syasya.syaaa Publish time 31-10-2011 04:31 PM

assalamualaikum wbt....
wah wah wah minah dapat hadiah...sya nk lagi :lol:
sya ada rancangan nak terbitkan juga ker hj din minah ni...

Adilla Publish time 31-10-2011 04:44 PM

assalamualaikum wbt....
wah wah wah minah dapat hadiah...sya nk lagi
sya ada rancangan nak t ...
syasya.syaaa Post at 31-10-2011 16:31 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   tak tahu lagilah syasya..tgk pada permintaanlah..tp ada ke org nak beli...;P
utk yg merindui Minah dan Haji Din terutamanya...sya tgh menaip ni...harap bersabar ek...malam dh tak dapat nak menaip sbb cik abg plak dah chop lappy. ni nak kena kumpul duit beli satu lagilah gamaknya...

iwimz Publish time 31-10-2011 05:09 PM

x sabar ni sya...
tunggu n3...
tengah part bahagia ni...

hijau_serindit Publish time 31-10-2011 06:31 PM

tak sabar nk tunggu sambungan nih... baru dpt habiskan arini....

haji din nak p keje dah ye.. dia kena buat syarat kat minah, semasa dia p keje, jgn bukak pintu walaupon utk mak dgn bapak dia. kang xpasal2 mak tiri dia mintak duit dgn brg kemas yg haji din baru bagi. tak psl2 je kang!

rasanya, mak tiri dia dh bagi makan family minah ni mkn mcm2. tu yg sume org xberani dgn dia. kesian diorg. jahat betol makcik nih!

lg 1 ijau speku, mak tiri minah ni goda haji din. tu yg hj din marah masa kat umah tu. huhu.... jahat2.:vmad3:{:4_226:}

none88 Publish time 1-11-2011 12:06 PM

cepat la mana sambungan nie...xsabar dah...
suka HAJI DIN....weeeee :$

shahrinas Publish time 1-11-2011 12:34 PM

Apa khabar MINAH ari nie... :L

syasya.syaaa Publish time 1-11-2011 02:33 PM

Reply 382# Adilla
mana hj din ni..takkan g kerja tak blk lgi..dah selasa ni...:2lol:hj din ooo hj din...;P

Adilla Publish time 1-11-2011 05:06 PM

ok...show time...:$

Adilla Publish time 1-11-2011 05:07 PM

19

“Ingat! Tutup pintu. Kunci rumah. Jangan nak kemana-mana. Jangan bagi orang masuk kalau tak kenal. Jangan buka pintu kalau orang ketuk. Jangan layan orang yang jual barang. Jangan percaya dengan sesiapa yang datang.” Haji Din masih bercakap ketika memakai stoking. Berapa banyak Jangan. Aku hanya duduk disebelah sambil memandang suami aku membetulkan stokinnya.

“Kalau ada apa-apa hal cepat telefon saya. Tahukan nak gunakan handphone tu kan? Mana handphone?” tanya Haji Din sambil berdiri. Aku mengangguk dan turut berdiri sambil mengeluarkan handphone tersebut dan menunjukkan pada Haji Din. Rasanya dah banyak kali pesanan ini masuk ke telinga ku. Hingga dah tahu mana yang dulu dan mana yang kemudian.

“Ingat! Jangannn…” Haji Din masih berpesan.

“Haji Dinnnn..Minah ingat. Dari malam tadi Haji Din dah begitahu Minah semuanya. Minah tak lupa. Kalau Haji Din masih cakap-cakap lagi, pasti Haji Din lewat nak ke pejabat. Hari ini hari pertama Haji Din jadi janganlah bagi rekod buruk.” Aku memintas ayat Haji Din tadi. Tangan ku membetulkan tali leher yang sempat aku ikat tadi. Nasib baik tak terjerut leher Haji Din bila aku salah tarik.

“Kalau apa-apa hal telefon saya.” Pesan Haji Din lagi tanpa menghiraukan apa yang aku katakan tadi.

“Iya! Minah akan telefon Haji Din.” Akur aku. Tangan Haji Din dah menarik pinggang aku dan membuat tubuh aku dekat dengan Haji Din.

“Rasa taknak pergi kerjalah.” bisik Haji Din. Amboi-amboi Haji Din gatalnya.

“Jangan nak mengada.” Marah ku sambil cuba melepaskan linggakaran tangannya yang dah membalut pinggang aku.

“Aminah Amia ikut saya pergi opis nak tak?” tanya Haji Din. Dah macam budak kecil pulak aku rasa Haji Din ini.

“Haji Din janji dengan Minah balik cepat.” Lain yang ditanya lain yang aku jawab kerana aku hendak hentikan renggekan Haji Din ini. Nanti tak pasal-pasal tak pergi kerja pula dia.

“Okey! Saya janji balik cepat. Tapi Aminah Amia janji tunggu saya iya.” Pinta Haji Din pula. Pastilah aku menunggu dia kerana dia suami aku.

“Okey!” jawab ku bersama senyumannya.

“Saya sayang isteri saya Aminah Amia.” Luah Haji Din dan menarik aku dalam pelukannya. Erat.

“Tengahari saya cuba balik makan.” Luah Haji Din.

“Tak perlu kalau tak boleh. Jauhkan Putrajaya dengan Kampung Pandan.” Pujuk aku. Hari pertama berkerja sudah pasti banyak yang Haji Din perlu buat. Nanti terkejar-kejar pula lelaki ini.

“Aminah Amia tak suka ke kalau saya balik makan tengahari?” Haji Din dah salah tafsir tentang apa yang aku katakana.

“Bukan begitu Haji Din. Minah tahu hari ini hari pertama Haji Din berkerja jadi pasti yang Haji Din nak buat. Minah lagi suka kalau Haji Din balik makan dengan Minah tapi kalau itu akan buat Haji Din hilang tumpuan pada kerja, Minah jadi tak sukalah.” Pujuk aku. Haji Din menatap aku dengan mata helangnya.

“Kalau begitu kata Aminah Amia, saya akan cuba habiskan kerja secepat mungkin. Saya janji balik awal hari ini.” Akur Haji Din bersama senyuman.

Adilla Publish time 1-11-2011 05:09 PM

“Begitulah suami Minah.” Usik ku sambil melurutkan baju kemejanya yang berwarna hijau lembut itu supaya bertambah kemas. Tali leher berwarna krim berbintik hitam membuat lelaki itu sungguh kacak dimata aku. Jangan ada yang terpikat sudahlah. Amboi Minah dah pandai cemburu.

“Dalam peti ais tu ada ayam, udang dan sotong. Nak makan apa Aminah Amia masak untuk Aminah Amia saja. Balik nanti kita masak sama-sama.” Pesan Haji Din. Aku dah mengeleng kepala bersama senyuman.

“Tak mahu. Kali ini Minah cuba masak dan balik nanti Haji Din jadi juri. Okey?” tanya ku. Haji Din tersenyum sambil mengangguk kepala.

“Saya nak pergi ni. Aminah Amia jaga diri. Pintu kunci. Kalau ada apa-apa hal, telefon saya cepat.” Sekali lagi Haji Din berpesan. Langkahnya dah mengatur ke pintu. Aku mengikutinya bersama briefcase ditangan.

“Jaga diri sayang, saya pergi dulu.” Pesan Haji Din. Aku menyalaminya dan dengan kudus kucupannya berlabuh didahi.

“Baik-baik bawa kereta. Dan sampai beritahu Minah.” Aku pula berpesan.

“Baiklah, saya pergi dulu.” Sekali lagi Haji Din memohon diri tetapi masih tercegat berdiri depan aku.

“Bye! Asalamualaikum.” Salam ku dan dengan berat hati Haji Din melangkah masuk ke keretanya. Tingkap segera diturunkan. Lelaki itu masih memandang aku. Parah Haji Din ni.

“Walaikumsalam sayang, jaga diri.” Pesannya masih tertutur dibibir.

Aku melambai bila melihat kereta Haji Din perlahan-lahan bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Setelah itu aku segera masuk dan mengunci pintu dan grill seperti yang dipesan oleh Haji Din.

“Ermmm…” apa yang aku hendak buat dalam rumah besar ini iya?” bisik ku sendirian. Sejak hari pertama berkahwin dengan Haji Din, aku sentiasa bersamanya baik didalam rumah atau luar rumah. Jika hendak buat sesuatu pasti kami bersama. Jadi hari ini adalah hari pertama aku sendirian. Kembali kepada status single tetapi single yang berpunya. Mesti pelikkan. Iyalah dalam beberapa jam ini aku sudah single tetapi status aku adalah isteri orang.

Aku menuju ke dapur dan mengeluarkan sotong untuk dimasak. Termasuk juga sayur kubis dan cili. Aku letakkan disingki supaya sotong yang keras tadi menjadi lembut untuk disiang.

“Menu hari ini adalah sotong goreng berkunyit, sayur kubis goreng berkicap, sambal tumis ikan bilis Haji Din dan telur dadar. Disediakan oleh Chief Puan Aminah Amia Bt Abu Bakar.”

Sendirian aku membebel. Kalau didengar Haji Din pasti lelaki itu akan gelakkan aku. Harap menu aku hari ini akan disukai suami ku. Hari itu Haji Din dah menunjukkan cara untuk memasak sotong goreng kunyit. Memang sedap, jadi hari ini aku ingin mencuba cara aku pula. Kalau lauk berkuah pula agak kurang pada Haji Din kerana lelaki ini tidak gemar masakan berlemak terutamanya yang melibatkan santan. Masak lemak cili api ikan kerisi tu aku yang paksa Haji Din masak kerana kegagalan aku masak lauk tersebut membuat aku ingin mencuba dan mencuba. Sementara itu aku mengemas apa yang patut. Aku pandang ruang tamu yang agak besar ini. Teringin untuk mengalihkan sofa yang berangkai itu. Sudah berapa lama agaknya sofa ini tidak beralih. Cuba kalau diubah tempat pasti akan memberi pandangan barukan. Tetapi adakah Haji Din benarkan aku mengubah tempat perabut di ruang tamu ini? Dalam berfikir-fikir aku mengeluarkan handphone dalam kocek seluar.

“Errmmm…apa kata telefon Tuan Tanah dulu. Nanti Tuan Tanah tak benarkan aku pula yang susah nanti. Pandai-pandai saja nak mengatur rumah orang.” Jawab aku sendiri. Aku menekan nombor satu dan butang hijau. Telefon ku lekapkan di telinga. Itu nombor Haji Din yang telah disetkan oleh lelaki itu sebagai speed dail. Tidak sampai lima saat terdengar bunyi dihujung sana.

“Hello! Aminah Amia okey ke?” serta merta aku diterpa oleh suara Haji Din.

“Asalamualaikum Haji Din.” Lembut aku berkata untuk meredakan perasaan kelam kabut Haji Din.

“Ohh..walaikumsalam Aminah Amia. Isteri saya okey ke ni? Ada apa-apa hal call saya?” soalan demi soalan aku diaju oleh Haji Din. Ada nada risau dihujung talian.

“Minah okey Haji Din. Tak perlu risau. Maaf Minah menganggu Haji Din.” Terang aku. Takut juga kalau aku menganggu lelaki ini yang sedang berjuang pada hari pertama setelah bergelar suami buat kali kedua.

Adilla Publish time 1-11-2011 05:11 PM

“Mana ada istilah isteri menganggu suami.” Usik Haji Din bersama tawanya. Mungkin dah reda perasaannya.

“Haji Din dah sampai ke?” tanya aku. Iyalah takut lelaki ini tengah memandu dan menganggu konsentrasinya.

“Baru saja Aminah Amia, sedang masuk parking. Aminah Amia telefon saya kenapa? Isteri saya okey kan?” lembut Haji Din berbicara tidak seperti tadi. Mungkin mendengar atur bicara aku yang tenang.

“Minah okey.” Jawab aku bersahaja.

“Atau Aminah Amia rindu dengan saya?” usik Haji Din lagi. Atau Haji Din yang rindu dekat aku. Iyalah ketika nak pergi kerja bagaikan tak nak berenggang dengan aku.

“Memanglah Minah rindu dengan Haji Din. Sebab satu minggu Haji Din ada kat rumah dengan Minah tapi hari ini Haji Din tak ada. Tercari-carilah juga.” Jujur aku menjawab. Iyalah dah terbiasa Haji Din ada disebelah.

“Haji Dinnn..Haji Dinnn…Haji Din ada lagi ke?” tanya ku. Lama tiada jawapan dari sebelah sana.

“Errmmm… ada..ada. Maaf!” Haji Din dah gagap.

“Haji Dinnn…”lembut aku berbisik. Saja je nak buat Haji Din tak senang duduk. Nakal kau Minah.

“Iyaaa…” Haji Din menjawab. Aku dah tergelak dalam hati bila suara Haji Din menjadi tidak tentu arah.

“Minah nak minta sesuatu boleh tak?” tanya ku lemah lembut. Aku sengaja berbuat demikin bila terkenangkan Haji Din mengenakan aku dengan permainan buah Dam.

“Minta apa Aminah Amia. Nak saya balik rumah sekarang ke?” sekali lagi aku menahan gelak. Haji Din…Haji Din…

“Haji Din tak perlu balik sekarang. Haji Din hanya perlu ajar dari sana saja.” Ujar ku dengan ayat mengoda. Kali ini pasti Haji Din terkena.

“Ajar apa Aminah Amia?” tanya Haji Din tidak sabar.

“Errmm…Minah nak buat tapi takut.” Aku menjawab.

“Buat apa Aminah Amia?” dengan pantas Haji Din bertanya.

“Janji Haji Din benarkan.” Pinta aku pada Haji Din dihujung talian.

“Saya janji tapi Aminah Amia beritahu dahulu apa bendanya yang perlu kebenaran dari saya.” Panjang lebar Haji Din berkata. Dapat aku selami dari kata-kata itu ada nada tidak
sabar untuk mengetahui maksud aku.

“Minah nakk….Minah nakkkk..” sengaja aku lambat-lambatkan berkata.

“Aminah Amia nak apa?” Haji Din dah bersuara tidak sabar.

“Minah nak minta kebenaran Haji Din untuk ubah susun atur perabut ruangtamu rumah Haji Din. Boleh ke?” akhirnya aku berkata.

“Itu sahaja?” Haji Din bersuara.

“Itu sahaja. Kenapa Haji Din?” aku pula bertanya.

“Ingatkan apa tadi.” Ngomel yang perlahan sampai juga ketelinga aku.

“Haji Din ingat apa?” cepat aku bertanya. Apa yang Haji Din fikirkan dalam kepala otaknya tentang kehendak aku tadi.

“Tak ada apa-apa.” Jawab Haji Din.

“Boleh ke?” tanya aku lagi bila Haji Din tidak memberi jawapan yang memuaskan.

“Boleh saja. Aminah Amia kan isteri saya. Jadi rumah itu juga rumah Aminah Amiakan. Tak perlu minta kebenaran dari saya. Aminah Amia buatlah apa yang Aminah Amia nak buat tetapi kena jaga diri. Barang dalam rumah tu berat-berat belaka. Nanti Aminah Amia tercedera. Atau tunggu saya pulang baru kita ubah sama-sama.” Ujar Haji Din panjang lebar. Aku dah tersenyum.

“Insyallah Minah boleh buat.” Jawab aku menyangkal kata-kata Haji Din. Ini Minahlah yang dah terbiasa buat kerja berat.

“Sofa tu beratlah sayang. Kalau terkena kaki Aminah Amia macam mana?” Haji Din masih tidak yakin dengan aku. Berderau darah aku bila Haji Din memanggil aku sayang. Bukan tak pernah lelaki itu memanggil aku demikian tetapi kali ini macam menyentuh terus lubuk hati aku ditambah pula dengan nada bimbangnya. Terharu.

“Minah janji akan hati-hati. Kalau Minah tak boleh angkat Minah tak alihkan. Boleh eh Haji Din?” janji ku membuat Haji Din terdiam lama.

“Okey! Kalau begitu saya benarkan tetapi janji dengan saya hati-hati?” tuntut Haji Din membuat aku tersenyum.

“Minah janji.” Ikar ku.

Adilla Publish time 1-11-2011 05:12 PM

“Minah nak letak telefon ni.” Ucap ku.

“Ohhh…dah dapat apa yang dihajati terus nak letak iya.” Ada rasa rajuk Haji Din. Haji Din dah jadi anak kecil yang sweet.

“Janganlah marah Haji Din. Minah nak sambung buat kerja. Lagipun sotong kat dapur tu dah lembut tunggu nak disiang saja.” Terang aku. Dalam kepala otak tak fikir lain. Hanya ada bagaimana aku hendak ubah kedudukan ruang tamu ini.

“Isteri saya nak masak apa ni?” teruja sungguh Haji Din.

“Adalah!” gedik aku menjawab. Hahaha….

“Takkan tak boleh beritahu?” usik Haji Din.

“Rahsia!” aku dah tergelak.

“Ok! Takpe! Balik nanti saya tahu jugakan.” Masih merajuk nada Haji Din.

“Okeylah Haji Din, Minah nak letak telefon ni. Haji Din jaga diri iya. Masa makan mesti makan tau.” Pujuk aku dan ia membuat aku terdengar letus ketawa Haji Din. Pandai Minah pujuk Haji Din.

“Aminah Amia juga jaga diri iya. Jangan buka pintu kalau ada orang ketuk. Jangan bagi orang yang tak kenal masuk. Kunci pintu. Jangan keluar kemana-mana.” Pinta Haji Din pada aku. Masih sama pesanannya.

“Iya Minah ingat pesan Haji Din.” Luah ku bersahaja.

“Okey! Asalamualaikum Aminah Amia.” Salam Haji Din hulurkan.

“Walaikusalam Haji Din.” Aku menyambut dan segera talian ku putuskan. Jika berlenggah lagi pasti ada saja yang hendak ditanya oleh Haji Din. Yang pasti hari ini rumah Haji Din menjadi kepunyaan aku seorang. Tapi untuk sementara sajalah. Bila Tuan Tanahnya balik aku pulangkan semula dengan keadaan berbeza.

“Okey! Kita masak dulu baru kemas rumah.” Luah ku sendiri. Langkah ku atur ke ruang dapur untuk berperang dengan sotong dahulu.

Hampir tengahari baru aku berehat sebentar. Mandi dan mengerjakan solat Zohor. Pada Pencipta aku tidak lupa memohon kebahagiaan ini akan berpanjangan sentiasa dan dihindari dari hasat dengki manusia. Kemudian aku menyambung kembali kerja yang terbengkalai tadi. Ruang tamu dah bertukar wajah. Sedap mata memandang. Pasti Haji Din terkejut dan ketika ini pasti Haji Din tidak sabar untuk melihat apa yang aku telah buat dengan rumahnya.

“Ermmm…selesai semuanya.” Bisik ku sendirian sambil meneguk air fresh orange yang ku buat tadi. Satu jag dah menanti Haji Din dalam peti sejuk. Air kesukaan Haji Din selain kopi. Setelah itu aku menyandarkan kepala di sofa dan mata berehat melihat apa yang ditayangkan di peti television di depan ku. Lama kelamaan sandaran aku dah menjadi baringan. Mata dah semakin kuyu dan aku terlena sementara menunggu azan Asar berkumandang.

Adilla Publish time 1-11-2011 05:12 PM

sorry sebab lambat n3...

uda08_za Publish time 1-11-2011 05:24 PM

Minah dan Hj Din
baru berpisah sekejap dah rindu-rinduan
i likeeeeeeeee.:loveliness:

tie_tinie Publish time 1-11-2011 05:27 PM

ala.. kak...
comel nya Hj DIn & Minah nie..
suka la kat diaorg bedua nie...
sweet jer...
:$

tie_tinie Publish time 1-11-2011 05:28 PM

sorry sebab lambat n3...
Adilla Post at 1-11-2011 17:12 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

kak.. BIar lambat dari x der langsung...kalau x der langsung lagi haru...

mau nya sasau rindu kat Hj.Din..
hahahah

midar Publish time 1-11-2011 08:38 PM

amboi abe haji...
angkut la minah skali p opis...

zeeghaz Publish time 2-11-2011 08:01 AM

Aduh sweetnya, rasa diawang-awangan.

shahrinas Publish time 2-11-2011 08:42 AM

best...best...
kalu free letak n3 lagi k... :D

nallepooh Publish time 2-11-2011 08:50 AM

Minah dah haji Din saling melengkapi antara satu sama lain,walaupun jarak umur yg sgt ketara.
Pages: 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 [20] 21 22 23 24 25 26 27 28 29
View full version: PERLUKAH AKU?


ADVERTISEMENT