CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_kinna

Bermula Usahawan Gold Bar kpd SILVER...SILVER X KUNJUNG TIBA ??

  [Copy link]
Post time 12-5-2011 11:09 PM | Show all posts
huhuhu....

apa2 pon....ada duit lebih..leh cari hartanah.. boleh cari emas...

nak simpan dlm asb..tabung haji.. pon boleh.. duit sendiri....


kalau x de duit...?

... kena lah berniaga utk dapat extra income...cth kinna berminat nak jual emas...    ( nama pon broad usahawan..)... ( sayangnya belum ada otai emas yg sudi singgah n share ilmu.... ...)

n acong nak jual rumah/property.... ( maybe agent hartanah..)


x de sapa kisah...   peace
cmf_kinna Post at 12-5-2011 15:35



kalu aku jadik agen hartanah, takdenya aku nak jual umah rega RM60k...... komisen seciput.....

baik aku jual unit trust...... org invest RM60k, aku dah dapat komisen 5% = RM3k.

hari tu ada awek ntah dari bank mana suh aku invest.... janji punya manis, aku sound dia, "aku belum tentu untung, ko dah caj 5% dulu. apakata kalu aku invest RM50k, dari hasil keuntungan tu ko caj laa 50% pung aku tak kisah...... kalu rugi, ko tanggung 20%...... terkedu dia....."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2011 09:08 AM | Show all posts
Reply 261# Acong


   
kalu aku jadik agen hartanah, takdenya aku nak jual umah rega RM60k...... komisen seciput.....

baik aku jual unit trust...... org invest RM60k, aku dah dapat komisen 5% = RM3k.

company mana yg bagi 5% komisyen kat agen tu Acong?
aku pun nak join company tu Cong..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 09:23 AM | Show all posts
rumah tu beli cash ke time tu..? kalau loan..bulan2 berapa rm...? sewa skrg kat tenant ber ...
cmf_kinna Post at 12-5-2011 15:24


masa beli tu baru kerja la kinna tak slah bru 4 bulan, mana nak cekau 42k... buat loan la... 10% + sgala lwyer fee tu byar sndiri la... masa awal2 dulu bg sewa 450 je... lpas 3 thun bru naik 50.. orange buat amal jariah kat tenant tu   so skarang maintain 500 wlupun area situ org dah naikkan sewa.. byar kat bank skit je... ade balance2 lagi tu...
umah skarng pun beli jgak... tp yg ini, target lpas 5 thun mmg nak jual...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 10:09 AM | Show all posts
rumah flat laa...........  idea daa bagi, pandai2 laa carik sendiri........
Acong Post at 12-5-2011 23:03



      idea semua org leh bagi.. pratikal nya x de ler rumah 60K kat KL.. kat balakong fon umah flat dekat 90K..tapi apartment lah...

umah2 yg bukan atas tanah..cth flat / kondo..kalau start retak... semua org pon dah cabut keluar..harga rumah tu akan jatuh...

x de sapa nak beli... ala2 kes  area highland tower tu....



belum ada duit nak cerita hartanah...

sapa2 yg minat brg kemas 916 atau gold bar 999 ..leh contact kinna....terbaik dari ladang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 10:13 AM | Show all posts
Reply 263# orange97


    oic..kinna kurang faham aje.. sbb my sis pon buat sewa umah..tapi umah dia duduk pon sewa drpd  org ( dekat dgn opis)..

last2 x untung..malah kena top up lagi rm700 setiap bulan...


even end of 30 years..umah tu baru jadi milik dia....( rumah yg dia sewa..) tapi masa tu dah hancur..kena renovate segala....kos maybe 30-50k  atau makin tinggi kalau ikut harga pasir 30tahun lagi..kadar inflasi....


better 30k tu dia tukar kepada emas..30tahun lagi,.( increase 30% per year)...dia jual emas tu..leh renovate umah yg usang tu utk dia duduk di hari tua...


pikir2 kan..selamat menyimpan emas.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 11:36 AM | Show all posts
Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas:-

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang.
Ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.
14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.
15. Emas adalah logam peralihan.
16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia.
Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.(perak,kuprum)

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-
Kekerasan
Kekuatan
Sifat kelogaman(metallugical)
Suhu lebur
Perubahan warna sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-
Hasilnya adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat:-
1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.
32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2011 11:56 AM | Show all posts
mia...kita pun suka emas2 nieh....mmg bijak..
mmg tak rugi..
dulu mcm nak melabur dlm sgv emas samudra (sbb nampak mcm menarik), TAPI ada org kata SCAM..itu yg tak berani tuh...
setakat nieh kita beli barang kemas bling2 secara ansuran dgn simpan dalam gold saving..
tapi mmg suka dgn emas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 11:34 PM | Show all posts
idea semua org leh bagi.. pratikal nya x de ler rumah 60K kat KL.. kat balakong fon ...
cmf_kinna Post at 13-5-2011 10:09
sapa suh gi beli kat bukit antarabangsa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2011 11:36 PM | Show all posts
Reply  orange97


    oic..kinna kurang faham aje.. sbb my sis pon buat sewa umah..tapi umah dia duduk pon sewa drpd  org ( dekat dgn opis)..

last2 x untung..malah kena top up lagi rm700 setiap bulan...


even end of 30 years..umah tu baru jadi milik dia....( rumah yg dia sewa..) tapi masa tu dah hancur..kena renovate segala....kos maybe 30-50k  atau makin tinggi kalau ikut harga pasir 30tahun lagi..kadar inflasi....


better 30k tu dia tukar kepada emas..30tahun lagi,.( increase 30% per year)...dia jual emas tu..leh renovate umah yg usang tu utk dia duduk di hari tua...


pikir2 kan..selamat menyimpan emas.....
cmf_kinna Post at 13-5-2011 10:13



mana ko dapat statistik kenaikan 30% setahun tu?

btw, utk main cash flow hartanah, org tak beli landed utk disewakan......

tapi aku gerenti umah yr sis tu landed property.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 11:46 PM | Show all posts
Tuesday, November 30, 2010
Pelaburan? Emas atau Hartanah

“Emas dan Hartanah, 2 jenis pelaburan yang berbeza”…Dah nama pun berbeza, jenis pun berbeza, jadi x perlu nak jadikan isu sebenarnya antara emas ngan hartanah ni…

Itu semua subjektif..

Dalam hal emas ni, pun subjektif gak…Orang yg fokusnya pada hartanah, takkan kata emas ni best…macam tu jugak orang yang fokus pada emas, tentu cakap hartanah ni berisiko…

Walhal dua-dua saling lengkap melengkapi…

Saya keep on comparing the pros and contras between this two things. sometimes, over-rated plak kat some blog. ye la, org yg join hartanah cakap emas x elok. begitu jugak yg sebalik nya.. haishh.. let us see. jom!

Sbg contoh ,ada yg cakap umah trendnya naik je saban tahun…let say tempat tu 1 hari ada pembunuhan, rasa2 nak naik ke trend harga umah or rental rate kat situ selepas kes bunuh tu? ada ke?
Kalau duit sikit, belum boleh buat loan ( 1:10 ), boleh mula dgn meyimpan sikit2…dari simpan di bank, lebih baik simpan dlm bentuk emas..ada byk manfaatnya

Bila dah berketul2 emas, loan pun dah boleh buat, tunggu apa lagi..cashkan terus emas tu xpun gadai aje…guna la duit cash tadi buat byr downpayment umah…Kan senang macam tu…
xsemua org boleh terus pinjam duit dr bank macam tu aje…kena fikir gak…saya yg keje dlm bidang professional, nak loan rumah RM85k pun susah nak approve…alahai,kalau semua org blh buat loan ngan bank, berlambak le umah lelong org pi…hoho…
itu le opinion saya…hehe…

kesimpulan nya. saya dah beli rumah, saya dah beli emas.
emas melengkapkan pelaburan hartanah anda. bukan tu jer. if u need money dgn kadar segera, let just say, u need 2k, pegi mana-mana bank yg provide Ar-Rahnu, pajak emas anda, on the spot, u will get ur money. kalau ada rumah, tak dpt jugak nak pajak n dpt cash on the spot kan??? so , lu pk la sendiri

Emas vs hartanah ada pro & contra…. tetapi kedua2nya adalah harta….

hartanah:
- nilai hartanah berbeza mengikut lokasi
- margin keuntungan mengikut lokasi
- pemilikan hartanah memerlukan modal yg besar
- penjualan balik hartanah memerlukan masa yg agak panjang untuk mendapatkan buyer
- hartanah mendapat dua keuntungan, dari lebihan sewa bulanan dan penjualan balik (ROI)
- Tanah amat penting utk invesment, kbiasaannye nilai tanah akan mningkat but x semestinya.
cth; harga tanah kat bukit antarabangsa skang jatuh mjunam but klu dlu beli kat kaw yg strategik mcm kat KL, Subang, Sepang dll pasti melompat kgembiraan ari nie

_______________________________________________

emas:
- nilai yg sama walaupun lokasi berbeza
- emas boleh dibeli setiap bulan – modal kecil
- jualan balik emas dapat dibuat dalam masa yg singkat
- margin keuntungan mengikut harga semasa
- mendapat keuntungan apabila dijual (ROI)
-Emas dari zaman Nabi sampai skang masih bnilai, klu susut nilai utk jangka pendek but klu nilai mningkat melebihi waktu susut.
cth: harga kambing zaman nabi = 1 dinar, ari nie harga seekor kambing masih sama (1 dinar = RM 500 mebih kurang)

Cuma 1 nak pesan, emas bleh di bawa ke seluruh dunia but tanah x, cuba bayangkan klu negara kita blaku perang mcm kat Iraq, sapa ada emas pasti org tu bleh hidup walau ke mana dia pergi but tanah xleh bawak beb.
kedua2nya harus diberi perhatian…. tepuk dada, tanya kemampuan….

INGAT HARTANAH… INGAT EMAS…
Emas penting, tanah pun penting.

Posted by Au79 at 5:32 PM

http://www.mimiaz79gold.com/2011/02/pelaburan-emas-atau-hartanah.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 11:54 PM | Show all posts
Reply  Acong


   
company mana yg bagi 5% komisyen kat agen tu Acong?
aku pun nak join co ...
AwangAli Post at 13-5-2011 09:08
gi laa minta keja kat CIMB AVIVA atau PUBLIC MUTUAL.....

client belum tentu untung, kita dah sapu dulu..........
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 06:42 PM | Show all posts
Reply 266# cmf_kinna

Cik Kinna,
           Thanks for the information. Sungguh menarik. Sebagai penyimpan skala kecil, saya telah mula membeli, kumpul dan simpan emas kecil (10 -20 g sekeping ) yang dipanggil ingots di bawah nama-nama seperti PAMP, Perth Mint Gold Bar dan Argor Heraeus. Selalunya harga mengikut harga emas semasa dan kalau beli banyak boleh dapat kurangkan kos upah. Kalau nak murah boleh beli secara borong di APMEX (American Precious Metal Exchange) min 10k USD utk dapat harga borong. Selalu kita kumpul member ramai-ramai yang minat emas beli kongsi-kongsi semasa harga emas dunia turun/correction sebelum dia spike.
             Kenapa tidak beli ingots yang jenama-jenama biasa. Pada pendapat saya, kita sebagai bukan ahli emas tidak mempunyai pengetahuan tentang ketulenan emas dan hanya percaya bulat-bulat pada kata-kata penjual. Jadi sudah tentu kalau kita nak simpan emas ini berpuluh tahun untuk diturunkan ke generasi berikutnya, tentulah kita kena pastikan penjual emas kita itu masih ada atau emas nya masih diterima pada waktu itu.  Berdasarkan rekod, emas emas yang dikeluarkan oleh Mint-Mint yang kukuh di Swiss atau dijamin kerajaannya seperti Perth Mint dan Canadian Mint yang tetap mendapat pasaran tinggi. Emas-emas yang lain tetap laku tetapi hanya berdasarkan harga yang diterima oleh pembeli setelah disusut nilai (10-30%).
               Seperti kata saudara di atas membeli emas tanpa memiliki atau meminjam wang untuk membeli emas itu yang akan menyebabkan unsur-unsur penipuan boleh berlaku seperti dikenakan bunga atas pinjaman, charge simpanan emas yang tidak wujud dan lain-lain. Sudahnya untung emas tadi habis dimakan dek charge tersembunyi ini yang jika dibuat seterusnya akan menjadi bubble speculation terhadap permintaan sebenar emas. Masalahnya bila harga emas tinggi tapi emasnya tiada ditangan.
                Cadangan saya belilah emas secara tunai secara borong bersama-sama kawan-kawan pada ketika harga emas sedang murah dan simpan untuk jangkamasa lima tahun dan ke atas di samping keluarkan zakat bila cukup haul. Insya Allah  keuntungan jualan semula emas simpanan kita tadi akan memberi keuntungan semasa kita jual di masa depan. Mohon maaf sekiranya terkasar bahasa atau tersilap fakta.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 07:34 PM | Show all posts
Reply  orange97


    oic..kinna kurang faham aje.. sbb my sis pon buat sewa umah..tapi umah dia ...
cmf_kinna Post at 13-5-2011 10:13



    rm30k kalo simpan kat unit trust in 30 years time nilainya lebih kurang rm898k based on 12% compunded setahun.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 07:45 PM | Show all posts
gi laa minta keja kat CIMB AVIVA atau PUBLIC MUTUAL.....

client belum tentu untung, kita dah sap ...
Acong Post at 13-5-2011 23:54



mesti agents tu tabur janji manismu..

so far kami diterangkan matlamat unit trust mid to long term savings. not overnite or over a year. bila fund tu tak well performed, diaorg akan inform dan suggest kami switching. bole gak refer majalah personal money by the edge.

minimum 3 tahun baru nampak kat unit trust, kalo untung dalam tahun pertama tu kira rezeki. ie: mid year 2009 sampai april 2011, dlm setahun setengah my spouse invested from epf dia, untung rm26.5k (lebih kurang 30%). if only kami ada duit cash masa tu...   duit epf, umoq 55 nanti le merasa nak guna
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 03:48 PM | Show all posts
bagus cara ni. nilai susah susut
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 08:10 AM | Show all posts
Kinna, just nak tanya sket since u expert pasal gold ni. 2 bulan lepas liza ada beli few 20g gold bar dgn PG. Masa tu harga dia RM3215 each. U ada ckp, blh untung 30% annually(correct me if i'm wrong). Tapi based pada harga market ari ni, kalau liza jual balik gold bar tu, liza cuma dapat RM3089 je. So mcm mana u kira untung tu ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2011 01:04 PM | Show all posts
liza kena tunggu harga naik semula baru jual...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 01:16 PM | Show all posts
Katanya arrahnu agrobank dah tak terima wafer / bar / coin gold ni? knape ya?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 06:36 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 01:03 AM | Show all posts
Kinna, just nak tanya sket since u expert pasal gold ni. 2 bulan lepas liza ada beli few 20g gold ba ...
saliza1979 Post at 16-5-2011 08:10
yg untung, tauke PG dan ejen diorg.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.451105 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list