sarizu Publish time 27-7-2012 11:01 PM

Nicki_Meow posted on 24-7-2012 03:50 PM static/image/common/back.gif
Ah...Nak kena ambil hati (ex) mertua lah ni...

Yang cheq tetiba terbayang Azizah Mahzan ni dah ke ...

cari la yg senonoh sket...

tbayang AM cium a.aron...arghhh :@ :lol:

sarizu Publish time 27-7-2012 11:05 PM

Episod 5

Sara selamat kembali ke pangkuanku selepas hanya beberapa jam sahaja berada bersama Akram. Itupun sudah membuatkan aku rasa tidak keruan. Bukan aku tidak yakin apabila dia berada bersama ayahnya, tetapi aku gusar tentang penerimaan seorang nenek terhadap cucunya yang selama ini tidak pernah diambil tahu kewujudannya. Entah bagaimanalah pertemuan mama dengan anak kecil itu tadi tidak dapat aku bayangkan. Mahu saja cepat-cepat bertanya kepada Sara tetapi aku sendiri menjadi takut.

Sekadar memberikanya pelukan hangat, aku mengambil Sara daripada Akram di taman permainan di hadapan flat kami. Aku sekadar berterima kasih, kepada Akram pun aku takut untuk bertanya lanjut. Ya, aku masih fobia dengan mama.




“Nenek bagi Sara duit,” anak kecil itu mengendeng ‘sampul raya’ ke wajahku ketika kami melangkah masuk ke rumah.

Memanglah aku terkejut. Tiada riak di wajah yang mampu aku tunjukkan. Namun tentunya aku musykil dengan mama. Mama telah bertukar profil diri menjadi seorang nenek yang baik? Mama mahu merasuah Sara untuk yang bukan-bukan? Aku sudah fikir macam-macam.

Not biru RM50 Sara tarik keluar dari sampul di tangannya.

“Nenek kata Sara boleh beli macam-macam dengan duit ni,” ceria nada Sara bercerita sambil menilik nilai ringgit yang agak besar buatnya.

“Sara nak beli apa? Kalau Sara simpan duit ni kat bank pun bagus juga,” aku menceriakan wajah, tidak mahu mengganggu emosi anak kecil itu.

Sara diam seketika. Mungkin sedang mengambil kira juga sarananku tadi.

Bukan tidak mahu dia membelanjakan wang itu, tetapi rasanya sudah aku sediakan segala keperluan asas baginya. Lagipun, sejak setahun yang lalu aku sudah mendidiknya menabung dengan menghadiahkannya satu tabung ‘Barbie’ dihari jadinya yang keempat. Selebihnya, aku telah membuka akaun buatnya di Tabung Haji, membawanya sekali ketika mahu menyimpan wang kepunyaannya terutama duit raya yang dimilikinya saban tahun.

“Sara nak beli mainan...tapi kalau ada baki nanti Sara simpanlah kat bank,” akhirnya keputusan dibuat. “Duit Sara kan dah banyak kat bank tu...tapi mainan Sara sikit je... tapiii sebenarnya Sara nak beli basikal la bu....”

Basikal? Memang Sara tak punya basikal di sini tetapi ada di kampung, sudah usang benar. Beli basikal dengan RM50? Mahu saja aku suruh Sara membodek neneknya yang baik hati itu. Jangan! Janganlah nenek itu menggula-gulakan anak kecil ini lagi.

“Sara nak naik basikal kat mana? Sara pun tahu kan kat taman tu ramai budak nakal,” mengugutlah kononnya.

Sara jelepuk di riba, pantas memberi ciuman kecil di pipiku. Memujuklah tu. Aku membalas ciumannya dalam-dalam.

“Kalau tak boleh ronda-ronda kat taman tu, kat dalam rumah ke, kat depan rumah ni pun ok,” Sara memberi idea bernasnya.

“Sempitlah...tak seronok nak pusing-pusing,” aku berdalih lagi mahu tahu apa lagi saranannya selepas ini.

“Ibu ni nak bagi beli ke tak?” Soalan penyudah daripada Sara denganbibir yang sedikit muncung. “Kalau ibu tak nak beli Sara nak minta nenek yang belikan basikal tu untuk Sara.”

Aku tenung wajah Sara sarat. Sara menunduk, dia tahu aku sudah mula mahu marah.

“Kan ibu dah cakap jangan cuba-cuba nak mintak orang lain belikan barang untuk kita,” aku sedikit tegas.

“Tapi nenek yang cakap kat Sara... dia kata boleh je mintak apa-apa daripada nenek kalau Sara nak apa-apa pun,” suara Sara serak.

Sekali lagi aku tercengang. Apa kena dengan nenek yang satu ini? Kemana tangkai jeringnya selama ini?

ismaha Publish time 28-7-2012 10:23 AM

sarizu posted on 27-7-2012 10:59 PM static/image/common/back.gif
selamat menerikan ibadah puasa...
tp hr ni sy break dulu...



hahahhaha......


next, xpuas la....huhuhhuhu.

cmf_conan Publish time 28-7-2012 01:50 PM

typical story..agaknye nenek tu nak pancing sara kot.. lama2 nnt sara mintak nak dok ngan nenek plak... aiyokkk

Haje_hbz Publish time 29-7-2012 06:35 AM

Cinta terhalang la kekdahnya ni...

Apa kes si nenek ni lps bertahun2 baru nak brubah?? ada udang di sebalik mi ka??:o

sarizu..nexttt..:lol:

rayna_raynes Publish time 29-7-2012 01:51 PM

sedap ceritanya, saya suka gaya bahasa nya. kemas dan sedap dibaca. Congrats TT!

Nicki_Meow Publish time 30-7-2012 08:36 AM

Nenek teringin nak bercucu rupanya...

Kalau taknak Kak Jijah...kita tukar Dian P.Ramlee....:lol:

sarizu Publish time 30-7-2012 04:04 PM

ismaha posted on 28-7-2012 10:23 AM static/image/common/back.gif
hahahhaha......




kali ni smbg cepat sket... :loveliness: keje dh slesai...


sarizu Publish time 30-7-2012 04:08 PM

cmf_conan posted on 28-7-2012 01:50 PM static/image/common/back.gif
typical story..agaknye nenek tu nak pancing sara kot.. lama2 nnt sara mintak nak dok ngan nenek plak ...

Kisah hidup aku sendiri, mungkin jauh berbeza dengan kalian semua, mahupun hampir sama atau adakah ianya sama? Jika pun sama mungkin bukan seratus peratus sama, kerana takdir manusia itu berbeza kalaupun ia kelihatan sama.
mbe typical coz liana dh ckp awal2 lg... :laugh3:

alasan nk slmtkn dri yg x de idea la ni... :dizzy: :laugh3:


sarizu Publish time 30-7-2012 04:10 PM

Haje_hbz posted on 29-7-2012 06:35 AM static/image/common/back.gif
Cinta terhalang la kekdahnya ni...

Apa kes si nenek ni lps bertahun2 baru nak brubah?? ada udang...

kekonon thalang la ni...
nenek tu dh tua la kot dh smpai hidayah kekdahnya :laugh3:

sarizu Publish time 30-7-2012 04:13 PM

rayna_raynes posted on 29-7-2012 01:51 PM static/image/common/back.gif
sedap ceritanya, saya suka gaya bahasa nya. kemas dan sedap dibaca. Congrats TT!

Thanks!

sbnrnya saya pun tepisat2 jugklh nk guna gaya bahasa macam ni...
lebih seng sbnrnya mgunakan gaya bahasa yg biasa2 kita gunakan dlm pbualan harian
dek krn nk mgambarkan sisi baik Liana tu sy cuba2 la juga jd budak baik dgn bahasa2 cam ni...harap2 mjadilah



sarizu Publish time 30-7-2012 04:15 PM

Nicki_Meow posted on 30-7-2012 08:36 AM static/image/common/back.gif
Nenek teringin nak bercucu rupanya...

Kalau taknak Kak Jijah...kita tukar Dian P.Ramlee....

Dian mcm x suai je nk bwk wtk nenek yg btangkai jering tuh, usaha lagi

baca cite org seng je tbayang2 pelakonnya, bc cite sdiri terus tepu nk bfeeling lebih2

Nicki_Meow Publish time 30-7-2012 04:21 PM

Nanti-nanti kita fiikirkan.










NEXXXTTTTTTTTTTTTTTTTTT! :lol::lol:



sarizu Publish time 30-7-2012 04:21 PM

Episod 6

“Suka basikal ni? Tapi janji dengan ibu ya, weekend je boleh main-main kat taman,” akhirnya aku mengalah jua, namun bersyarat.

Sara mengangguk-angguk sambil tersenyum manja. Raut wajahnya tergambar suatu perasaan yang sangat teruja. Aku tahu anak kecil itu sangat baik orangnya, sangat jarang meminta-minta. Tetapi apabila sudah menyebut sesuatu, bermakna dia sudah lama mengidamkannya.Jika dalam kemampuan dan tidak memudaratkan, insyaAllah aku menurut saja.

“Sayang ibu! Nanti ibu temankan Sara main-main ya.”

Giliran aku pula mengangguk, memberikannya sebuah senyuman bahagia. Memang aku mahu kehidupannya penuh dengan kebahagiaan. Bukan bermaksud mahu memanjakannya secara berlebihan, tetapi biarlah kehidupannya juga sebagaimana kanak-kanak lain yang lebih bernasib baik.

Lebih-lebih lagi itulah satu-satunya kurniaan istimewa buatku. Anak kecil itu selalu menceriakan hidupku yang adakalanya terasa kosong. Saat aku kemenungan dialah pengubat resahku. Ya, Sara sungguh bermakna dalam hidupku ini yang sebahagiannya terasa terumbang-ambing dibuai ombak rindu yang tidak berkesudahan.

“Ibu pun sayangkan Sara. Ibu nak Sara jadi anak yang baik. Nanti ibu tua dah tak larat nak jaga Sara, kena la Sara pula yang jaga ibu ya. Tapi Sara juga kena baik kepada semua orang, nanti semua orang akan sayangkan Sara,” aku berpesan-pesan kepada anak kecil itu.




Malam tadi Sara menyerahkan not RM50 pemberian mama yang masih lagi dalam simpanannya kepadaku. Katanya mahu simpan di Tabung Haji, mahu pergi ke Mekah bersamaku suatu hari nanti. Itulah yang selalu aku janjikan kepadanya, mahu membawanya ke Mekah apabila kami berdua sudah punya wang simpanan yang mencukupi. Selalu juga aku bercerita tentang ketenangan di Tanah Suci sana, sebuah kenangan yang tidak mungkin aku lupakan, melaksanakan ibadah umrah bersama Akram usai bulan madu kami di Turki. Syahdu...

“Sara tak nak lah beli basikal, bu” sampul raya dihulurkan. “Sara nak simpan duit ni...nak pergi Mekah.”

Aku terkejut, memandangnya lama.

“Ibu bukan tak bagi Sara beli basikal...tapi susah sikitkan nak main kat sini...bukan macam kat kampung tu,” aku bertoleransi. “Tak apalah, esok kita pergi bank, simpan duit Sara ni kat sana. Tapi dengan satu syarat, ibu nak Sara tolong ibu kemaskan barang-barang jahitan ibu ni. Semuanya simpan di tempat masing-masing, gunting, benang, jarum, tali inci, manik-manik ni semua...ibu penat sikit hari ni. Sibuk sangat kat kedai tadi.”

“Ok, beres! Tapi...Sara pun nak bagi syarat juga, boleh?” matanya membulat bercahaya sambil tersenyum-senyum memandangku.

“Mintak tolong sikit pun dah ada syarat?” aku menggeliat kecil.

“Ibu pun ada syarat, Sara pun nak ada syarat jugalah,” Sara keletah berkata-kata. “Syarat Sara senang je...kalau...ibu ada duit lebih nanti...boleh tak ibu belikan Sara basikal? Sara rindu la basikal kat kampung tu... Hari tu kan Sara dah nak bawak kat sini tapi ibu tak bagi...”

“Ooo...dah pandai bodek sekarang ya,” aku cucuk pinggan Sara. Dia tergelak mengekek-ngekek. “Ok, ibu janji kalau esok Bos bagi gaji kat ibu, kita sama-sama pergi beli basikal,” aku tipu sunat. Esok baru 20 haribulan, gaji mana nak masuk? Tapi sebenarnya aku telahpun merancang untuk membeli basikal untuk Sara, bukannya mahal sangatpun. RM100 dari wang kontijensi bulanan masih boleh dimaafkan, jauh lebih baik dari Sara merengek-rengek kepada nenek barunya itu. Nanti dicopnya aku macam-macam, memang aku boleh menyesal tak sudah.

Spontan Sara mencium pipiku. Memang begitulah tabiat Sara. Suka sangat menghadiahkan ciumannya. Begitu jua aku, sangat suka menerima ciuman ikhlas dari permata hati ini sebagai suatu tanda penghargaannya kepadaku sebagai seorang ibu.

Aku lihat Sara beria-ia menyusun segala peralatan jahitanku. Dia sudah betah melakukan kerja-kerja itu sementelah sering saja aku meminta bantuannya jika badan terlalu penat.

Usai segalanya, aku menemaninya tidur. Sempat juga aku bertanya sebelum dia melelapkan mata, kenapa dia bertukar fikiran untuk ke Mekah? Katanya, dia mahu ke sana untuk berdoa banyak-banyak semoga ayah dan nenek boleh tinggal serumah dengan kami. Aku diam seribu bahasa.

sarizu Publish time 30-7-2012 04:22 PM

Nicki_Meow posted on 30-7-2012 04:21 PM static/image/common/back.gif
Nanti-nanti kita fiikirkan.




NEXXXTTTTTTTTTTTTTTTTTT! fuhhh...sampai ke sini virusnya! :curse:

ismaha Publish time 30-7-2012 04:27 PM

oky...siap dah baca..........



sarizu Publish time 30-7-2012 04:32 PM

ismaha posted on 30-7-2012 04:27 PM static/image/common/back.gif
oky...siap dah baca..........

:L

tulis bukan main susah pyh bc jap je :dizzy:

:lol:

ismaha Publish time 30-7-2012 04:37 PM

sarizu posted on 30-7-2012 04:32 PM static/image/common/back.gif
tulis bukan main susah pyh bc jap je



:lol::lol:................tau xper., dh sarizu tulis is baca jah,..........:P is suka membaca jah, menulis....:dizzy:

sarizu Publish time 1-8-2012 08:37 AM

ismaha posted on 30-7-2012 04:37 PM static/image/common/back.gif
................tau xper., dh sarizu tulis is baca jah,.......... is suka membaca...

silalah baca lg... :laugh3:

sarizu Publish time 1-8-2012 08:48 AM

Episod 7

“Saya boleh tolong bayarkan deposit untuk awak masuk rumah baru tu nanti,” Akram menawarkan jasa baiknya.

Aku diam seketika, berfikir jawapan yang munasabah. Pandangan aku lemparkan kepada Sara yang sedang seronok mengayuh basikal barunya berhampiran tempat kami duduk di taman permainan di hadapan flat. Aku kembali memandang Akram. Menggeleng kepala perlahan beberapa kali.

“InsyaAllah simpanan saya cukup. Saya sudah merancang lama...beberapa bulan selepas kami tinggal di sini. Saya tak nak Sara membesar di sini, sangat tidak sesuai,” aku menjelaskannya.

Akram beralih tempat duduk ke sebelahku. Tadi elok saja dia duduk berhadapan. Tindakan yang jarang-jarang dilakukannya semenjak kami berpisah.

“Kalau awak tak sudi, anggap saja tanggungjawab saya kepada Sara. Saya pun sebenarnya memang tak suka awak tinggal di sini, bukan setakat tak sesuai untuk masa depan Sara, untuk awak yang tinggal sorang-sorang ni pun saya tak suka,” pandangannya hampir ke wajahku.

“Ini saja yang saya mampu waktu tu,” aku membetulkan duduk, sedikit menjarakkan diri mencari keselesaan.

“Saya nak tolong hari tu awak jual mahal. Saya lebih dari mampu nak sediakan yang lebih baik dari tempat ni,” suara Akram serius.

“Dulu saya letak hantaran murah dengan niat nak memudahkan dan mencari keberkatan dalam perkahwinan, mama juga yang cakap saya perempuan murahan,” rupanya hati aku masih sakit. “Tak salah la kan saya jual mahal sekarang.”

“Awak cakap apa pulak ni?” suara Akram tegang, memandang tepat ke anak mataku.

Aku diam. Aku yang sudah terlepas cakap sebenarnya. Mungkin kerana kami sering berjumpa kebelakangan ini, membawa cerita mama sekali-sekala mengembalikan pedih di hati ini.

Aku bangun, berjalan perlahan menuju ke arah Sara. Mencari ketenangan sendiri dengan melihat Sara sedang bersuka ria bersama beberapa orang kanak-kanak lain yang ada di taman permainan itu. Seronoknya dunia kanak-kanak.

Terasa seseorang berada di belakangku.

“Min, saya masih mengharapkan kita boleh kembali seperti dulu, kita mulakannya sekali lagi. Bukan hanya kerana Sara, tetapi kerana kita. Saya percaya kita masih memerlukan di antara satu sama lain, masih ada cinta di antara kita,” suara Akram dekat di telingaku.

“Ibu, ayah...jom la sini,” sangat kebetulan apabila Sara menjerit dan melambai-lambai ke arah kami. Aku bergegas melangkah meninggalkan Akram tanpa sebarang harapan.




Deposit tiga bulan sudah aku selesaikan. Tunggu hari saja untuk aku masuk ke rumah baru. InsyaAllah kalau boleh selesaikan segala urusan perpindahan hujung minggu nanti dapatlah aku mulakan hidup di rumah baru.

Hari ini aku ambil cuti untuk menyelesaikan kerja-kerja terakhir pembersihan di rumah ini. Jiran sebelah bermurah hati datang untuk membantu aku membungkus barang-barang fragile milikku. Petang nanti Akram telah membuat janji akan datang mengambil barang-barang ini untuk diangkut dengan keretanya ke rumah baruku. Dia yang menawarkan budi, aku terima saja disaat sangat berkeperluan.

Kotak-kotak besar berjumlah lebih kurang 10 buah dan semua perabot akan diangkut dengan lori beriringan dengan Akram petang nanti. Terpaksa juga aku berterima kasih kepadanya yang menguruskan sewaan lori itu.



Usai solat Isya’, Akram menelefonku, katanya sedang menunggu di bawah untuk menjemput kami keluar makan. Suka tak suka, aku menurut perintah kerana badan sudah lesu membersihkan banyak perkara pada siang tadi. Sara tentulah gembira yang teramat. Seronoklah dia kerana kami dapat makan bersama satu keluarga. Biasanya aku sering saja mengelak apabila Akram menjemput kami berdua, sudahnya aku mengirim Sara sahaja.

Dalam kereta, Akram sudah berjanji akan datang lagi esok. Katanya untuk memastikan semua keperluanku untuk berpindah dapat diselesaikan pada esok hari. Kalau boleh dia mahu aku dan Sara masuk rumah baru esok. Aku hanya mampu mengangguk sahaja, tidak mampu lagi untuk berfikir kerana segala urat sarafku sudah gemalai. Namun dalam hati masih lagi mahu mengumpat, ambil kesempatan! Walaupun sebenarnya aku sungguh bernasib baik kerana Akram benar-benar membantu disaat sangat memerlukan bantuan dan pandangannya.
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: Liana Jasmin-[U]


ADVERTISEMENT