Adilla Publish time 3-11-2011 05:35 PM

“Aminah Amia, sini.” Gamit Haji Din yang dah bergerak ke pintu sebelah pemandu.

“Mak masuklah kat belakang tu.” Arah Haji Din membuat muka mak semakin mencuka.
Haji Din dah membuka pintu untuk aku, seperti biasa tangannya atas kepala aku untuk menahan dari aku terhantuk. Setelah aku duduk baru Haji Din menutup pintu dan bergerak ketempat pemandu. Mak yang masih berdiri diluar tidak diendahkan Haji Din. Enjin kereta dihidupkan tetapi mak masih tidak masuk.

“Mak cepatlah, nak kena tinggal ke?” tanya Kak Kirah sebaik saja cermin kereta diturunkan.

“Iyalah nak masuklah ni.” Jawab mak bengang. Dengan malas mak membuka pintu dan melabuhkan punggungnya. Hentakkan yang kuat pintu tersebut memberi isyarat yang mak tengah bengang giler. Tiada siapa yang bersuara sepanjang perjalanan ke rumah mak. Haji Din membuka radio lantas memasang cd Maher Zain dan lagu Subhana ALLAH berkumandang. Aku mengikuti lirik lagu tersebut untuk memadamkan api kemarahan yang dah start menyala tadi. Haji Din tenang saja memandu.

“Minah tak singgah ke?” Kak Kirah bertanya sebaik saja dia turun dari kereta.

“Tak mengapalah Shakirah. Kami nak cepat.” Haji Din yang menjawab.

“Din tak nak singgah?” mak masih berlembut bila bercakap dengan Haji Din.

“Tak mengapalah mak. Kirim salam dengan abah. Lain kali ajaklah abah datang sekali.” Jawab Haji Din. Sekali lagi mak terkena peluru Haji Din.

“Ermmm…”hanya itu jawapan mak dan terus masuk kedalam rumah. Haji Din segera mengerakkan kereta dan lambaian Kak Kirah memisahkan kami.

“Kata nak pergi rumah kawan Haji Din. Ni jalan balik rumahkan?” tanya ku bila melihat Haji Din kembali memasuki lorong menuju kerumah kami.

“Saya laparlah. Nak makan.” Renggek Haji Din bagai budak kecil. Aku dah tersenyum walau soalan aku tidak dijawab.

“Iyalah, kita balik makan.” Pujuk ku dan Haji Din dah tersenyum lebar.

“Haji Din, Minah nak cakap satu hal boleh?” tanya ku takut-takut.

“Apa tu Aminah Amia?” tanya Haji Din. Lembut sekali Haji Din menjawab dan ia membuatkan aku tenang untuk bertanya.

“Tadi mak minta pinjam rantai dan gelang Minah bila dia nak pakai.” Luah ku serba salah.

“Jadi Aminah Amia bagi ke?” keluh Haji Din bertanya. Ada nafas panjang yang dilepaskan. Wajahnya yang tenang tadi bertukar keruh.

“Tak!” jawab ku sepatah.

“Habis Aminah Amia cakap apa?” Haji Din berpaling melihat aku dan kemudian memandang kembali ke depan.

“Minah cakap ini adalah harta Haji Din dan Minahkan dah janji nak jaga segala harta Haji Din dengan nyawa Minah.” Terang ku jujur. Aku tidak mahu menipu suami aku dengan apa yang telah ku cakapkan pada mak tadi.

“Terimakasih sayang. Saya bangga dengan Aminah Amia. Itulah isteri saya.” Luah Haji Din dan mencapai tangan kanan ku lantas digenggam erat. Aku tersenyum dan Haji Din pun sama.

Sampai dirumah Haji Din membukakan pintu kereta dan terus memimpin aku hingga ke pintu rumah. Setelah membuka lampu aku kedapur dan memanaskan lauk yang telah aku masak siang tadi. Haji Din makan dengan selera. Siap bertambah lagi. Sebagai seorang isteri aku bangga dengan percapaian aku dalam masakan hari ini. Setelah itu Haji Din naik ke atas untuk berehat sementara Isyak masuk.

“Aminah Amia, waktu dah masuk ni. Tinggalkan semua kerja tu.” Dari atas Haji Din menjerit. Alamak! First time Haji Din menjerit. Itu mesti dah tahap geram sangatlah pada aku yang masih leka mengemas.

“Iya! Iya! Minah naik ni.” Jawab ku sambil meletakkan kain pengelap meja dan berlalu keatas. Masuk bilik saja Haji Din dah ada di atas sejadah. Terus aku berlalu kedalam bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk. Setelah itu aku memakai telekung dan duduk dibelakang Haji Din sambil berdehem. Haji Din yang tadi berzikir bangun dan membetulkan kedudukannya. Azan yang dilaungkan oleh Haji Din membuat aku bersyukur dengan jodoh ini. Kepimpinan yang ditunjukkan Haji Din membuat hati ini terus berbunga untuk menyayangi dan membuka hati untuk bercinta dengan lelaki ini. Usai solat, aku menyalami Haji Din seperti biasa. Haji Din tidak lupa mengucup dahi aku.

Adilla Publish time 3-11-2011 05:37 PM

Post Last Edit by Adilla at 3-11-2011 17:38

“Aminah Amia, bolehkah saya minta sesuatu?” tanya Haji Din teragak-agak. Beberapa kali tangannya meraup rambutnya kebelakang. Macam ada masalah besar saja. Dari berdiri Haji Din dah duduk dibirai katil.

“Kenapa Haji Din? Ada masalah ke?” tanya ku bimbang. Demamkah Haji Din.

“Bukan! Saya tak ada masalah cuma…” kata-kata itu tergantung disitu.

“Cuma apa Haji Din?” aku sudah tidak sabar.

“Ermmm…..bolehkah saya minta hak saya?” tanya Haji Din perlahan.

“Hak! Hak apa Haji Din?” aku semakin pelik. Adakah dah tersampuk dengan mak ke tadi.

“Hak saya sebagai seorang suami.” Bisik Haji Din. Aku dah tak tentu arah. Hak seorang suami? Apa iya?

“Minah tak pandai pasal hak-hak ini Haji Din. Haji Din kan tahu Minah sekolah setakat SPM saja. Bab-bab undang-undang ni memang Minah tak tahu.” Luah ku jujur. Aku lihat Haji Din dah mengaru kepala. Ada kelumumur ke Haji Din ni tetapi setahu aku lelaki ini adalah pembersih orangnya.

“Aminah Amia, sebagai seorang isteri yang halal saya berhak menyentuh Aminah Amia dan melunaskan nafkah batin saya dan itu adalah salah satu hak saya sebagai seorang suami. Jadi benarkan saya menjalani tanggungjawab saya pada Aminah Amia.” Suara Haji Din dengar dengan tidak ketika meluahkan apa yang dimaksudkan dengan hak yang diminta tadi.

“Hak! Nafkah batin?” aku dah mengaru kepala. Setahu aku masa raya saja orang bersalaman dan akan berkata ‘maaf zahir dan batin’. Itulah pengertian aku dari segi kefahaman zahir dan batin.

“Aminah Amia….Aminah Amia…” keluh Haji Din menyebut nama ku. Aku dah sebak. Macam dah berputus asa saja Haji Din untuk mengajar aku. Bodohnya aku.

“Nafkah batin merangkumi ilmu agama, perhatian dan kasih sayang. Salah satunya adalah perhubungan badan antara dua bagi memenuhi kehendak manusia. Menjadi tanggungjawab saya untuk mengajar erti taat, nusyuz, dan derhaka dan banyak lagi. Andaikata semuanya sudah saya terangkan dan isteri saya masih melakukannya maka berdosalah dia. Adakah Aminah Amia faham apa yang cuba saya sampaikan?” tanya Haji Din sambil memandang wajah ku lama.

“Minah faham dan maafkan Minah kerana banyak yang Minah tidak tahu pasal ini semua. Harap Haji Din tidak letih untuk memimpin Minah kearah jalan yang diredhai.” Ujar ku. Airmata kudus perlahan mengalir. Aku sedang dengan kekerdilan aku diatas muka bumi ini.

“Kita sama-sama belajar Aminah Amia.” Lembut Haji Din berkata sambil senyum terukir semula.

“Jadi bolehkah saya meminta hak saya sebagai seorang suami?” tanya Haji Din sekali lagi. Nah kau Minah, sekali dah faham kau dah tak boleh nak koner-koner.

“Errmmm…” hanya itu jawapan ku bersama malu yang tak terhingga. Bila dah mengerti maksud ‘hak’ aku tidak sanggup memandang wajah Haji Din yang masih tidak beranjak meratah wajah ku.

“Terima kasih Aminah Amia. Inilah isteri saya.” Bisik Haji Din di telinga ku. Tubuh aku dah mengigil ketika Haji Din meletakkan tangannya diatas ubun-ubun ku.

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya.” Suara Haji Din yang lembut dan seakan berbisik itu sampai juga ditelinga ku.

Perlahan-lahan aku direbahkan dan dengan rela aku sedia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada Sharifuddin Bin Syawal. Semoga ALLAH memberkati segala-galanya.

Adilla Publish time 3-11-2011 05:39 PM

ada sya salah sila betulkan sya ok....harap puas utk hari ini...:$

hotmum Publish time 3-11-2011 05:48 PM

selamat dah minah ...

hehehehe

;P

zeeghaz Publish time 3-11-2011 06:17 PM

Hee heeee seronoknya. banyak sungguh n3. Aminah pun dah jadi seorang isteri dalam erti kata yang sebenarnya.

nallepooh Publish time 3-11-2011 06:22 PM

rasa2nya mak tiri Minah merangkap mentua tiri haji Din ni...mcm ada hati dgn menantu tiri je...

adela88 Publish time 3-11-2011 06:30 PM

YES!!! I LIKE 200%!! ksian minah... sebut psal batin, ingat mohon maaf raya je... ;P
yang ni, dgn besar hatinya sy kirim utk mak tiri minah.. :tembak::tembak: :@

hijau_serindit Publish time 3-11-2011 07:05 PM

aisehman kak... tak berapa nak puas la. hehehhehe....

great posting sis! berbaloi tunggu. {:1_149:}

bukulali Publish time 3-11-2011 08:43 PM

tq tq kak, tp kak, tak puas lah, leh sambung babak2 seterusnya:$:$
go go hj din...go go hj din...go go hj din{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

rtac Publish time 3-11-2011 10:21 PM

pandai Hj Din mintak hak malam2 jumaat yer..ambik berkat tue...cayalah..:loveliness:

hotmum Publish time 3-11-2011 10:56 PM

Reply 450# rtac

bukan takat amik berkat ... menambah pahala lagi .... heheheh .....

asyriqa Publish time 4-11-2011 01:02 AM

bengkek betul la ngan mak tiri minah nih... mmg muka seposen...tak malu sungguh...:dizzy:

ehemmm... rasa2nya ni la upacara pecah tanah paling sopan n tertib sekalik...;P yang penah berlaku kat WR nih...:P

syaaa... sori ekk tak prasan... hj din ni dia bujang terlajak ke @ duda kematian isteri ke @ cerai hidup... memang tak der anak yer... blurrr la kejap...

Jaza2008 Publish time 4-11-2011 01:22 AM

ReplyJaza2008

hi jaza,
maaf ye nak tanya la ... proses upgrade dr junior ke senior .. etc .....
hotmum Post at 29-10-2011 14:38 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

HI hotmum...
keja upgrade tu bukan keja i directly...tapi i ada menolong dgn beri kredit tuk setiap posting yg bernas...
bukan sebarang tolong cuma itu dah keja i tuk bagi reward tuk setiap posting yg bagus dan bernas la.. secara automatiknya bila kredit bertambah maka gred akan naik bila sudah mencukupi limit yg ditentukan oleh pihak pengurusan...

bukan mod yg upgradekan sesorg tu ke level yg seterusnya... kami hnya jalankan tugas je.. kalau nak cpt upgrade, rajin-rajinlah buat posting dan bykkan melawat semua rumah yg ada kat CARI ini.... sbgai newbee anda harus gi lepak sambil membaca segala perutusan peraturan kat benang "PERATURAN UTK NEWBEES" tu..yg highlighted kat atas WR face ni.   

Sekian dulu.. tak leh terang2 pjng2 sbb ni umah org.....


Jaza2008 Publish time 4-11-2011 01:51 AM

bengkek betul la ngan mak tiri minah nih... mmg muka seposen...tak malu sungguh...

ehemmm... rasa2nya ni la upacara pecah tanah paling sopan n tertib sekalik...images/smilies/default/titter.gif yang penah berlaku kat WR nih...images/smilies/default/tongue.gif
asyriqa Post at 4-11-2011 01:02 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

hahaha... baru pertama kali dgr ayat cam tu.. upacara pecah tanah paling sopan... ayat tak leh blah riqa...

inilah contoh seorg penulis yg berwibawa dan sensitif dgn adat ketimuran serta sopan santun bahasa kita bangsa Islam Melayu..
pengulasan setiap susunan ayat dan perkataan amat bersantun tertib sbb rata2 yg baca citer yg penuh romantis ini adalah kaum wanita yg tidak terhad umurnya....maka sedang eloklah pengaturan cik penulis ini.... bukan sekadar nak jual idea hot yang lagi hangat dan bernas tapi sekadar menjaga tata tertib budi bahasa gaya dan lenggok budaya kita sbgai org islam. Dlm mana2 budaya skalipun tidak mengalakkan intipati yang agak keterlaluan utk tatapan/bacaan umum yg kita sendiri tidak tahu had limit pemahaman dan umur seseorng itu....

tidak perlu terperinci "realiti" yg hnya mendatangkan "infiniti" terhadap sesebuah garapan yg menarik. Bukan isi panas yg menjadikan citer itu bagus... tetapi permainan bahasa dan ayat2 bunganya yg menjadikan citer itu lebih merujakan pembaca.



el-ain Publish time 4-11-2011 08:48 AM

mak mentua ada ati kat menantu keee? {:4_192:} minah dh ambik duluuu haha

kaypo Publish time 4-11-2011 09:00 AM

hahaha... baru pertama kali dgr ayat cam tu.. upacara pecah tanah paling sopan... ayat tak leh b ...
Jaza2008 Post at 4-11-2011 01:51 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

i like....


awat aku tak de power nak kasi kredit nih....kalo tak sure ko dpt kredit 100+...:lol:

Adilla Publish time 4-11-2011 09:06 AM

bengkek betul la ngan mak tiri minah nih... mmg muka seposen...tak malu sungguh...

ehemmm. ...
asyriqa Post at 4-11-2011 01:02 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   Haji Din duda bercerai hidup....then dapat Minah yang umur baru nak masuk 20 tahun...hehehe...steatement pecah tanah yang tak boleh sya nak tahan gelak....;P

kaypo Publish time 4-11-2011 09:16 AM

Reply 457# Adilla

sya...samalah...aku dulu blur gak...apa kebenda pecah tanah..sampai ler hr tu..ko terangkan..:lol:
wah...sessi pecah tanah..malam jumaat...:2lol:

sya..ko dah kena bomb tak ngan org tu?

shahrinas Publish time 4-11-2011 10:11 AM

mak MINAH nie x abis2...
apa je yg dia nak wat lagi nie... :L

Adilla Publish time 4-11-2011 10:19 AM

ReplyAdilla

sya...samalah...aku dulu blur gak...apa kebenda pecah tanah..sampai ler hr tu..ko...
kaypo Post at 4-11-2011 09:16 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   kay, jgnlah ckp bom...nanti tak pasal2 terus M16 sya kena...cukup ari tu sekali dah kena tegur then skrg berhati2 ni takut terlajak..
Pages: 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 [23] 24 25 26 27 28 29 30 31 32
View full version: PERLUKAH AKU?


ADVERTISEMENT