emme Publish time 23-10-2011 12:34 PM

satia menanti HJ din dgn Aminah...

merahsilver Publish time 23-10-2011 06:35 PM

{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}
nak lagi....nak lagi.... :P

hotmum Publish time 24-10-2011 03:02 PM

sya ....

sila tambah n3 ... hheheheh ...
dah rindu dgn minah and hj din ... heheeh ... hj din la especially ... ;P

nallepooh Publish time 24-10-2011 03:08 PM

tak malu sungguh mak tiri minah ni.....

syasya.syaaa Publish time 24-10-2011 03:34 PM

as salam semua...rindu nak berforum (tp sebenar rindu kat minahn hj din):loveliness::loveliness:

shimah81 Publish time 25-10-2011 09:12 AM

Hj Din Bz dok pujuk minah... dah dah laa minah...jgn nangis lagi... hehehe

ummi_aiman Publish time 25-10-2011 10:05 AM

mn haji din ni ngan minah..lamanye haji din pujuk minah...ke minah tgh pujuk haji din? ;P

Adilla Publish time 25-10-2011 10:20 AM

jap...jap...tinggal sikit je lagi....

shahrinas Publish time 25-10-2011 10:26 AM

kesian MINAH dah kawen pun mak dia still nak lempang lagi... :'(
nasib ada HAJI DIN... :L

tie_tinie Publish time 25-10-2011 11:27 AM

salm kak..
mana Hj.Din dan Minah menghilang nie...
x kan dah g honeymoon kot...
x bg tau pun...
akak dah windu sama Hj.Din...

uda08_za Publish time 25-10-2011 11:46 AM

jap...jap...tinggal sikit je lagi....
Adilla Post at 25-10-2011 10:20 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


    Kalau boleh ptg ni adalah n3 ya Sya.
    Dah rindu keletah dan telatah mereka berdua.;P

Adilla Publish time 25-10-2011 03:56 PM

sorry lambat punch card....

show times..

Adilla Publish time 25-10-2011 04:00 PM

17

“Dah siap?” suara Haji Din lembut berbisik di telinga sambil tangannya memeluk aku dari belakang. Suaranya yang semacam membuat aku yang sedang mengosok baju kerjanya serta merta tegak berdiri umpama nak menyanyi lagu Negara Ku pulak. Seriau tak ingat.

“Aminah Amia dah siap ke gosok baju saya?” suara Haji Din masih berada dicuping telinga aku. Nafasnya yang menampar-nampar menjadikan bulu roma aku juga turut berdiri tegak. Lidah kelu tak sanggup nak berkata. Haji Din yang berubah romantik hari ini. Nak kata salah makan, rasa-rasa tidak. Aku masak mengikut apa yang diajarnya.

“Aminah Amiaaaa…”sengaja Haji Din nak mendera perasaan aku bila suaranya bagaikan buluh perindu mendayu-dayu. Sambil itu rambut aku di kucup berkali-kali.

“Minn….Minaahhh….eehhh…takkkk..” aku dah tak tahu nak menjawab apa. Ada cetusan ketawa di hujung telinga aku.

“Kenapa gagap ni Aminah Amia?” sengaja Haji Din mengusik. Lelaki ni sudah pandai nak mendera hati dan perasaan aku.

“Taaakkkk…Miiinnnnahhhh..arhhhh….Haji Din jahat.” Dalam gagap sempat juga ku marah kat Haji Din.

“Hahahahaha…” Haji Din dah ketawa besar. Tetapi pegangan di pinggang aku masih tidak lepas. Bahang kepanasan seterika tidak terasa kerana bahang tubuh Haji Din yang dah melarutkan menjadikan tubuh aku sejuk ketakutan.

“Haji Dinnn…jangan kacau boleh tak? Nanti Minah salah gosok baju Haji Din. Pasti rosak.” Rayu aku.

“Saya tak kacau Aminah Amia, saya cuba bertanya saja. Itu pun salah ke?” Haji Din mengusik lagi.

“Memanglah Haji Din tak bertanya tetapi tangan Haji Din yang mengacau Minah tengah buat kerja.” Terang ku penuh perasaan. Ketawa Haji Din sekali lagi.

“Perut ni sakit lagi ke?” tanya Haji Din sambil tangannya mengusap perut aku dari belakang.

“Hahahahaha..” pecah ketawa aku pula. Bukan kerana soalannya tetapi rasa geli mengeletek bila Haji Din buat begitu.

“Lahhhh..kenapa Aminah Amia ketawa?” Haji Din pula bertanya tanpa rasa bersalah.

“Minah gelilah bila Haji Din buat begitu.” Terang ku bersama sisa ketawa.

“Ohhh..okey. Pengeli juga isteri saya ni ye!” Haji Din meluahkan tetapi tidak juga melepaskan aku.

“Perut ini sakit lagi?” sekali lagi Haji Din bertanya tetapi tangannya duduk satu tempat dan tidak berlegar macam tadi.

“Perut Minah tak sakit lagi.” Jawab ku. Aku sudah dapat menenangkan diri dari rasa geli tadi.

“Berapa hari lagi?” tanya Haji Din.

“Berapa hari lagi apa?” aku pula yang bertanya dengan Haji Din.

“Perut ini berkabung.” Luah Haji Din. Aku dah dapat tangkap apa maksud Haji Din. Terasa malu yang amat sangat. Ada ke lelaki ini cakap aku berkabung. Kalau berkabung kena naik bendera setengah tiang tetapi aku naik bendera terus.

“Ermmm..berapa hari lagi?” tanya Haji Din sambil mengerakkan tubuh aku sedikit. Mungkin lelaki ini ingat aku mengelamun.

“Hari ini masuk hari ke lima. Tinggal dua hari lagi.” Akhirnya aku terpaksa menjawab.

Iyalah bertanya itu suami aku yang harus aku hormat statusnya. Kalau aku tidak berkongsi rahsia diri bagaimana dia hendak tahu keadaan aku. Buatnya Haji Din salah cakap atau salah buat pasti angin meroyan bulan mengambang meletus. Sudah menjadi lumrah alam, setiap kali seorang perempuan yang mengalami kedatangan haid pasti ia mempengaruhi mood sekali. Jadi mungkin sebab itu Haji Din mahu berhati-hati melayan kehendak aku. Aku ada kehendak ke?

“Okey! So hari ini perut tak sakitlahkan?” bersungguh-sungguh Haji Din bertanya. Apa yang hendak dilakukan Haji Din pula. Takkan lelaki ini menghitung hari pula.

“Dah tak sakit. Kenapa?” aku dah tak sabar untuk mengetahui agenda Haji Din. Lelaki itu juga yang mengajar aku jika tak tahu bertanya dari memendam rasa.

“Kalau tak sakit, kita pergi jalan-jalan.” Terang Haji Din sambil meletakkan dagunya dibahu aku. Amboi Haji Din dah terlebih ni. Dia tak tahu ke dagunya itu berat dan janggutnya pula mencucuk kulit bahu aku yang terdedah.

“Jalan kemana?” teruja dengan ajakan Haji Din.

Sambil itu aku menegakkan seterika yang sudah digunakan. Pakaian Haji Din semua telah siap aku gosok. Aku gantungkan satu persatu bersama seluarnya. Tali lehernya pula aku susun mengikut kesesuaian baju kemeja yang lelaki akan pakai. Kalau Haji Din tak berkenan, dia boleh menukarnya semula.Mengosok pakaian adalah sesuatu perkerjaan yang cukup seronok bagi aku. Dengan seterika yang panas, aku susuri tiap lekuk baju tersebut. Kalau dulu aku suka membilas dengan air kanji. Bila digosok cantik saja. Tetapi di rumah Haji Din takkan aku pandai-pandai buat begitu. Nanti marah pula Haji Din.

“Mengelamun yeh!” aku terpinga-pinga bila hidung aku ditarik oleh Haji Din. Tenggelam dalam lamunan rupanya aku. Sempat lagi.

“Apa Haji Din cakap?” tanya aku semula. Muka dah kemerahan bila tertangkap dengan perangai aku yang tak boleh ditinggalkan.

“Saya cakap saya nak bawa isteri saya Aminah Amia pergi bersiar-siar.” Terang Haji Din satu persatu. Berapa banyak saya daaaa….

“Oh! Kemana?” tanya aku yang tidak sabar ini.

“Dah tak sabar yeh!” usik Haji Din. Wajahnya ceria bila bersama aku. Dari airmukanya terbiasa senyuman dari sudut mata dan bibir. Aku berharap dapat memberi kebahagian pada lelaki yang sudah menjadi suami ku ini. Hanya ada sedikit kemusyikilan yang terbit disudut hati aku bila melihat wajahnya yang serius bila berada diluar rumah. Entah kenapa?

“Mana ada.” Luah ku bersama perasaan malu. Haji Din dapat menangkap rasa teruja aku rupanya.

“Iyer ke ni?” sekali Haji Din menduga. Sengajalah tu.

“Okey! Minah ngaku.” Akhirnya aku mengakui atas anggapan Haji Din dan lelaki itu dengan senang hati memeluk aku.

“Kita pergi Taman Botani.” Terang Haji Din.

kaypo Publish time 25-10-2011 04:01 PM

sorry lambat punch card....

show times..
Adilla Post at 25-10-2011 15:56 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

wah cam tgk movie lak...ada show time...cepat cepat..beli pop corn..ngan coke...aku dah ready nihhh....
:lol:

Adilla Publish time 25-10-2011 04:03 PM

“Taman Botani? Putrajaya?” mata aku dah besar. Wow! Putrajaya tu. Tempat yang aku kagumi dengan susur atur pembangunannya.

“Suka? Aminah Amia pernah pergi?” tanya Haji Din.

“Minah memang nak sangat pergi Putrajaya. Minah tak pernah pergi sana. Terimakasih Haji Din.” Sekali lagi aku berada luar kawalan. Aku melompat-lompat sambil memeluk Haji Din. Tingkah ku terhenti bila melihat wajah Haji Din yang terpinga-pinga dengan gelagat aku. Malunya.

“Minah minta maaf.” Luah ku sambil tertunduk malu. Haji Din pandang aku lama dan akhirnya senyuman terukir dibibirnya. Mungkin gelihati melihat sifat keanak-anakkan aku.

“Tak ada yang perlu diminta maaf. Lepas ni Aminah Amia bersiap. Saya ada belikan baju dan track suit untuk Aminah Amia. Kasut juga. Kita beriadah sambil mengeluhkan peluh.”
Terang Haji Din dan lelaki itu tanpa segan menolong aku menyimpan pakaian kerjanya kedalam almari.

“Haji Dinnn…kalau tali leher dan warna baju yang Minah padankan tak sesuai Haji Din tukar semula iya. Minah tak pandai sangat nak sesuaikan ikut citarasa Haji Din.” Luah ku sambil mengemas tempat mengosok baju tadi. Papannnya aku tutup dan seterika diletakkan di tempatnya semula.

“Tak mengapa, Aminah Amia belajarlah perlahan-lahan tentang saya. Begitu juga saya yang belajar tentang Aminah Amia. Lama-lama kelamaan keserasian itu akan wujud. Cuma kita kena beri peluang pada diri kita sendiri.” Ajar Haji Din. Aku tersenyum. Itulah sifat Haji Din yang aku suka. Mengajar dan menegur aku cara berhemah.

“Nanti Haji Din ajar Minah ikat tali leher boleh tak?” pinta aku. Dari tadi aku cuba mengikatnya dileher tetapi tak jadi-jadi. Terjerut adalah bila salah tarik.

“Kenapa Aminah Amia nak belajar?” duga Haji Din. Aku dah termalu. Takkan aku nak cakap yang aku hendak ikatkan tali leher untuk lelaki ini.

“Saja!” jawab ku sepatah. Lantas aku cuba melangkah keluar dari bilik tidur. Segan aku hendak berlama dengan Haji Din bila lelaki itu mengutarakan soalan yang buat aku termalu sendiri.

“Ehhh…nak kemana tu? Aminah Amia belum jawab soalan saya lagi kan?” tanya Haji Din. Sengaja lelaki ini tarik tali dengan aku.

“Tak mengapalah. Minah nak turun bawah, nak sapu laman.” Alasan aku. Haji Din dah tenung aku.

“Mari sini!” panggil Haji Din. Aku kembali melangkah perlahan menghampiri Haji Din dan hanya berdiri memandang dinding. Tak sanggup menatap wajah Haji Din yang dari tadi merenung aku.

“Kenapa nak lari Aminah Amia?” lembut Haji Din menyapa. Aku dah serba salah. Tak sangka Haji Din dapat membaca rentak aku.

“Minah malu.” Jujur aku menjawab. Haji Din memusingkan tubuh aku dan mengadapnya.

“Kenapa dengan suami sendiri pun nak malu?” sekali lagi Haji Din membuat aku serba salah. Apa aku nak jawab ni.

“Aminah Amia tak perlu malu dengan saya. Jika ada apa-apa kat dalam hati tu, luahkan saja. Belajar untuk meluahkan dari menyimpankan dan ia akan memudaratkan diri sendiri jika tak diluahkan. Faham?” tegas Haji Din berkata. Aku hanya mengangguk dan tak mampu bertemu pandang dengan Haji Din. Sekali lagi aku terkena. Dengar tu Minah.

“Boleh Minah minta diri?” pinta ku takut-takut.

“Tak boleh!” jawab Haji Din selamba. Aku dah terkulat-kulat.

“Saya nak Aminah Amia bersiap sekarang. Kan kita nak pergi Putrajaya. Kalau Aminah Amia sapu laman bila masa kita nak bertolak.” Alasan Haji Din membuat aku tersenyum dan laju langkah aku ke almari baju. Haji Din juga mengekori dan lelaki itu sendiri mengeluarkan dua pasang baju yang senada warnanya. Track suit berwarna hitam dan tshirt berwarna biru laut. Lembut saja warnanya. Sesuai dengan kulit aku dan Haji Din.

“Suka?” tanya Haji Din. Aku mengangguk.

“Cepatlah siap.” Arah Haji Din.

“Haji Din keluar dululah.” Aku pula mengarah Haji Din.

“Kenapa saya pula kena keluar?” tanya Haji Din tanpa rasa bersalah.

“Minah nak tukar bajulah. Takkan Minah nak salin baju depan Haji Din.” Ujar ku geram. Haji Din agak-agaklah kalau nak bergurau. Suka memalukan aku.

“Kalau saya duduk dalam bilik ini pun Aminah Amia boleh salin bajukan.” Ujar Haji Din lagi. Amboi-amboi Haji Din dah over dos.

“Tak boleh! Kalau Haji Din tak nak keluar, Minah tak nak ikut Haji Din.” aku pula dah pandai mengugut. Terselit sedikit senyuman Haji Din yang cuba disoroknya.

“Haji Din kena keluar.” Pinta ku sambil menolak tubuh lelaki itu berulang kali. Haji Din nak memprotes tetapi aku jegilkan mata dan Haji Din tertawa. Lelaki itu terus membawa diri keluar dari bilik kami meninggalkan aku dengan sepasang baju baru.

Adilla Publish time 25-10-2011 04:05 PM

Post Last Edit by Adilla at 25-10-2011 16:43

Sampai di Taman Botani, Haji Din membawa aku bersiar-siar di situ. Terdapat banyak pokok-pokok bunga dan bermacam jenis fauna yang ditanam. Langskapnya pula sungguh cantik. Terpersona aku dengan permandangan yang indah itu. Ciptaan ALLAH tiada siapa yang boleh menandinginya.

“Jom!” ajak Haji Din sambil meraih tangan ku dalam genggamannya.

Aku susuri Taman Botani dengan satu perasaan yang indah. Haji Din sentiasa dekat dengan aku. Tidak pernah berenggang walau banyak mata yang memandang. Aku pula tidak kisah dengan pandangan mereka. Bagi aku, ini suami aku dan halal walau di mata dunia. Kenapa tidak pandang saja pada anak-anak remaja yang tanpa segan silu berdakap mesra sedangkan haram bagi mereka. Salahkah aku berkahwin dengan lelaki yang matang dari aku? Asalkan aku tidak merampas atau melukakan orang lain sudah cukup untuk aku dan Haji Din. Sedangkan Haji Din pun sejak berkahwin tidak lagi menyentuh perihal perkahwinannya yang terdahulu.

“Aminah Amia suka tak tempat ini?” tanya Haji Din sambil menarik aku rapat dengannya. Tangan kanannya menyentuh sehelai daun lantas menciumnya. Aku ikut telatah Haji Din dan akibatnya tekak aku menjadi loya bila tercium bau yang datang dari tumbuhan tersebut.

“Pokok apa ni Haji Din?” tanya ku minta kepastian. Aku lihat lelaki itu selamba sahaja tanpa rasa tergugat dengan bau tersebut.

“Ini adalah salah satu herba yang ditanam disini untuk memberitahu kepada pengunjung bahawa masih wujudnya tumbuhan ini dan ia digunakan pada zaman datuk nenek moyang kita untuk merawat atau mengubati penyakit sebelum adanya perubatan moden.” Terang Haji Din.

Aku merasa seronok bila Haji Din menerangkan serba sedikit perihal Taman Botani ini. Taman ini diwujudkan sejak tahun 2001 yang mempunyai lebih kurang dua ratus tiga puluh ekar dan kini ia dibuka berperingat-peringkat kepada pengunjung. Taman Botani juga ditanam dengan flora atau tanaman bunga yang boleh digunakan untuk sesebuah langskap. Tanaman lain seperti tanaman air, tanaman evolusi dan tanaman yang hampir pupus juga boleh didapati disini. Jika kita pergi ke satu bahagian pula pernuh dengan pokok-pokok bunga yang mengeluarkan haruman dan kita boleh dapati bermacam-macam bau bercampur aduk. Bagaikan dikelilingi kaunter minyak wangi seperti di shopping complex.

Terpegun bila Haji Din tanpa henti menerangkan segala-galanya tentang Taman ini. Lebih baik aku belajar tentang taman ini dari aku belajar tentang Taman Tasik Titiwangsa yang ramai anak-anak muda memadu kasih.

“Faham tak ni?” tanya Haji Din bila melihat aku masih merenungnya dengan penuh kusyuk.

“Minah faham. Terima kasih Haji Din sebab bawa Minah datang sini. Minah suka tempat ini.” Terang ku penuh teruja.

“Apa nak terima kasih dengan saya Aminah Amia, sudah tanggunjawab saya untuk menyenangkan hati isteri saya. Dah jom kita jalan-jalan tempat lain.” Ajak Haji Din lantas bahu aku jadi sandaran tangannya pula. Aku hanya mengikuti setiap langkah Haji Din. Hampir petang barulah Haji Din mengajak aku beredar dan kami singgah di Masjid Putrajaya untuk melunaskan hutang solat yang masih tertangguh.

Sampai disana sekali lagi aku terpegun bila melihat keindahan seni bina yang terbentuk. Terlalu halus. Bertempat disisi tasik membuat pemandanganya damai sedamainya. Ramai yang datang beriadah sementara masuk waktu. Tak perlu pergi jauh-jauh untuk melihat keindahan cintaan Tuhan. Disekeliling kita pun ada.

“Aminah Amia! Saya pergi solat dulu kemudian kita jalan-jalan. Magrib pun kita solat disini iya.” Pinta Haji Din bila aku hendak keluar dari kereta. Tangannya masih diatas kepala aku untuk menghalang aku terantuk. Keras-keras lelaki ini bila bersama aku sikap pelindung tidak disorokkan.

“Okey! Minah ikut saja. Haji Din yang kena solat. Minah cuti. Jangan lupa.” Jawab ku bersama senyuman. Aku tidak kisah dengan cadangan Haji Din asalkan ia memberi manafaat pada kami berdua.

“Itulah isteri saya, Aminah Amia.” Luah Haji Din dengan ayat yang sama. Tidak perlu meluahkan dengan kata sayang cukuplah dengan ucapan kedudukan aku disisinya dan ia buat aku tahu siapa aku disisi lelaki matang ini.

“Aminah Amia, dalam beg ini ada telekung. Aminah Amia gunakan iya. Kita jumpa depan pintu besar nanti.” Terang Haji Din sambil menyerahkan beg berwarna kuning yang siap terisi telekung. Termalu aku dengan kelalaian sendiri. Sepatutnya kemana pergi beg ini yang harus ku kendong. Bukan beg yang besar gedabak tetapi isinya hanya telefon dan purse. Tetapi kali ini Haji Din dah jadi pelupa agaknya.

“Sekali lagi Haji Din lupa ek?” Jawab ku perlahan.
"Ohhh...sorry." jawab Haji Din bersama senyuman malunya. Otak Haji Din dah tua kot.

Kami berganding ke pintu besar masjid tersebut. Sebelum bergerak ke bahagian perkarangan luar dimana ditempatkan kerusi-kerusi untuk berehat, aku segera menyalami Haji Din dan lelaki itu tersenyum sahaja.

“Jaga diri, tunggu disini jangan nak kemana-mana.” Pesan Haji Din lagi. Risau sungguh Haji Din dengan keadaan aku. Hehehe..dah sayanglah tu.

Walaupun aku tidak boleh bersolat tetapi dalam hati aku ini ingin juga turut berdoa di depan rumah ALLAH ini. Walaupan aku tidak dapat memasuki rumah ALLAH ini tetapi kesempatan ini harus ku rebut. Aku memohon kepada Yang Satu agar segala kebahagiaan aku ini dirahmati segalanya. Pinta aku hanya satu, kasih sayang yang diberi oleh ALLAH sentiasa penuh dengan perhatian orang sekeliling. Aku berharap Haji Din yang dijanjikan jodoh ku dapat memimpin aku ke jalan yang di redhai. Aku juga memohon dapat dikembalikan kecerian abah aku yang dah hilang sejak berkahwin dengan mak tiri aku.

Aku setia menunggu Haji Din di tempat tadi. Dari jauh tersenyum Haji Din dengan rambutnya yang lembab. Sinar matanya yang bersih dan wajahnya yang tenang kesan dari wuduk tadi membuat hati aku perlahan-lahan terbuka untuk mendekatinya sebagai seorang isteri. Aku ingin menjadi sebahagian dari hidupnya. Mengatur makan minum pakainya. Menyenangkan hatinya dari masalah-masalah kerja. Aku juga ingin memberi keceriaan dari kedukaan yang lama. Tetapi itu semua kena dilakukan oleh kedua-dua belah pihak dan aku berharap Haji Din dapat memberi peluang itu pada aku. Dengan layanannya sehingga kini, aku tahu yang sebahagian dari hidupnya terisi dengan diri ku. Aku harap ia berkekalan selamanya.

hotmum Publish time 25-10-2011 04:06 PM

Reply 293# Adilla


syaaaa .. mana cukuuuuuppp ....

mau lagiiikkkkkk ... pleasseeeeeeeeeeeeee .... :lol:

Adilla Publish time 25-10-2011 04:07 PM

Post Last Edit by Adilla at 25-10-2011 16:45

“Dah siap?” sebaik menghampiri aku ucapan itu yang keluar dari bibir ini. Haji Din mengangguk dan aku menyalaminya seperti biasa. Satu kucupan kudus ku berikan untuk dia bergelar suami ku. Kami perlahan-lahan meninggalkan kawasan masjid dan menuju ke kereta yang diparkir di ruang yang disediakan.

“Mari kita jalan-jalan lagi.” Ajaknya Haji Din sambil meletakkan kembali beg yang berisi telekung yang ku hulurkan. Masih terletak elok.

“Jalan lagi ke?” tanya aku bergurau. Sengaja aku hendak menyakat Haji Din.

“Aminah Amia penat ke?” tanya Haji Din serius.

“Kalau Minah penat, Haji Din boleh dukung Minah?” usik aku. Haji Din dah termangu. Minah dah jadi nakal hari ini. Jaga Haji Din.

“Dukung? Disini?” tanya Haji Din tak puas hati.

“Iya!” aku masih cuba mengusik. Haji Din dah terdiam. Lama. Mungkin berfikir sama ada hendak memenuhi apa yang aku pinta atau tidak sanggup dengan mata yang memandang. Tengok sejauh mana Haji Din berperang dengan perasaannya.

“Okey!” akhirnya Haji Din mengambil keputusan yang sungguh tidak ku jangka.

“Okey?” tanya ku minta kepastian.

“Mari sini, saya dukung Aminah Amia. Sakit sangat yeh kaki itu?” tanya Haji Din. Aku cuba menjarakkan diri dari Haji Din. Tak sangka dari main-main sekarang memakan diri sendiri pula. Haji Din dah renung aku. Mungkin tertanya-tanya mengapa aku bertindak menjauhkan diri darinya.

“Mari sini!” panggil Haji Din bila aku dah dah berlalu ke sebelah depan kereta.

“Tak nak!” jawab aku.

“Aminah Amia kata kaki sakitkan. Mari sini saya dukung.” Sekali lagi Haji Din bersuara.

“Kaki Minah okey je.” Jawab ku dari depan kereta.

“Aminah Amia!” mungkin terasa dipermainkan Haji Din bersuara geram.

“Saya!” jawab ku sambil tersenyum.

“Aminah Amia mari sini.” Gamit Haji Din sambil mempamerkan muka yang tegang. Alamak Haji Din dah marah.

“Minah main-main saja.” Jawab ku sambil bergerak ke sebelah kiri kereta bila melihat Haji Din menghampiri ku. Aku takut nak dekatkan diri dengan Haji Din bila perbuatan aku telah mengugat kesabarannya. Kenapa hari ini aku terlebih nakal.

“Aminah Amia! Mari sini.” Sekali lagi Haji Din memanggil aku dengan nada yang ditahan. Maaf Haji Din, Minah bergurau saja.

“Minah minta maaf, Minah hanya bergurau.” Terang aku lagi.

Haji Din dah bergerak ke sebelah kiri pula dan serta merta aku bergerak ke sebelah kanan. Haji Din dah mengeleng kepala. Dah macam main kejar-kejar pula. Haji Din dah tak berkata apa cuma gerakannya untuk mendekati ku masih tidak berjaya kerana aku akan berubah tempat kalau Haji Din berubah tempat juga. Tiba-tiba…..

“Aduhhhh…” Haji Din terduduk. Aku tergamam.

“Alamak!” kedua-dua tangan dah menutup mulut. Terus aku mendapatkan Haji Din yang sedang memegang kakinya.

“Haji Din, maafkan Minah. Minah tak sengaja.” Pinta ku sebak sambil memegang kaki Haji Din. Aku pun tak tahu kaki mana yang sakit. Mungkin kiri atau kanan. Haji Din memegang kedua-dua kakinya sambil mengaduh.

“Haji Din! Mana sakit? Tunjuk dengan Minah.” Luah ku bersama sendu. Airmata mengalir turun bila melihat Haji Din masih memegang kakinya. Sedikit pun Haji Din tak pandang wajah aku. Marah agaknya.

“Haji Din! Haji Din!” sekali lagi aku memanggil Haji Din yang masih memegang kakinya.

“Aduhhhhh…” Suara Haji Din yang mengadoi membuat aku tidak betah.

“Minah cari orang yeh. Haji Din tunggu sini.” Suara aku dah tenggelam dengan tangisan. Entah kenapa tiada siapa pun kelihatan di kawasan parkir tersebut.

Aku segera bangun dan tiba-tiba tangan ku diraih. Aku pandang Haji Din. Renungannya yang tajam dan tiada senyuman membuat aku serba salah.

“Haji Din, Minah nak panggil orang.” Terang ku bila melihat Haji Din masih tidak meleraikan peganganya.

“Nakal ek!” ujar Haji Din geram sambil bangun berdiri. Aku lihat kaki Haji Din. Airmata pula terus terhenti. Kena tipu ke?

“Kata kaki sakit?” tanya ku minta kepastian.

“Dah pandai nakal kan.” Haji Din tidak hiraukan kata-kata aku sebaliknya tangan aku ditepuk berulang kali. Bukan sakit pun. Tepuk manja.

“Kaki tak sakit?” aku cuba bertanya lagi.

“Kaki tak sakit tapi ini sakit.” Jawab Haji Din sambil menunjuk ke dadanya. Aku dah dapat jawapan dari pertanyaan aku sendiri. Tanpa aku sedari bibirnya dah tersenyum.

“Minah minta maaf.” Ujar aku untuk melegakan hati Haji Din yang panas. Aku cuba beli dengan senyuman.

“Saya nak denda Aminah Amia.” Tanpa sebarang syarat aku dah terkena.

“Denda! Denda apa?” tanya aku tidak sabar. Takut bila disebut denda. Rasa tak tenang dah mula bersarang. Kalau bab denda ini aku memang fobia. Mak selalu mendenda aku dengan merotan tangan aku berulang kali jika tidak puas hati dengan perangai aku. Belum lagi rambut aku ditarik atau badan aku dilepuk.

“Tunggu malam ini.” Jawab Haji Din dan tangannya dihulurkan kepada aku. Dalam takut aku menyambut huluran tangan kanan Haji Din. Genggaman yang erat tidak berjaya mententeramkan hati aku dah mula dipalu.

“Haji Din nak denda Minah apa?” aku takut-takut nak bertanya. Ku dongakkan kepala aku untuk menatap wajah Haji Din disebelah.

“Nak denda macam-macam. Tadi Aminah Amia nakalkan jadi malam nanti saya nak denda kerana buat saya sakit hati.” Jawab Haji Din tanpa memandang aku.

“Janganlah begitu. Kaki Haji Din sakit lagikan. Nanti Minah urut.” Pujuk aku cuba meraih simpati.

“Tak sakit. Tadi acah saja.” Jawab Haji Din selamba.

“Okeylah, Haji Din jalan sendiri.” Rajuk ku sambil meleraikan jari jemari sasa Haji Din.

“Aminah Amia. Jalan dengan saya.” Tegas Haji Din. Aku tidak perdulikan kata-kata Haji Din. Nak merajuk sikit untuk Haji Din membatalkan hukumannya.

“Nak kemana ni?” segera Haji Din mencepatkan langkahnya dan segera menarik lengan aku. Sah-sah Haji Din dah kalah. Hehehe…

“Batalkan denda.” Pinta aku tanpa memberi jawapan pada soalan Haji Din.

“Ermmmm…nakalnya isteri saya Aminah Amia….” Gelak Haji Din bila menyedari akal ku.

“Boleh?” tanya ku.

“Tengoklah nanti.” Jawapan Haji Din membuat aku menarik muka masam. Haji Din dah tergelak dan serta merta tudung aku ditarik kebelakang.

“Haji Dinnnnn!!!!” bentak ku geram.

“Hahaha…nak kenakan saya ehhhh…” usik Haji Din bila akal aku tidak menjadi.

“Tak nak kawan!” ujar ku masih geram. Dah macam kanak-kanak rebina pula.

“Tak nak kawan sudah, nama isteri saya Aminah, malam nanti kenalah” Haji Din dah berpantun tiga kerat pula. Aku tidak dapat menahan ketawa bila mendengar pantun Haji Din. Tak senonoh. Tak jadi aku hendak marah. Haji Din menarik aku dekat dengan dirinya dan pelukan dibahu menjawab segalanya.

“Saya sayang isteri saya Aminah Amia.” Bisiknya lembut di telinga ku dan yang pasti hanya aku dan DIA mendengarnya.

kaypo Publish time 25-10-2011 04:15 PM

“Tak nak kawan sudah, nama isteri saya Aminah, malam nanti kenalah”


wah hj din siap berpantun...bersendaloka :lol:

zeeghaz Publish time 25-10-2011 04:19 PM

Wow, suka-suka. Aminah Amia dah semakin mesra dengan Haji Din. Dan dua-dua pun dah pandai bergurau.
Pages: 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 [15] 16 17 18 19 20 21 22 23 24
View full version: PERLUKAH AKU?


ADVERTISEMENT