emme Publish time 27-10-2011 11:36 AM

citer ni mmang best..xsabar menanti

kaypo Publish time 27-10-2011 02:24 PM

abe haji dh makin nakal skrg ni..

bl nama panggilan nk tukar?
midar Post at 25-10-2011 19:46 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

amboi gedikssss nya...:lol:

nak panggil apa lak lepas ni....jenuh ler kak sya awak nak perah otak...panggilan apa...
aku warning awai awai..sya...no hubby hubby....nie nie...:I...erkkk..hate bace novel yg ada panggilan sebegitu...potong stim sungguh..

Adilla Publish time 27-10-2011 02:27 PM

amboi gedikssss nya...

nak panggil apa lak lepas ni....jenuh ler kak sya awak nak perah...
kaypo Post at 27-10-2011 14:24 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   klu kekal camtu pun okey kan..sbb semua dah jatun cintun dgn HAJI DIN....

midar Publish time 27-10-2011 02:39 PM

Reply 322# kaypo

ala.. kasi can la k.sya perah otak skit...
;P:bye:

abe aji pon ok gaks..
haji din tu mcm formal ajer...

Adilla Publish time 27-10-2011 02:44 PM

minah kan blur..

Adilla Publish time 27-10-2011 02:56 PM

18

Rasa nak tertanggal kepala lutut bila keletihan berjalan tadi. Aku mengurut perlahan-lahan kaki ku sambil bersandar disofa. Sementara menunggu Haji Din yang masih bersolat diatas aku sempat menyediakan makan malam untuknya. Ingat tadi nak singgah makan malam terus tetapi dengan keadaan aku yang begini tak selesa duduk berlama diluar. Ku tekan-tekan tapak kaki untuk mengurangkan lenguh di kaki. Itulah Haji Din kalau berjalan tak ingat dunia.

“Sakitkaki?” dari atas tangga Haji Din bertanya. Aku terus meletakkan kembali kaki aku di pemaidani yang bercorak abstrak. Takut kalau Haji Din perasan keadaan aku yang lenguh ini.

“Taklah!” jawab ku sambil mengeleng kepala. Saja untuk menidakkan keadaan. Haji Din duduk disebelah aku.

“Sini!” gamitnya. Aku dah termangu. Takkan nak duduk atas pangku Haji Din pula. Dah dekat sebelah masih nak mengamit aku lagi.

“Sini?” tanya ku pula. Haji Din masih dengan kain pelekat dan baju melayunya. Kacak dan segak aku rasa. Amboi Minah dah pandai puji-puji. Tetapi memang mengancam dengan pakaian yang melambangkan Lelaki Melayu Terakhir.

“Bak sini kaki tu.” Pinta Haji Din sambil menunjuk kearah kaki aku.

“Nak buat apa?” terus mulut aku menjawab.

“Saya nak urutkan. Lunjurkan kaki tu kat sini.” Arah Haji Din sambil menepuk pahanya. Aku terdiam. Takkan nak letakkan kedua-dua kaki aku atas peha Haji Din. Tak kurang ajar ke? Haji Din dahlah tua dari aku, suami pulak tu. Tak pasal-pasal aku dicop derhaka.

“Tak pelah. Sakit sikit saja.” Alasan aku untuk membantah dalam diam.

“Saya kata bak sini kaki tu.” Tone Haji Din dah keras. Dalam hendak dan tidak aku terpaksa akur. Haji Din meletakkan kedua-dua kaki ku atas pehanya. Aku sandarkan badan di pemegang sofa. Sambil mengadap tv Haji Din mengelus tapak kaki aku perlahan-lahan. Aku dah nak tergelak. Iyerlah area sensitive tu. Haji Din mengeluarkan sesuatu dalam kocek baju melayunya. Sebotol minyak angin rupannya. Mungkin Haji Din dah tahu keadaan aku.

“Hajiiii Dinnnnn…..” panggil aku bersama tawa. Pecah juga ketawa yang cuba ditahan sejak tadi.

“Kenapa?” Haji Din berpaling dan bertanya dengan muka yang tidak bersalah.

“Geli!” jawab ku sambil ketawa lagi.

“Tak habis-habis dengan gelinya. Kalau saya tak urut macam mana nak hilang lenguhnya.” Jawab Haji Din. Aku cuba menahan rasa itu sementara Haji Din tekun mengurut kaki dan betis aku.

“Haji Din, jom makan.” Ajak ku bila rasa lenguh tadi dah tak terasa.

“Aminah Amia dah lapar ke?” tanya Haji Din sambil membetulkan penutup botol minyak angin yang bergambar kambing gurun. Macam-macam untuk melariskan sesuatu barang.

“Minah tak lapar sangat tapi Haji Din sejak petang tadi tak makan apa-apa pun.” Dengan cepat aku menjawab. Aku tidak mahu Haji Din kata aku ini kuat makan. Asyik nak makan saja. Haji Din tak membalas sebaiknya tersenyum lebar. Mabuk apa ke Haji Din ni.

“Kenapa Haji Din senyum. Minah salah jawab ke?” tanya aku sambil membetulkan duduk ku.

“Aminah Amia tak salah jawab cuma saya rasa terharu bila isteri saya ambil berat tentang saya.” Jawab Haji Din.

“Kalau terharu boleh senyum ke? Bukan menangis ke?” tanya aku lagi. Haji Din dah bangun dan terus menarik tangan ku. Dengan sekali rentap aku dah berdiri dalam pelukannya.

“Kalau tak menjawab tak boleh yeh?” ujar Haji Din geram. Aku dah kalut. Ada buat salah lagi ke? Salah cakap lagi ke? Aku dah mengaru kepala yang tidak gatal.

“Jom! Saya dah lapar.” Ajak Haji Din bila melihat aku terdiam. Haji Din menolak aku dari belakang dan tangannya dengan kejap memegang pinggang aku.

Haji Din mengambil tempat dikepala meja. Aku menyenduk nasi panas untuknya dan menyirami tangan kanannya. Haji Din tersenyum dan segera mencapai bekas basuh tangan. Lelaki itu dengan rela hati membasuhkan tangan aku pula. Haji Din…Haji Din…

“Aminah Amia, esok boleh buatkan saya sambal ikan bilis?” Pinta Haji Din bila selesai membaca doa makan.

“Hah!” jawab ku. Macam tak caya je Haji Din request nak makan sambal tumis ikan bilis buatan dari aku.

“Kalau boleh tiap-tiap hari saya nak Aminah Amia masakkan sambal tumis.” Sekali lagi Haji Din bersuara. Aku macam tak dengar saja sedangkan telinga baru saja dikorek pagi tadi.

“Kenapa pula?” tanya aku untuk kepastian.

“Rasa tak lengkap kalau tak ada sambal tumis ikan bilis yang Aminah Amia buatkan.” Luah Haji Din sambil mula menyuap nasi. Hari ini menunya ikan kerisi masak lemak cili api, ikan selar kecil, sayur kangkung goreng bercili dan sedikit ulam. Itupun Haji Din yang masakkan. Iyalah dari awal aku dah mengaku yang bab masak lemak aku memang gagal. Pasti akan terapung jadinya. Sebab itu Kak Kirah dah malas nak ajar aku pasal lauk ni.

“Haji Din suka ke?” tanya aku terharu. Iyalah suami sendiri menghajatkan pasti hati kembang tak ingat.

“Pastilah saya suka, isteri saya yang masakkan.” Aju Haji Din. Aku dah tersenyum panjang. Nasi yang didalam pinggan macam dah masuk terus dalam perut aku tanpa disuap. Kenyang giler. Kami makan dalam keadaan tenang. Tiada bicara. Haji Din tekun menghabiskan lauk diatas meja. Sayur yang aku masak tadi habis diratah. Seronok sangat bila Haji Din berselera. Kemudian aku segera mengemaskan meja makan. Haji Din ingin membantu tetapi dengan tegas aku menolak. Aku menyuruh Haji Din berehat diruang tamu sementara aku menyelesaikan tugas ku.

“Haji Din! Ini kopinya.” Aku letakkan secawan kopi di sisi meja bulat. Haji Din yang duduk dihujung sofa tersenyum dan menyuruh aku duduk disebelahnya.

“Hari Isnin saya dah masuk keja. Aminah Amia tinggal seorang dirumah okey ke?” tanya Haji Din dan menarik tangan aku lantas digenggamnya. Aku hanya membiarkan.

Pandangan Haji Din jatuh atas genggamannya. Cincin yang tersarung diusap berulang kali.

“Minah tak kisah. Dah biasa.” Jawab ku sambil memandang Haji Din. Memang aku dah terbiasa ditinggalkan berseorangan bila mak, abah dan Kak Kirah berjalan. Tidak menjadi satu masalah bagi aku.

“Jom naik atas.” Ajak Haji Din tiba-tiba. Aku termangu. Pertanyaannya masih belum aku jawab dah ajak naik atas. Kalau kata nak tidur belum jam sepuluh malam lagi.

“Kenapa nak naik atas?” tanya ku pelik.

“Adalah!” jawab Haji Din. Tangan yang digenggamannya terus ditarik. Malam ini acara tarik-tarik kot. Aku dah berdiri tegak. Haji Din nak buat apa?

Adilla Publish time 27-10-2011 02:56 PM

sedikit utk yg merindui Haji Din dan Minah....

kaypo Publish time 27-10-2011 03:00 PM

amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..hj din...nak mula kelas biologi ka??...:lol:

sang_arjuna Publish time 27-10-2011 03:08 PM

Hj Din mesti gred professor serba tau :lol:

jgn mak tiri minah dtg serang bila Hj Din gi kerja:curse:

midar Publish time 27-10-2011 03:15 PM

Reply 329# sang_arjuna

soh kak kay jd jaga sat time abe haji g kijer..
:lol::lol::lol:

iwimz Publish time 27-10-2011 03:36 PM

ehem...ehem...
hj din nak bg taklimat pe plk tu......
hehhehhe

lailies Publish time 27-10-2011 03:39 PM

alaaa..nape ckit sangat...

kaypo Publish time 27-10-2011 04:00 PM

Replysang_arjuna

soh kak kay jd jaga sat time abe haji g kijer..
midar Post at 27-10-2011 15:15 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

wah...aku lak kena jadi jaga ya....erkkkk...wajib ada pengerasnya....:lol:...asik nak pau org je aku nih...:D

midar Publish time 27-10-2011 04:02 PM

Reply 333# kaypo

blh la main polis sentri ngan mak si minah tu....
{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

Syafiya Publish time 27-10-2011 04:18 PM

tak cukupla ..sket sangat... belum habis rindunya pada hj din... ;P kasi minah jeles sket..

shimah81 Publish time 27-10-2011 04:36 PM

ajak tido je tu minah... hehehehe

zeeghaz Publish time 27-10-2011 04:53 PM

Alamak, 1 n3 aje ke? Mana cukup. Biasanya banyak sekali n3.

asyriqa Publish time 27-10-2011 06:22 PM

uwaarrrrggghhh... tak cukup weh... minah ngan hj. din ni dah boleh bercucuk tanam ke??

sang_arjuna Publish time 27-10-2011 06:45 PM

Reply 338# asyriqa


    tak boleh lagi kot, Hj din kena sabaq dua hari lagi
:lol:

hotmum Publish time 27-10-2011 09:27 PM

syaaaaa ....

tak puas bacaaaaaaa .... :'(
Pages: 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 [17] 18 19 20 21 22 23 24 25 26
View full version: PERLUKAH AKU?


ADVERTISEMENT