sarizu Publish time 8-7-2012 03:12 PM

Reply 10# Nicki_Meow

RR = ok, tp Liana x dok LV :'(;P

MIA = ok

AZ = errr... (usaha lagi :laugh3:)

sarizu Publish time 8-7-2012 03:14 PM

kalu fahrin ahmad jdi hero pun ok juga

Fahrin = ok :laugh3:






Nicki = sila tepek gmbr :laugh3:

sarizu Publish time 8-7-2012 03:15 PM

nnt RR xminta royalti ker...?

tunggu Kelantan dpt royalti minyak :laugh3:

sarizu Publish time 8-7-2012 03:16 PM

mana la cik liana neh.....banyak keje sgt ker kt KL tue.....?
ismaha Post at 8-7-2012 12:16 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

betul la tu...nk cari duit lebih kan... :loveliness:

sarizu Publish time 8-7-2012 03:18 PM

Episod 2

Memikirkan si kecil yang sudah tahu merengek untuk terus berada disampingku, aku semakin giat mencari pendapatan sampingan. Kalau dulu sekadar menerima tempahan manik pada pakaian siap, sekarang aku memberanikan diri untuk menerima tempahan baju kurung. Baju kurung sahaja, kerana sememangnya aku tidak tahu menjahit pakaian lain. Tapi itupun sudah tidak menang tangan untuk aku menerima tempahan daripada teman-teman rapat.

Alhamdulillah, pendapatanku makin bertambah baik, sehingga adakalanya boleh mencecah sehingga RM3000 sebulan. Dalam diam, aku merancang untuk mencari rumah sewa yang lain. Rumah sewa untuk aku dan Maisara sahaja. Aku mahu si kecil itu terlebih dahulu tinggal bersama di sini sebelum dia memulakan sesi baru persekolah tadikanya yang hanya tinggal beberapa bulan lagi.

Aku mula menyusun kewangan untuk membayar deposit rumah sewa. Jua mencari-cari tadika terbaik untuk sesi awalan persekolahan Maisara. Segala-gala yang terbaik untuk si kecil itu akan aku usahakannya.

“Sara dah nak mula sekolah?” Akram terkejut saat aku cuba berkias memohon ehsan daripadanya untuk menambahkan lagi nafkah bulanan buat satu-satunya zuriat yang dia ada. “Dah besar anak kita kan.”

Aku diam, tapi dalam hati ada sakitnya apabila dia menyebut ‘anak kita’. Ada hati juga nak mengaku anak sendiri, tapi jenguknya boleh dibilang dengan jari dalam tempoh bertahun-tahun berlalu. Tapi biarlah, sekurang-kurangnya dia tahu dan akan sedar tentang tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.

“Alhamdulillah, saya akan pastikan dia mendapat pendidikan yang terbaik,” aku yakin berkata-kata. “Cuma saya harap awak akan tambah duit bulanan untuk Sara. Bulan depan saya akan bawa dia tinggal bersama kat sini. Sebelum persekolahan bermula ni saya plan nak hantar dia kat rumah jiran depan ni, kena bayarlah sikit.”

Aku berterus-terang menyampai hajat, tak perlu banyak berkias nanti buat-buat tak faham pula. Demi kehidupan Sara, aku mesti tegas. Lebih-lebih lagi apabila dia akan menempuh alam persekolahan yang sudah tentunya banyak memerlukan sumber kewangan. Siapa lagi yang akan bersusah-payah untuk Sara jika bukan aku? Kalau aku lembik maka bertambah longlailah kehidupan si kecil itu.

Jiwa kental ini perlu sentiasa maju ke hadapan. Aku tidak mahu terus mengenang kisah sedih semalam. Biarkan ia saja berlalu sebagai sebuah memori kehidupan.

Hari ini, segala-galanya adalah untuk Sara, satu-satunya permata hatiku. Aku mahu dia sentiasa bertuah dalam kehidupan ini. Tentunya pendidikanlah yang paling utama. Bukan sekadar bidang akademik yang diutamakan, tetapi sejak dia menginjak usia empat tahun, aku mula mengajarnya mengenal huruf-huruf al-Quran. Alhamdulillah, ibuku di kampung sudi mengajarnya mengaji saban hari. Aku hanya berpeluang mendengar alunan merdu suaranya pada setiap hujung minggu sahaja.

InsyaAllah, apabila dia disisiku nanti dapatlah aku sendiri mengajarnya mengaji. Biar suara kami sama-sama melagukan ayat-ayat suci al-Quran dalam rumah nanti. Tak sabar pula rasanya untuk aku membawa si kecil itu ke sini. Aku tahu Saralah yang terbaik untuk memotivasikan kehidupanku pada bila-bila masa sahaja. Dialah sumber inspirasi terbaik untuk aku menempuh apa jua cabaran dalam kehidupan ini.

“Ok, insyaAllah mulai bulan depan ni saya tambah sikit lagi duit bulanan ke akaun Sara,” janji Akram hinggap di telingaku. “Kalau ada keperluan lain yang perlu saya sediakan, awak bagitahu sajalah. Kadang-kadang saya ni boleh terlepas pandang juga perihal kebajikan Sara.”

“Terima kasih,” aku bersyukur sangat. “Kalau boleh saya tak mahu ada apa-apa masalah kalau melibatkan Sara. Saya mahu sediakan yang terbaik kepada dia. Saya memang mengharapkan awak sentiasa tahu tanggungjawab dalam membesarkan dia, sekurang-kurangnya Sara tahu dia berayah. Biar dia juga rasa kasih sayang daripada awak.”

Aku tak nafikan Akram juga sedang berusaha untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada Sara. Bab duit memang dia jarang berkira, tetapi untuk balik kampung menjengah darah daging sendiri memang sangat liat. Semoga apabila si kecil itu tinggal di sini nanti dapatlah mereka kerap berjumpa. Aku hanya kasihankan Sara yang seringkali juga bertanya perihal ayahnya itu. Apa lagi alasan yang mampu aku ciptakan?

“Saya juga patut berterima kasih kepada awak kerana telah menjaga Sara sehabis baik selama ni,” Akram seakan akui kecuaiannya sendiri. “Saya tahu memang awak mampu menjadi seorang ibu yang hebat. Tapi nasib tak menyebelahi kita kan? Saya telah memilih yang terbaik tetapi masih juga jodoh kita tak panjang. Tunggulah masanya nanti, mana tahu Allah izinkan kita boleh kembali hidup bersama...? Sampai bila-bila pun memang saya tak boleh lupakan awak.”

Jika ayat itu masih diulang-ulang Akram, memang aku sebak. Ya Allah, aku belajar untuk redha dengan ujianMu, tapi luka ini sangat pedih...

ismaha Publish time 8-7-2012 05:58 PM

syukron2....macam sedih jer...huhuhu

sarizu Publish time 8-7-2012 10:30 PM

'afwan... :$

sedih sket2 je... :(

shahrinas Publish time 9-7-2012 08:34 AM

sentiasa sabo menunggu n3 seterusnya... :L

Nicki_Meow Publish time 9-7-2012 09:50 AM

hahahah...xtahan.....RR tue....(nnt RR xminta royalti ker...?) alah AZ...xsuka xsuka.. ...
ismaha Post at 8-7-2012 12:15 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Colan hero tu bergantung kepada penulis.

Kalau heronya memang Akram - kita tukar colan.

Kalau ada hero lain - letak ajelah si AZ... ada sikit persamaan di situ.... ;P

ismaha Publish time 9-7-2012 09:58 AM

Colan hero tu bergantung kepada penulis.

Kalau heronya memang Akram - kita tukar colan.

Ka ...
Nicki_Meow Post at 9-7-2012 09:50 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   yekan...ada persamaan lagi.....ermmm...oky2 kita tggu laa sapa hironya....

sarizu Publish time 14-7-2012 12:23 AM

sentiasa sabo menunggu n3 seterusnya...
shahrinas Post at 9-7-2012 08:34 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

ok, layan sket...

sarizu Publish time 14-7-2012 12:32 AM

Episod 3

Sara sungguh seronok apabila mula memiliki ramai kawan baru di sekolahnya. Apatah lagi aku yang mampu melihat dia membesar di depan mata sekarang ini, terasa hidup lebih meyakinkan.

Adakalanya juga aku menyediakan kesempatan untuk bertemu mata dengan guru kelas Sara, bertanyakan mengenai perkembangnan si kecil itu. Katanya, Sara baik-baik saja, mudah menerima apa yang diajar dan sentiasa menyelesaikan tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan. Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu ya Allah...

Akan aku limpahkannya sepenuh kasih sayang sejati daripada seorang ibu, kalaupun aku tidak mampu mencipta kemewahan buatnya.   

Mungkin juga kerana Sara masih kecil, dia tidak pernah kesah apabila aku hanya mampu menyediakannya seunit flat berbilik dua yang kukira sudah cukup baik untuk kami. Walaupun sebenarnya aku sendiri tidak betah dengan kehidupan di flat ini, langsung merasa bersalah kepada Sara yang sudah bertahun-tahun membesar di rumah kampung yang bagaikan banglo di kota ini.

Rumah kayu orang tuaku di kampung tidaklah sebesar mana tetapi mempunyai empat buah bilik tidur, berhalaman luas dan semestinya dihiasi dengan pepohon yang pelbagai. Sungguh nyaman.

Tentunya jauh sekali untuk Sara memiliki semua itu di sini. Tiada rumah yang besar selesa, jauh sekali berhalaman, di jirani pula dengan hutan batu. Panas! Apa yang sikecil itu harus diami kini adalah suatu suasana yang menyesakkan, muram dan kelabu masa hadapannya.

Sungguh aku tidak betah apabila ada juga sesekala Sara merungut mahu bermain kejar-kejar seperti di kampung dahulu, paling tidakpun dia sering mengajakku berjalan-jalan di kawasan kejiranan kami, mahu ambil angin katanya. Walaupun sebenarnya lebih baik kami berada di dalam rumah saja dari menyedut udara kotor dan busuk datangnya dari timbunan sampah yang langsung tidak terurus. Bagaimana mahu mengurus jika mentaliti kebanyakan penghuni di sini sekadar membuang sampah dengan membalingnya dari tingkap rumah masing-masing?

Aduhhh...sungguh aku menyesal menyewa di sini. Mahukan yang murah tetapi ini pula jadinya? Memang aku perlu lakukan sesuatu. Ya, demi perkembangan sosial Sara yang lebih sempurna. Aku perlu berusaha lagi untuk jaminan kehidupan yang lebih aman. Mungkin juga sekali lagi aku perlu berpindah ke kawasan kejiranan yang lebih baik. Masakan tidak, pernah juga beberapa kali kami bertembung dengan sekumpulan penagih dadah yang sedang khayal di kawasan tangga flat ini. Jijik melihat mereka yang langsung hilang akal dengan sensitiviti hidup bermasyarakat.

Tidak perlu lagi alasan lain, kami memang perlu pindah. Segalanya adalah untuk masa depan Sara.   

Namun, masih ada pujuknya apabila Sara sering saja memberitahu bahawa kini ‘syurganya’ makin dekat dengan dirinya. Apabila aku mengerutkan kening, ujarnya, ustazah kata syurga di bawah tapak kaki ibu, makin banyak berbuat baik kepada ibu maka lagi mudah untuk ke syurga. Patutlah, rajin benar dia menolong aku kini. Dari mengemas sendiri tempat tidurnya hinggalah membasuh pinggan selepas makan, semuanya mahu dibuatnya sendiri. Aku sungguh terhibur, hilang resahku seketika.

Malah, kini aku lebih yakin dengan keupayaan sendiri dalam mendidik zuriat yang satu ini. Aku akan pastikan segalanya akan dipermudahkan buat Sara. Bukan hanya untuk pendidikannya, tetapi juga untuk perkembangan sosialnya.

Aku mahu Sara membesar sebagai seorang gadis yang punya akhlak mulia. Sesekali tidak akan aku sia-siakan masa depannya. Semestinya dia harus diberi peluang yang lebih baik dalam segala aspek kehidupannya.




“Bu, minggu depan hari jadi Sara kan?”

Aku tersenyum memandangnya. Ingat pulak dia...apa pula yang dia nak minta kali ni. Janganlah sesuatu yang mahal sehingga aku tidak mampu untuk menghadiahinya.

“Sara nak minta sesuatu boleh?” Sara tanya lagi di baringannya. “Sara nak ayah bawak Sara pergi rumah dia. Sara nak tengok rumah ayah. Ayah tak pernah ajak Sara pergi rumah dia. Kalau ayah setuju, ibu izinkan ya? Kalau ibu tak bagi Sara pergi sorang-sorang, ibu ikutlah sekali ya.”

“Sara...,” aku bersuara perlahan dengan emosi yang mula terganggu. Rambut ikalnya kuraut lembut. “Nanti kita bagitau ayah ya. Ayah bukan tak nak ajak Sara pergi rumah dia, tapi ayah tu kan selalu sibuk.”

Sara merenung jauh ke syiling. Tiba-tiba dia bangun duduk disisiku, memelukku erat. Entah apa yang sedang difikirkannya kala ini.

“Sara rindu ayah, bu,” pilu suaranya. Aku membalas pelukannya kejap, menumpahkan sepenuh kasih sayangku kepadanya. “Ayah tak sayang Sara ke?”

Si kecil itu mula mengalirkan air mata. Dia mencium wajahku berulang kali, mungkin sebagai tindak-balas untuk menghilangkan kerinduan kepada bapa kandungnya.

“Ayah sangat sayangkan Sara... kan ayah dah bawa Sara jalan-jalan masa nak beli semua peralatan sekolah dulu. Cuma ayah tak bolehlah nak selalu bersama kita, ayah kan sibuk kerja,” aku memujuknya.

Sara diam, kembali ke pembaringannya. Aku mengusapnya perlahan sehinggalah dia tertidur.

Ya Allah, adakalanya aku jua merindui lelaki itu...

awanjingga Publish time 14-7-2012 10:34 AM

brpisah sbb apa ni agknya..akram ank org berada yer..
family akram xbrkenan kat liana eh..

Nicki_Meow Publish time 17-7-2012 09:00 AM

Lagi..lagi...

Ni dah macam slot Lestary dah ni...update seminggu sekali... hehehe

sarizu Publish time 19-7-2012 11:40 PM

brpisah sbb apa ni agknya..akram ank org berada yer..
family akram xbrkenan kat liana eh..
awanjingga Post at 14-7-2012 10:34 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

ada bau2 bacang dh tu... :laugh3:

sarizu Publish time 19-7-2012 11:41 PM

Lagi..lagi...

Ni dah macam slot Lestary dah ni...update seminggu sekali... hehehe
Nicki_Meow Post at 17-7-2012 09:00 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Lestary pun lg pnjg dok
ni memg bsiri2 jah
:dizzy:

sarizu Publish time 19-7-2012 11:45 PM

Episod 4

“Saya memang serba salah...,” fikiran Akram kalut.

“Tak mengapa kalau ianya menyusahkan. Tahulah saya untuk memujuknya,” sebenarnya aku sedikit terkilan.

Akram menunduk, meraut rambut tebalnya.

“Awak pun tahukan mama tak pernah menyebut perihal Sara sejak kita berpisah hampir empat tahun dulu... Mama tetap macam dulu, tak pernah mahu berubah hatinya. Keras. Macam batu. Kalau ikutkan kerasnya hati mama, memang dia tak bagi langsung saya mengambil tahu perihal Sara, apatah lagi awak, Min. Tapi, Alhamdulillah, awak masih lagi menjadi kekuatan jiwa saya. Sara juga adalah semangat saya,” Akram meluahkan perasaannya yang terbuku.

Aku tunduk saja menjadi pendengar setia.

“Saya hanya kasihankan Sara,” aku bersuara perlahan. “Pernah juga dia bertanya perihal mama, katanya dia nak kenal nenek satu lagi... saya pun ada juga cerita kat dia pasal Mama... tapi awak jangan risaulah, semuanya yang baik-baik saja.”

“Saya tahu awak tak akan dan tak pernah pun nak marahkan mama walaupun dia dah buat macam-macam kat awakkan? Sampai kita terpisah macam ni pun awak tetap tak berubah, macam dulu juga,” Akram membalas. “Saya harap...sayang awak pada saya pun tak berubah...”

“So, plan hujung minggu ni macamana?”aku cepat-cepat alih topik. “Saya dah tak larat nak jawab kalau Sara tanya lagi.”

“Awak siapkan Sara awal pagi, nanti saya datang ambil. Tahulah saya nak uruskan dengan mama nanti,” Akram memberi kata putus. “Saya akan cuba lakukan apa saja yang terbaik untuk Sara. Dia juga memang sepatutnya kenal darah dagingnya sendiri. Mana tahu mama boleh jadi cair bila tengok cucu sulongnya nanti. Dahlah cantik macam ibunya, sopan pulak tu. Sebab tu la sampai sekarang pun ayah Sara memang sayang kat ibu Sara.”

Aku buat acuh tak acuh dengan ayat terakhir Akram.

“Awak yakin mama boleh terima Sara?” memang itulah yang mengganggu fikiranku sejak beberapa hari berlalu.

“Saya janji saya akan cuba yang terbaik. Saya akan bagitahu mama hari ni yang Sara akan datang hujung minggu nanti. Kalau dia tak setuju pun, apa dia boleh buat? Saya sudah banyak terlepas peluang untuk membesarkan Sara bersama-sama... apalah sangat setakat Sara mahu ke rumah nenek dia tu? Itukan rumah saya juga.”

Aku angguk dalam diam. Memang sepatutnya Akram bertegas dengan kehidupan Sara. Aku percaya sedikit-sebanyak lelaki itu telah berubah kini, bukan sekadar menurut telunjuk mamanya sahaja selama ini. Lebih-lebih lagi apabila kami sudah berada dekat di antara satu sama lain. Dia tidak akan selalunya dapat mengelak dengan rengekan manja anak kesayangannya itu.

“Kalau mama mengelak dari berjumpa Sara macamana?” aku bersoal-jawab lagi. Memang masih ada sangsiku pada bekas mertua, masakan tidak apabila pernah dia menyuruhku menggugurkan kandungan semata-mata tidak mahu anak itu nanti dinasabkan kepada anak lelaki kesayangannya itu. Begitulah mama yang tidak pernah mahu aku menjadi ibu kepada mana-mana cucunya sekalipun.

“Biarkan saja...” ringkas jawapan Akram.

Aku pandang raut wajah Akram, sebenarnya hairan. Selama ini sukar untuk dia memberikan jawapan semudah itu jika kaitannya adalah mama.

“Awak... awak berubah, Akram,” memang aku terkejut. “Jangan kerana Sara awak melukakan hati mama.”

“Empat tahun saya terpisah dengan kebahagiaan sendiri semata-mata mahukan mama bahagia,” suara Akram serius. “Awak bahagia tanpa saya, Min?”

Aku diam, menunduk. Mataku bergenang, bagaimana mahu bahagia jika hati ini masih didakap kukuh dalam hati lelaki yang pernah mendakapku saban malam sepanjang kami bersama suatu ketika dulu? Isteri mana yang tidak mahu mengecap bahagia bersama lelaki yang didambakan selama ini? Namun, segala-galanya sudah tersurat. Takdir Allah harus diterima dengan redha. Mudah-mudahan ada sinar saatnya nanti.

ismaha Publish time 23-7-2012 03:59 PM


SELAMAT BERPUASA.....

next2......

Nicki_Meow Publish time 24-7-2012 03:50 PM

Ah...Nak kena ambil hati (ex) mertua lah ni...

Yang cheq tetiba terbayang Azizah Mahzan ni dah kenapa? :mad:

sarizu Publish time 27-7-2012 10:59 PM

ismaha posted on 23-7-2012 03:59 PM static/image/common/back.gif
SELAMAT BERPUASA.....

next2......

selamat menerikan ibadah puasa...
tp hr ni sy break dulu... :P



Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: Liana Jasmin-[U]


ADVERTISEMENT