ismaha Publish time 12-9-2012 12:44 PM

sarizu posted on 12-9-2012 12:01 AM static/image/common/back.gif
errr...sempat ke Liana ni bcicit?






harus la sempat kalu seminggu skali............:'(:shutup::lol:,
(jgn mare ekkkk , {:1_545:} nnt is xleh nk baca dh...sbb sarizu marah....:()

dh habis layan......nak lagi......{:1_556:}

auntieagony Publish time 12-9-2012 12:50 PM

Salam....

Alamak geram pulak rasanya kat si Akram ni... Nampak benar takder ciri kepimpinan kat dia... Kalau dia pandai pujuk hati emaknya tu, mesti emaknya akan dpt menerima Liana juga.... So pathetic....

Biarlah si Kamal tu pula diberi peluang utk membahagiakan Liana pula... Kacau daun tul si Akram ni... Diri sendiri lemah, pastu tak benarkan si Liana mencari kebahagiaan yg baru pulak... Auntie geram ni, tgh geram ni..... ;P

nhid_tam Publish time 12-9-2012 10:08 PM

sambung lg yer...:)

marcell Publish time 13-9-2012 03:16 PM

auntieagony posted on 12-9-2012 05:50 AM static/image/common/back.gif
Salam....

Alamak geram pulak rasanya kat si Akram ni... Nampak benar takder ciri kepimpinan kat d ...

agreed with you auntie....


wasap Publish time 13-9-2012 04:41 PM

dah upgrade jadi akasia kan? ari kamis akasia bersiaran kul 930 mlm.. bole sari? {:1_551:}

auntieagony Publish time 13-9-2012 06:20 PM

marcell posted on 13-9-2012 03:16 PM static/image/common/back.gif
agreed with you auntie....

Well... great minds think alike... :loveliness:

Menyampah dgn suami yg takder tulang belakang.... Mmglah patut menyayangi dan menjaga ibu tetapi tak bermakna boleh mengabaikan dan melukai isteri pula.... :dizzy:

sarizu Publish time 29-9-2012 10:39 PM

Nicki_Meow posted on 12-9-2012 12:03 PM static/image/common/back.gif
Cik Sari.. sila upgrade slot dari Lestary ke Akasia pleaseeeeeee......

bukan kata nak upgrade, dapat update ponnn dah cukup baikkk sangattt :sweat3: :laugh3:

sarizu Publish time 29-9-2012 10:41 PM

hotmum posted on 12-9-2012 12:41 PM static/image/common/back.gif
amboiii ... hahaha

apa kata cik nicki upgrade dari akasia ke berita terkini ... hehehehe ... ev ...

upgrade ke akasia pleaseden tak mampu... :'(
layan je la mana yang ada eh

sarizu Publish time 29-9-2012 10:42 PM

ismaha posted on 12-9-2012 12:44 PM static/image/common/back.gif
harus la sempat kalu seminggu skali............,
(jgn mare ekkkk , {:1_54 ...

tambah sikittt lagi... :sweat3:

sarizu Publish time 29-9-2012 10:46 PM

auntieagony posted on 12-9-2012 12:50 PM static/image/common/back.gif
Salam....

Alamak geram pulak rasanya kat si Akram ni... Nampak benar takder ciri kepimpinan kat d ...

memang ada auntie laki mcm ni...jenis anak mak la kot
tp kkdg pengalaman tu boleh mematangkan...hrp2 Akram berubah la kan... :L

sarizu Publish time 29-9-2012 10:47 PM

nhid_tam posted on 12-9-2012 10:08 PM static/image/common/back.gif
sambung lg yer...

sambung sikittt je :L

sarizu Publish time 29-9-2012 10:48 PM

marcell posted on 13-9-2012 03:16 PM static/image/common/back.gif
agreed with you auntie....

auntie memg terbaek! :loveliness:

sarizu Publish time 29-9-2012 10:49 PM

wasap posted on 13-9-2012 04:41 PM static/image/common/back.gif
dah upgrade jadi akasia kan? ari kamis akasia bersiaran kul 930 mlm.. bole sari?

huhu...den tak mampuuu... :'(

sket2 bleh la...

sarizu Publish time 29-9-2012 10:55 PM

Episod 16

Masing-masing tidak banyak bercakap. Sekadar sepatah-sepatah yang keluar dari mulut mengunjuk menu lazat yang terhidang penuh di atas meja. Asam tempoyak ikan baung, singgang daging, ayam goreng berempah, ikan keli goreng, kerabu sarang, ikan bakar cicah air asam, ulam budu, semuanya masih tidak mampu menghidupkan suasana yang seolah kebisuan. Hanya Sara dan Mila yang tidak pernah memahami suasana, terusan ligat bersuara menceritakan apa saja yang bersarang di fikiran mereka sepanjang perjalanan tadi.

Aku pula seolah-olah makan tercekik, sungguh tidak selesa dengan ahli konvoi kali ini, terfikir-fikir bagaimana caranya untuk menghangatkan keadaan yang agak suam. Apatah lagi apabila diibaratkan akulah ketua rombongannya. Nak buat macamana ni...?

“Tambah lagi Mak Pah,” aku mengunjuk pinggan nasi tambah kepada Mak Pah yang berada di sebelahku, dihujung meja.

“Bagi dekat Akram tu, dah kurang nasinya tu... Kamal, nak tambah nasi lagi?”

“Boleh je... kalau makan dengan orang-orang tersayang ni selera memang makin menjadi. Memang tak sama makan sorang-sorang...tak ada yang nak melayan.”

“Min, letak nasi dalam pinggan abang sikit, gulai tempoyak ni sedap macam yang Min masak kat rumah kita dulu. Mama masak pun tak boleh lawan Min punya air tangan,” Akram tak mahu kalah. Dihulur pinggannya kepadaku yang duduk selang satu kerusi mengapit Sara di tengah-tengah kami.

Aku tergamam. Suasana yang tadinya suam bertukar rentak, saling sahut-menyahut di antara ahli-ahlinya. Lebih tepat lagi dua lelaki duda ini sedang memprovok...? Nampak gayanya begitulah, ayat-ayat mereka jelas menginginkan perhatian dan sungguhlah mengada-ngada! Menambahkan perisa, Akram siap ‘ber-abang’ lagi dengan aku!

Aku buat muka bodoh, ke pinggan Akram pun aku tambahkan nasi, begitu jugalah ke pinggan Kamal. Ahli-ahli yang lain pun turut bertambah nasinya. Memang lauknya sedap, aku pun juga bertambah!


Usai menghadap hidangan, kami bergerak ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Jama’ Taqdim fardhu Zohor dan Asar. Sampai rumah mak nanti bolehlah kami bersenang-lenang membetulkan urat sendi yang bergetar-getar selepas menempuh perjalanan yang jauh.



Aku kembali mendiamkan diri di dalam kereta Akram. Hanya tinggal lebih kurang satu jam perjalanan lagi untuk kami tiba ke destinasi. Sara dan Mila kembali menyambung tidur mereka. Fikiranku pula mula berkalau-kalau...kalaulah aku tidak membenarkan Akram ikut kami balik sekali...kalaulah Kamal tidak mengigau menyatakan hasratnya untuk ikut kami...kalaulah aku hanya balik dengan Sara dan Mila saja...

“Awak tak selesa saya ikut awak balik? Saya minta maaf, sepatutnya saya bagitahu awak dulukan? Saya cemburu bila Sara bagitahu Mila sekeluarga pun ikut awak balik kampung,” Akram memecah kesunyian di antara kami.

“Saya tak bijak untuk menguruskan perasaan orang lain. Saya hanya ingin semua orang merasa selesa apabila berhubungan dengan saya,” aku meluahkan perasaan.

“Awak sudah lakukan yang terbaik. Selagi awak tidak terlalu memihak kepada Kamal, saya merasa sudah cukup selesa bersama awak sepanjang percutian ini,” Akram berterus-terang.

“Saya hanya melayan tetamu-tetamu saya sebaik mungkin. Saya harap awakpun faham situasi saya. Antara kita sudah tidak punya apa-apa...kita hanya berhubung kerana adanya Sara.”

“Bukan hanya kerana Sara, Min. Kita masih berpeluang mulakannya sekali lagi. Izinkan saya bergelar suami sekali lagi, kepada awak, Min,” suara Akram sedikit tegas tetapi penuh rayuan.

Aku perasan Akram memandangku lama, menunggu apa lagi jawapan yang akan keluar daripada mulutku. Tiba-tiba brek kereta ditekan mengejut, sungguhlah aku terkejut apabila Akram memberhentikan kereta kami di tepi jalan.

“Jangan buat drama, Akram!” Aku bersuara keras. Secara tidak langsungnya mengulangi ayat Kamal awal pagi tadi sebelum kami bertolak. “Kalau awak tak bergerak sekarang, saya keluar dari kereta ni.”

Akram mendengus kasar. Dia kembali melonggarkan tekanan brek dan kereta kembali masuk ke jalan utama.

“Jangan sesekali awak kata saya sudah terlewat, Min.”

“Saya tak kata apa-apa pun!” Aku masih marah.

“Kita rujuk, Min. Saya akan pastikan kali ni saya tak akan buat silap lagi. Saya tahu awak masih ada sangsi pada saya, tapi tolonglah...tolonglah beri peluang pada saya sekali lagi. Saya tak sanggup menanggung derita yang lebih teruk kalau ada lelaki lain yang akan menggantikan tempat saya dalam hidup awak, Min.”

Tajam aku merenung wajah Akram. Pandanganku dibalas lembut penuh mengharap.

Tiba-tiba deringan telefon mematikan tautan mata kami.

“Assalamualaikum!...oh, maaflah, tadi saya rasa pening-pening sikit...rasa nak muntah. Ya, ya...dalam setengah jam lagi kita sampai...ok, wa’alaikumussalam,” aku menamatkan perbualan.

“Siapa?” Akram menyibuk.

“Kamal...dia tanya kenapa kita berhenti tadi.”

“Dia selalu call awak?”

Aku menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya kuat, kembali menjeling tajam kepada Akram menahan amarah.

Nicki_Meow Publish time 29-9-2012 10:59 PM

sarizu posted on 29-9-2012 10:55 PM static/image/common/back.gif
Episod 16

Masing-masing tidak banyak bercakap. Sekadar sepatah-sepatah yang keluar dari mulut men ...

Episode 17 takde? :$

:lol:

auntieagony Publish time 29-9-2012 11:24 PM

sarizu posted on 29-9-2012 10:46 PM static/image/common/back.gif
memang ada auntie laki mcm ni...jenis anak mak la kot
tp kkdg pengalaman tu boleh mematangkan...h ...

Kalau Aqram jenis anak mak yg akur perintah maknya, maka biarkanlah Min mendptkan kasih sayang yg maksimum drp Kamal.... Ni tau pulak si Aqram tu jealous bila Kamal ikut balik kg... Buat spoil program si Kamal nak meluahkan perasaan jer... Three's a crowd! {:1_550:}

Cewah.... auntie menghayati watak.... ;P

sarizu Publish time 30-9-2012 12:00 PM

Nicki_Meow posted on 29-9-2012 10:59 PM static/image/common/back.gif
Episode 17 takde?

ngada2 :dizzy:

sarizu Publish time 30-9-2012 12:02 PM

auntieagony posted on 29-9-2012 11:24 PM static/image/common/back.gif
Kalau Aqram jenis anak mak yg akur perintah maknya, maka biarkanlah Min mendptkan kasih sayang yg...

kita tengok nanti sapa yg pandai mengayat :lol:

sarizu Publish time 30-9-2012 12:13 PM

Episod 17

Hangat suasana sambutan yang diterima daripada mak ayah setibanya kami di rumahnya. Sungguh ceria apabila kami saling bersalaman dan berpelukan. Lega rasanya!

Emak segera menjemput kami semua masuk ke dalam rumah. Rupa-rupanya ada hidangan yang sudah tersedia untuk kami! Makan lagilah jawabnya! Orang tua memanglah begini, sudah dipesan usah bersusah-payah, tetapi mereka dengan rela hati bersusah-payah demi mahu meraikan kami semua. Kami? Apalagi! Langkah kananlah jawabnya. Terus lenyap rasa kenyang kami semua, rasa lapar pula mula bergelora.

Siapa tak suka masakan kampung? Sudahlah rasanya enak dan lazat, diperisakan pula dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Makan pula bersila, alahai...ummppphhhh!

Kali ini kami makan dengan dua hidangan, satu hidangan untuk kaum lelaki dan satu lagi untuk kaum perempuan. Baguslah! Tak perlu lagi untuk aku melayan ngada-ngada duda-duda tu semua. Pepandai la diaorang ambil hati bakal bapa mertua. Eh? Ada hati aku nak kawin lagi?

Kalau tadi kami makan singgang daging, secara kebetulannya emak telah menyediakan hidangan singgang ikan tongkol, daging goreng, telur dadar, kerabu peria, dan ulam budu. Nampak ringkas tetapi sungguhlah aku berselera mahu menikmatinya.

“Jemputlah makan. Mak masak ringkas-ringkas je...dah tak larat nak duduk kat dapur tu lama-lama. Barang-barang mentah ni pun mintak Kakcik Timah sebelah tu yang tolong belikan. Lutut ni ha...dah bergoyang-goyang rasanya. Makan ubat pun dah tak jadi dah...barang lama macam ni la. Tunggu nak tercabut je ni,” celoteh emak mengundang tawa ruang makan kami. Emak memang membahasakan dirinya ‘mak’ kepada semua orang, tak kisahlah siapapun.

Seperti selalunya, emak mengambil tugas menyuapkan Sara, satu-satunya cucu yang dia miliki. Walaupun cucu ‘angkat’, tidak pernah sekalipun emak mengungkit asal-susul kami. Emak memang tidak punya anak sepanjang perkahwinannya dengan ayah yang sudah menjangkau 45 tahun. Mungkin juga kerana itulah emak ayah memang menjaga kami seperti anak cucu sendiri. Kami sangat-sangat menghargai kasih-sayangnya yang tidak pernah surut.

Mila pula nampaknya makin seronok bergandingan dengan Sara untuk makan bersuap. Seolah-olah mereka berlumba-lumba untuk mendapat suapan daripada emak. Ahh...seronoknya menjadi anak kecil. Langsung tidak punya masalah yang membebankan fikiran. Tidak perlu bersusah-payah untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.

Tidak seperti aku sekarang ini, kepala ni dah terasa berat memikirkan perihal masa depan. Bukan mahu melayan angau yang bertandang, tetapi makin mahu dipandang mudah ada saja kesukaran yang mendatang.

“Eh, Liana tak makan ke?” Mak Pah baru perasan yang aku sebenarnya hanya duduk-duduk disamping mereka. Aku sekadar menggeleng kecil dan tersenyum.

“Saya ni dah jadi tuan rumah Mak Pah, kena la melayan tetamu...tengok-tengokkan mana yang tak cukup,” bagusnyalah jawapan aku. Walaupun yang sebenarnya bukanlah aku tak nak makan, dah rasa meleleh liur ni mahu menjamah barang sedikit, tapi awalan tadi emak sudah mencuit aku, memberi sedikit jelingan – maknanya, tak payah makan lagi, layan tetamu tu. Terus mati separuhnafsu aku untuk duduk menghadap sama. Memang sepatutnya begitulah kan. Takkan la kot nak suruh emak yang tua tu melayan itu ini jika tetamu berkeperluan.

“Min, ambilkan kopi untuk kami,” suara ayah kedengaran. Alahai...kena melayan jugak!

Aku bangun mengambil teko berisi kopi panas di atas meja berdekatan. Kopi pekat itu aku tuang satu persatu ke dalam cawan untuk setiap tetamu.

“Terima kasih, Min,” senyum penuh makna daripada Kamal kerana berjaya panggil aku ‘Min’. Arrggghhhh...!

“Aroma kopi ni tak pernah berubah, sama macam dulu-dulu jugak. Saya sukakan kopi selepas Min yang ajar saya minum kopi. Kalau dulu tengok rupanya yang hitam pekat pun saya tak berani nak minum, tapi selepas Min meyakinkan saya yang rasanya enak, saya cuba minum. Sehinggalah sekarang ini...saya cintakannya,” ayat tak boleh blah daripada Akram.

Aku telan liur mendengar setiap patah bicara mereka, ayah pula seolah tekun mendengar.

Tetamu yang lain tidak ambil peduli tentang ‘kumpulan’ kami. Eloklah! Mereka galak melayan celoteh emak, Sara dan Mila yang cukup menghiburkan.

“Mama apa khabar, Akram? Kenapa tak ajak dia datang sekali? Dah lama tak dengar khabar dia...lain kali ajak la dia datang sekali,” ayah memanglah baik orangnya.

“Alhamdulillah sihat, ayah. InsyaAllah kalau diizinkan dan dipermudahkan, mama ada bagitahu dia nak datang sini. Nak melawat mak ayah, dia pun ada bagitahu dah lama tak dengar khabar mak ayah kat kampung ni.”

Akram mereka cerita penyedap rasa?

“Seronok tinggal kat sini, jiran-jiran pun nampak baik-baik saja. Saya ni tak de kampung, kalaulah dapat tinggal kat kampung macam ni...seronoknya rasa,” Kamal menambah perisa.

Diaorang ni kan... arrggghhhh!

Aku bangun meninggalkan kumpulan itu, terasa panas telinga mendengarkan ayat mereka yang cukup berlapik-lapik tu. Sebelum dada ni pula yang memanas lebih baik aku cabut dulu.

Tidak dinafikan mereka cuba menyampaikan hajat secara tersirat, tidak tahulah aku samada ayah boleh memahaminya atau sebaliknya hanya mendengar ayat-ayat cinta mereka itu secara selapis sahaja. Pada aku lebih baiknya ayah tidak faham! Masa yang sungguh tidak sesuai!

Aku pula malas untuk melayan karenah duda berdua itu. Semuanya sudah punya kematangan tersendiri. Jangan terlalu melebih sudah.

“Min, tunjukkan bilik untuk yang laki-laki tu...bolehlah diaorang rehatkan badan sekejap sementara tunggu petang-petang sikit. Ayah kata petang ni Pak Mat nak bawakkan kelapa muda...nak makan minum ramai-ramai kat sini...,” emak pun samalah, tak pernah nak fikir berlapis-lapis.

Aku perasan Akram dan Kamal saling memandang di antara satu sama lain. Sebilik? Rasakan!

“Kalau nak berehat sekejap bolehlah masuk bilik ni,” aku memuncungkan ibu jari menunjukkan arahnya. “Untuk awak, Kamal dan Hilal...mmm...kalau tak nak masuk berehat pun tak pe...no problem. Boleh duduk-duduk santai kat ruang ni...rumah kampung macam ni lah, mana ada bilik banyak-banyak,” walaupun bahasa tubuhku menghadap Akram, aku tahu Kamal juga mendengar apa yang aku katakan.

Kamal nampaknya terus berlalu menuju ke sofa di tengah ruang. Akram pula keluar dari rumah, menuju ke keretanya.

Suka hati diaoranglah nak buat apapun! Ada aku kesah? Memanglah mulut aku boleh kata tak kesah, tapi hati ini bagai digaru-garu melihat lagak mereka.

ismaha Publish time 30-9-2012 07:24 PM


Done.......:$,



Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12
View full version: Liana Jasmin-[U]


ADVERTISEMENT