CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 6-11-2023 02:33 PM | Show all posts
Selamat petang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 02:39 PM | Show all posts
Model berang wajah diubah


WAJAH Shereen Wu diubah suai sehingga dia kelihatan seolah-olah wanita berkulit putih. - AGENSI
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
6 November 2023, 1:00 pm

NEW YORK: Seorang model berketurunan Amerika-Taiwan menyuarakan kemarahan terhadap tindakan seorang pereka fesyen terkenal yang memuat naik gambar dirinya diubah suai melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) hingga menjadikan wajahnya kelihatan lebih cerah.

Lapor The Guardian, Shereen Wu, 21, mendakwa Michael Costello memuat naik gambar pentas peragaan dari pertunjukan fesyen Los Angeles di laman Instagram.


Gambar itu memaparkan Shereen yang berpakaian gaun hitam sedang berjalan di pentas peragaan di pertunjukan fesyen tersebut.

Namun, wajah Shereen diubah suai sehingga dia kelihatan seolah-olah wanita berkulit putih.

“Saya menjangkakan akan dibayar selepas membuat penampilan di pentas itu.

“Tetapi saya rasa tidak mendapat pendedahan itu kerana ia merupakan gambar yang diubah suai.

“Wajah saya sudah diubah, ia tidak dilakukan oleh jurusolek, pendandan rambut atau jurugambar. Itulah yang membuatkan saya sangat berang,” katanya.

Insiden itu yang dimuat naik di aplikasi TikTok ditonton sebanyak 1.8 juta kali.

Sementara itu, Costello menerusi kenyataan dimuat naik di Instagram menafikan dirinya mengubah suai gambar model berkenaan.

Beliau mendakwa gambar itu diubah oleh peminat dan dihantar kepadanya oleh seorang sumber namun dia bertindak berkongsi imej terbabit di laman media sosial.

“Saya tidak fikir sebelum berkongsi semula gambar itu di Instagram kerana ketika itu emosi saya tidak menentu.

“Saya hanya berkongsi semula semua hantaran dan gambar,” jelas kenyataan itu.

Dilaporkan, Costello pernah bekerja dengan beberapa selebriti terkenal termasuk Beyoncé, Jennifer Lopez dan Celine Dion.

Kredit: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 03:41 PM | Show all posts
Bekas vokalis Dewa-19, Once akan tanding pada pilihan raya Indonesia
Oleh Suraya Ali
November 6, 2023 @ 8:34am
suraya.ali@bh.com.my


Bekas vokalis Dewa-19, Once Mekel. - Foto Kompas.com

KUALA LUMPUR: Bekas penyanyi kumpulan popular dari Indonesia Dewa-19, Once Mekel mengesahkan beliau akan bertanding dalam pilihan raya Indonesia yang akan diadakan Februari tahun depan.

Once, 53 mengumumkan perkara itu ketika program deklarasi dan konsolidasi relawan calon Presiden dan Naib Presiden Indonesia, Ganjar Pranowo dan Mahfud MD (Ganjar-Mahfud) di Malaysia di sini, semalam.



Program anjuran penyokong pasangan calon Presiden dan Naib Presiden daripada Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P) itu dihadiri lebih 1,500 warga Indonesia yang menetap dan bekerja di Malaysia.


Once atau nama asalnya Elfonda Mekel berkata, beliau akan menawarkan diri untuk mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat dan nasibnya akan ditentukan oleh kira-kira 4.3 juta pengundi.


Antara isu yang akan diperjuangkan oleh penyanyi lagu Dealova itu adalah isu berkaitan hak artis dan selebriti mengenai hak cipta, isu undang-undang dan syarat berkaitan pembantu rumah.

"Saya mahu semua rakyat Indonesia faham kepentingan mempunyai pelbagai bakat dan keupayaan menjalankan pelbagai pekerjaan.

"Saya harap masih boleh terus berkarya (bernyanyi) dan mahu membuka mata dan minda warga Indonesia bahawa kita tidak seharusnya melakukan hanya satu, kita mesti cuba melakukan pelbagai pekerjaan.

"Saya bertuah dilahirkan, bersekolah dan mendapat pendidikan formal di Indonesia. Sokongan rakyat terhadap saya sebagai penyanyi amat padu justeru sudah tiba masa saya mengabdikan diri berkhidmat untuk mereka," katanya ," katanya yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Indonesia.


Seramai 125 calon yang bertanding di daerah DKI Jakarta II, termasuk selebriti, bekas menteri, ahli akademik dan pemimpin parti politik.

Berbeza dengan sistem pilihan raya di Malaysia, semua 18 parti bertanding di Indonesia akan meletakkan lebih daripada seorang calon bagi setiap daerah pemilihan, masing-masing dengan jumlah kerusi berbeza.

Untuk layak ke Parlimen, sesebuah parti harus mendapat sekurang-kurangnya empat peratus daripada keseluruhan jumlah undi di 84 daerah pilihan raya.

Untuk rekod, pusingan pertama Pemilihan Presiden Indonesia 2024 dijadualkan berlangsung pada 14 Februari depan, serentak dengan pemilihan anggota legislatif di 84 daerah pilihan raya.

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 03:57 PM | Show all posts
Wanita buat kerja gila kejar pesawat


WANITA yang menceroboh, berlari ke tarmak dan berada di bawah pesawat di Lapangan Terbang Canberra, Australia. FOTO Agens

Canberra: Seorang wanita, baru-baru ini, didakwa selepas menceroboh, berlari ke tarmak dan berada di bawah pesawat di Lapangan Terbang Canberra, Australia.

Portal news.com.au melaporkan, wanita itu didakwa melepasi kawalan keselamatan lapangan terbang pada Rabu lalu, dan bertindak begitu untuk mengejar penerbangan QantasLink yang sepatutnya berlepas ke Adelaide.

Wanita itu dilaporkan cuba menaiki pesawat berkenaan.

Rakaman video menunjukkan wanita itu cuba menarik perhatian juruterbang yang kemudian mematikan enjin pesawat untuk keselamatan.

Wanita itu juga kelihatan berjalan di bawah pesawat ketika ia di landasan.


Akibatnya, dia ditahan oleh Polis Persekutuan Australia, jam 7.30 malam, Rabu lalu .

Dia didakwa dengan tiga pertuduhan iaitu merosakkan harta benda, memasuki zon keselamatan tanpa kebenaran dan memiliki sejumlah kecil ganja.

Simon Hales, saksi kejadian itu, menyifatkan ia sebagai "pelik".

"Seorang wanita yang jelas terlepas penerbangannya memutuskan dia masih boleh mengejarnya. Melepasi kakitangan di pintu, berlari turun ke landasan dan (cuba) naik ke pesawat.

"Benar-benar (dia) berdiri di bawah bahagian roda depan. Nasib baik juruterbang diberi amaran atau ternampak dia (wanita itu) dan mematikan enjinnya," kata Hales menerusi hantaran di media sosial.

Hales berkata, tiada siapa yang menghalang wanita itu.

"Orang ramai nampaknya tidak tahu apa yang perlu dilakukan, itu adalah bahagian yang pelik," kata Dennis Bilic kepada 9News.

"(Kami berfikir) 'Adakah sesiapa yang akan menghalangnya?" katanya.

Berikutan insiden itu, penerbangan di Lapangan Terbang Canberra ditangguhkan selama beberapa minit sebelum semua operasi kembali normal.

Disiarkan pada: November 6, 2023 @ 12:37pm

Kredit: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 05:06 PM | Show all posts
Tuan rumah 'culik' kucing, lelaki terima pampasan RM6.5 juta


JOSHUA Smith bersama kucingnya, Frank. FOTO Agensi

Portland, Amerika Syarikat: Juri memutuskan seorang lelaki menerima pampasan AS$ 1.4 juta (kira-kira RM6.5 juta) selepas mendapati tuan rumahnya mencuri kucing peliharaannya.

Mirror UK melaporkan, Joshua Smith, 41, menemui seekor kucing terbiar pada 2017 dan membawanya masuk di bangunan yang menempatkan individu yang menjalani pemulihan dadah di Portland, Oregon.

Bagaimanapun, kucing itu kemudian dilaporkan hilang.

Selepas dua tahun, Smith menyaman rumah pemulihan itu, Pinestreet LLC, dan pemiliknya, Devon Andrad.


Smith mendakwa Andrad menangkap kucing baka Cheshire dinamakan Frank dan berusia tiga tahun itu.

"Mesej juri harus lantang dan jelas kepada tuan tanah.

"Kamu perlu menghormati hak penyewa, terutamanya dalam hal haiwan peliharaan," kata peguam Michael Fuller, yang memenangi kes itu di Mahkamah Litar Daerah Multnomah pada Khamis lalu.

Menurut Oregon Live, tuan rumah itu memaklumkan dia meminta teman wanita untuk menghantar Frank ke tempat perlindungan haiwan.

Apabila doktor haiwan menemukan mikrocip dalam kucing itu, mereka mengembalikannya kepada pemilik asalnya.

Kes itu bukan dibawa ke mahkamah dengan tujuan menentukan siapa yang mencuri kucing itu tetapi sama ada Smith layak mendapat ganti rugi dan pampasan untuk tekanan emosi yang disebabkan menjadi mangsa kecurian haiwan.

Walaupun Smith memenangi kes berkenaan, dia tidak akan bersatu semula dengan Frank.

Smith merancang membeli kediaman sendiri yang boleh menempatkan banyak haiwan lain.

"Perkara yang paling penting ialah saya mendapat keadilan di mahkamah.

"Saya benar-benar bertuah kerana saya bercakap benar, tidak kira apa pun," katanya.

https://www.hmetro.com.my/global ... -pampasan-rm65-juta
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 05:08 PM | Show all posts
Naik eskalator untuk daki gunung


FOTO dikongsi di media sosial China menunjukkan eskalator yang dipasang di kawasan pelancongan di gunung.

Beijing: Walaupun mendaki gunung boleh menjadi aktiviti riadah yang menyeronokkan, tidak semua orang boleh atau sanggup menyertainya atas pelbagai faktor.

Hantaran di media sosial Xiaohongshu menunjukkan beberapa destinasi pelancongan di China kini dilengkapi dengan eskalator, menggabungkan pemandangan alam semula jadi dan inovasi moden untuk meningkatkan pengalaman pengunjung.

Di Gunung Tianyu, wilayah Zhejiang, eskalator dibina di atas kawasan berbatu bagi memudahkan pengunjung menikmati pemandangan alam semula jadi tanpa perlu mendaki.

"Pendakian di denai selama 50 minit kini dipendekkan kepada 10 minit," menurut hantaran itu.


South China Morning Post melaporkan pelawat bagaimanapun perlu menghabiskan tiga kilometer (km) terakhir dengan berjalan kaki kerana eskalator sepanjang 350 meter (m) itu tidak sampai ke puncak gunung.

Eskalator itu dibina tahun lalu dengan harga 10 juta yuan (kira-kira RM6.5 juta) dan setiap perjalanan dikenakan bayaran 30 yuan (kira-kira RM19).

Selain Gunung Tianyu, satu lagi eskalator di lereng gunung seperti Tangga Langit Selatan sepanjang 104 m dibina di Zon Jelajah Shenxianju, juga terletak di wilayah Zhejiang, tiga tahun lalu.

"Zon jelajah meliputi kawasan seluas 60 km persegi dan tempat tertinggi adalah 900 m dari aras laut. Mencabar secara fizikal bagi kebanyakan pelancong untuk berjalan di sekitar zon pelancongan.

"Anak muda pun rasa penat mendaki gunung ini. Ia diharap menjadikan perjalanan pelancong lebih mudah dan mudah, kami sudah memasang kedua-dua laluan kereta kabel dan eskalator, supaya orang ramai dapat menikmati pemandangan semula jadi dengan mudah," kata pengurus di Shenxianju Tour Group, Gu Qiaolu.

Tindakan itu mendapat sokongan dan kritikan daripada netizen.

Ada menyokong inisiatif yang menyatakan bahawa warga emas dan kanak-kanak kini boleh mendapat akses mudah untuk meneroka tarikan alam semula jadi dengan selamat tanpa memenatkan diri.

Bagaimanapun, pencinta alam semula jadi tertanya-tanya apa guna eskalator kerana ia menghilangkan makna pendakian gunung, di samping menjejaskan keindahan di kawasan pergunungan.

https://www.hmetro.com.my/global ... r-untuk-daki-gunung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2023 05:09 PM | Show all posts

Wanita ‘segak’ kahwini 4 suami


Zhou mengupah pelakon untuk memainkan watak keluarga dan rakannya. - Oddity Central

BEIJING – Seorang wanita di China didakwa kerana  jenayah penipuan selepas memperdayakan tiga lelaki dan mengahwini mereka walaupun dia sudah bersuami, lapor laman berita Oddity Central.

Wanita dikenali sebagai Zhou dan berumur 35 tahun itu sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak ketika dia mula bercinta dengan lelaki lain.

Disebabkan suaminya sentiasa sibuk bekerja dan tidak memberi perhatian, Zhou mula mencari suami baharu beberapa tahun lalu. Dia berjaya memikat tiga lelaki lain dengan wajahnya yang cantik.

Zhou bercinta dengan mereka secara bergilir dan berjaya meluangkan masa tanpa menimbulkan syak wasangka suaminya. Dia pandai berpura-pura dan akhirnya berjaya memujuk mereka untuk berkahwin.

Dia nekad mengadakan majlis perkahwinan untuk mengutip hadiah dan wang daripada tetamu. Wanita itu berusaha keras untuk memastikan majlis perkahwinannya berjalan lancar dengan mengupah pelakon menjadi keluarga dan rakan-rakannya.

Rancangan Zhou gagal tahun lalu apabila dia cuba meminta lebih banyak wang daripada salah seorang suami tambahannya yang bernama Zhang selepas memberitahu bahawa dia mengandung anak kembar mereka.

Zhou mengupah pelakon untuk memainkan watak sebagai doktor yang melahirkan anak kembarnya. Namun, Zhang yang melawat Zhou bersama ibunya curiga apabila dokor lelaki itu tidak dapat menjawab soalannya.

Zhang akhirnya memeriksa latar belakang Zhou dan terkejut apabila mengetahui bahawa wanita itu sudah berkahwin secara sah. Selepas penipuan Zhou terbongkar, Zhang menceraikannya pada April lalu.

Zhou kini berdepan hukuman penjara sekurang-kurangnya selama 10 tahun selepas siasatan mendedahkan bahawa dia menipu wang tiga suaminya sebanyak 660,000 yuan (RM422,730). – Agensi
https://www.kosmo.com.my/2023/11/06/wanita-segak-kahwini-4-suami/
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 05:12 PM | Show all posts
Barca intai layak lebih awal


Barcelona di bawah kendalian Xavi Hernandez perlu lebih konsisten jika mahu meraih keputusan baik dalam liga dan Liga Juara-Juara. – Foto AFP

BARCELONA: Selepas dua tahun gagal pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, Barcelona berpeluang untuk menempah tiket ke pusingan kalah mati menentang Shakhtar Donetsk di Hamburg awal pagi Rabu ini.

Juara Sepanyol itu boleh memastikan kemaraan dengan kemenangan keempat berturut-turut dalam Kumpulan H, sesuatu yang mereka gagal lakukan sejak tahun 2021, apabila mereka tersingkir pada pusingan 16 terakhir di tangan Paris Saint-Germain yang diketuai Kylian Mbappe.

Tidak diragui Barcelona sudah meningkat sejak Xavi tiba pada November tahun itu, memenangi La Liga musim lalu, namun mereka masih bergelut di Eropah dan kekurangan sengat dalam corak permainan mereka.

Dua kemenangan berturut-turut 5-0 ke atas Real Betis dalam La Liga dan Royal Antwerp dalam Liga Juara-Juara pada September menjadi kemuncak persembahan kelab itu setakat ini musim ini namun mereka ternyata gagal bertindak konsisten.



Walaupun mendominasi Shakhtar pada babak pertama ketika menang 2-1 di laman sendiri bulan lalu, kelab Catalunya itu tidak menghukum lawan mereka dan bergelut pada hujung perlawanan ketika kelab Ukraine itu memburu gol penyamaan.

Ia cerita sama bagi aksi Clasico dalam La Liga tiga hari kemudian, kecuali kali ini Jude Bellingham meledak dua gol mengagumkan untuk membantu Real Madrid memenangi perlawanan itu selepas gol pembukaan Ilkay Gundogan.

Sebaliknya, Barcelona menewaskan Real Sociedad 1-0 Sabtu lalu walaupun beraksi teruk, tidak mencipta sebarang peluang hinggalah gol kemenangan Ronald Araujo pada masa kecederaan.

"Bola sepak kadang-kadang terlalu sukar untuk dijelaskan," kata Xavi, mengakui pasukan itu perlu "mengkritik diri sendiri."

Corak permainan Xavi jauh berbanding kemuncak pasukan itu di bawah kendalian Pep Guardiola, ketika beliau menjadi tonggak utama, atau jauh daripada persembahan dinamik, permainan memukau yang menyaksikan mereka memenangi Liga Juara-Juara pada 2015 di bawah tunjuk ajar Luis Enrique.

Jurulatih itu sebelum ini pernah berkata, dalam era moden tidak semestinya perlu dominan seperti ketika zaman permainannya, namun pasukan itu tidak akan berhenti cuba untuk menyamai pencapaian sebelumnya. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ai-layak-lebih-awal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 05:16 PM | Show all posts
Kapal selam nuklear AS tiba di Asia Barat


KAPAL selam Amerika Syarikat dilihat melalui di bawah Jambatan Al Salam di timur laut Kaherah. FOTO X/@CENTCOM

Washington: Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengumumkan bahawa kapal selam peluru berpandu tiba di Asia Barat, lapor ANI.

Komando Pusat AS menggunakan media sosialnya 'X', dan menyatakan bahawa sebuah kapal selam kelas Ohio tiba di kawasan tanggungjawab Perintah Pusat AS, pada 5 November.

Menurut CNN, ketibaan kapal selam itu seolah-olah bertujuan untuk memaparkan mesej pencegahan yang jelas ditujukan kepada musuh serantau seperti Iran dan proksinya ketika pentadbiran Joe Biden cuba mengelak konflik yang lebih luas di tengah-tengah perang Israel-Hamas.

Catatan itu disertakan dengan gambar yang kelihatan menunjukkan kapal selam peluru berpandu di Terusan Suez yang melalui di bawah Jambatan Al Salam di timur laut Kaherah.


Kapal selam itu menyertai beberapa aset Tentera Laut AS lain yang sudah berada di kawasan itu, termasuk dua kumpulan penyerang kapal induk dan kumpulan sedia amfibia, lapor CNN.

Bagaimanapun, siaran media sosial itu tidak menyebut kapal selam itu, tetapi Tentera Laut AS mempunyai empat kapal selam peluru berpandu kelas Ohio (SSGN), iaitu bekas kapal selam peluru berpandu balistik yang ditukar untuk menembak peluru berpandu jelajah Tomahawk dan bukannya peluru berpandu balistik.

Setiap SSGN boleh membawa 154 peluru berpandu jelajah Tomahawk, 50 peratus lebih banyak daripada pemusnah peluru berpandu berpandu AS dan hampir empat kali ganda daripada kapal selam serangan terbaru Tentera Laut AS, lapor CNN.

Setiap Tomahawk boleh membawa sehingga 1,000 paun (kira-kira 453 kilogram) kepala peledak letupan tinggi. Menurut temu bual yang diberikannya kepada CNN pada 2021, Carl Schuster, bekas pengarah operasi di Pusat Perisikan Bersama Komando Pasifik AS berkata, "SSGN boleh memberikan banyak kuasa tembakan dengan sangat pantas."

Penyiar AS menyatakan bahawa kali pertama SSGN digunakan dalam pertempuran adalah pada Mac 2011, apabila peluru berpandu kapal selam USS Florida menembak hampir 100 Tomahawk terhadap sasaran di Libya semasa Operasi Odyssey Dawn.

Pengumuman ketibaan kapal selam kelas Ohio dibuat selepas Setiausaha Negara AS Antony Blinken mengadakan beberapa siri rundingan dengan 'rakan kongsi' AS di Asia Barat.

Blinken mengadakan lawatan ke negara-negara Asia Barat, termasuk Turkiye, Iraq, Israel, Tebing Barat, Jordan dan Cyprus.
https://www.hmetro.com.my/global ... -tiba-di-asia-barat
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 05:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 06:51 PM | Show all posts
Pendakwah Indonesia didakwa ubah wang haram, sebar ajaran sesat
November 6, 2023 @ 3:40pm


Pengasas Pondok Pesantren dan Yayasan Al Zaytun, Panji Gumilang (tengah). - Foto REUTERS

JAKARTA: Polis Indonesia mendakwa pengasas Pondok Pesantren dan Yayasan Al Zaytun, Panji Gumilang, di bawah undang-undang anti pengubahan wang haram dan kerana menyebarkan ajaran sesat.

Panji, 77, kini ditahan di bandar Indramayu, Jawa Barat, selepas dinamakan sebagai suspek penyelewengan agama, berikutan laporan bahawa sekolah pondoknya mengajar pelajar menentang ajaran Islam asas dan mempromosikan tafsiran alternatif Al-Quran.


Siasatan berasingan terhadap kegiatan pengumpulan dana dan pengurusan kewangan di yayasan miliknya sudah dimuktamadkan, dengan polis mendakwa menemui bukti penyelewengan.


Panji menggunakan sekurang-kurangnya lima identiti dan kad pengenalan berbeza, untuk membuka akaun bank bagi menerima sumbangan penderma dan bantuan kewangan pemerintah untuk pendidikan, kata pengarah bahagian jenayah khas polis Indonesia, Brigadier Jeneral Whisnu Hermawan.

"Kami melancarkan siasatan ke atas lima identiti dan akaun bank berkaitan, serta menemui ribuan transaksi," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Jakarta Selatan, lapor media Indonesia.


Selain nama kelahirannya, Panji juga menggunakan empat identiti berbeza, untuk jalankan urus niaga kewangan.

Ia termasuk Abdurrahman Rasyid Panji Gumilang, Abu Totok, Abu Ma'arif, dan Syamsu Alam, kata pegawai itu.

Jeneral Whisnu tidak menjelaskan secara terperinci jumlah wang yang terlibat dalam jenayah yang didakwa itu, atas alasan siasatan sedang dijalankan.

Pendakwah warga emas itu boleh menghadapi tuduhan tambahan pemalsuan dokumen, tetapi Jeneral Whisnu berkata pasukannya kini menumpukan perhatian kepada kes pengubahan wang haram.

Panji, yang juga ketua pesantren dan yayasan Al Zaytun itu juga dinamakan sebagai suspek penyelewengan agama dan ditahan pada 1 Ogos.

Siasatan tertumpu kepada dakwaan pondok pesantren di bandar Indramayu, Jawa Barat, membenarkan lelaki dan wanita bersolat bersama dalam saf yang sama semasa Aidilfitri.

Selain itu, wujud dakwaan premis terbabit membenarkan seorang wanita menjadi imam ketika solat berjemaah.

Terdahulu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) menggesa pihak berkuasa menahan Panji kerana didakwa menyebarkan ajaran sesat.

Kajian MUI yang dibentangkan pada 2002 menjelaskan Pondok Pesantren Al Zaytun terdedah kepada gerakan Negara Islam Indonesia (NII).

MUI juga berkata Panji menyatakan dengan jelas, Al-Quran bukanlah kalam Allah tetapi kalam Nabi Muhammad.

"Ketiga, haji tidak perlu ke Tanah Suci, tetapi ibadah di Al Zaytun sudah memadai. Ajaran ini menghina, menyeleweng daripada syariat Islam serta menyebarkan berita yang tidak benar serta meruntuhkan akidah umat Islam," kata MUI. - AGENSI

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 06:57 PM | Show all posts
OIC kecam menteri Israel cadang jatuhkan bom nuklear di Gaza


Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
6 November 2023, 5:26 pm

JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk kenyataan biadab Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu yang mencadangkan bom nuklear dijatuhkan di Gaza.

Memetik kenyataan Agensi Berita Palestin WAFA, OIC membidas kenyataan tersebut dan menyifatkannya sebagai lanjutan daripada ideologi pengganas.

“Masyarakat antarabangsa digesa mengutuk tindakan Israel itu dan mengambil langkah berkesan untuk menghentikan pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

“Kenyataan itu juga berunsur hasutan untuk membunuh dan melakukan jenayah perang, sebagai tambahan kepada jenayah-jenayah yang dilakukan terhadap penduduk Gaza.

“Ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa, konvensyen dan resolusi antarabangsa,” kata OIC.

Eliyahu dilaporkan menyatakan cadangan itu dalam satu wawancara radio namun kemudian memanggil ucapan itu sebagai metafora.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggantung Eliyahu daripada mesyuarat kabinet, satu tindakan tanpa kesan praktikal.

Kredit: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 09:46 PM | Show all posts
10 tahun selepas taufan, bandar Filipina bangkit daripada runtuhan
November 6, 2023 @ 5:01pm


Datuk Bandar Alfred Romualdez (tengah) dan pegawai bandar lain memeriksa tapak cadangan taman peringatan mengenang bencana Taufan Super Haiyan di pinggir bandar Tacloban. - Foto AFP

TACLOBAN, FILIPINA: Selepas sedekad Taufan Haiyan melanda tengah Filipina, membunuh lebih 6,000 orang dan menyebabkan berjuta-juta kehilangan tempat tinggal, kini bandar Tacloban kembali kelihatan seperti bandar Filipina lain yang sibuk.

Kelihatan juga tembok laut sepanjang 18 kilometer dibina di sepanjang pantai untuk melindunginya daripada gelombang ribut pada masa hadapan.

Datuk Bandar, Alfred Romualdez, berkata beliau yakin bandar ini sudah pulih sepenuhnya.

"Saya yakin semua mangsa yang terselamat menerima semua ketentuan itu, tetapi mereka tidak akan melupakannya," katanya ketika melawat bandar yang mempunyai kira-kira 280,000 orang itu dan bersiap sedia untuk memperingati ulang tahun ke-10 Haiyan.

Taufan adalah antara bencana alam paling dahsyat dan saintis sekian lama memberi amaran bahawa ribut menjadi lebih kuat apabila dunia menjadi lebih panas kerana perubahan iklim yang didorong oleh manusia.

Filipina, yang biasanya mengalami lebih daripada 20 ribut besar setahun, mempunyai banyak pengalaman menangani bencana, tetapi tidak menjangkakan Haiyan antara satu taufan terkuat dalam rekod.

Haiyan dengan kelajuan angin sehingga 315 kilometer sejam, memusnahkan pekan dan bandar merentasi pulau tengah sepanjang 600 kilometer.

Kesannya, kira-kira 6,300 orang terbunuh dan sedekad kemudian lebih seribu masih hilang dan lebih empat juta orang kehilangan tempat tinggal.

Romualdez berkata, banyak pengajaran yang diperoleh, tetapi masih banyak lagi pelajaran yang masih perlu dipelajari.

Sejak itu, negara itu melabur dalam sistem amaran awal, teknologi pemesejan teks massa dan aplikasi awam untuk mengenal pasti kawasan berbahaya yang berpotensi.

Peta bahaya yang digunakan oleh agensi kerajaan juga dikemas kini secara berkala, amaran cuaca dikeluarkan lebih awal dan pemindahan awal adalah amalan standard.

Kerajaan tempatan juga menggunakan dana mereka sendiri, pek makanan dan anggota penyelamat daripada bergantung kepada kerajaan negara, bagi membolehkan mereka bertindak balas terhadap bencana dengan lebih cepat. - AFP

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 09:51 PM | Show all posts
New Delhi hadkan penggunaan kenderaan bagi membendung pencemaran udara
November 6, 2023 @ 7:32pm


New Delhi sering berada di kedudukan antara bandar teratas dunia tercemar setiap tahun menjelang permulaan musim sejuk pada bulan November. - Foto REUTERS

NEW DELHI: Bandar Delhi akan mengehadkan penggunaan kenderaan selama seminggu antara 13 dan 20 November bagi membendung pencemaran udara, berikutan kualiti udara kekal dalam kategori teruk.

Menteri Alam Sekitar, Gopal Rai berkata, ada kemungkinan bahawa pencemaran udara akan meningkat selepas perayaan Diwali berikutan penggunaan mercun.

Justeru, kerajaan menetapkan peraturan itu hanya membenarkan kenderaan dengan nombor plat ganjil berada di atas jalan raya pada tarikh ganjil dan begitu juga kenderaan dengan nombor pendaftaran genap akan dibenarkan di jalan raya pada hari berikutnya.

New Delhi sering berada di kedudukan antara bandar paling tercemar tertinggi di dunia setiap tahun menjelang permulaan musim sejuk pada bulan November, apabila angin tenang, suhu rendah memerangkap bahan pencemar yang dikeluarkan dari banyak sumber.

Kualiti udara teruk untuk hari ketiga berturut-turut di bandar, menurut badan kawalan pencemaran persekutuan, memaksa kerajaan bandar melanjutkan penutupan sekolah rendah sehingga 10 November.

Bagaimanapun perlawanan Piala Dunia kriket membabitkan Sri Lanka dan Bangladesh, diteruskan di bandar itu hari ini dengan penganjur memasang penapis udara di bilik persalinan pemain dan menggunakan perenjis air untuk mengurangkan bahan pencemar di udara. - REUTERS

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 09:55 PM | Show all posts
Edited by anniez08 at 6-11-2023 09:56 PM

Bintang K-pop G-Dragon hadir untuk disoal siasat berhubung dakwaan penggunaan dadah
November 6, 2023 @ 6:18pm


Bintang K-pop, G-Dragon tiba di balai polis di Incheon untuk disoal siasat. - Foto AFP​

INCHEON: Bintang K-pop, G-Dragon, dari kumpulan BIGBANG menafikan sebarang salah laku ketika hadir untuk disoal siasat polis berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah.

G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong, tiba di balai polis Incheon Nonhyeon dengan sedan hitam, berpakaian sut gelap dan memakai cermin mata berbingkai hitam.

Bintang K-pop G-Dragon hadir untuk disoal siasat berhubung dakwaan penggunaan dadah
November 6, 2023 @ 6:18pm
facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing buttonemail sharing button
Bintang K-pop, G-Dragon tiba di balai polis di Incheon untuk disoal siasat. - Foto AFP​
Bintang K-pop, G-Dragon tiba di balai polis di Incheon untuk disoal siasat. - Foto AFP​
INCHEON: Bintang K-pop, G-Dragon, dari kumpulan BIGBANG menafikan sebarang salah laku ketika hadir untuk disoal siasat polis berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah.

G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong, tiba di balai polis Incheon Nonhyeon dengan sedan hitam, berpakaian sut gelap dan memakai cermin mata berbingkai hitam.



"Saya tidak melakukan jenayah berkaitan dadah dan saya akan bercakap yang sebenarnya," kata lelaki berusia 35 tahun itu kepada pemberita di luar.

Tahun ini, Presiden Yoon Suk Yeol menggesa langkah yang lebih ketat untuk menghapuskan pengedar dadah memandangkan negara itu masih belum "bebas dadah".

Korea Selatan juga mempunyai undang-undang yang sangat ketat mengenai dadah, malah rakyat Korea yang mengambil dadah seperti ganja secara sah di luar negara berisiko didakwa apabila pulang ke negara asal mereka.

Selepas disoal siasat selama hampir empat jam, G-Dragon berkata, dia diuji negatif dadah dan mengemukakan permintaan segera untuk ujian yang lebih terperinci.

"Saya rasa ada baiknya agensi penyiasat menyatakan keputusan dengan cepat dan tepat.

"Saya secara aktif bekerjasama dengan penyiasatan, sama ada memberi keterangan atau menyerahkan rambut. Saya menjawab dengan jujur," katanya.

G-Dragon adalah penghibur terbaharu Korea Selatan yang disiasat atas dakwaan menggunakan dadah.

Sebelum ini, dia juga disiasat kerana menggunakan ganja pada tahun 2011, tetapi dibebaskan tanpa dakwaan.

Kumpulan BIGBANG ialah antara satu kumpulan lelaki paling berjaya di Korea Selatan, menjual sekurang-kurangnya 140 juta rekod di seluruh dunia sejak penampilan sulung pada tahun 2006.

Namun, ahlinya sering menjadi tumpuan kerana salah laku. - REUTERS

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:03 PM | Show all posts
Edited by anniez08 at 6-11-2023 10:05 PM

Putin akan terus berkuasa melepasi 2024November 6, 2023 @ 9:16pm


Presiden Russia, Vladimir Putin. - Foto REUTERS

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya presiden pada Mac ini, dalam langkah untuk mengekalkannya kuasanya sehingga sekurang-kurangnya tahun 2030.
Ini memandangkan, Kremlin merasakan Putin perlu mengemudi Russia melalui tempoh paling berbahaya dalam beberapa dekad, menurut sumber kepada Reuters.

Putin, 71, menjawat jawatan presiden selepas Boris Yeltsin pada tahun 1999, dan menjadi presiden paling lama berkhidmat.
Sumber itu berkata, berita mengenai keputusan Putin sudah tersebar dan penasihatnya kini sedang bersiap sedia untuk kempen dan pemilihan Putin.
"Keputusan sudah dibuat, beliau akan bertanding," kata seorang sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai perancangan itu.



Sumber diplomatik asing, yang juga tidak mahu namanya disiarkan, berkata, Putin membuat keputusan baru-baru ini dan pengumuman itu akan dilakukan tidak lama lagi. Walaupun ramai diplomat asing, pengintip dan pegawai berkata mereka menjangkakan Putin akan terus berkuasa seumur hidup, sehingga kini belum ada pengesahan khusus mengenai rancangannya bertanding dalam pilihan raya presiden Mac 2024.
Bagaimanapun, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov enggan mengulas.
Peskov berkata, jika Putin memutuskan untuk bertanding, maka tiada siapa yang akan dapat bersaing dengannya.

Kremlin pula menolak laporan bahawa Putin tidak sihat kerana penyebaran maklumat yang salah oleh Barat. - REUTERS

Kredit: Berita Harian




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih 20 orang terbunuh di Sudan selepas pasar dibedil
November 6, 2023 @ 4:01pm


Asap tebal kelihatan dari Omdurman, dekat Jambatan Halfaya ketika pertempuran antara tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) di utara Khartoum, Sudan. - Foto REUTERS

WAD MADANI: Lebih 20 orang terbunuh semalam sebuah pasar di pinggir bandar Khartoum terkena bedilan peluru, menurut kenyataan sebuah jawatankuasa peguam pro-demokrasi.

Tragedi itu adalah pertumpahan darah terbaharu sejak pertempuran April lalu antara ketua tentera, Abdel Fattah al-Burhan dan bekas timbalannya, Mohamed Hamdan Daglo, yang mengetuai Pasukan Sokongan Pantas (RSF).


Jawatankuasa peguam pro-demokrasi berkata, peluru itu kena pada kawasan pasar di Omdurman ketika pertempuran sengit antara kedua-dua pihak.

"Lebih daripada 20 orang awam terbunuh dan ramai yang lain cedera," menurut kenyataan yang dihantar kepada AFP.

Jawatankuasa itu memantau pencabulan hak asasi semasa konflik serta mangsa dalam kalangan orang awam.


Sabtu lalu, sumber perubatan berkata, seramai 15 orang terkorban susulan sebuah rumah di Khartoum terkena tembakan.

Kawasan Omdurman itu sering menjadi medan pertempuran sengit antara kedua-dua pihak.

Walaupun kebanyakan pertempuran sebelum ini berlaku di ibu negara dan wilayah barat Darfur, ia kini merebak ke kawasan selatan Khartoum, menurut saksi.

Lebih 10,000 orang terbunuh dalam konflik Sudan setakat ini, menurut anggaran konservatif oleh projek Lokasi Konflik Bersenjata dan Data Peristiwa.

Bagaimanapun, kumpulan bantuan dan pakar perubatan berulang kali memberi amaran bahawa jumlah sebenar melebihi angka yang direkodkan, dengan kebanyakan mereka yang cedera dan terbunuh tidak pernah dibawa ke hospital atau bilik mayat.

Peperangan itu menyebabkan sekitar 5.5 juta orang melarikan diri, sama ada di dalam Sudan atau merentasi sempadan ke negara jiran, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AFP

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:15 PM | Show all posts
Good nite

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:31 PM | Show all posts
Malaysia-Indonesia laksana kawalan sempadan bendung aktiviti haram



JAKARTA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI AD) kini terlibat dalam operasi rondaan selama sembilan hari di sepanjang sempadan darat bersama di Sabah dan Kalimantan Utara.

TNI AD dalam satu kenyataan berkata operasi itu memberi tumpuan khusus untuk memerangi pelbagai aktiviti haram, termasuk pembalakan, perlombongan, pemerdagangan orang, lintasan sempadan tanpa kebenaran dan penyeludupan barangan.

Operasi dikenali Rondaan Terkoordinasi Siri II/2023 itu dimulakan dengan upacara pembukaan rasmi yang berlangsung di pos keselamatan Simanggaris Indonesia di Kalimantan Utara pada Sabtu.

Kerjasama ini menekankan komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan keselamatan sempadan dan menangani pelbagai cabaran keselamatan dan alam sekitar di kawasan sempadan.

Operasi bersama itu melibatkan anggota dari Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja ATM dan Batalion Artileri Pertahanan Udara Ke-8 TNI AD, yang bergerak dari Simanggaris ke Serudong di Tawau.

“Inisiatif ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme tentera di samping memupuk kerjasama dan persahabatan antara kedua-dua pasukan tentera,” kata TNI AD. - BERNAMA


https://www.utusanborneo.com.my/ ... dung-aktiviti-haram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 1.088455 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list