auntieagony Publish time 30-9-2012 07:33 PM

sarizu posted on 30-9-2012 12:13 PM static/image/common/back.gif
Episod 17

Hangat suasana sambutan yang diterima daripada mak ayah setibanya kami di rumahnya. Sun ...

Thanks Sarizu for the lovely entry... Amboi... abg2 duda tgh buat persaingan-duo... Baguslah tu, menambahkan perisa di dlm merebut hati Min...

Sarizu, sambung panjang2 naa.... tak sabar nak tau keputusan telematch "peraduan-merebut-hati-Min"....;P

Nicki_Meow Publish time 30-9-2012 07:39 PM

Akram boleh check-in kat mana-mana hotel terdekat...ko kan anak orang kaya... :P

Kamal boleh stay...:$

Menyokong Kamal....- semoga menang telematch itewww.... :lol:

wasap Publish time 30-9-2012 08:44 PM

nampaknye seri 2-2 antara kamal dan akram... hehe..ade tepekan baru sari?:C

yaya4075 Publish time 1-10-2012 12:37 PM


cepat le tepek lagi ;P

sarizu Publish time 1-10-2012 10:45 PM

ismaha posted on 30-9-2012 07:24 PM static/image/common/back.gif
Done.......,

:sweat3:

kejap aje bacanya ya



pss...apa mkna signature tu?


sarizu Publish time 1-10-2012 10:47 PM

auntieagony posted on 30-9-2012 07:33 PM static/image/common/back.gif
Thanks Sarizu for the lovely entry... Amboi... abg2 duda tgh buat persaingan-duo... Baguslah tu, m ...

Sarizu, sambung panjang2 naa.... tak sabar nak tau keputusan telematch "peraduan-merebut-hati-Min"....
x de keputusan lg auntie :laugh3:
tp kt bwh ni panjang dah macam karangan spm la plk... :sweat3:

sarizu Publish time 1-10-2012 10:51 PM

Nicki_Meow posted on 30-9-2012 07:39 PM static/image/common/back.gif
Akram boleh check-in kat mana-mana hotel terdekat...ko kan anak orang kaya...

Kamal boleh stay ...

abg bernard fly pegi mana...x landing2 lgi ke...? :curse:


rimas la bila dh ramai sgt suka ngan abg bernard nih
:lol:

sarizu Publish time 1-10-2012 10:52 PM

wasap posted on 30-9-2012 08:44 PM static/image/common/back.gif
nampaknye seri 2-2 antara kamal dan akram... hehe..ade tepekan baru sari?

tepekan terakhir for this week! :sweat3:

kering dah...

sarizu Publish time 1-10-2012 10:59 PM

yaya4075 posted on 1-10-2012 12:37 PM static/image/common/back.gif
cepat le tepek lagi

cepat tak cepat yg ni last eh for this week... :o

sambungnya ntah bila la lagi... :sweat3:

ismaha Publish time 1-10-2012 11:00 PM

sarizu posted on 1-10-2012 10:45 PM static/image/common/back.gif
kejap aje bacanya ya





{:smileo......kan cepat jah is baca.....
bersaing hangat nmpak kamal n akram yek.....? sarizu nak sape menang ek....?:o:lol:.



These are the words I wanted to say so much i love you forever, My father. {:mllalala2:}


sarizu Publish time 1-10-2012 11:05 PM

Episod 18

“... Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku, tidak ada yang akan memudahkan kecuali Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku berserah segala urusan hidup matiku kepadaMu Ya Allah. Hapuskanlah apa jua kedukaan yang sedang melanda hatiku ini, dan hadirkanlah sinar bahagia untukku jika itulah yang terbaik untuk takdir hidupku...Amin, ya Rabbal ‘alamiiin.”

Aku meraup wajah setelah mengaminkan doa yang panjang. Titis hangat yang mengalir lesu kuseka dengan telekung solat. Lembab! Dalam sujud istikharahku tadipun sudah banyak air mata yang yang mengiringi doa penuh pengharapanku.

Aku bersendirian di bilik dikeheningan sepertiga malam ini. Sara dan Mila berkongsi bilik dengan emak dan ayah. Akram berlalu ke hotel selepas makan malam kami sekeluarga, manakala Kamal sekeluarga telah kusewakan homestay berdekatan untuk mereka. Aku? Hanya mahu merayu kepada Allah Yang Esa, agar direzekikan apa jua yang terbaik untukku dengan penuh harapan bahawa biarlah setiap takdir hidupku ini adalah semata-mata untuk menuju redhaMu Ya Allah.

Aku duduk lesu di atas sejadah, mahu menangisi segala nikmat dan ujian Allah kepadaku selama mana hayatku sehingga saat ini.

Tiada yang terindah melainkan aku dilamar menjadi isteri kepada Akram, lelaki pertama yang kuserahkan segala cinta hatiku kepadanya. Tiada yang lebih istimewa, hanyalah apabila Sara melepaskan suara nyaringnya saat dia menjenguk dunia. Tiada yang lebih manis, apabila aku masih punya keluarga yang masih menyayangi diri ini walaupun aku sendiri tidak kenal siapa ibubapa kandungku yang sebenar. Itu semua nikmat besar Allah yang tidak sekadar cukup untuk aku ucapkan kata syukur. Tetapi beginilah hambaMu ya Allah, tahu mengucapkan Alhamdulillah, tetapi sering saja lalai kepadaMu. Ampunkanlah segala kekhilafanku Ya Allah!

Tetapi pedihnya apabila ikatan suci perkahwinan kami terputus ditengah jalan. Saat itu aku seakan meragui takdirMu Ya Allah. Kenapa begini? Sering saja aku menyalahkan takdir hidupku yang sudah tertulis, aku benci pada diri ini yang seolahnya hanya membawa sial sahaja. Namun mujurlah, Engkau cepat menyedarkanku daripada terusan hanyut jauh denganMu ya Allah. Syukur ya Allah kerana Engkau menganugerahkanku ‘ibu ayah’ yang baik yang sentiasa menerima baik buruknya aku, mereka sentiasa menyedarkanku bahawa setiap hambaMu yang teruji itu adalah kerana kasih sayangMu yang melimpah ruah kepadanya.

Aku hayati agamaMu, aku dekatkan diri kepadaMu, tahulah aku bahawa Engkau hanya menguji setiap hambaMu itu pada kadar kemampuan dirinya sahaja. Maka tahulah aku bahawa sebenarnya aku adalah hambaMu yang terpilih untuk ujianMu ini. Aku dapat rasakan kasih sayangMu selama ini yang hanya mengujiku sebesar zarah, tetapi aku terus lupa pada nikmatMu yang menggunung pada setiap saat udaraMu kusedut. Oh Allah...ampunkanlah segala dosa-dosaku selama hayatku ini. Aaamiin!

Namun, ujianMu keatasku masih tidak bernoktah. Kali ini aku redha ya Allah. Sungguh aku redha kerana aku telah yakin bahawa aku ini adalah hambaMu yang terpilih untuk sentiasa dekat kepadaMu.

Pengesahan doktor seminggu yang lalu bahawa aku menjadi mangsa terbaru kanser amat meluluhkan...aku hanya ingat mati! Aku terbayang wajah Sara, aku terlihat wajah tua emak dan ayah....sungguh aku sayu. Walau doktor memujuk bahawa aku masih punya peluang cerah untuk sembuh kerana kanser ovari yang dikesan masih diperingkat awal, aku rasakan dunia ini sudah tidak memihak kepadaku. Aku terduduk!

Aku kembali bangun apabila melihat wajah Sara yang sebetulnya memerlukan aku untuk masa hadapannya. Syukur ya Allah, kerana Engkau cepat mengejutkan aku dari suatu rasa kekosongan yang teramat. Lebih aku syukuri apabila Allah jualah yang menggerakkan hati ini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan apabila sejak beberapa bulan kebelakangan ini aku mengalami gangguan pada kitaran haid dan selalu juga mengalami ketidakselesaan pada perut. Akhirnya sesuatu yang ditakuti oleh semua wanita telah disahkan, terdapat ketumbuhan cyst pada saiz yang agak besar dan tidak normal pada ovariku.

Aku yang bertubuh kecil sederhana sememangnya tidak banyak menunjukkan sebarang perubahan yang boleh disyaki membawa sebarang penyakit berbahaya. Hanya sesekala dapat kurasakan perutku seakan-akan mengembung, dan aku pujuk diri supaya ‘sila berdiet esok hari!’. Segalanya silap besar apabila pemeriksaan yang dibuat oleh doktor mengesahkan suatu yang sungguh mengerikan!

Seketika, aku bagaikan terkeliru dengan diri sendiri. Namun, mujurlah ada Sara pengubat lara di hati. Atas nasihat doktor, aku telah melakukan ujian darah petanda tumor dan melakukan pemeriksaan CT Scan Abdomen. Dan sekali lagi! Sahlah bahawa ketumbuhan cyst itu adalah kanser ovari yang mampu meragut nyawaku! Oh tuhan...

Diagnos kanser ovariku yang berada di Tahap II telah menyebabkan doktor menasihatkan aku supaya menjalani pembedahan pembuangan ovari! Oh, bunyinya sangat mengerikan aku. Katanya, pilihan untuk menyimpan ovari tersebut sangatlah tipis kerana pembedahan yang akan dilaksanakan turut membuang banyak organ-organ sokongan ovari yang menyebabkan ovari itu sendiri tidak lagi berfungsi.

Lebih dari itu, kata doktor lagi, pembedahan ini juga merupakan satu kaedah rawatan awal untuk memperlahankan pertumbuhan tumor pada bahagian organ yang lain. Pujuk doktor, katanya ovari kepada seorang wanita hanyalah bersifat organ tambahan dan tiada kepentingan untuk menyimpan jika ianya boleh mendatangkan mudarat – melainkan - jika aku masih terfikir-fikir untuk menambah zuriat lagi.

Hati kecilku berdetik, usahlah kau menggatal lagi, Liana Jasmin! Hatiku gelak ketawa...dalam kepiluan. Syukur ya Allah, walaupun peritnya sebuah perceraian, tetapi sebuah perkahwinan yang Engkau anjurkan telah menghadiahkanku seorang Maisara! Syukur Alhamdulillah!

Sebelum tiba harinya nanti, kini aku dibekalkan beberapa jenis suplimen bertujuan membunuh dan merencatkan pembesaran tumor yang sedang bertapa di ovariku. Kata doktor lagi, penyusutan tumor dalam masa singkat adalah mustahil, tetapi sekurang-kurangnya ia akanmembantu menghentikan pembesaran tumor itu sendiri. Aku akur pada kebijaksanaan dan pengalaman doktor yang menasihat, segalanya akan aku ikhtiarkan demi sebuah survival nyawaku sendiri.

Bermula seminggu yang lalu, aku mula mencari pelbagai maklumat di internet untuk mendapatkan pencerahan yang lebih baik tentang talian hayatku yang satu ini. Benarlah, sel kanser itu sangatlah jahat! Hanya dengan satu sel kanser sahaja ianya mampu beranak-pinak untuk menghasilkan tumor yang lain dimana ia berkuasa menghalang banyak fungsi organ-organ tertentu. Hanya setempoh dua tahun pembiakannya sahaja penyakit ini mampu membunuh!

Juga aku baca tentang pengalaman pesakit-pesakit senasib yang menceritakan kisah suka-duka kehidupan mereka sepanjang penderitaan ini ditanggung. Apa yang aku dapati sebilangan besar di antara mereka saling menyokong di antara satu sama lain dan tiada putus memberi tiupan motivasi bahawa sesekali jangan berputus-asa, sesekali jangan menyerah kalah, sesekali jangan menyalahkan takdir, kerana ini semua adalah tanda Kekuasaan Allah s.w.t. keatas semua makhlukNya. Paling penting, berikhtiarlah, berdoalah dan bertawakkallah, segala-galanya akan dipandang Allah dan Dia telah menjanjikan bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya, kecuali tua dan mati!

Apa lagi yang harus aku pertikaikan? Tunduklah hati, redhalah dengan ujianNya. Pentingnya, aku sendiri harus berani menghadapinya dengan penuh ikhtiar untuk kembali sihat seperti biasa. InsyaAllah!



“Min...Min...dah bangun ke? Azan Subuh dah ni...,” sayup-sayup kedengaran suara emak dari balik pintu bilikku. Oh, terlelap juga aku rupanya.

“Dah mak...tunggu Min kejap ya mak, kita jemaah sama-sama,” aku bangun dari hamparan sejadah, telekung sembahyang kubuka untuk kembali mengambil wudhu’.


Usai solat Subuh aku menyalami tangan kecut emak, memeluknya erat...ada sendu sedang bersarang di dada. Hanya kami berdua di ruang tengah rumah. Ayah masih di surau, manakala Sara dan Mila masih nyenyak dibuai mimpi.

Aku seakan-akan mahu bercerita dengan emak, segala-galanya – perihal sakitku, jua tentang Akram dan Kamal. Tetapi sesungguhnya aku tidak sampai hati untuk memilukan hati ibu tua ini. Tentu sekali dia akan terkejut dan bersedih mendengar perkhabaran yang mengerikan ini.

Hatiku berbolak-balik, patut atau tidak patut untuk aku mengkisahkannya? Seorang ibu tua sepatutnya tidak perlu lagi menanggung beban anak-anak, relakanlah mereka berbahagia sehingga ke penghujung nyawa. Aku menarik nafas. Ya, memang tidak seharusnya aku berkongsi penderitaan ini. Biarlah. Sehingga suatu waktu yang tidak mampu aku sembunyikannya lagi.

“Rindu Akram ke rindu Kamal ni? Monyok je nampak.”

Wah, wah, wah, wah...

“Apa mak ni? Min tengah pikir nak masak sarapan apa pagi ni lah,” terkejut aku dengan pertanyaan emak. Maknanya emak dah boleh agak lah ya tujuan duda-duda tu semua? Tak de harapan la mak. Min dah tak boleh nak menggatal!

“Mak dah kukuskan nasi lemak tu,” beginilah emak selalunya walau lutut dah hampir tercabut.

“Tahu pulak mak ya tekak Min ni nak makan apa? Sayang mak,” sekali lagi aku peluk emak erat-erat. Takut dah tak sempat di lain waktu.

Aku bangun melipat telekung, menyimpannya di bilik lalu terus ke dapur.

Pagi ini semua ahli rombongan akan datang bersarapan pagi di sini. Maka aku perlu segera selesaikan mana yang belum langsai sebelum tetamu menjengah. Terlihat pula ayam bergaul garam kunyit emak yang belum digoreng. Tiba-tiba saja tekak ni terasa mahu makan ayam kapitan. Elok benarlah kerana tentunya ayam itu sudah diperap emak sebelum solat Subuh tadi.

Aku mula menggoreng ayam biar jadinya separuh masak dulu, mahu diketepikan sebelum mula menggoreng bawang dan bahan-bahan yang lain. Nasib baik juga ada lebihan santan yang emak gunakan untuk mengukus nasi lemak tadi. Bahan-bahan lain tidak perlu dirisaukan, segalanya main petik saja di sekeliling rumah. Cakap saja nak apa, semua ada. Daun limau purut, daun kunyit, asam limau nipis, serai, halia, lengkuas...pendek kata, jimat sungguh!

“Nak buat apa tu, Min? Lambat-lambat nanti tak sempat pula nak menghidang,” emak menjengah ke dapur membimbit plastik berisi kuih-muih. Ayah dah balik surau la tu.

“Sedapnya bau...”

Errkkk...itu suara Akram! Mentang-mentanglah dia sudah biasa dengan selok-belok rumah ni terus saja mengekor emak ya. Nasib baiklah aku masih bertudung usai sesi petik-memetik tadi.

“Awal sampai...?”

“Saya Subuh di surau sini tadi. Boringlah sorang-sorang kat hotel tu. Kalau datang sini kurang-kurangnya ada teman nak borak.”

“Ayah mana?” Moga Akram fahamlah bahawa aku tidak selesa dia berada bersama di dapur kala ini.

Dia memandang aku sekilas, dan terus berlalu menuju ke ruang tengah.

Fuhhh...itu belum sampai yang sorang lagi!

Nicki_Meow Publish time 1-10-2012 11:08 PM

sarizu posted on 1-10-2012 10:51 PM static/image/common/back.gif
abg bernard fly pegi mana...x landing2 lgi ke...?




Mana dia fly? Biarlah rahsia... ;P

Idea belum mari, tak mampu nak menyambung. Nak kena berguru balik dengan Horatio Caine ni.... :lol:





What to do... Abang Bernard hot stuff kekdahnya. Tabahlah ye berkongsi... mana tau boleh dapat payung emas.....



:lol::lol::lol:



auntieagony Publish time 2-10-2012 12:17 AM

sarizu posted on 1-10-2012 10:47 PM static/image/common/back.gif
x de keputusan lg auntie
tp kt bwh ni panjang dah macam karangan spm la plk... :sweat3 ...

Lambat gak si Min tu nak decide.... Duda2 terhangat-hangit pun cam slow jer tindakbalasnya, dah nak andropaus ker? :$

Thanks for the entry....

Tapi auntie nak tanya, kenapa this is the last entry for the week, padahal minggu baru nak bermula sbb hari ni kan hari Isnin.... Atau Sarizu "sekapal" dgn auntie... coz Monday is the "Sunday" for me.... ;P

sarizu Publish time 2-10-2012 08:52 AM

ismaha posted on 1-10-2012 11:00 PM static/image/common/back.gif
......kan cepat jah is baca.....
bersaing hangat nmpak kamal n akram yek.....? sarizu ...

mn bleh bgtau...karang bias plk jdnya... :lol:




pss...bhs apa sgnture tu?

sarizu Publish time 2-10-2012 08:55 AM

Nicki_Meow posted on 1-10-2012 11:08 PM static/image/common/back.gif


What to do... Abang Bernard hot stuff kekdahnya. Tabahlah ye berkongsi... mana tau boleh dapat payung emas.....


cek tak suka emas cek suka diamond ok!

:lol:

Last edited by sarizu on 2-10-2012 09:02 AM

sarizu Publish time 2-10-2012 08:59 AM

auntieagony posted on 2-10-2012 12:17 AM static/image/common/back.gif


Duda2 terhangat-hangit pun cam slow jer tindakbalasnya, dah nak andropaus ker?

x bleh dinafikan mereka pun kekurangan hormontestosterone bila umur kematangan sudah mengambil tempat :lol:

slow n steady kekdahnya auntie... :laugh3:
Last edited by sarizu on 2-10-2012 09:01 AM

sarizu Publish time 2-10-2012 09:08 AM

kawan2 sekalian, jika ada kesalahan fakta pada ovarian cancer tu mohon sama2 pbetulkan ya.

segala fakta di atas dari kajian umum beberapa jam saja d internet :L


dlm tulisan asal ada i tulis doktor meramalkan bahawa Liana mendapat kanser tu daripada keturunannya,...tapi bila i tepek x de plk mende tu...huhu...i terrrdelete kot, nk edit balik cik M dh dtg... :sweat3:

semingu ni dh x de new entry ya...loceng keringgg, keringgg, keringgg...dah bunyik! :sweat3:

ismaha Publish time 2-10-2012 09:34 AM

sarizu posted on 2-10-2012 08:52 AM static/image/common/back.gif
mn bleh bgtau...karang bias plk jdnya...




   done......{:1_152:}

mula tuh cam nak bias kat akram.......( nak jugak akrm usaha sungguh2 neh....) tapikan kamal pun rasa cam bleh tahan......:$;P,

hari neh baca mcm sedih la plak....huhuhuhu, xder arrr harapan dude2 tuh nk ank lagi kalu liana ken operate kan......


bhs korea........

Nicki_Meow Publish time 2-10-2012 10:53 AM

sarizu posted on 2-10-2012 09:08 AM static/image/common/back.gif
kawan2 sekalian, jika ada kesalahan fakta pada ovarian cancer tu mohon sama2 pbetulkan ya.

segala ...
Takde idea ye? Meh sini cheq kasi idea....

Liana sakit akibat cancer - so Liana buat permintaan untuk mencari siapa keluarga dia yg sebenarnya. Demi cinta mereka pada Liana, Kamal dan Akram sanggup melakukan apa saja untuk menunaikan permintaan Liana.

Siapakah keluarga sebenar Liana?

Siapakah yang berjaya memenangi hati Liana?

Kenapa cheq beriya-iya kat rumah sini padahal rumah sinun tak siap-siap? :L

:lol::lol::lol:



Sorry Sari, takde niat pun nak caras cerita uolss...otak mereng kekdahnyeee.... tu yg merapu kat rumah org lain...
Last edited by Nicki_Meow on 2-10-2012 10:57 AM

awanjingga Publish time 3-10-2012 03:10 PM

aishh cik sari ponnn blackout juga ker...:L
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12
View full version: Liana Jasmin-[U]


ADVERTISEMENT