auntieagony Publish time 5-9-2012 12:11 PM

sarizu posted on 5-9-2012 08:13 AM static/image/common/back.gif
Liana mahu menyelamatkan dirinya yang dah x de idea...




Wokey....

Kalau kena writer's block, join Lady + Nicki, diaorg plan nak buat women's only vacation plan together-gether kot! Hmm.... mcm writer's congregation jer..... Boleh bertukar2 fantasies and imagination... :laugh3:

ismaha Publish time 6-9-2012 11:18 AM



selamat hari raya..........{:mlpop:}

lama xlepak cini daa......skali baca cam neh baru puas hati......
jgn lama sgt tutp mata yer cik liana.....:lol:

sarizu Publish time 6-9-2012 06:29 PM

hotmum posted on 5-9-2012 09:06 AM static/image/common/back.gif
kita dah pantang nampak je nih ...

bak kata org kg sebelah...dah blemang lah ni ya... ;P


inni soimun {:1_545:}

sarizu Publish time 6-9-2012 06:31 PM

wasap posted on 5-9-2012 09:07 AM static/image/common/back.gif
lamenye liana totop mateee... jgn tak bangun sudah....

insyaAllah bangun :L apabila dh bgeliga nanti :laugh3:

sarizu Publish time 6-9-2012 06:34 PM

ladyFinger12 posted on 5-9-2012 10:25 AM static/image/common/back.gif
Tak bangun kalu... innalillah ler jawapnya

Ya ampun sari!


gigih la nk mereply ni nk tnjuk pnjg umo... :lol:

sarizu Publish time 6-9-2012 06:36 PM

auntieagony posted on 5-9-2012 12:11 PM static/image/common/back.gif
Wokey....

Kalau kena writer's block, join Lady + Nicki, diaorg plan nak buat women's only vaca ...

join angkt bndera jopun bleh la auntie ;P


ishhh...posa 6 x hbs2 lg ni...

sarizu Publish time 6-9-2012 06:38 PM

ismaha posted on 6-9-2012 11:18 AM static/image/common/back.gif
selamat hari raya..........

lama xlepak cini daa......skali baca cam neh baru puas h ...

x pe, x pe...kasi is g btapa lama2 kt lain dlu then dtg la sini balik
i'Allah masa tu Liana dh bcucu cicit kot :lol:

auntieagony Publish time 6-9-2012 06:39 PM

sarizu posted on 6-9-2012 06:36 PM static/image/common/back.gif
join angkt bndera jopun bleh la auntie




Salam.

Cepatler sambung Sarizu.... Penat auntie nunggu bila lah si Liana tu nak sampai ke kampung.... Kalau tak sambung, sampai ke sudah ler, diaorg masih dlm perjlnan! ;P

sarizu Publish time 6-9-2012 06:43 PM

auntieagony posted on 6-9-2012 06:39 PM static/image/common/back.gif
Salam.

Cepatler sambung Sarizu.... Penat auntie nunggu bila lah si Liana tu nak sampai ke kampu ...

Liana tdo mati
Akram tgok syok jah tdo dia pun lentok gak
so, kira x smpai lg lah ni
;P



next week auntie, ni tgh round2 tgok kwsn dlu ;P

ismaha Publish time 6-9-2012 08:13 PM

sarizu posted on 6-9-2012 06:38 PM static/image/common/back.gif
x pe, x pe...kasi is g btapa lama2 kt lain dlu then dtg la sini balik
i'Allah masa tu Liana dh bc ...



apa......???????:vmad3::lol:,jgn lama sgt sampai bercicit tuh......:'(:'(,

is nak g bertapa cari ilmu lagi neh........jgn lama2 sgt ekk.....

nhid_tam Publish time 6-9-2012 10:44 PM

sambung lg yer...

hotmum Publish time 10-9-2012 12:10 PM

tuan tanah asil merayap ... mana nak hapdet nya ...

:lol: :lol:

sarizu Publish time 12-9-2012 12:01 AM

ismaha posted on 6-9-2012 08:13 PM static/image/common/back.gif
apa......???????,jgn lama sgt sampai bercicit tuh......,

is nak g berta ...

errr...sempat ke Liana ni bcicit?

:lol:

ok, layannn...

sarizu Publish time 12-9-2012 12:02 AM

nhid_tam posted on 6-9-2012 10:44 PM static/image/common/back.gif
sambung lg yer...

ok, sambung tetap sambung tp secoet je... :sweat3:

sarizu Publish time 12-9-2012 12:03 AM

hotmum posted on 10-9-2012 12:10 PM static/image/common/back.gif
tuan tanah asil merayap ... mana nak hapdet nya ...

errr...cari idea :laugh3:

sarizu Publish time 12-9-2012 12:09 AM

Episod 15

Masakan sesenang menutup mata sahaja untuk aku tidur sepanjang perjalanan ini. Menutup mata hanyalah sebagai jalan paling selamat daripada terusan menerima sogokan soalan daripada Akram yang mana jawapannya pun aku tidak pasti apa.

Aku menerawang sendirian, mengimbau kenangan bagaimana saat awalan kami mula berkenalan suatu ketika dahulu. Mula berkenalan di tapak projek tempat aku memulakan kerjaya sebagai pembantu Kerani Tapak selepas menamatkan pengajian diperingkat Diploma, manakala Akram pula bertugas sebagai Jurutera projek disitu. Beberapa bulan berhubungan atas urusan kerja, akhirnya jiwa mula bergetar, terasa rindu jika sehari tidak berpandangan dan akhirnya kami bersetuju untuk bersatu hati.

Segala yang terindah hanyalah sementara, semuanya bagaikan tidak kena selepas usia sebulan perkahwinan kami. Mertua mula masuk campur yang memaksakan kami berpindah untuk tinggal bersamanya. Segala macam perkara yang tidak sepatutnya terjadi telahpun terjadi, akhirnya kasih sayang kami terlerai jua.

Jauh di sudut hati aku mengaku masih menyayangi Akram. Masih aku boleh berbangga dengannya yang sentiasa berkesungguhan mahu menunjukkan kasih sayangnya sehinggalah ke hari ini, langsung tidak pernah mahu mencari pengganti diriku. Lebih-lebih lagi apabila dikurniakan zuriat sehebat Sara, tentunya akan terus mengikat perasaan kami berdua. Aku bersyukur seadanya, sekurang-kurangnya kami boleh menunjukkan teladan yang baik kepada anak kecil itu dan sama sekali tidak akan memberi tekanan emosi kepadanya. Sara juga makin hari makin memahami situasi sulit kami, Alhamdulillah.

Aku juga bersyukur apabila masih dikelilingi ramai orang yang mengasihi diri ini. Walaupun pernah dibenci mertua, masih ramai lagi yang tahu menghargai kewujudan diriku. Sehinggalah wujudnya Kamal, seorang duda yang punya tarikannya tersendiri.

Akram dan Kamal, masing-masing punya kisah hidup yang membebankan perasaan mereka. Aku? Tersepit perasaan di antara kedua-duanya. Tipulah jika hati ini tidak tersentuh. Aku juga sebagaimana perempuan lain, mendambakan sentuhan kasih sayang daripada seorang lelaki yang bergelar suami.

Jika dipaksa memilih, Akram tetap akan menjadi pilihan aku. Hanya kerana sudah tidak tahan dengan cemuhan yang diterima mertua, hati ini jadinya berbolak-balik. Ibu Akram tidak sepertimana ibu-ibu yang lain, terlalu mengongkong segala percaturan hidup satu-satunya anak lelaki didalam keluarganya itu. Sehinggalah aku dituduh bermacam-macam seolah-olah diri ini tidak tahu menguruskan suami. Memanglah aku malu apabila sering saja diperlekehkan.

Masak langsung tak sedap! Ni kemas rumah ke nak sepahkan rumah? Tahu tidur saja, buat apapun malas! Aku tadah telinga sahaja demi menghormati dirinya sebagai seorang ibu, sehinggalah dia mula membangkitkan asal usulku yang sebenarnya hanyalah anak angkat kepada orang tuaku di kampung, aku mula tidak tahan lagi. Dasar anak pungut! Entah-entah anak luar nikahpun aku tak tahu. Engkau ni kan sama saja dengan mak bapak engkau tu, suka sangat nak menyusahkan orang! Dah lah miskin, bodoh pulak tu!

Masih aku ingat pada suatu ketika...

“Hei betina, kau ni kan tak habis-habis nak malukan family aku. Dari awal lagi kau tau kan Akram tu anak orang kaya, orang berpengaruh, apasal kau tak tahu malu? Masih nak jugak menempel dalam keluarga ni. Aku malulahhh...,” jeritan mama memecah kesunyian banglo besar itu pada suatu hari.

“Kau guna-gunakan anak aku eh? Dah lah kau buat dia sampai dia lentok dengan kau, nah sekarang ni kau mengandung pulak benih anak aku. Kau memang sengajakan nak kaut harta family aku kan.”

Masih lagi terngiang-ngiang suara itu di telingaku, bagaikan terkena histeria mama mengamuk sakan apabila tahu aku mengandung. Sedih! Memang aku sedih apabila dituduh bermacam-macam. Aku diam tidak terkutik.


Seusia Sara lima bulan, dengan berat hati, dengan mata yang basah, dalam keterpaksaan Akram melafazkan cerai talak satu keatasku di rumah orang tuaku di kampung. Musnah segalanya. Namun, dia berjanji akan tetap menjaga baik segala keperluanku demi cinta kami berdua dan permata hati kami, Sara. Katanya, dia sudah tidak sanggup melihat aku dicerca dihina. Dia sendiri pula tidak mampu untuk berkata ‘tidak’ kepada setiap perlakuan mama. Aku apatah lagi...

“Min, maafkan abang atas segala kelemahan abang selama ni,” suaranya perlahan memandangku layu sebelum kami berpisah selepas mendaftarkan penceraian di Mahkamah Syariah.

“Abang tetap akan menyayangi Min sepenuh hati sampai bila-bila pun. Buat masa sekarang, abang memang perlu dahulukan mama. Sebenarnya mama kesunyian selepas kematian papa dua tahun yang lalu. Mama takut pada bayang-bayang sendiri, mama sangat takut jika abang beralih sayang kepada Min. Sudah berulang kali abang jelaskan kepadanya bahawa dia tetap nombor satu di hati abang, tetapi begitulah mama...seolah-olah dia tidak mahu ada orang lain mengambil abang daripadanya,” sambung Akram.

“Min, kalau masih ada jodoh di antara kita, abang nak Min kembali kepada abang suatu masa nanti. Abang tak pernah sayang perempuan lain selain Min. Abang nak Min jaga diri baik-baik...dan tunggu abang ya. Abang memang tak mampu nak cari pengganti yang lain. Walaupun kita berpisah, tapi hati abang ada pada Min. Abang janji abang akan kembali...,” begitulah janji Akram kepadaku.



Tahun demi tahun berlalu, sehinggalah ke hari ini...janji-janji itu tetap terngiang-ngiang di telingaku ini. Entah bila akan termakbul, aku jua seolah-olah sentiasa menunggu saat itu. Namun, seolah-olah apabila saat itu sudah hampir tiba tetapi aku pula yang tidak cukup bersedia untuk melaluinya sekali lagi.

“Min...Min...,” aku dengar suara Akram, mengejutkan aku dari ‘tidur’.

“Kita berhenti makan ya. Sara dan Mila pun dah bangun tidur tu.”

Aku sekadar mengangguk.

redsentra Publish time 12-9-2012 09:33 AM

sarizu posted on 12-9-2012 12:09 AM static/image/common/back.gif
Episod 15

Masakan sesenang menutup mata sahaja untuk aku tidur sepanjang perjalanan ini. Menutup...

mood sedih{:mlcry:}

sarizu Publish time 12-9-2012 11:04 AM

redsentra posted on 12-9-2012 09:33 AM static/image/common/back.gif
mood sedih

sian diaorang kan... :(

nati next episod kita buat mood lain lak:L (next week...)

Nicki_Meow Publish time 12-9-2012 12:03 PM

sarizu posted on 12-9-2012 11:04 AM static/image/common/back.gif
sian diaorang kan...

nati next episod kita buat mood lain lak (next week...)

Cik Sari.. sila upgrade slot dari Lestary ke Akasia pleaseeeeeee...... :$

hotmum Publish time 12-9-2012 12:41 PM

Nicki_Meow posted on 12-9-2012 12:03 PM static/image/common/back.gif
Cik Sari.. sila upgrade slot dari Lestary ke Akasia pleaseeeeeee......

amboiii ... hahaha

apa kata cik nicki upgrade dari akasia ke berita terkini ... hehehehe ... every hour tu ... {:1_563:} ...

ye betul cik sarizu ... !! ... upgrade ke akasia please ... hehehe
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12
View full version: Liana Jasmin-[U]


ADVERTISEMENT