CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sueria_azlee

BILA CINTA HADIR-update page

[Copy link]
Post time 6-5-2010 12:57 AM | Show all posts
N3333 Suuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 08:59 AM | Show all posts
yuhuhuuu!!! crite2 sue nie asyik tergantung jekk...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 11:36 AM | Show all posts
baru harini sempat baca citer terbaru sue... nice!

sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 11:37 AM | Show all posts
Reply 23# sang_arjuna


    Smiley,

Ko merempit kat sini eik.
Umah sendiri xjengah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 11:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 6-5-2010 11:39

Reply 15# sueria_azlee

ala ala true stori lah ni

bestnya... kenapa lah kenkawan smiley tak ada love stori yg best
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 12:09 PM | Show all posts
sue mana n3 daiii;)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-5-2010 01:33 PM | Show all posts
miko..jab yer sue sambung..bz lah walau dok rumah aja..byk keja nak sattle kat luar tu..

smiley..kwn2 sue mmg suka citer ngan sue prob dier org ni..so kadang sue dpt idea dr apa yg berlaku kat dier org..

qimi..tunggu yerk...entry sure ada punya..i will not disappointed my fren here..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2010 01:37 PM | Show all posts
lupa..pada ibu2 sumer..SELAMAT HARI IBU..

sementara nak tunggu entry sue..baca ni dulu yerk..(kredit to lixdo.net)

Bila dahaga, yang susukan aku…..mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku…..mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. …mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari…….pasangan ku
Bila sedih, aku cari……mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…..mak

Bila sambut valentine… Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”…
Berderai air mata jika kita mendengarnya. …….

Tapi kalau mak sudah tiada………..
MAKKKKK…RINDU MAK….. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…… .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

i luv u ,emak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 01:41 PM | Show all posts
lupa..pada ibu2 sumer..SELAMAT HARI IBU..

sementara nak tunggu entry s ...
sueria_azlee Post at 6-5-2010 13:37

Terima kasih...baca post ini cam satu peringatan kat diri sendiri..
tak sanggup kalau kehilangan ibu.....
hargai semasa hayat mereka masih ada.
hanya dgn memandang muka kedua ibu bapa dgn senyum yg manis
kita dah dapat pahala....
mudah juga dapat dosa bila kita tinggikan sikit suara...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 01:53 PM | Show all posts
Reply 28# sueria_azlee

tengkiu sue sedihnye bila baca...dahla kite duk jauh dari mak... mak walaupon jarak memisahkan kita mak setiap saat ada kat dalam hati anak mak ni, tak tergambarkan dengan kata2 betapa sayangnye kita kat mak...:cry::cry::cry:   sory sue teremo la plak..   nanti kalo free masukkan n3 banyak2 yer.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 02:28 PM | Show all posts
NNNN333333
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 04:49 PM | Show all posts
sedihnya..walo ku xde mak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 06:53 PM | Show all posts
Reply 28# sueria_azlee


so true

sedey... mak aku dah takde
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 07:10 PM | Show all posts
mak insan yg tak ada gantinyer..
jahat ker, buruk ker, cacat ker..
dia sorg ajer mak yg kiter ader..
tp betul la...
kiter x kn paham pengorbanan seorg mak sampai saat kiter jd seorg ibu..

abg ipar midar kena stroke..umur x smpai pon 45 lg..
ntah la.. kataorg kena buatan...
my mum.. pegi mcm2 tempat nk ubatkn abg ipar.. mintak ustaz buat solat hajat..
buat bacaan yaasin kt umah, dia sendiri buat solat hajat utk menantu tu tiap2 ari...
selang 2 minggu skali mesti g melawat menantu dia tu..
smpai sanggup cancelkn trip g memn sbb takut aper2 jd kt menantu dia...
kata mak, menantu ker anak ker.. aku syg sama rata..
kalo salah, aku marah... aku x peduli sapa pon..
sbb aku syg kt hangpa semua....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 11:15 PM | Show all posts
Reply 34# midar

Betul tu midar....mak akak anak n menantu sama sayang
kadang lebihkan pula menantu dari anak sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 09:55 AM | Show all posts
Terima kasih Sue kerana mengingatkan kami tntg mak.
Rindunya kat mak.
Bila macam ni rasanya mcm nak terbang aje balik kampung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2010 11:24 AM | Show all posts
Reply 35# qimi08
tu la tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2010 07:52 PM | Show all posts
CHAPTER 3


Deretan beg-beg tangan dari jenama terkenal tersusun diatas rak menarik minat Fasha membuatkan langkahnya
turut sama terhenti bilamana Fasha turut menarik tangannya.


“Cantik tak yang dark brown tu..?”soal Fasha dan dia cepat saja mengangguk.Menang cantik tote bag yang Fasha katakan tu.


TOUS tote bag berwarna dark brown segera dihulurkan peniaga ketangan Fasha dan ditelek penuh perasaan oleh gadis itu.

“Murah aja kak.RM100 aja.Dekat tempat lain tak dapat harga ni.”anak muda bercap baseball yang tertenggek
dikepala cuba memancing.

“Mahal.Kurang sikit tak boleh.?”

“Ni dah murah kak.Kat Jonker pun tak dapat harga ni.”

“Tu kat Jonker.Memang tak dapat.Kalau RM50 akak beli..”

Kyra pandang tepat pada Fasha seakan tak percaya apa yang didengar.Perlahan-lahan dia senyum dengan gelengan kepala.

Fasha..Fasha..Kau tak nak beli pandai kau tawar sampai separuh harga ..gerutu hati kecilnya.

“Ala kak.Janganlah macam tu.Bagilah saya untung sikit.RM50 tu,modal pun tak lepas.”

“Boleh la.Kalau RM50 akak amik.”Fasha masih tak putus asa menawar.

“RM50 tak dapat kak.Minta maaf banyak-banyak..”

Adegan tawar menawar berlanjutan hingga kakinya terasa lenguh berdiri.Fasha ni pun satulah.


Kalau tak nak beli janganlah tawar macam tu sekali.

Kalau adik tu agree nak bagi harga yang diminta sekali tak jadi pulak,tentu bengang budak tu.


“Kalau kau lambat lagi,aku jalan dululah.Aku nak tengok apa yang ramai-ramai dekat depan sana tu..”sebuah khemah yang penuh dengan pengunjung menarik perhatiannya sejak tadi.

Apa yang menarik jualan dekat khemah tu sehingga ramai sangat yang menyinggah.

Ohh..pelukis karikatur rupanya.Patutlah ramai yang minat.

Ada beberapa pengujung sedang berbaris menanti giliran untuk dilukis wajahnya.Ada tiga orang pelukis disitu yang masing-masing sedang asyik menyiapkan lukisan karikatur.

Matanya merayap melihat potret-potret yang tergantung didalam khemah.Ada berbagai potret antaranya artis terkenal,pemimpin negara dan juga orang biasa.

Cantik dan nampak real sungguh..pujinya dalam hati.

“Kau nak suruh dia orang lukis gambar kau ke..?”Fasha menyergah dari belakang.

“Aku lebih berminat nak mempotretkan muka aku ni.Tapi mesti lambat kan kalau nak lukis potret.Kalau karikatur ni aku tak minat sangat.”belum sempat dia menjawap Fasha sudah mengomel.

Dia tidak mengedahkan kata-kata Fasha.Sebaik kerusi dihadapnnya kosong,dia bingkas duduk.Dia mahu wajahnya dilukis dalam bentuk karikatur.

“You nak warna atau just black & white..?” soal lelaki itu tanpa memandang padanya.

A4 paper diletakkan diatas kanvas dan sejurus itu baru mereka berbalas pandang.


Kyra senyum dan senyumnya dibalas.

“Colour with laminated.”

Lelaki itu mengangguk.Begitu pantas jari jemarinya bermain dikanvas dan hasilnya tidak sampai 10 minit Kyra sudah memegang A4 paper yang berwarna warni.Tersenyum puas melihat wajahnya yang telah ditransformasikan dalam bentuk karikatur.

Tiga keping RM10 dihulurkan kepada lelaki yang melukis wajahnya tadi.

“Terima kasih.Kalau sudi datang lagi..”ujar lelaki itu dengan senyum.Menahan debar dalam hati.

Sepanjang 10 minit melakar wajah gadis dihadapannya tadi,dia rasa tak keruan.Hampir sahaja dia tidak dapat melakar.

Gadis itu cukup cantik dimatanya.Senyumnya menarik dengan wajahnya yang tulus dan
bersih.

‘Aku rasa dia suka kau..”ujar Fasha tiba-tiba.

“Merepeklah kau.Tu salah satu nak tarik customer.Senyum sepanjang masa.Kalau muka dok masam mencuka mana customer nak datang..”Kyra cuba menafikan kata-kata Fasha sekalipun dia sendiri merasakan kebenaran kata-kata Fasha itu.

“Tengok cara dia pandang kau tadi pun dah tahulah.Tapi tak gentleman pun..”

“Kalau betul nak berkenalan,mintalah nombor telefon.”samnbung Fasha dalam sengih membuatkan dia turut sama tersenyum.

Kyra senyum lagi.Menatap lukisan ditangan sebelum pandangannya dihalakan semula pada lelaki yang melukisnya tadi.

Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang saat mata mereka bertentangan walau hanya seketika.Dia jadi tak menentu.

Nasiblah langkahnya sudah agak jauh meninggalkan pelukis tersebut dan suasana kelam malam berjaya menyembunyikan wajahnya yang sudah merona merah.


Kenapa aku jadi macam ni.?Macam tak pernah jumpa lelaki pulak.?




Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 08:01 PM | Show all posts
sktnya..byk lg blh sbb dh lama tunggu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2010 08:04 PM | Show all posts
CHAPTER 4

Senyum yang dilemparkan berbalas sekalipun dia dapat melihat soalan yang seakan timbul diwajah gadis itu.

“Don’t you remember me ..?”soal si jejaka masih dengan senyuman dibibir.

Kyra angguk perlahan.Walau pertemuan mereka hanya sekali dan tidak sampai 15 minit pun namun renungan mata dan senyuman itulah yang membuatkan jantungnya berdegup kencang.Membuatkan dia tiba-tiba jadi tidak keruan.

“You never call me..”ujar lelaki itu dalam senyum manis dan mengodanya.

“How to call you.I don’t have your number.”Kyra masih blurr.

Lelaki yang berjeans biru,berkemeja kotak-kotak putih dengan crocs dikaki masih lagi tersenyum memandangnya sedangkan dia sudah berkerut dahi mendengar pertanyaan dari lelaki itu.

“I did write my number dekat bawah gambar you.You tak notice..?”

Geleng.Sememangnya dia tidak penah perasan lelaki itu menulis nombor telefonnya diatas kanvas.Nampak sangat dia tak alert langsung.

Alah takkan lah dia nak telek gambar tu 24/7.

“It’s okay.By the way.I’m Shane.And you gorgeous..?”

“Kyra.Just call me Kyra..”ujarnya memerhatikan jejaka yang berdiri beberapa langkah darinya.

Shane..??Nama macam mat salleh tapi tak ada rupa mat salleh pun.Rupa kacuk pun tak ada tapi hidung jejaka bernama Shane itu memang mancung terletak.

Berkulit melayu.Rambut hitam berkilat dan tutur kata pun tak ada pelat macam kacuk.Shane.??

Kyra senyum sendiri.Melayu perasan ..kutuknya dalam hati.

“You pelik dengan nama I yer..”seakan tahu apa yang ada dalam fikirannya Shane bersuara namun pantas gelengan kepala tanda menidakkan.

“You buat apa petang ni.?Kalau sudi join I have my tea..”pelawa Shane kedengaran ikhlas padanya.

Kyra sempat kerling jam dipergelangan tangan.Memang ikutkan dia tak ada apa-apa lagi yang mahu dilakukannya setelah hampir RM500 terbang dari poketnya tadi.

Sepasang kasut dan seutas jam tangan.Dua barang tu sahaja dah mengambil suku dari gajinya bulan ini.


“Hmm.Tak susahkan you ke.?”

Shane geleng.

“I yang ajak you so I yang patut tanya..adakah pelawaan I tu menyusahkan you.Mana tahu dah ada orang tunggu you atau you in hurry nak balik ke..?”

Kyra senyum lagi.Murah betul senyumannya petang ini.

“Jom.Starbuck or coffee bean..?”

“The choice is yours..”

“Kalau dekat Seleraria.?”Shane menambah satu lagi pilihan.

“Much better sebab Starbuck or Cofee Bean tak ada jual ABC special.”balas Kyra dengan senyuman dan langkah diatur menuju ketingkat paling atas di Mahkota Parade.


Semangkuk ABC special dengan taburan kacang tanah goreng dan 2 scoop ice-cream vanilla Shane letakkan atas meja.

Juga secawan kopi panas dengan 2 keping donut bersalut coklat ditaburi coklat rice.Nampak benar-benar menyelerakan.


Pinggan kertas yang berlapis dua direlaikan lantas sekeping donut diletakkan diatasnya dan dihulurkan pada Kyra.

“Thanks..”


Shane senyum.Masih tidak mengalihkan pandangnnya dari menatap wajah gadis dihadapannya.

Dia dah lukis beratus wajah,mungkin juga telah mencecah beribu tapi hanya setakat itu sahaja.Dia tidak penah ingat wajah-wajah yang pernah dilukis tapi buat pertama kali dalam sejarah hidupnya,dia bukan saja tidak dapat melupakan wajah gadis itu tapi dia boleh mengingati setiap inci wajah gadis yang bernama Kyra ini.


Ada tahi lalat pemanis wajah di pipi kanan dan lesung pipit yang terserlah dipipi kiri sebaik gadis itu senyum.

Dia cantik dalam kelasnya yang sendiri.Bibirnya begitu mudah mengukir senyum.Tutur katanya tersusun rapi bagaikan ayat-ayat itu sudah tersusun dalam kotak fikirannya.

“Apa yang tak kena dengan I..?”soal Kyra membalas renungan Shane.


Sepasang mata milik Shane benar-benar mempersonakan.Matanya bersinar dan arghh giler.Mungkin aku dah jatuh cinta dengan mamat ni kot atau aku jatuh cinta dengan mata dan senyumannya.

Shane geleng.


“Tak ada apa-apa yang tak kena dengan you.Cukup.Perfect..”
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bagi 'ratings' Rendah,Wanita Indonesia ini Kiciwa tak dapat layanan 'VIP' bersalin czer di hospital kerajaan.Netizen kecam tidak reti bersyukur
YgBenarBagi 'ratings' Rendah,Wanita Ind
Views : 6581 Replies : 48
Tengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
prettygoodTengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
Views : 26305 Replies : 352
Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan sekolah
ultra78Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan
Views : 9223 Replies : 15
'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertudung lah betina,' pembuli siber bakal terima surat saman
JoyahMengayah'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertu
Views : 19825 Replies : 23
Nampak tak?
stingerkaypohNampak tak?
Views : 5356 Replies : 19
Rita Rudaini luah bangga membesar di zaman Tun Mahathir
mojarean_XRita Rudaini luah bangga membesar di zam
Views : 15699 Replies : 7
Menggembara solo, pernah cuba?
stingerkaypohMenggembara solo, pernah cuba?
Views : 8143 Replies : 30
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 89579 Replies : 631
Raya haji pun dijangka sesak teruk
maklukpenggodaRaya haji pun dijangka sesak teruk
Views : 5923 Replies : 61
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3131 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.072440 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list