah di hatinya.  Dengan tanpa keraguan dia memutuskan untuk selalu mencintai suaminya, selama-lamanya. Meski hatinya luka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 09:31 AM | Show all posts
cian ibarat menunggu hukuman d tali gantung..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 01:02 PM | Show all posts
maafla ceq tak dapat mehanan gelak guling2 baca nama makcik alahai

adeh

berayaq mata ceq ketawa nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2010 03:48 PM | Show all posts
Dia melihat cangkir kopi baru untuk suaminya yang belum sempat dia tunjukkan sejak hari tak menyenangkan itu, lalu tersenyum mengagumi seleranya yang begitu tinggi dalam memilih sebuah cangkir untuk dihadiah kepada si suami.   Dia tersenyum.  Dan senyum itu menghapus sejenak luka yang mengukir raut mukanya.  Setelah itu, dia kembali merenung.  Dia teringat kembali kepada perempuan tua aneh yang bernama Alahai penghuni gubuk di pinggir pantai WR.  Esok dia terfikir untuk ke sana kembali.  Dia ingin mengetahui sisa cerita yang tetinggal.  Bagaimana kesudahan rumahtangga makcik Alahai.


Pagi itu cerah.  Suaminya out station.  Namun dibenak, suaminya out station bersama perempuan berbaju merah itu.  Yang terlihat olehnya pada suatu hari itu saling bergandengan dengan suaminya.  Dia tidak ingin membayangi apa-apa kecuali perih yang sedang menikam segenap jantungnya.


Dia tiba di pantai WR, mencari gubuk perempuan separuh abad yang bernama Alahai.  Namun yang ada cumalah sepohon kemboja cina yang rendang.  Bunganya gugur melata di pasiran.  Tiada gubuk.  Tiada sebuah gubuk atau rumah pun di sepanjang pinggiran pantai itu. Terasa olehnya angin asin dari pantai WR menerpa wajahnya kala dia memandangi laut dengan penuh tanda tanya.  Masih terasa wangian aroma kopi dan keledek bakar.  Apakah dia bermimpi atau berhalisunasi?  Apakah dia sudah hampir menjadi gila kerana sering memerah luka?


Dia berjalan menyusuri pinggiran pantai sehingga bertemu dengan dua orang nelayan yang baru mendarat ke pantai.  Lalu dia bertanyakan di manakah perginya gubuk makcik Alahai.  Kedua nelayan itu terpinga dan saling berpandangan; lalu mereka bercerita perihal gubuk itu yang sudah sepuluh tahun roboh dimamah ombak besar pada suatu kejadian di musim tengkujuh. Dan Perempuan yang bernama Alahai itu turut hanyut ditelan ombak.  Dia terkedu.  Dia terus pulang dengan berbagai persoalan yang menerpa dan tidak terjawab.


Dan sampai di rumah, dia kembali digigit sepi dan pilu.  Dia di katil merenung langit kamarnya. Sehingga menjelang pagi, renungannya berakhir. Dia telah memikirkan segalanya; hidupnya, suaminya, masa depannya, dan perkahwinannya. Dia akan berusaha semampunya untuk melakukan yang terbaik bagi hidupnya. Dia memantapkan hatinya dan menghapus bintik-bintik air matanya.  Lalu dengan kepasrahan yang tak dapat lagi ditolong, dia mengambil botol berisi pil-pil merah ubat tidur.  Dia mengeluarkan semua isinya.  Ketika matahari mulai terbit, dia menelan lima diantaranya dan berbaring di atas katil, berharap jiwanya dapat pergi dari dunia ini dalam kedamaian.  Dan dia tersenyum kerana pagi ini dia sudah menyajikan suaminya kopi di dalam cangkir baru itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2010 04:27 PM | Show all posts
Alarm telefon bimbit berbunyi. Pukul 6.30 pagi. Tiit tiit tiit…  Pedon, seorang suami yang pulang larut malam dan tertidur di sofa, terbangun dengan rasa ngantuk yang masih kuat. Pedon memejam mata beberapa minit lagi setelah menutup alarm telefon bimbitnya. Pedon terjaga kembali dan melihat ke jam dinding lalu menyedari bahawa dia harus segera ke pejabat.  Tentu saja hari-harinya sangat melelahkan.  Sebagai seseorang pegawai tinggi kerajaan yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan baru, dan sebagai ketua dia memiliki tanggung jawab yang besar dan harus menjaga reputasinya.  Dan Pedon mengingatkan dirinya tidak boleh mensia-siakan hal itu, lalu Pedon terus bergegas beranjak dari sofanya menuju ke bilik air untuk segera memulai hari ini dengan baik. Pagi dingin yang dihiasi oleh gerimis tidak turut meruntuhkan semangatnya.


Hanya sekitar sepuluh minit Pedon berada di dalam bilik air.  Pedon keluar dengan penampilan yang baru, rapi, bersih, dan tampan.  Memang Pedon terbiasa mengganti bajunya di dalam bilik air setiap pagi.  Isterinya, Carold selalu menyiapkan kelengkapan siang untuknya pada malam hari.  Pedon berjalan menuju ke kamarnya sambil sibuk kancingkan kemejanya.  Di tengah perjalanannya,  di meja tamu,  Pedon melihat sebuah cangkir berukir berbunga English style yang berisi kopi di atas meja makan.  Pedon juga mengagumi bentuk dari cangkir tersebut dengan ukiran yang menghiasi badannya dan pegangannya yang terlihat begitu elegan.  Tak perlu waktu lama untuk menyedari bahawa cangkir itu adalah sebuah hadiah dari isterinya.  Dan tentu saja tidak ada yang boleh menghalanginya untuk segera mencicipi kopi hangat buatan si isteri yang selalu memuaskan seleranya.


‘‘Tidak ada yang mampu membuat kopi sehebat Carold.,''  berkata Pedon sendirian.  Pedon meneguknya dengan penuh kenikmatan.


Perlahan-lahan Pedon menghirup, menghabiskan kopinya.  Kehangatannya begitu membuai di lidah.  Setiap teguk membangkitkan setiap sel di dalam badannya yang telah letih.  Di menahan aliran kopi di mulutnya dan membiarkannya merembes ke dalam pori-pori lidahnya lalu mengalir melalui kerongkongan yang kering dengan sensasinya menari-nari.


‘‘Tidak ada yang mampu membuat kopi sehebat Carold.’’  

Pedon tidak pernah merasai kopi yang disajikan begitu enak selain dari hasil tangan isterinya itu.  Tidak manis dan tidak tawar. Pekat namun tidak teralu pahit.  Aromanya sungguh harum sekali.  Dan tidak ada yang lebih menyenangkan selain meminum kopi yang begitu nikmat yang disajikan dalam cangkir yang indah.


Kemudian Pedon masuk ke dalam kamar.  Pedon melihat isterinya masih berbaring di katil.  Cangkir kopi menyisakan seperempat isinya dan Pedon meletakkannya di atas meja solek sementara dia membuka almari pakaian lalu meraih tali leher garis-garis biru dan Pedon kenakannya sendiri.  Setelah selesai mengenakan tali leher Pedon kembali menjinjit cangkir kopinya dan berdiri di sisi katil menatap wajah isterinya yang nampak tertidur tenang.


Kedamaian, itu yang terlihat memancar dari wajah isterinya.  Riak kecantikan, semangat masa muda, dan kepolosan menyatu dengan caranya sendiri dalam posisi berbaringnya.  Tidak pernah, fikir Pedon, dalam beberapa waktu terakhir dia mengingat keindahan ini kerana sekarang dia terlalu sibuk.  Kerana dirinya jarang sekali berada di rumah, dan kerana satu alasan lain, yang masih segan untuk dia akui;   adalah kerana dia telah memiliki wanita lain selain isterinya kini.  Memang sebuah kenyataan yang perih jika diketahui Carold, tapi dia juga tak boleh menolak jalan pada roda kehidupan.  Terus wajah Luce membayangi benaknya.  Perempuan muda dua puluh tahun,  yang suka berbaju merah itu benar-benar menggugat imannya.  Dan dia kini larut dalam cinta yang baru bertunas bersama Luce.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2010 12:56 PM | Show all posts
Lalu dengan kepasrahan yang tak dapat lagi ditolong, dia mengambil botol berisi pil-pil merah ubat tidur.  Dia mengeluarkan semua isinya.  Ketika matahari mulai terbit, dia menelan lima diantaranya dan berbaring di atas katil, berharap jiwanya dapat pergi dari dunia ini dalam kedamaian.

errrr adakah dia berniat untuk menamatkan riwayat hidupnya?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2010 03:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 11-8-2010 15:45

“Sayang,”   Pedon berbisik, agak hampir dengan wajah isterinya.   “Abang nak pergi ke pejabat sekarang.”


Pedon menghabiskan kopinya. Si isteri masih memejamkan mata.   “Sayang, abang tak ingin terlambat.”


Tapi isterinya tetap diam, tenggelam dalam tidurnya. Maka Pedon mendekatkan sekali lagi wajahnya dan kembali berbisik,   “Sayang, abang kena segera pergi.”  


Pedon tak boleh menunggu lagi.  Dia menyentuh bahu isterinya yang ditutupi gaun tidur hitam.  Dengan lembut Pedon cuba membangunkan isterinya. Namun isterinya tidak bergerak.  Saat Pedon kembali menggoyangkan tubuhnya, isterinya cuma bergerak begitu lemah seperti patung mainan, kepalanya terkulai dan tangannya terasa… dingin!

Pedon kembali menggoyangkan tubuh isterinya,    “Sayang…sayang… kenapa ni?”


Cangkir kopi yang dipegangnya jatuh ke lantai dan retak.  Pedon menyeka rambut isterinya lalu menepuk pipinya dengan sedikit keras,  tetapi tidak terjadi apa-apa.  Tiada reaksi.   Pedon berteriak memanggil isterinya dengan penuh rasa bingung, namun isterinya tetap diam, dan dia menyedari bahawa isterinya sudah tidak lagi bernafas.   Betapa kepanikannya seakan sedang direbus.  Matanya membelalak menghadapi situasi ini.   Pedon membuka mulut isterinya lalu memberi nafasnya.   Tetapi sekeras apapun Pedon menekan dada isterinya, hasilnya sia-sia kerana sekujur tubuh isterinya itu telah berubah dingin.   Dan Pedon, sebagai seorang yang terpelajar, tentu saja mengetahui bahawa itu merupakan gejala dari jantung manusia yang telah berhenti berdetak.  Pedon menyebut nama Tuhan, berkali-kali… memegang kepalanya, lalu melonggarkan ikatan tali lehernyanya.


‘‘Apa yang harus aku lakukan?’’   Isterinya telah meninggal dunia di dalam kamar.


‘‘Tapi kenapa?’’   


Masih timbul rasa ketidakpercayaan dalam hatinya, sebuah harapan bahawa isterinya boleh diubati, disembuhkan. Bahawa Carold belum meninggal dan masih dapat ditolong.  Tetapi otaknya tidak dapat mengelak kenyataan isterinya telah pergi kerana bukti-buktinya begitu nyata. Dia bergegas menelefon ambulans dan bercakap dengan tergesa-gesa. Seluruh tubuhnya lemas.


“Carold…Carold…”    Pedon menangis sambil memegang tangan isterinya.


                                                                   *****


Tapi, di mana sekarang Carold berada?  Ke mana dia pergi?  Carold…Carold… Carold telah meninggalkan bumi.  Dia melayang di angkasa, di antara awan-awan yang besar, di mana matahari merekah dan memancarkan jutaan warna ke langit.  Dia tahu ini bukan bumi, kerana langit berwarna-warni dan pelangi seperti ada di mana-mana.  Kumpulan burung berterbangan dengan kelompoknya, mengepakkan sayap dengan gagah sementara ekornya menjuntai dengan begitu indah.  Dia takjub melihat burung yang memiliki ekor panjang dan penuh hiasan berkilauan, mirip seperti burung merak, tapi sepuluh kali lebih indah, dan begitu burung-burung tersebut terbang melintasinya. Dia merasakan aroma harum yang terpancar. Tidak ada rasa takut yang dia rasa, walaupun kini dia sedang melayang di angkasa. Lalu dia merasakan sebuah ketenangan di hatinya. Perasaan damai yang menyatu dengan udara kebebasan yang terhirup melahirkan limpahan kebahagiaan yang meleleh lalu menyebar ke dalam laju darahnya. Dunia baru membentang; membangkitkan kembali jiwa yang hilang.


Tapi Pedon, si suami, tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya ditinggalkan oleh isteri yang telah selama sepuluh tahun tinggal bersama. Dia tahu tidak ada gunanya menunggu kedatangan ambulans. Oeh kerana itu Pedon hanya dapat menangis. Dia memeluk tubuh isterinya yang telah kosong. Menjatuhkan air mata. Tersedu seraya memanggil-manggil nama isterinya.


“Carold…Carold..…” Dan gema itu sampai ke telinga Carold.  Di terkejut mendengar suara suaminya menyebutkan namanya berulang kali.  Saat itulah kuda putih yang ditunggani berhenti dan Carold turun disambut dengan karpet merah membentang.

Dia berjalan dengan ragu sementara di sekelilingnya bunga-bunga bermekaran. Dua gadis cilik menuntun tangannya. Dia masih bingung mendengar suara suaminya yang perlahan meredup, sementara di kejauhan dia melihat sebuah upacara keramaian menantinya. Upacara itu seakan memanggil namanya dan ingatannya tidak boleh lepas dari mengingati saat dia bernikah sepuluh tahun lalu. Semuanya seperti terulang kembali.   ‘‘Benarkah ini hari pernikahanku?’’


Tapi dia sedikit merasa berat hati saat melihat di upacara itu ada susuk lelaki yang berdiri membelakanginya. Carold tahu dia harus berjalan menemui Pedon, tapi Carold tidak dapat melepaskan Pedon begitu saja dari hatinya. Maka dia memperlambat langkahnya.  Dia berdiri di sebelah lelaki itu lalu perlahan-lahan menolehkan lehernya, dan…


“Abang… ?”  Lelaki itu menoleh dengan wajah bingung. Dia terkejut setengah mati,


“Car….Carold..?”


Carold terus memeluk lelaki itu, menitikkan air mata yang menguapkan rasa bahagianya; Dia menciuminya Padon, menyentuh wajah suaminya itu, membelai rambut, menatap kedua mata lelaki itu, sampai dia yakin itu adalah suaminya. Sementara Padon hanya diam, membeku penuh kehairanan.  Dia tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Isterinya nampak segar bugar, normal, dan hidup. Tersirat kerut keanehan di wajahnya.  Bagaimana boleh berlaku begini?


“Carold, apa semua ini? Abang ingat sayang telah pun meninggal.”

“Sepertinya iya, sayangku. Ini bukan bumi.”

“Tapi… abang tak faham, kenapa kita boleh bertemu lagi?”

Carold tersenyum manis, “Bagaimana rasa kopinya, sayang?”

“Apa maksud sayang?”  Pedon mengerutkan keningnya.

“Terlalu manis?”

“Sayang… kopi sayang sedap sekali, seperti selalu.”

“Maafkan Carold, abang,”    Carold meraih kedua tangan Pedon,     “Carold menaruh banyak pil ubat tidur ke dalamnya.”

“Aa…appaa…? Jadi…abaanngg…”

“Carold tak ingin kita berpisah,”   Carold memeluk erat suaminya,   “Carold hanya ingin menyelamatkan perkahwinan kita.”   Carold memeluk Pedon dengan mesra seakan tidak ingin melepaskannya lagi. Sementara Pedon hanya berdiri di depan tegak, menanggung sebuah perasaan aneh: ketertawanan oleh perasaan dicintai.


                                                                      *****


Ambulans tiba. Dua orang petugas masuk begitu saja, setelah tidak ada yang menjawab salam. Tidak ada orang di dalam rumah. Mereka berteriak, tetapi tidak ada jawapan. Pintu sebuah ruangan terbuka. Bilik utama.  Petugas I masuk.

“Hey, lihat di sini,”   panggil petugas I kepada petugas II

Sepasang mayat berbaring bersebelahan di atas katil.

Petugas I memeriksanya lalu menyimpulkan,    “Mati. Kedua-duanya.”

“Tapi, pemanggil tadi tidak cakap ada yang meninggal?”

“Tapi mereka berdua sudah mati.”

“Kalau begitu siapa yang menelefon kita?”

“Mungkin lelaki ini,”  Petugas I menunjuk ke arah Pedon.

“Aku tak faham.”

“Kita angkat saja mereka berdua.”

Lalu ambulans itu pergi tanpa menyalakan siren.


TAMAT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2010 03:14 PM | Show all posts
Lalu dengan kepasrahan yang tak dapat lagi ditolong, dia mengambil botol berisi pil-pil merah ubat t ...
qimi08 Post at 11-8-2010 12:56



    Benar...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 03:18 PM | Show all posts
Benar...
bintang Post at 11-8-2010 15:14


UWah .... bln pose pula dia nak bunuh diri hu hu hu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bagi 'ratings' Rendah,Wanita Indonesia ini Kiciwa tak dapat layanan 'VIP' bersalin czer di hospital kerajaan.Netizen kecam tidak reti bersyukur
YgBenarBagi 'ratings' Rendah,Wanita Ind
Views : 6581 Replies : 48
Tengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
prettygoodTengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
Views : 26305 Replies : 352
Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan sekolah
ultra78Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan
Views : 9223 Replies : 15
'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertudung lah betina,' pembuli siber bakal terima surat saman
JoyahMengayah'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertu
Views : 19825 Replies : 23
Nampak tak?
stingerkaypohNampak tak?
Views : 5356 Replies : 19
Rita Rudaini luah bangga membesar di zaman Tun Mahathir
mojarean_XRita Rudaini luah bangga membesar di zam
Views : 15699 Replies : 7
Menggembara solo, pernah cuba?
stingerkaypohMenggembara solo, pernah cuba?
Views : 8143 Replies : 30
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 89579 Replies : 631
Raya haji pun dijangka sesak teruk
maklukpenggodaRaya haji pun dijangka sesak teruk
Views : 5923 Replies : 61
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3131 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.358629 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list