Adilla Publish time 3-11-2011 10:12 AM

jap..jap....tgh edit ni...biar betul panas...;P

adalia Publish time 3-11-2011 10:37 AM

x sabar nmenunggu n3{:1_152:}

kaypo Publish time 3-11-2011 10:56 AM

jap..jap....tgh edit ni...biar betul panas...
Adilla Post at 3-11-2011 10:12 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

cik kak ...i like....nak nak kat luar tu asik hujan je...sejukkkkk...so masok sini..kita panaskan hati..:lol:

acika Publish time 3-11-2011 11:01 AM

biar kasi mak tiri dia panas jer tengok barang kemas minah....:lol::lol:

ADRIANAQISTINA Publish time 3-11-2011 12:15 PM

x ag latuk ari nie........

hotmum Publish time 3-11-2011 12:24 PM

Reply 421# Adilla

biar panas menggelegak ... hahahah

{:1_152:} {:1_152:} ...

chayok sya

acika Publish time 3-11-2011 02:45 PM

setia menanti n3 dari sya :loveliness::loveliness:

labuni Publish time 3-11-2011 03:17 PM

ingatkan dah ada n3....

sellie003 Publish time 3-11-2011 04:00 PM

“Entah! Aku tak tahu.” Jawab mak. Ketika itu tangan mak macam tak mahu menyambut salam ku tetapi t ...
Adilla Post at 2-11-2011 12:50 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

Dillaaaaaa....cepat sambung teruja lak dialog tuh...geram pun ada gak.... nak tahu reaksi Hj din ngan perangai tak semenggah mak mehtua tuh...

Adilla Publish time 3-11-2011 04:54 PM

utk memanaskan petang ini.....


“Kenapa Haji Din? Ada masalah ke?” tanya ku bimbang. Demamkah Haji Din.
“Bukan! Saya tak ada masalah cuma…” kata-kata itu tergantung disitu.
“Cuma apa Haji Din?” aku sudah tidak sabar.
“Ermmm…..boleh saya minta hak saya tak?” tanya Haji Din perlahan.
“Hak! Hak apa Haji Din?” aku semakin pelik. Adakah dah tersampuk dengan mak ke tadi.


hehehe...saja je nak bagi tertanya2...tgh nak siapkan ni...

midar Publish time 3-11-2011 04:55 PM

Reply 430# Adilla

k.syaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
suka nk memanaskan cuaca yg sejuk ni...

hotmum Publish time 3-11-2011 04:56 PM

Reply 430# Adilla

syaaaa ... mana aciiiii ...
letak la lagi ... hahahhahaha

hj din mintak hak apa tuh? ... hhehehehhe

asyriqa Publish time 3-11-2011 05:01 PM

adoyaiiii... mana nye syaaa... itu baru sikit dah mengelabah tenuk nih... kat sini tgh ujan lebat sejukkkkk gilerrrrrr... sesuwai sangat cuaca gini duk bungkus lam slimut hj din oooiiii.. jgn lupa ajak minah join skalikk.......:lol:

rtac Publish time 3-11-2011 05:24 PM

:mad:eee si syaa..buat orang tertunggu2 laa..:lol:

Adilla Publish time 3-11-2011 05:26 PM

show time...;P

Adilla Publish time 3-11-2011 05:27 PM

20

“Janganlah nyamuk, Minah nak tidur ni. Kacaulah.” Marah ku sambil menepis-nepis nyamuk yang cuba mengigit dipipi aku.

“Aduhhhh…Kak Kirah ni kenapalah tak pasang ubat nyamuk. Tengok nyamuk dah memekak kat telinga Minah ni kak oiii!!.” bebel ku lagi sambil menepis-nepis nyamuk yang cuba hingga dihidung ku pula. Mata malas nak buka.

“Kacau betullah nyamuk ni.” Bentak ku geram. Tangan kanan aku tak henti-henti memukul angin.

“Aminah Amia tak nak bangun ke?” suara berbisik ditelinga aku. Terasa ada suara yang bercakap. Ehhh..nyamuk pandai bercakap ke?

“Nyamuk ni pergilah sana. Bercakap pula dia.” Aku masih tidak membuka mata tetapi mulut aku terus mengomel.

“Bangun sayang. Tak baik tidur petang-petang hari ni.” Suara nyamuk masih berbicara. Nyamuk panggil aku sayang?

“Kejaplah nyamuk. Minah mengantuk ni.” pinta ku.

“Aminah Amia, bangun sayang. Saya dah pulang ni.” Suara nyamuk itu masih bercakap dengan aku.

“Kau nak pulang, pulang aje nyamuk. Minah nak tidurlah.” Geram aku menghalau. Tiba-tiba ada sentuhan lembut dibibir aku. Opss…nyamuk cium aku. Dengan segera aku mengagahkan mata untuk dibuka. Dan dihadapan aku, Haji Din menatap aku dengan senyuman.

“Haji Din! Bila balik?” tanya ku mamai. Aku bingkas duduk tetapi kepala terasa berpusing. Cepat aku memegang kepala dan bersandar kembali. Memang aku alah dengan tingkah ini. Entah kenapa.

“Cubalah bangun perlahan-lahan. Jangan terus bangkit. Kan dah pening.” Nasihat Haji Din sambil membelai rambut aku berulang kali.

“Maaf Minah tertidur tadi. Haji Din dah lama sampai?” tanya ku sambil memejam celik mata aku. Perlahan-lahan aku dapat menyesuaikan pandangan. Haji Din masih dengan baju kerjanya.

“Taklah, baru saja. Saya tengok Aminah Amia lena tadi. Tak sampai hati pula nak kejutkan tapi hari dah petang tak baik kalau tidur waktu ini.” Lembut Haji Din berkata. Aku masih menatap wajah letihnya. Tali leher sudah tiada manakala lengan baju dah terlipat hingga ke siku. Wajah segarnya tidak kelihatan. Hanya keletihan saja.

“Dah pukul berapa ni?” tanya ku sambil mengarukan kepala. Mungkin terlalu letih aku tidak sedar Haji Din dah pulang. Nasib baiklah Haji Din ada kunci rumah kalau tidak pasti Haji Din terpaksa menunggu aku bangun untuk membuka pintu.

“Dah hampir jam enam.” Haji Din menyandarkan badannya disebelah aku.

“Enam! Alamak!” teriak ku. Serta merta aku terus berdiri dan ingin melangkah menuju keatas.

“Kenapa Aminah Amia?” tanya Haji Din terkejut.

“Minah belum Asar.” Jawab ku.

“Dah boleh solat ke?” tanya Haji Din terus. Dari bersandar dah tegak badannya.

“Dah boleh sejak Zohor tadi.” Terang aku tanpa rasa apa-apa dengan pertanyaan Haji Din tadi.

“Aminah Amia tidur pukul berapa tadi sampai tak Asar lagi ni?” tanya Haji Din tak puas hati.

“Minah terlena tadi. Minah tak sengaja. Minah minta maaf.” Pinta ku bersungguh-sungguh.

Aku tahu pasti lelaki ini marah kerana aku melenggahkan waktu solat ku. Sudah seminggu hidup dengan lelaki, setiap kali masuk waktu lelaki ini tidak betah melengahkan waktu solatnya.

“Dah! Pergi cepat.” Arah Haji Din. Aku terus melangkah tetapi terhenti di anak tangga pertama.

Adilla Publish time 3-11-2011 05:30 PM

“Haji Din nak air? Minah ada buat air fresh orange untuk Haji Din.” Ujar ku sambil melihat lelaki itu yang dah tersandar semula.

“Aminah Amia pergi solat dulu. Jangan fikir hal lain.” Ada nada tegas di bibir Haji Din.

Dengan cepat aku melangkah. Takut Haji Din marah nanti. Setelah membersihkan diri aku terus berwuduk. Sejadah yang terbentang tadi aku berdiri. Terus aku tenggelam dalam solat ku. Penuh syahdu aku mengadap Pencipta ku. Memohon ampun atas kesalahan aku.
Selesai salam terakhir, kelibat Haji Din berdiri dimuka pintu. Melangkah penuh keletihan. Kasihan suami ku. Terus aku melipat telekung dan menyimpannya. Haji Din dah duduk dibirai katil. Terus aku menyalami seperti biasa dan bibirnya melekap didahi ku.

“Haji Din nak makan? Minah dah masak.” Terang ku sambil memicit lengannya.

“Ermmm…sedapnya Aminah Amia picit. Boleh tolong picitkan bahu saya. Terasa
lengguhlah.” Pinta Haji Din. Soalan aku tadi tinggal soalan. Aku berfikir sejenak apa yang dipinta oleh Haji Din. Rasa malu pun ada kerana aku tidak pernah berbuat demikian sejak hidup dengan lelaki ini.

“Aminah Amia, jika tak boleh tak mengapalah.” Luah Haji Din.

Aku terdiam. Yang meminta adalah suami ku sendiri. Halal dari sentuhan dan mengapa aku harus berfikir banyak kali?Aku terus mengensot ke tengah katil dan duduk dibelakang Haji Din. Tangan ku lincah memicit dibahu dan tengkuk Haji Din. Biarlah ia memberi kelegaan pada suami aku yang keletihan ini. Dalam pada itu aku ternanti-nanti apa komen Haji Din tentang ruang tamu tadi.

“Banyak kerja ke hari ini?” tanya ku untuk mengambil hati Haji Din. Tangan ku masih lincah mengurut bahu Haji Din.

“Errrmmm…” jawab Haji Din.

“Kenapa tak selesaikan dulu atau bawa balik kerumah.” Cadang aku.

“Tak boleh. Lagipun banyak yang nak rujuk kat sana. Biasalah kalau dah bercuti banyak fail yang kena tengok lagi pula melibatkan pembayaran untuk tender-tender yang dah selesai kerjanya. Mesti diteliti sebaik mungkin.” Terang Haji Din perihal kerjanya. Aku hanya mendengar dan masih memicit tengkuk Haji Din.

“Dahlah sayang, saya nak mandi.” Haji Din menarik tangan aku kedepan dan serta merta tubuh aku terpeluk Haji Din dari belakang.

“Okey!” jawab ku malu. Tak pernah-pernah Haji Din begini.

“Sediakan baju saya.” Pinta Haji Din.

“Boleh tetapi lepaskan tangan Minah dulu.” Aku pula merayu. Iyalah dengan tangan digenggam oleh Haji Din dari depan sukar untuk aku bergerak.

“Kena lepaskan ke?” usik Haji Din. Sengajalah tu. Tapi pelik pula dengan Haji Din dengan perangainya hari ini. Manja semacam. Aku pula yang terasa tak tentu arah.

“Iyalah, kalau tidak bagaimana Minah nak sediakan baju Haji Din. Lagipun Minah nak kebawah sekejap.” Jawab ku dan menerangkan langkah aku seterusnya.

“Kenapa?” dengan cepat Haji Din bertanya. Ehhhh…Haji Din kenapa ni? Taknak lepaskan Minah pula.

“Minah nak ambil air Haji Din dan nak siapkan makan malam kita.” Ujar ku sambil cuba menarik tangan ku lagi tetapi Haji Din dengan erat masih mengenggamnya.

“Aminah Amia ambil air sajalah. Tak perlu sediakan makan malam. Saya nak makan lepas solat Isyak nanti.” Luah Haji Din dan terus bangun. Ia menyebabkan aku turut terbangun dan melutut untuk melaraskan keseimbangan kedudukan kami.

“Haji Dinnnn…” renggek ku geram. Haji Din dah tertawa. Senang hati aku bila mendengar tawanya untuk petang ini.

“Okey, sorry.” Jawab Haji Din dan melepaskan tangan ku. Haji Din berpaling dan menghulurkan tangannya semula. Aku memandang Haji Din dan tersenyum menyambutnya.

“Minah turun dulu yeh.” Aku melepaskan pegangan ku bila kaki menjejak lantai.

“Aminah Amia tunggu dibawah sajalah. Tak perlu naik atas bawa air saya. Lepas mandi saya turun. Baju saya jangan lupa iya.” Haji Din mengingatkan aku. Hampir terlupa pula bila dah pandang wajah Haji Din.

“Yes boss!” gurau ku sambil tertawa manja. Haji Din dah menjeling. Segera ku melangkah ke almari dan mengeluarkan kain pelekat dan baju Haji Din. Seperti biasa Haji Din lebih gemar berkain pelekat sahaja bila bersantai dirumah.

Adilla Publish time 3-11-2011 05:31 PM

Aku mengeluarkan jag air dan meletakkan dimeja dapur. Sementara menunggu Haji Din turun aku menyapu lantai dapur walaupun memang sudah bersih. Ketika aku masih didapur kedengaran ketukan dipintu. Ketika aku ingin melihat, Haji Din sedang menuruni tangga dan memberi isyarat yang dia akan melihat siapa yang datang. Aku hairan siapalah yang bertandang menjelang mahgrib ni.

“Asalamualaikum!” salam diberi.

Haji Din menjawab dan melebarkan kuakan pintu dan tersenyum Kak Kirah. Salam Kak Kirah aku jawab dan senyuman kami bersatu sambut lantas menuju kearah kakak tiri ku dan memeluknya. Haji Din hanya memandang Kak Kirah dan mengangguk kepala. Tanda mengucapkan selamat datang. Kemudian tanpa diduga terjenggul wajah mak pula. Haji Din dah beralih tempat dan terus mendekati aku.

“Ehh..mak pun ada?” tanya ku sambil melepaskan pelukan. Haji Din dah pandang aku semacam. Kena tegurlah Minah lagi.

“Habis! Aku tak boleh datang ke?” mak pula menjawab. Aku dah termangu. Bukan niat aku bertanya demikian.

“Bukan begitu mak. Aminah Amia tak sangka yang mak ada sama. Dia ingat Shakirah saja yang datang.” Haji Din menyampuk. Dari pandangan mata Haji Din aku tahu yang lelaki itu mahu aku menyalami mak. Dengan berat aku melangkah menghampiri mak.

“Abah mana mak?” tanya ku perlahan.

“Entah! Aku tak tahu.” Jawab mak. Ketika itu tangan mak macam tak mahu menyambut salam ku tetapi tiba-tiba tangan ku ditarik.

“Cantiknya!” suara mak teruja membelek gelang rantai ditangan ku.

“Kirah! Kau tengok ni. Ruginya kau tolak tuah. Cantiknya. Besar pula tu. Tak sesuai dengan Minah ni.” Mak bagaikan sengaja hendak membunuh hati aku dan langsung tidak
menghiraukan Haji Din yang masih berada disisi aku.

“Mak ni. Apalah cakap macam itu.” Kak Kirah dah malu. Wajahnya yang putih nampak kemerahan. Kak Kirah pandang aku dan Haji Din. Aku hanya tersenyum hampar. Adakah Kak Kirah menyesal tidak menerima Haji Din dulu.

“Ohhh…terlupa pulak.” Jawab mak tanpa rasa bersalah.

“Duduklah mak.” Pelawa Haji Din. Aku melangkah ke sofa dan mengajak Kak Kirah duduk. Haji Din masih mengikuti ku.

“Akak dan mak duduk dulu. Minah nak buat air kejap. Duduk iya.” Aku melangkah kedapur.

“Abang tolong Aminah Amia.” Haji Din pula bersuara tanpa memandang aku. Terkejut dengan gelaran baru Haji Din. Apa hal yeh!

Ketika di dapur aku mengambil gelas dan menyusun dalam dulang. Haji Din hanya duduk memerhati. Tadi lelaki ini kata hendak menolong aku tetapi sebaiknya hanya menjadi mandor.

“Haji Din kenapa?” tanya ku jujur. Kenapa dengan Haji Din? Walaupun tadi letih pulang dari kerja, wajahnya tetap tenang tetapi bila kehadiran mak dan Kak Kirah sertamerta Haji Din menjadi tegang. Pasti ada yang difikirkan oleh Haji Din sehingga lelaki itu berubah wajah.

“Tak ada apa-apa. Aminah Amia, cuma saya berharap Aminah Amia tidakberkecil hati dengan apa yang mak Aminah Amia cakapkan tadi iya. Saya hanya kepunyaan Aminah Amia dan Aminah Amia hanya untuk saya. Ingat itu iya. Walau apa yang menduga kita, sama-sama kita hadapi iya?” Pinta Haji Din sayu sambil menghampiri aku yang sedang mengelap gelas. Ku tatap wajahnya lama. Walaupun agak terguris aku cuba menenangkan diri. Sepatutnya aku berkata demikian kerana yang menguriskan hati kami adalah mak tiri ku bukan mak Haji Din. Mungkin Haji Din dapat melihat yang aku tersinggung tadi. Sedangkan mak mentua aku yang pernah aku jumpa sekali waktu bernikah dulu lembut saja bicaranya. Senyum sentiasa. Menerima aku dengan seadaanya. Malah berterima kasih kerana sanggup menerima anaknya dan berharap sangat Haji Din bahagia dengan perkahwinan kali ini. Aku tidak boleh berjanji, tetapi untuk melengkap apa kekurangan Haji Din dengan kelebihan diri itu aku akan berusaha.

“Taklah. Minah yang patut minta maaf dengan Haji Din.” Pujuk aku sambil mengelus pipinya lembut. Senyuman ku lemparkan. Renungan dari mata helang Haji Din itu kembali damai dan tenang. Tidak setegang tadi.

“Terima kasih Aminah Amia. Itulah isteri saya.” Luah Haji Din lembut. Nampak sangat yang Haji Din dalam keadaan yang tertekan dengan kehadiran mak dan Kak Kirah.

Adilla Publish time 3-11-2011 05:32 PM

“Jom!” ajak ku. Haji Din dengan rela hati menolong aku membawa jag yang telah terisi dengan air sejak tadi. Senyum terukir diwajah kami dengan kehadiran tetamu disenja ini.

“Sila mak! Sila Shakirah!” Haji Din yang mempelawa ketika aku menuang air ke dalam gelas-gelas kosong itu.

“Din tak minum sama?” bicara mak sambil tersenyum memandang Haji Din. Aku dah macam tak boleh fikir. Betul ke mak panggil Haji Din dengan namanya atau aku yang pekak. Kak Kirah pula merenung aku. Mana perginya gelaran ‘HAJI’ dipangkal nama Haji Din?

“Saya dah minum dengan isteri saya tadi.” Tegas dan ada keluhan di akhir kata Haji Din.

Dalam tegas Haji Din menembak. Aku semakin pelik dengan keadaan ini kerana sejak pulang dari kerja tadi Haji Din masih belum menyentuh setitik air pun dalam rumah ini. Apatah lagi minum bersama dengan aku.

“Aminah Amia, nanti panaskan lauk. Kita makan sama mak dan Shakirah iya.” Pinta Haji Din dan lelaki itu tersenyum dengan aku. Ditariknya tangan ku supaya duduk dengannya dan berhadapan dengan mak dan Kak Kirah.

“Ehhh..tak perlulah Din, susah-susah saja. Mak saja-saja singgah je. Kirah ni yang nak sangat tengok sangat rumah ni. Itu yang mak bawakan dia.” Lembut jawapan mak yang masih memandang Haji Din dari tadi. Tak beralih tempat lain. Hati aku dah tak sedap. Dah semakin lain rentak mak kali ini.

“Mak ni. Mana ada Kirah nak datang sini. Mak yang ajakkan?” Kak Kirah dah pecah lubang. Kerana itu Kak Kirah mengerutkan mukanya. Aku sudah tahu pasti Kak Kirah terkena cubitan mak.

“Saya tak kisah pun mak atau Kirah nak datang sini. Ada juga peneman isteri saya ni ketika saya pergi kerja. Betulkan sayang?” dengan selamba Haji Din memandang aku. Ada senyuman lagi disitu. Wajah mak dah masam mencuka. Dari lemah gemalai bertukar ke tiang lampu. Tegak dan panas.

“Cantik juga barang yang Minah pakai ni. Kalau mak pakai pasti cantikkan Kirah.” Mak masih hendak berbicara tentang barang kemas yang aku pakai ini. Dari tadi matanya tak lekang untuk menilik rantai leher dan tangan ku jika ada kesempatan. Aku pula dah serba salah dengan Haji Din.

“Mak ni!” Kak Kirah dah bengang dengan tingkah mak yang masih tidak malu itu.

“Memang cantik kalau Aminah Amia yang pakai mak. Itu sebab saya belikan untuk dia. Dah jadi tanggungjawab saya sebagai suami dia.”jawab Haji Din yang masih mengawal suaranya.

“Itulah kau Kirah! Kalau kau nak kahwin nanti cari macam Din. Hari tu kalau kau tak tolak tuah pasti bergayut barang kemas kau.” Sengaja mak hendak mencurah hati aku dengan garam lagi.

“Kita balik semula pada fitrah kita mak. Jodoh pertemuan ajal dan maut semua atas kehendak DIA. Bila hati saya terbuka untuk beristeri semula, saya ingin menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran. Siapa jodoh saya semua saya serah pada ALLAH. Sama ada saya berkahwin dengan Aminah Amia atau sesiapa saja, saya terima. Alhamdullilah Aminah Amia memang dah tertulis untuk saya dan saya bahagia dengan Aminah Amia. Siapalah kita nak membangkang setiap apa yang telah diatur oleh ALLAH kan mak?” bidas Haji Din. Aku dah nampak urat leher lelaki itu semakin tegang. Aku pula sebak dengan kata-kata Haji Din.

“Iya mak tahu itu.” Lembut mak menjawab tidak seperti tadi kata-katanya yang berbisa cuba dilontar pada aku. Walaupun sipi tetapi aku tetap terasa. Kak Kirah terdiam juga.
Seketika kemudian suara azan berkumandang di surau berhampiran. Suasana jadi hening cuba wajah mak masih tidak berpuas hati dengan apa yang Haji Din beri pada aku. Matanya masih macam singa betina yang mengawasi rentak dan tingkah aku.

“Jom! Kita solat sekali.” Sehabis azan, Haji Din terus mengajak kami bersolat sama.

“Jalan dululah Din.” Cepat mak menjawab.

“Aminah Amia, mari!” sekali lagi Haji Din mengajak. Aku dah bangun mengikuti Haji Din yang hendak naik keatas.

“Kak Kirah!” panggil ku pada kak tiri aku. Tersenggih Kak Kirah dengan aku.

“Penyakit alam sejagat.” Jawab Kak Kirah. Aku tersenyum sama. Mengikut pengiraan waktu aku dan Kak Kirah adalah sama. Sama ada dia atau aku lambat sehari.

“Duduk dulu mak.” Ujar ku.

Adilla Publish time 3-11-2011 05:34 PM

Post Last Edit by Adilla at 11-11-2011 16:44

“Uhuh!” jawab mak menjeling.

Haji Din mendahului aku menaiki tangga dan sempat berpaling memandang aku samaada aku mengikutinya naik keatas. Haji Din dah jadi pengawal peribadi aku nampaknya. Tak mahu berenggang langsung.

Selesai mengerjakan solat maghrib kami kembali turun ke ruang tamu. Mak dah terbaring di sofa berangkai tiga. Kak Kirah tekun mengadap television LCD yang bersaiz lima puluh inci itu. Sesekali terdengar suara gelak Kak Kirah bersatu dengan mak.

“Ehmmmm…” Haji Din berdehem. Kak Kirah terdiam dan mak dengan malas menegakkan badannya semula.

“Makan sini mak.” Sekali lagi Haji Din mempelawa.

“Tak perlulah Din. Lain kali saja mak makan sini. Terasa kenyang pulak. Kalau tahu Din ajak mak makan sini pasti mak tahan lapar.” Gedik mak menjawab. Kak Kirah pandang aku tetapi cepat aku pandang tempat lain. Tak sanggup aku dengan suara mak yang semacam itu. Minah dah cemburu?

“Boleh tak Din hantarkan mak balik. Takut pula malam-malam ni.” Mak masih dengan nada yang cuba mengoda.

“Apanya malam mak. Masih terangkan. Lampu jalan adalah mak.” Bantah Kak Kirah yang sejak tadi menahan geram dengan mak. Tapi apa yang boleh dibuatnya. Nanti tak pasal-pasal kena maki depan orang.

“Habis kalau ada orang kacau bagaimana? Kau nak lawan ke?” sergah mak pada Kak Kirah. Kan aku dah kata. Pasti mak mengamuk kalau ada orang bangkang cakap dia.

“Erkkk…erkkk..” Kak Kirah dah tak terkata apa. Tertunduk wajahnya. Mungkin malu dengan sergahan mak depan Haji Din.

“Tak mengapalah mak. Saya hantarkan. Lagipun takut juga malam-malam begini.” Ujar Haji Din lemah. Macam tak ikhlas je.

“Terima kasih Din. Suruhlah Minah tunggu rumah. Jaga rumah.” Dari wajah yang kelat mak dah ceria dan sempat memberi cadangan pula.

“Isteri saya kena ikut sebab lepas saya hantar mak dan Shakirah balik, saya nak kerumah kawan saya di Ampang.” Alasan Haji Din. Aku berpaling melihat Haji Din. Seingat aku Haji Din tak ada pula kata nak pergi mana malam ini. Apatah lagi dengan keletihannya.

“Abang lupa nak beritahu Aminah Amia tadi.” Mungkin terperasaan aku yang berada dalam teka teki dengan cepat Haji Din menerangkan maksudnya tadi. Sekali lagi bahasa dirinya berubah.

“Ohh…!” hanya itu jawapan ku.

“Aminah Amia pergi siap. Kita keluar sekarang.” Arah Haji Din. Aku bingkas bangun dan berlalu keatas. Seluar jeans dan tshirt berlengan panjang berwarna hitam serta selendang aku sarung. Agak lama nak mengemaskan selendang ini tetapi aku cuba juga. Setelah itu aku kembali turun. Dari atas aku lihat Haji Din dah tak ada Cuma mak dan Kak Kirah saja yang masih duduk di ruang tamu.

“Jomlah!” ajak ku dan mengambil kunci rumah yang tergantung di tepi pintu.

“Ehhh Minah! Rantai dan gelang ni kalau aku nak pakai nanti kau bagi.” Arah mak dan ia membuat aku tidak jadi melangkah.

“Kenapa pula mak?” tanya aku hairan. Ini Haji Din yang hadiahkan untuk aku sempena perkahwinan kami takkan aku nak bagi mak pakai. Sanggup pula mak cakap begitu. Betul-betul melampau.

“Ahahh mak…kenapa pula mak nak pakai. Itukan Haji Din belikan untuk Minah.” Kak Kirah menyampuk.

“Kau jangan sibuk Kirah dan kau Minah jangan nak bantah cakap aku.” Marah mak. Muka mak dah macam singa betina.

“Saya bukan bantah cakap mak tetapi ini harta Haji Din dan sepatutnya saya menjaganya sebaik mungkin. Kalau mak nak juga, mak sendiri cakap dengan Haji Din.” Bantah aku geram tetapi aku cuba menahan. Suara aku tetapi lembut berkata. Macam Haji Din. Dalam tegas tetapi berbisa.

“Huhh! Berlagak.” Rengus mak dan aku sempat mendengarnya. Wajahnya dah kemerahan.

Biarlah apa yang mak hendak katakan tetapi janji aku dengan Haji Din tetapi aku junjung. Terus aku keluar menunggu mak dan Kak Kirah. Cepat sahaja mak keluar dan diikuti Kak Kirah. Tiada senyuman pun. Kak Kirah masih serba salah.

Aku menghampiri kereta hitam Haji Din setelah memastikan pintu rumah terkunci. Mak berdiri di tepi pintu sebelah pemandu. Mana kala Kak Kirah dah tenggelam dalam kereta. Haji Din masih menunggu aku menghampirinya.
Pages: 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 [22] 23 24 25 26 27 28 29 30 31
View full version: PERLUKAH AKU?


ADVERTISEMENT