CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jeluwi

KENAPA ORANG SELALU BERPANDANGAN NEGATIF TTG MLM?

  [Copy link]
Post time 29-7-2011 09:19 PM | Show all posts
kalau ada sumber pendapatan yang boleh memberikan rezeki yang halal, Islam tak larang untuk ko b ...
zaidi_MZZ Post at 29-7-2011 18:32



   korang nak pakse2 aku dah bape kali dah aku kate aku tak nak bgtahu atas sebab bukan hak aku. !! :@:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 10:03 PM | Show all posts
korang nak pakse2 aku dah bape kali dah aku kate aku tak nak bgtahu atas sebab bukan hak aku. !! :@:@
mhisfas88 Post at 29-7-2011 21:19


sebagai orang yang beragama Islam, ko ada hak untuk beritahu syarikat MLM yang boleh memberi sumber rezeki yang halal...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:01 PM | Show all posts
wah..dah rancak betul kat sini ye sampaikan aku ketinggalan 3 pages dah hanya dalam 1 malam

ki ...
amirezu Post at 29-7-2011 01:35



    mcm ko ckp la kite kat cini bkan nak cari kesalahan mane2 mlm asal ko sebok sngt nk tau ??  kita cuma nak bincang aje, terserah akt aku la aku nak bgtahu ke tak.. kalau ianya boleh jadi satu ilkan untuk mlm tersebut, aku tak nak iklankan kat cini, bukan aku untung ape2 pun.. phm
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:11 PM | Show all posts
Reply 219# amirezu


   its all up to you guys nak cakap ape sebab aku memang tak boleh nak bgtahu. even korang ckap macam mane pun aku tak kan bagitahu. sebab adanye aku kat cini untuk menyatakan pandangan aku pasal bisnes MLM ni sahaja.  dan di mana itu adelah tujuan asal aku comment kat cini bukan untuk promote mane2 MLM atau kondem mane2 MLM atau pun join MLM. ragu atau tak ragu, itu tuan-tuan semua tidak boleh main teka2 sahaja. sebab itu antara saya dan Allah sahaja yang tahu. sebab kita tak boleh beprasangka buruk terhadap orang lain .. even aku bg pendapat pasal MLM pun korang dah berprasangka buruk pasal aku, tuduh aku join mlm. so, daripada aku terus balas segala post korang kat cini, lebih baik aku mendiamkan diri and simpan aje MLM tu untuk aku sorang. hahaha.. sebab Islam pun tak suka kita sesama umat berprasangka buruk, dan seharusnya kita bersangka baik. itu sahaja. sebab aku ni jenis orang yg positif, so
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 12:36 AM | Show all posts
sebenonye MLM ni x bersalah...yg slhnye upline2 yg mata duitan tu laa..rambut sama hitam,hati lain2...kalo semua jujur n x pentingkn diri sendiri ok je kot...ape pun ini cume my opinion...:re:

[code<a href="http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=mynnyusoff" target="_blank"><img src="http://www.kelabjutawan.org/banner3.jpg"></a>][/code]
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 01:58 AM | Show all posts
Reply 224# mhisfas88

cik adik yg manis...atas dasar nak berbincanglah kita nak tau MLM apa yg cik adik sebutkan tu. sebab kami bukan sekadar membuta tuli mengatakan sesuatu MLM itu haram. kami ada pengetahuan dan pengalaman. lagipun cik adik yg manis tak join pun MLM tu, bermakna cik adik tak tahu secara keseluruhan sistem MLM tu. sekadar tengok marketing plan pada awalnya semua orang akan kata ianya mengikut syariah sebab yg ditunjuk adalah yg betul saja. yg tak betul biasanya terselindung, dah join barulah nampak sebenarnya macamana sistem tu berjalan. jadi berdirinya kami di sini (chee wah) adalah utk menunjukkan jalan yg lurus (chee wah lagi) kepada sesiapa je yg mungkin akan tersadung masuk jerat skim MLM yg tak betul. cik adik boleh yakin 100% yg MLM tu halal dgn hanya pemahaman cik adik sorang je tanpa berbincang dgn sape2? rasanya tak. kebanyakan yg join MLM ni takkan sedar diorang ditipu sebelum diorang join MLM tu. tak kata semua MLM ye...cuma kebanyakan MLM.

kenapa sy ckp macam ni? sebab sy salah sorg yg terasa ditipu dan masuk MLM yg sy rasa haram walaupun diorang gah berdiri dgn lesen KPDNKK yg direnew tiap2 tahun dgn ofis tgh2 KL. sampai skang ni sy still lg ahli berpangkat agak besar cuma sy dah tak aktif sejak sy tersedar dari lamunan (lagi lagi chee wah) duit yg menggelapkan hati.

"takde hak"...kata2 yg susah nak diterima. apa yg takde haknya? tak semestinya dah jadi ahli MLM baru ada hak nak bagitau. biasanya dah jadi ahli MLM lagi la tak berani nak ckp sbb takut kena kondem. sy adalah org yg dibuka minda utk kenal MLM2 ni. beberapa bulan sy berfikiran sgt positif dgn MLM yg sy join tapi sampai satu tahap sy terpaksa berpandangan negatif sbb lebih banyak keburukan drp kebaikan yg ada dlm MLM yg sy join ni. sy tak aktif MLM ni pun sbb sy tak nak bagi anak isteri sy makan drp sumber yg sy rasa haram, walaupun diorang kata halal.

tapi kalau cik adik yg manis tak nak bagitau...apa boleh buat. kami sekadar nak menolong, kami bukan along.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2011 02:19 PM | Show all posts
Reply 225# mynnyusoff
betul...betul...betul...
cuma banyak MLM yg sistem dia sendiri tak betul...
atau kekadang sistem asal betul, tapi sengaja meninggalkan ruang untuk disalahgunakan oleh ahli2 yg tamak...dan company sengaja tak sekat walaupun tahu...sebab diorang untung...

btw...kelab jutawan? hehehe....another Ponzi Scheme right? Just in other form and name...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 02:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by ronin at 30-7-2011 14:32

Reply 226# amirezu


   Bila kita dah masuk 1 syarikat MLM baru kita tahu sedalam-dalamnya operasi syarikat, tidak sama spt yg diwar-warkan oleh upline. Masaalah utama ada bebarapa syarikat MLM ialah transparency - kat mana pergi semua bonus dari PV yg terkumpul itu. Kadang2 ada syarikat claim 100% PV yg terkumpul bonusnya semuanya pergi kpd distributor- dari distributor paling bawah sampai ke pangkat atas. Tapi kenyataan nya tidak, ada juga bonus dari seramai-ramai distributor yg tidak sampai ke distributor atau immediate upline sebab tak cukup syarat, sebaliknya menjadi 1 tabung utk diberi kpd top2 leader yg berpangkat spt Royal Crown Manager. Ataupun terus pergi kpd syarikat tanpa pengetahuan semua. Sebab tak ada sesiapa boleh check secara detailnya ke mana pergi bonus2 tersebut. Yg pasti syarikat akan untung berganda dari pendekatan tidak transparency ini.

Sebab itu bagi aku perkara utama yg perlu sebelum join mana2 MLM ialah selain dari produk, plan pemasaran, perlu juga kpd transparency syarikat utk pastikan semua PV seperti yg telah ditetapkan diterjemahkan menjadi bonus kpd distributor2 yg layak dan bukan hanya RCM2 atau syarikat yg mengambilnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2011 02:30 PM | Show all posts
   its all up to you guys nak cakap ape sebab aku memang tak boleh nak bgtahu. even korang ckap macam mane pun aku tak kan bagitahu. sebab adanye aku kat cini untuk menyatakan pandangan aku pasal bisnes MLM ni sahaja.  dan di mana itu adelah tujuan asal aku comment kat cini bukan untuk promote mane2 MLM atau kondem mane2 MLM atau pun join MLM. mhisfas88 Post at 29-7-2011 23:11

nak menyatakan pandangan kena ada hujah dan bukti...hujah, anda dah beri...tapi disangkal sehingga tahap yg perlu diberikan bukti...takkan nak kami percaya je hujah sedari tanpa sebarang bukti...pelik sikit tu...
bukti kami dah beri dari segi kejadian sebenar dan juga kiraan2 asas matematik...


ragu atau tak ragu, itu tuan-tuan semua tidak boleh main teka2 sahaja. sebab itu antara saya dan Allah sahaja yang tahu. sebab kita tak boleh beprasangka buruk terhadap orang lain .. even aku bg pendapat pasal MLM pun korang dah berprasangka buruk pasal aku, tuduh aku join mlm. so, daripada aku terus balas segala post korang kat cini, lebih baik aku mendiamkan diri and simpan aje MLM tu untuk aku sorang. hahaha.. sebab Islam pun tak suka kita sesama umat berprasangka buruk, dan seharusnya kita bersangka baik.mhisfas88 Post at 29-7-2011 23:11

ada bezanya bersangka baik dan membenarkan diri ditipu...untuk kami bersangka baik, cik kena kemukakan bukti...
takkan nak bersangka baik gitu je...bersepah manusia penipu sekarang ni...and they come in different form...

mmg kami tuduh cik join MLM berdasarkan pengalaman lepas...di mana hujah2 sedari sebijik macam hujah geng2 MLM lepas2 yg kami jumpa...

mmg bersangka buruk tak bagus...tapi membiarkan atau membenarkan orang bersangka buruk juga tida bagus...sengaja menimbulkan fitnah dengan tidak memberikan bukti kebenaran itu sendiri sudah salah...
jika sedari ada bukti yg benar, tapi sedari tak kemukan...itu sendiri sudah mengundang pada fitnah terhadap diri sedari....membela diri itu wajib...melainkan sedari tidak mempunyai kebenaran.............

sebab tu orang tua2 ada pepatah..."seperti mengegakkan benang yg basah"...selagi tiada bukti dikemukakan, selagi itulah benang itu tetap basah...

itu sahaja. sebab aku ni jenis orang yg positif, so mhisfas88 Post at 29-7-2011 23:11

ada beza antara sikap positif dan tidak mencari kebenaran...jika kita positif, kita akan tegakkan kebenaran dengan hujah dan dalil kita...
jika kita biarkan sahaja, maka kita tidak positif sebenarnya...cuma kita sedapkan hati sendiri dengan menganggap kita positif...

**tiada positifnya dalam membenarkan kemungkaran**(statement umum)
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 02:30 PM | Show all posts
Reply  mhisfas88

cik adik yg manis...atas dasar nak berbincanglah kita nak tau MLM apa yg cik ad ...
amirezu Post at 30-7-2011 01:58


mungkin giliran ko untuk bagitau apa syarikat MLM yg kau join tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 03:10 PM | Show all posts
korang nak pakse2 aku dah bape kali dah aku kate aku tak nak bgtahu atas sebab bukan hak ak ...
mhisfas88 Post at 29-7-2011 21:19

apa kata ko bentangkan je dia punya marketing/bussiness plan...
dan bagitau jenis produk dia, harga dan kelebihan...

takpun ko paste je flyers yg upline kawan ko bagi...mesti dia bagi kan...kalau tak takkan ko boleh paham bussiness plan dia...ko padamkan la nama company tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 07:48 PM | Show all posts
Reply 230# ronin

owh...aku "takde hak nak bagitau"
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 07:51 PM | Show all posts
a'a betul gak kata bro brutal tu. bentangkan marketing plan MLM tu. kita tengok n bincang sama2. tapi macam yg aku n bro ronin cakap, biz plan yg tak transparent ni jarang orang tau selagi orang tu tak jadi ahli. cik adik bentangkan jelah mana yg ingat, itu pun kalau cik adik manis sudi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 09:50 PM | Show all posts
Reply 232# amirezu


   "takde hak"...kata2 yg susah nak diterima. apa yg takde haknya? tak semestinya dah jadi ahli MLM baru ada hak nak bagitau. biasanya dah jadi ahli MLM lagi la tak berani nak ckp sbb takut kena kondem. sy adalah org yg dibuka minda utk kenal MLM2 ni. beberapa bulan sy berfikiran sgt positif dgn MLM yg sy join tapi sampai satu tahap sy terpaksa berpandangan negatif sbb lebih banyak keburukan drp kebaikan yg ada dlm MLM yg sy join ni. sy tak aktif MLM ni pun sbb sy tak nak bagi anak isteri sy makan drp sumber yg sy rasa haram, walaupun diorang kata halal.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 10:20 PM | Show all posts
MLM???

{:2_72:}

Sngt2 emosi bile dgr word MLM ni..
i nak cite pengalaman i plak untuk sapa2 nak baca sila la..
terutama tuk diluar sana yg msh 'tak sedar diri budget MLM tu bagus sngt'

hujung tahun lepas, 2010.. i hampir2 terperangkap nak join MLM.. alkisahnya ada lah kawan i ni.. ex officemate lama.. tetibe rajin lak contact i.. sms la.. ym la kata nak jumpa.. ajak kuar.. nak belanja makan la apa la.. i pulak mmg tolak sbb kebetulan xda masa nak jumpa dia.. pastu dia selalu ym kata nak benti keje la.. sbb da best buat bisnes. i pun tertarik.. i tnya la dia .. dia buat bisnes apa.. nak gak tau sbb i minat bisnes tp i da warning dia awal2 yg i x minat mlm..

so dia plak pandai gile berlakon.. dia kata ni bukan mlm tp dia nak cari rakan bisnes.. so i minat la kan sbb ingat mmg bukan mlm.. mana i tau dia nak bodoh2 kan i dgn corner2 ayat..  lepas tu bila i tanya ni bisnes apa.. dia kata kalo nak tau jom ikut dia jumpa kawan2 dia tgk cara diorg bekerja.. i pun ikut la.. lepas balik office.. terus p jumpa dia dgn geng2 dia kat foodcourt salah satu shopping.

masa jumpa geng2 dia tu.. i tgk sume makan2+borak2 je.. i tanya la macam tak buat kerja je.. kata buat bisnes .. bisnes apa? so dia jawab.. "ni kitaorg tgh bekerja la ni.. smbil makan2 borak2 duit masuk best x??"

i pun pelik la.. mcm best je.. tnya punya tanya.. i tnya ni bisnes apa..company apa.. sume xnak jwb.. dia kata nak tau jom p office diorang.. hek eeelllleeehh.. menyirap je..

i tanya ni mlm ke..kene jual barang ke.. pastu dia kata "awk ada nampak kami jual barang x..xda kan.. kitaorg jumpa2 borak2 untuk cari rakan bisnes"

pastu dia ajak i p KL.. ada event besar.. MU kot nama dia.. kekonon sampai sana i akan tau sume.. mula2 i hampir terpengaruh gak.. hampir2 nak labur duit tuk masuk.. tau x mlm ni smpai suh sy buat loan 31k untuk masuk jd member.. dia siap kata kalo masuk modal kecik lambat untung better amik pangkat besar skit so dlm kata nama lain kene modal lg besar la 31k..

i hampir setuju da.. pastu x tau la.. tetibe teringin nak wat istikharah.. last2 dalam masa terdekat tu.. i asik nampak keburukan mlm je.. mcm ada cousin i cerita kat i dia da penah terkena dgn company mlm ni which is company name tu sama nama dgn company yg i hampir nak masuk tu.. pastu masuk forum.. baca pasal mlm..makin lama jd xminat da nak masuk..

so i bgtau la kawan i tu .. i xjadi nak masuk.. pastu cara dia tu mcm nak menunjukkan sy ni manusia paling bodoh sbb xnak masuk mlm.. dia kata kalao kita tak tolong diri kita sendri sapa lagi nak tolong.. manusia takkan mampu untuk berjaya kalo takut nak amik risiko.. kata dia lagi.. i ni mcm sentiasa nak pk negatif n takut nak hadapi cabaran.. PEDULIK APA AKU~~~~!!!!

I kata la i xnak masuk sbb hati i mmg da xminat nak masuk.. i da wat istikharah..pastu dia kata Allah da bagi jalan kenapa kita nak tolak.. kita mintak..berdoa pada Allah.. moga dilimpahkan rezeki.. tp takkan Allah nak bagi bedebuk 100K atas sejadah.. kita kene la usaha..so Allah da bagi jalan salah satu nya MLM knapa kita nak tolak..?? BENGANG I TAU X???

pastu dia asik ajak2 last2 i bengang i kata kat dia.. "awk ni mcm ckp solat istikharah sy tu tak betul... maybe awk berjaya dalam mlm..itu awk.. tp sy maybe tak sesuai dgn mlm ni..mybe rezeki sy dgn cara lain.. if awk selesa awk teruskan la.. jgn la nak babitkan sy..kang x psl2 gaduh.."

pastu dia ada ckp kat sy.. "xpela.. sy pun xnak cari rakan bisnes yag tak berani mcm awk"

hek elehhh.. bile kita kata xnak..pandai lak nak cakap camtu.. berlagak gila.. tp dalam 2-3mingu pastu duk ym sy tnya "awk.. if ada kawan minat bisnes..kenalkan kat sy ek.. kalo dia jd join sy bagi awk rm100 satu kepala"

pale lutut dia.. dia untung sedap2..dapat sorang kalao jadi wat loan 31k n jd downline dia.. tau x bape untung dia.. dia leh dapat rm5000 satu kepala tau~~~~~~~~~~~~~~
dan dia cuma nak bg i rm100 je.. apa ingat i ni sengkek sngt ke.. rm100 tu cukup2 la ak nak beli makanan kucing ak..apa kelas rm100.. ko sedap2 untung.. ehh if dia tu nak umpan sy rm1000 pun sy tak ingin la kenalkan member kat dia.. silap2 if jadi apa2 kat member i tu.. i plak yg kene.. apa kes nak rosakkan member i dgn MLM stupid tu..

nama company MLM tu Steady Global Network under MC OCEAN punya company x silap.. tuk diluar sana beware k dgn this company~~~

da la smpai paksa i p join dgr taklimat dia.. kul 1-2 pg i balik okkkk~~~ i ni pompuan ingat biasa buat keje bodoh balik lwat2 mlm tu.. silap.. pagi2 buta tu..


http://www.bestbuybeauty.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 10:27 PM | Show all posts
sori.. nak tambah.. to TT.. cukup2 la sibuk nak promote mlm awk tu.. siap bagi link facebook.. nyampah plak rasa..

orang2 mcm awk yg nampak mlm tu bagus p la cari orang yg btul2 minat mlm n terdesak nak kaya mcm korang.. untuk kitaorg yang x minat mlm ni..SUKA ATI kita orang la nak minat ke x.. jgn tnya la sbb apa x minat.. sbb kalo kitaorg jwb sekali pun ko msti ada je jwapan positif nak cover.. al maklumla ko n geng2 mlm ko je yg btul kan.. kami2 yg x nak masuk mlm ni sume jenis penakut.. n bodoh..

dunia2.. nak kaya punya pasal.. dgn kawan pun nak bermusuh.. poor...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2011 12:49 AM | Show all posts
Reply 234# mhisfas88
errr.....
tak paham.....nape ko just copy balik je komen sahabat kita?
kalau ko nak quote, mesti ada komen ko...atau ni sekadar kesilapan typing?

btw, pertimbangkan cadangan aku kat post #231...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 12:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by Brutal at 31-7-2011 01:39

Reply 235# martasha
Alhamdulillah....ko selamat dari jadi mangsa..RM31k tu...MLM apa ni?? (atau soalan lebih tepat: Skim Piramid mana ni?) <--soalan batal...ko dah bagitau, aku tak terbaca...

kawan ko tu bukan nak tolong ko pun...dia cuma nak dapat komisen dari kemasukkan ko je...ko nak duit, kena wat cam dia jugak la...
sebab tu dia selalu cakap nak berenti keje la (tak berenti2 jugak), lepak2 dapat duit la...semua tu umpan je nak gelapkan mata orang lain dengan duit...mintak dijauhkan dari perkara2 seumpama itu...

I kata la i xnak masuk sbb hati i mmg da xminat nak masuk.. i da wat istikharah..pastu dia kata Allah da bagi jalan kenapa kita nak tolak.. kita mintak..berdoa pada Allah.. moga dilimpahkan rezeki.. tp takkan Allah nak bagi bedebuk 100K atas sejadah.. kita kene la usaha..so Allah da bagi jalan salah satu nya MLM knapa kita nak tolak..?? BENGANG I TAU X???
martasha Post at 30-7-2011 22:20

kawan ko tu dah tak peduli dah pasal solat istikharah ni...petunjuk dari Allah pun dia nak perlekehkan...
but, it's understandable...kalau dia tak kisah makan duit haram, maknanya dia dah tak kisah hukum Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 01:52 AM | Show all posts
nama company MLM tu Steady Global Network under MC OCEAN punya company x silap.. tuk diluar sana beware k dgn this company~~~
martasha Post at 30-7-2011 22:20

aku try surf Steady Global Network tu...keluar web kat blogspot je?
takkan company juta2 wat website kat blogspot je? agak2 la diorang ni...nak kencing orang IQ bawah 80 boleh ar kot??
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 02:15 AM | Show all posts
salah satu kelebihan orang buat MLM ni adalah...................




mereka TIDAK TAHU MALU....MUKA TEMBOK KONKRIT TEBAL BERKAKI-KAKI

kadang2 bile tgk diorang ni mmg heran...dari mana la dapat kekuatan utk jadi muka tembok setebal itu...kalau aku idak ler...muka ku nipis dan mulus senipis kulit bawang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.067136 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list