Nicki_Meow Publish time 14-8-2012 02:46 PM

Sarizu....

Nak request episode 11 (dan 12, 13, 14, 15 :lol:) sebelum raya buleh?

redsentra Publish time 14-8-2012 02:55 PM

Nicki_Meow posted on 14-8-2012 02:46 PM static/image/common/back.gif
Sarizu....

Nak request episode 11 (dan 12, 13, 14, 15 ) sebelum raya buleh?

agreed{:2conggalo

sarizu Publish time 14-8-2012 06:39 PM

wasap posted on 14-8-2012 02:06 PM static/image/common/back.gif
aik..adegan pinang meminang nmpak.. hehehee

x yah nk blapik2 karang x paham2 plk... :laugh3:

sarizu Publish time 14-8-2012 06:41 PM

Nicki_Meow posted on 14-8-2012 02:46 PM static/image/common/back.gif
Sarizu....

Nak request episode 11 (dan 12, 13, 14, 15 ) sebelum raya buleh?

sila jgn buat pcemaran di rumah orang ok

:lol:

sarizu Publish time 14-8-2012 06:44 PM

redsentra posted on 14-8-2012 02:55 PM static/image/common/back.gif
agreed

pssttt...
sila mintak kt nicki tuh bia dia habiskan cite dia b4 raya nih

jangan dok layan sangat nicki tuh


:lol:




nhid_tam Publish time 14-8-2012 09:49 PM

wahhh...ada peminat...hehe

Nicki_Meow Publish time 15-8-2012 09:21 AM

sarizu posted on 14-8-2012 06:44 PM static/image/common/back.gif
pssttt...
sila mintak kt nicki tuh bia dia habiskan cite dia b4 raya nih



Eh...hello. Amboi..suka suki je hang kan, mintak cerita orang. :curse:

Psstttt....nak le NEXT ;P

sarizu Publish time 15-8-2012 09:31 AM

Nicki_Meow posted on 15-8-2012 09:21 AM static/image/common/back.gif
Eh...hello. Amboi..suka suki je hang kan, mintak cerita orang.

Psstttt....nak le NEXT ; ...

eh, apasal plk dia bleh nmpk...? :o
kan i dh halimunankan nama tu? :shakehead3:


:lol:

Nicki_Meow Publish time 15-8-2012 09:35 AM

sarizu posted on 15-8-2012 09:31 AM static/image/common/back.gif
eh, apasal plk dia bleh nmpk...?
kan i dh halimunankan nama tu?

Chet! Kalau halimunan pakai kaler kuning, itu bukan halimunan.... :curse:

:lol:

sarizu Publish time 15-8-2012 09:45 AM

Nicki_Meow posted on 15-8-2012 09:35 AM static/image/common/back.gif
Chet! Kalau halimunan pakai kaler kuning, itu bukan halimunan....

ok, ok. lenkli i pkai kaler putih smbil {:1_545:} supaya pemunya tu x nmpk dah...
tp jgnlah plk dia yg halimunan {:1_545:}



:lol::lol:

sarizu Publish time 16-8-2012 10:50 AM

nhid_tam posted on 14-8-2012 09:49 PM static/image/common/back.gif
wahhh...ada peminat...hehe

ada peminat pun kn fikir byk kali kalau dh pegang status J kan...



sarizu Publish time 16-8-2012 10:53 AM

Episod 11

“Mak Pah suka kalau Liana selalu dapat datang sini,” kata Mak Pah yang sedang menggoreng mi untuk hidangan petang. “Dapatlah berteman sambil makan-makan.”

Aku tersenyum cuma. Tangan sibuk memotong timun batang, tomato dan hirisan asam limau nipis untuk menambahkan selera.

Hari ini sebenarnya ada sesuatu yang istimewa buat Mak Pah. Katanya khatam al-Quran kali kedua untuk tahun ini. Aku termalu sendiri, nak khatam al-Quran sekali setahun pun susah. Tetapi nasib tak baik ini seringkalinya berubah apabila hadirnya Ramadhan, bulan keberkatan yang seringkalinya mampu memberi pecutan semangat untuk khatam al-Quran, sekurang-kurangnya sekali khatam. Kalau tak ada Ramadhan, mungkinlah dua tiga tahun sekali barulah al-Quran tu nak berbalik dari kulit ke kulit. Beginilah hambaMu, ya Allah...selalu sahaja lalai demi tuntutan duniawi.

“Kalau saya tak sibuk kat kedai tu bolehlah mintak balik awal sikit,” aku menghidupkan suasana. “Kat rumah pun bukannya buat apa. Melayan Sara aje lah. Saya pun seronok tinggal kat sini, dapat jiran yang baik-baik semuanya. Lagi-lagi ada jiran macam Mak Pah ni, selalu bagi saya makan free...sapa tak suka...”

Tersenyum Mak Pah mendengar celoteh aku. Lebih dari itu sebenarnya aku sudah menganggap dia seperti emak sendiri. Bolehlah mengubat rindu kepada emak ayah di kampung. Dapat bermanja dengan orang tua ni ada istimewanya juga.

“Kalau Liana rasa nak makan apa-apa, bagitau je Mak Pah ni. Boleh je Mak Pah tolong masakkan selagi tubuh badan ni sihat,” sambungnya yang sudah bersedia duduk di meja makan.

Aku memanggil Sara dan Mila duduk bersama, hanya ini kuota ahli yang ada kerana kami bukan dihari minggu. Seronok juga makan bersama begini, tidaklah aku dengan Sara sahaja yang berkedip-kedip di meja makan kami. Lebih dari itu, rumah ini boleh membuatkan aku begitu teruja melihat hiasan dalamannya yang jauh lebih cantik dan selesa berbanding rumah kami yang serba sederhana. Mana taknya, inikan rumah sendiri, dapatlah menghias sepenuh citarasa mengikut acuan yang diimpikan.

Lain dengan aku yang duduk menyewa, mahu menghias itu ini pun asyik fikir lima enam kali untuk melaksanakannya. Alasan lagi! Mengaku sajalah yang aku tidak punya kewangan kukuh untuk membeli banyak perkara yang menjadi idaman hati selama ini. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya kami sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki kini.

Bukankah merasa cukup itu juga suatu bentuk rezeki? Ya, ianya menjadikan kita sentiasa berada dalam keadaan tenang, dan ketenangan itu pula adalah suatu keberkatan dalam kehidupan.


Mak Pah mula memasukkan mi gorengnya ke setiap pinggan. Memang begitulah dia yang lebih suka membuat kerja sendiri, tidak mahu dibantu selagi boleh melakukannya. Kami yang mengelilinginya hanya menunggu untuk menyudu ke mulut sahaja. Acara kami dimulai dengan bacaan doa makan oleh Mila. Selesai mengaminkannya, kami bersama-sama menikmati menu air tangan ibu penyayang ini yang sememangnya sedap!

Kami berborak santai melayan dua orang anak kecil yang menjadi penyeri di meja makan ini. Segalanya menceriakan suasana, bagaikan berada di rumah sendiri pula.



“Liana tak sunyi ke hidup sendiri? Kesian Mak Pah tengok, semuanya nak kena lakukan sendiri. Tuannya pun muda lagi, cantik lagi...tak ada ke merancang nak berdua kembali?” bicara lebih serius dibuka Mak Pah ketika aku sudah bersedia untuk pulang.

Soalan cepu emas yang sememangnya tidak aku jangkakan keluar dari mulut Mak Pah. Selepas aku dikagetkan dengan renungan tajam penuh makna daripada si anak, kali ini terpaksa pula aku berdepan dengan ujian kedua, daripada si ibunya pula. Dalam jarak waktu yang tidak sampai dua minggu berlalu, aku dapat rasakan di antara mereka telah wujud suatu persefahaman...tentunya sesuatu yang sengaja tidak mahu aku fahaminya.

Aku menjawab soalan Mak Pah dengan sebuah senyuman. Moga dia fahamlah bahawa aku tidak punya jawapan yang sesuai untuk diberikan. Mungkin jika aku memberikan jawapannya, akan ada pula suatu perasaan yang serba salah di antara kami nanti.

Aku memeluk Mak Pah erat sebelum kami berlalu pergi, masih ada janji yang dibuat, bahawa aku akan sering menziarahinya apabila berkeluangan. Last edited by sarizu on 16-8-2012 11:00 AM

sarizu Publish time 16-8-2012 10:59 AM

edisi penghujung Ramadhan dan seminggu Syawal...
insyaAllah dipanjangkan umo kita bjumpa lagi dilain siaran

Selamat menyambut lebaran buat semua kawan-kawan - yg sudi mengomen mahupun memerhati sahaja di rumah Liana ni...
Maaf zahir batin untuk segala salah dan silap

dan tak lupa juga....

selamat meneruskan amal ibadat di penghujung Ramadhan ini yang masih menawarkan banyak peluang untuk mendapat rahmat, kemapunan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.
semoga kita sama-sama cemerlang di dunia dan sejahteralah di akhirat nanti, insyaAllah

:loveliness:

hotmum Publish time 16-8-2012 12:42 PM

selamat hari raya buat sarizu juga ... maaf zahir batin ....

ini antara cerita yg boleh buat slot cerekarama hari sabtu ... hehehe ...

redsentra Publish time 16-8-2012 01:04 PM

sarizu posted on 16-8-2012 10:59 AM static/image/common/back.gif
edisi penghujung Ramadhan dan seminggu Syawal...
insyaAllah dipanjangkan umo kita bjumpa lagi dilai ...

terima kasih sebab masih sudi letak n3... & selamat hari raya juga buat awak:loveliness:

wasap Publish time 16-8-2012 05:45 PM

selamat ari raye sarizu..jgn coti lame sgt tau.. hik hik

sarizu Publish time 17-8-2012 11:37 AM

hotmum posted on 16-8-2012 12:42 PM static/image/common/back.gif
selamat hari raya buat sarizu juga ... maaf zahir batin ....

ini antara cerita yg boleh buat slot ...

ahak! :laugh3:

pasai slow sgt eh... :sweat3:

sarizu Publish time 17-8-2012 11:39 AM

redsentra posted on 16-8-2012 01:04 PM static/image/common/back.gif
terima kasih sebab masih sudi letak n3... & selamat hari raya juga buat awak

idea yg diperah2 shinga titis2 terakhir la ni... ;P

sarizu Publish time 17-8-2012 11:42 AM

wasap posted on 16-8-2012 05:45 PM static/image/common/back.gif
selamat ari raye sarizu..jgn coti lame sgt tau.. hik hik

plan cuti semingu jah...tp x tau la kalu jd bmingu2... ;P

auntieagony Publish time 18-8-2012 12:54 PM

sarizu posted on 17-8-2012 11:42 AM static/image/common/back.gif
plan cuti semingu jah...tp x tau la kalu jd bmingu2...

Selamat hari raya... Ingat kan ada sambungan tadi?
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 11 12
View full version: Liana Jasmin-[U]


ADVERTISEMENT