Adilla Publish time 13-10-2011 12:10 PM

Ramai yang dah minat Haji Din. Adakah hati haji din akan terbuka untuk orang lain?
zeeghaz Post at 13-10-2011 12:07 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   Jangan..bahaya...sya pun dah terpaut ni...hahaha....yg jadi mangsa Datuk Dr.Ahmad Ramzi...;P

yaya4075 Publish time 13-10-2011 12:22 PM

kelakar la minah & haji Din nih....:laugh3:

mie07 Publish time 13-10-2011 12:28 PM

Datuk Dr.Ahmad Ramzi ni bukan ke yag dicari pasal sms kat ganu tu?...maaf kalau salah Setiausaha Politik MB

Adilla Publish time 13-10-2011 12:32 PM

Datuk Dr.Ahmad Ramzi ni bukan ke yag dicari pasal sms kat ganu tu?...maaf kalau salah Setiausaha Pol ...
mie07 Post at 13-10-2011 12:28 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

yup..

sya menulis berpandukan wajah je....

mie07 Publish time 13-10-2011 03:02 PM

yup..

sya menulis berpandukan wajah je....
Adilla Post at 13-10-2011 12:32 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Sy teringat jer....tapi ikhlas cakap citer ni memang best.....x sabar nak mengikuti seterusnya

Adilla Publish time 13-10-2011 04:17 PM

Sy teringat jer....tapi ikhlas cakap citer ni memang best.....x sabar nak mengikuti seteru ...
mie07 Post at 13-10-2011 15:02 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

thanks mie...nanti sya kasi n3 ek...tgh bz sikit pasal server kat opis ni so tahulah klu bab computer ni byk masalah nak settle kan. sya cuba secepat mungkin ek.

hotmum Publish time 14-10-2011 10:43 AM

Reply 166# Adilla


syaa ... chayok! ... cepat2 type ... {:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

;P ... tak sabar nak tau cerita minah and hj din

Adilla Publish time 14-10-2011 11:58 AM

ReplyAdilla


syaa ... chayok! ... cepat2 type ...

... tak s ...
hotmum Post at 14-10-2011 10:43 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

jap...jap...tgh menaip ni....hehehe...semalam tak sempat sbb tido umah mak. cik abg balik lambat.

zeeghaz Publish time 14-10-2011 12:20 PM

Dah tak sabar ni, cepatlah next n3....

hotmum Publish time 14-10-2011 01:02 PM

Reply 168# Adilla


orait! .... waiting .... hehehehe ;P

juneazry Publish time 14-10-2011 01:35 PM

arini xde n3 ke?

tie_tinie Publish time 14-10-2011 03:12 PM

aduhai kak...
akhirnay berjaya jua kesini...
nice story kak..
sweet je Haji Din & Minah...

Adilla Publish time 14-10-2011 03:47 PM

aduhai kak...
akhirnay berjaya jua kesini...
nice story kak..
sweet je Haji Din & Minah...
tie_tinie Post at 14-10-2011 15:12 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

hai tinie...welcome...now show time...

Adilla Publish time 14-10-2011 03:49 PM

14       

“Dah sampailah. Aminah Amia menung apa tu?” cuit Haji Din lantas mencapai tangan aku yang sedang mengelamun memandang permandangan luar. Rumah mak dari jauh dah kelihatan.

“Entah abah ada atau tidak?” ujar ku lemah. Kalau datang sini hendak mengadap muka mak, aku rasa tak perlu kesini. Pada aku kedatangan ke sini lebih terarah kepada abah. Tak ikhlas akukan.

“Aminah Amia! Tak elok begitu. Tak ikhlas tau kalau ada niat sedemikian.” Nasihat Haji Din.

Bagai dapat membaca hati ini. Aku pandang wajah Haji Din dan dari bibir ucapan maaf di lafazkan walau tiada suara. Haji Din hanya mengangguk dan lelaki itu terus keluar. Ketika aku baru terkial-kial hendak membuka pintu, Haji Din sudah membukanya dari luar. Seperti biasa tangannya akan diletakkan atas kepala ku ketika aku hendak keluar.

“Kenapa Haji Din mesti letak tangan atas kepala Minah bila Minah nak keluar kereta?” tanya ku. Baru hati hendak berkata, bibir dah jalankan tanggungjawabnya.

“Kenapa sekarang baru Aminah Amia hendak bertanya?” pertanyaan ku dibalas dengan pertanyaan.

“Dulu Minah ingat Haji Din tak sengaja tetapi lama kelamaan Minah jadi pelik pula.” Terang ku. Aku berdiri seketika untuk menunggu Haji Din mengunci kereta Toyota Vios hitamnya.

“Kalau saya tak mahu jawab bagaimana?” jawab Haji Din sambil merenung aku disisinya.

“Minah tak kisah.” Selamba aku menjawab dan ada sedikit rasa terkilan. Aku melajukan langkah dan mula meninggalkan dua tapak dari Haji Din.

“Janganlah merajuk.” Pinta Haji Din dan dengan cepat tangan kiri ku diraihnya.

“Minah tak merajuklah Haji Din Cuma terasa sikit saja.” Terang ku jujur. Haji Din dah ketawa dengan kata-kata ku.

‘Tak merajuk tapi terasa saja?” soal Haji Din bersama tawanya.

“Iyalah.” Jawab ku ikhlas. Haji Din tak jadi hendak bertanya lagi bila kami berada didepan pintu rumah mak.

“Asalamualaikum!” laung ku sambil membuka sandal yang ku pakai. Haji Din berdiri di tiang beranda. Pintu masih tertutup. Tiada gerakan dikesan dari dalam rumah.

“Tak ada orang agaknya.” Andaian ku. Haji Din tertinjau-tinjau dicelahan tingkap yang tidak tertutup rapat.

“Cuba Aminah Amia bagi salam lagi. Mungkin mereka tak dengar.” Luah Haji Din.

“Baiklah.” Jawab ku menurut arahan Haji Din.

“Asalamualaikum!” sekali lagi aku memberi salam dan kali ini agak kuat.

“Walaikumsalam!” suara Kak Kirah menjawab dari dalam rumah. Kemudian pintu rumah terbuka dan tersembul wajah Kak Kirah yang berbungkus kepalanya dengan tuala.

“Minah!” jerit Kak Kirah sambil memeluk aku.

Aku membalas pelukan Kak Kirah. Rindu sangat dengan kakak tiri aku ini. Iyalah hampir bertahun aku hidup sebagai adiknya. Kasih sayangnya tidak lokek pada ku walau maknya tidak menganggap aku sebagai anaknya.

“Wah! Minah dah bertudung. Cantiknya adik akak bertudung.” Pujian Kak Kirah membuat aku tersenyum.

“Terima kasih, Kak Kirah sihat?” tanya ku sambil meleraikan pelukan. Haji Din hanya memandang tanpa bersuara. Wajahnya tiada senyuman. Hanya tajam merenung. Haji Din dah buat muka seriusnya semula. Seperti dulu-dulu bila kami bertembung dijalanan.

“Akak sihat. Minah camner? Dah selamat ke?” bisik Kak Kirah.

“Selamat? Apa yang selamat?” tanya ku pelik.

“Tak ada apa-apalah. Mari masuk.” Kak Kirah tersenggih. Macam senggih jahat saja.

“Mak mana kak?” tanya ku dan segera menolak daun pintu agar terbuka luas. Haji Din melangkah penuh gaya.

“Ada dalam bilik. Tidur agaknya. Nanti akak panggil mak. Ajak suami Minah duduk dulu.” Ujar Kak Kirah.

“Iyalah. Haji Din marilah duduk sini.” Ajak ku pada Haji Din dan mengajaknya duduk di kerusi serambi.

Adilla Publish time 14-10-2011 03:51 PM

“Hah! Kau panggil suami kau apa tadi Minah?” sergah Kak Kirah. Tak jadi dia nak melangkah.

“Haji Din! Kenapa kak?” tanya aku pelik.

“Lahhh..budak ni. Ada ke dia panggil suaminya dengan gelaran itu. Minah! Minah! Siapalah ajar kau begitu.” marah Kak Kirah.

“Kenapa? Minah salah ke?” tanya aku dengan sedih. Iyalah tiba-tiba kena marah dengan Kak Kirah. Sifat Kak Kirah jarang nak marah orang kalau tidak kena gayanya.

“Salah! Tidak hormat suami namanya tu.” Sekali lagi Kak Kirah marah. Naik sikit tone nadanya. Aku pandang Haji Din minta tolong. Bagai mengerti Haji Din bangun menghampiri kami.

‘Tak mengapalah Shakirah, saya tak kisah. Lagipun saya suka Aminah Amia panggil begitu. Asalkan Aminah Amia hormat pada saya sudah memandai.” Pujuk Haji Din dan ia berjaya meleraikan Kak Kirah dah angin itu.

“Saya minta maaf Haji Din. Tegurlah adik saya kalau dia salah apa-apa. Terimalah kekurangan dia seadanya.” Pinta Kak Kirah. Aku hanya memerhati perbualan dua orang yang lebih dewasa dari ku.

“Aminah Amia dah jadi tanggungjawab saya. Insyallah saya akan bimbing dia.” Akur Haji Din.

“Alhamdullilah! Minah jangan buat hal. Kalau akak tahu siap Minah.” Ugut Kak Kirah sambil menunjuk jari telunjuknya. Dengan cepat aku mengangguk. Haji Din hanya memandang tanpa senyuman.

“Dahlah duduk Haji Din. Minah pergi buat air. Akak pergi panggil mak.” Ujar Kak Kirah.

“Abah mana kak? Belum balik lagi ke?” tanya ku. Dari tadi kelibat abah tak kelihatan.

“Abah belum balik. Hari ini abah kerja lebih masa.” Jawab Kak Kirah dan terus meninggalkan aku.

Sedang aku membancuh air, kedengaran suara mak bercakap dengan Haji Din. Aku meletakkan dua biji cawan bersama alasnya. Segera aku tatang ke serambi. Mak sedang duduk dikerusi mengadap Haji Din. Perlahan-lahan aku meletakkan teko dan cawan tersebut. Lantas aku tuang dan menghulurkan pada Haji Din. Aku ambil sebiji lagi dan menghulurkan pula pada mak. Mak merenung aku yang sudah bertudung ini. Mungkin terperanjat dengan diri aku ini.

“Letak sana!” kasar saja bunyinya. Aku meletakkan kembali cawan yang siap terisi itu kembali. Aku duduk berhadapan Haji Din tanpa berkata apa-apa. Hanya tunduk tanpa berani melawan renungan mak.

“Mak sihat?” Haji Din memecah kesunyian antara kami bertiga. Aku nak tergelak bila Haji Din menukar gelaran mak dari ‘kakak’ ke ‘mak’. Tapi ku tahan. Takut Haji Din mengamuk. Wajahnya macam tegang saja bila memandang aku. Entah apa yang hendak disampaikan melalui kerlingan matanya.

“Sihat! Macam inilah.” Luah mak bersahaja. Ada riak yang kurang senang pada pemikiran ku bila melihat senyuman mak meleret memandang Haji Din. Janganlah mak nak goda Haji Din pula. Eshhh….Minah ni cemburu ke? Dengan mak pula tu.

“Ermm…” hanya itu yang kedengaran dari bibir Haji Din. Aku masih mendiamkan diri.

“Kau orang dah makan ke?” tanya mak.

“Dah mak! Di luar tadi.” pantas Haji Din menjawab sebelum aku berkata apa-apa. Aku memandang Haji Din penuh tanda tanya. Kenapa Haji Din berkata demikian sedangkan kami belum menjamah apa-apa tengahari ini. Kami bertemu pandang, Haji Din mengeleng. Aku mengangkat kening beberapa kali dan Haji Din tersenyum. Main mata pula dia.

“Kenapa makan diluar? Lain kali makan disini. Biar mak masak.” Dengan lembut mak bertanya dan mempelawa. Aku dah macam pelik dengan nada mak. Selalunya dengan aku nadanya tidak pernah mendayu. Macam petir di tengah sawah adalah. Mungkin mak nak menjaga air mukanya depan Haji Din kot.

“Tak mengapalah mak. Susah-susahkan mak saja. Di rumah Aminah Amia pun dah masak.” Luah Haji Din tanpa memandang ku. Iyalah mak, masak sambal ikan bilis cecah dengan cekodoh. Itupun Haji Din yang ajar bancuh.

“Oh!” hanya itu yang keluar dari mulut mak. Aku masih membisu.

“Abah mana mak? Sihat ke?” tanya aku pula. Tidak sabar untuk mengetahui keadaan abah selama aku tinggalkan rumah ini. Alah Minah baru tiga hari kau tak ada dalam rumah inikan.

Adilla Publish time 14-10-2011 03:57 PM

“Abah kau berkerjalah. Takkan nak goyang kaki saja dalam rumah ini. Kalau tidak mana datangnya beras untuk orang dalam rumah ini makan.” Sinis mak menjawab.

Aku dah tak tahu nak bertanya apa bila mak bagaikan sengaja nak malukan aku depan Haji Din. Suasana di serambi menjadi senyap sunyi. Hanya kedengaran bunyi kipas angin berpusing saja.

“Minah, mari sekejap.” Suara Kak Kirah menyentak kesunyian. Kak Kirah mengamit dari pintu tengah. Aku pandang Haji Din seakan minta kebenaran untuk tinggalkannya sebentar. Anggukan Haji Din membuat aku bingkas bangun. Tak sanggup berlama dengan mak.

“Minah masuk sekejap eh!” pinta ku. Mak hanya menjeling. Haji Din memandang.

“Kak Kirah nak apa?” tanya ku bila Kak Kirah menarik aku masuk ke bilik kami. Yang sebenarnya dah jadi bilik Kak Kirah.

“Akak saja je. Sejak bila Minah pakai tudung ni?” tidak sabar Kak Kirah membelek aku berulang kali. Di pegangnya kedua pipi ku dan dipusingkan kiri dan kanan.

“Hari ni. Haji Din yang suruh.” Terang ku sambil menarik tangan Kak Kirah dari pipi. Lantas tubuh kerdil ku dilabuhkan di tilam empuk yang dah jadi hak Kak Kirah..

“Dik, Haji Din layan Minah baik ke?” perlahan nada Kak Kirah bertanya.Ada renungan sayu dimatanya.

“Alhamdullilah kak. Haji Din banyak ajar Minah. Terutama pasal aurat. Kita banyak berdosa bila aurat kita tak terjaga kak. Abah yang tanggung semua.” Luah ku. Tubir mata tiba-tiba berair. Cepat sahaja aku mengesatnya. Aku kesal sebenarnya.

“Betul ke Minah?” tanya Kak Kirah minta kepastian. Tangannya sama mengesat pipi ku yang mulai basah itu. Cenggeng kau Minah.

“Betul kak. Sekarang pun Minah tengah belajar mengaji. Seronok kak.” Terang ku teruja.

Rasa sebak tadi segera lari bila aku ceritakan betapa mengaji dengan Haji Din mengundang rasa kecut macam berdepan dengan Haji Din yang sebenar. Tiada kompromi kalau aku salah sebut. Pasti di rotan. Memula aku terasa bila Haji Din buat aku bagai anak kecil tetapi lama kelamaan dah terbiasa kerana Haji Din ada menerangkan yang dia mahu aku cepat pandai mengaji dan akan diajar menghafal pula. Itu yang membuat aku tidak sabar untuk melangkah seterusnya.

“Baguslah Minah. Akak takut kalau-kalau Minah tak bahagia.” Luah Kak Kirah.

“Akak jangan risau. Minah bahagia sangat.” Pujuk ku sambil mengenggam tangan Kak Kirah.

“Kalau Minah ada masalah jangan lupa cari akak. Janji tau?” pinta Kak Kirah. Aku dah nak tergelak. Sayangnya Kak Kirah dengan diri aku ini. Masih bertuah rupanya aku.

“Minah janji kak. Kalau Haji Din rotan, Minah lari cari akak dan suruh akak pula rotan Haji Din.” Gurau ku dan sebagai balasan pipi ku ditarik oleh Kak Kirah.

“Main-main pula dia.” Marah Kak Kirah.

“Iyalah-iyalah Minah janji.” Akur ku bila melihat Kak Kirah dah start berangin.

“First Night’ Minah camner?” tanya Kak Kirah sambil tersenggih tiba-tiba. Sebiji macam senggihan masa kami sampai tadi.

“First Night’ tu apa kak?” tanya aku jujur. Selalu juga aku dengar pasal perkataan ini.
Tetapi oleh kerana bukan bahasa aku, jadi aku tidak ambil kisah.

“Laaahhhh…budak ni tak tahu ke?” Kak Kirah makin seronok bertanya.

“Memanglah tak tahu.” Jawab ku sambil menarik sehelai baju kemeja berwarna oren kesukaan ku yang tertinggal dirumah mak.

“Okey! Masa malam lepas nikah tu ada apa-apa berlaku tak.?” Kak Kirah mengemaskan duduknya.

“Ada!” jawab ku sepatah. Baju tadi aku buka lipatannya dan melipatkan kembali.

“Apa yang terjadi?” Kak Kirah dah jadi busy body pula.

“Jomlah kita keluar kak. Nanti keras pula suami Minah duduk berdepan dengan mak.” Ajak aku dan Kak Kirah menngeluh. Tangan ku supaya mengikuti langkahku keluar.

Aku lihat Haji Din dah bangun dari tempat duduknya. Mak sudah tak ada disitu. Aku hampiri Haji Din yang bermuka tegang. Apa yang terjadi? Takkan Haji Din marah aku tinggalkan dia sebentar.

“Aminah Amia, mari kita balik.” Suara tegas nada Haji Din. Aku semakin pelik. Tadi Haji Din yang mengajak datang kerumah sini. Sekarang bagai tidak sabar nak ajak balik.

“Balik! Tak nak tunggu abah ke?” tanya ku sayu. Rindu dengan wajah abah yang beberapa hari tidak ku tatap.

Adilla Publish time 14-10-2011 04:01 PM

“Lain kali kita datang. Abah pun tak tahu baliknya jam berapa.” Jawab Haji Din. Masih tiada senyuman di wajahnya. Apa yang terjadi. Tadi tenang saja Haji Din. Sekarang macam nak terbakar pula. Panas dapat aku rasakan.

“Haji Dinnnn…” aku cuba merayu. Takkan Haji Din tak nak berjumpa dengan abah setelah menjadi menantunya.

“Aminah Amiaaa….” Leretan nama itu dalam nada yang tegas sudah memberi isyarat yang Haji Din memaksudkan apa yang dikatakan.

Kak Kirah dah pandang aku. Mungkin dalam hatinya banyak soalan bermain. Baru sekejap tadi aku beritahu dia yang aku bahagia dengan Haji Din tetapi depan matanya lain pula dramanya.

“Kak Kirah. Minah balik dulu iya. Kirim salam dengan abah.” Mohon ku sebak. Pandangan Haji Din yang tajam membuat aku menjadi takut.

“Iyalah nanti akak bagitahu abah. Senang-senang datanglah sini. Jangan lupa apa yang akak cakap tadi.” Sempat Kak Kirah berpesan.

“Mak mana? Minah nak balik ni.” Tanya ku sambil meninjau ke dalam rumah.

“Sekejap! Akak panggil.” Kak Kirah berlalu meninggalkan kami. Sebentar kemudian kelibat Kak Kirah muncul.

“Mana mak kak?” tanya ku tidak sabar. Dari tadi ku tinggalkan mak dan Haji Din hingga kini aku tak nampak bayangannya.

“Mak kata dia sakit kepala.” Ujar Kak Kirah. Aku hanya mengangguk dan malas nak bertanya. Merajuk dengan Haji Din pun ada.

“Kami balik dulu.” Pinta Haji Din dan mula melangkah.

Aku memeluk Kak Kirah dan berlalu ke kereta Haji Din. Seperti biasa Haji Din membuka pintu kereta untuk aku dan meletakkan tangannya atas kepala aku. Dah jadi tabiat dia. Setelah menghidupkan enjin, kesejukan terus diarahkan pada aku. Itulah Haji Din. Perlahan-lahan kereta bergerak dan aku melambai pada Kak Kirah yang masih memerhati dari muka pintu rumah. Tak dapat aku berjumpa dengan abah. Nak merajuk boleh?

“Nanti kita datang sini jumpa abah.” Bagai mengerti tangan ku dipaut Haji Din dan mengenggam jari jemari ku. Seakan memujuk. Aku pandang wajah Haji Din dan lelaki itu mengangguk. Berjanji dengan aku. Tetapi ketegangannya masih tidak terusir pergi. Kenapa dengan Haji Din?

“Janji apa dengan Shakirah tadi?” Haji Din bersuara bila melihat aku hanya membisu dari tadi.

“Janji apa?” aku pula bertanya. Kerana tak dapat melihat wajah abah, otak aku terus tak boleh berfikir.

“Tadi saya terdengar pasal ‘janji’. Aminah Amia janji apa dengan Shakirah?” tanya Haji Din. Baru aku teringat apa yang kami bualkan tadi.

“Ohhh..Kak Kirah kata kalau Haji Din rotan Minah, dia suruh Minah lari kat dia.”terang aku.

“Hah!” Haji Din terkejut. Aku pun terkejut. Terkejut dengan nada Haji Din.

“Aminah Amia cakap apa?” sekali lagi Haji Din bertanya.

“Minah cakap, kalau Haji Din rotan Minah lagi Minah akan lari kat Kak Kirah.” Sekali lagi aku menerangkan ayat yang senang pada Haji Din.

“Aminah Amia nikan. Nasib baik saya tengah memandu kalau tidak mesti dah kena cubit dengan saya.” Luah Haji Din tak puas hati.

“Kenapalah Haji Din nak cubit Minah? Minah buat salah ke?” aku pula tak puas hati.

“Memang Aminah Amia buat salah.” Apa yang diluahkan Haji Din membuat aku kecut.

“Lagi borak apa dengan Shakirah?” Haji Din dah tukar jawatan nampaknya. Polis pencen.

“Kak Kirah tanya pasal ‘First Night’.” Selamba aku menjawab. Serta merta Haji Din menekan brek. Aku dah terdorong kedepan. Dengan cepat tangan kiri Haji Din menahan tubuh aku. Nasib baik tak ada kenderaan.

“Haji Din ni kenapa?” tanya ku pelik.

“Apa Shakirah tanya tadi?” Haji Din tidak menjawab sebaliknya aku ditanya lagi.

“Kak Kirah tanya pasal ‘First Night’. Kenapa?” aku pula bertanya.

“Habis Aminah Amia cakap apa?” Haji Din tanya lagi.

“Minah cakaplah Minah tak tahu ‘First Night’ tu apa.” Jawab ku selamba.

“Lagi?” Haji Din membetulkan duduknya. Kereta masih tidak bergerak.

“Dia tanya lagi apa yang terjadi pada malam selepas kita bernikah?” Terang aku panjang lebar.

“Habis Aminah Amia jawab ke?” tanya Haji Din tidak sabar. Aku dah tertegak. Kenapa Haji Din berminat nak bertanya.

“Minah jawablah sebab orang dah tanya.” Luah ku sambil memandang kedepan.

“Aminah Amia jawab apa?” sekali lagi aku dihujani pertanyaan dari Haji Din. Ini memang hujan tanda soal.

“Minah jawablah malam tu kitaaa….” Aku teragak-agak nak menjawab. Malas nak kenangkan hari pertama dengan Haji Din.

“Kita apa?” Haji Din dah sergah.

“Lahhhh…Haji Din tak ingat ke malam tu Haji Din mengaji dan Minah dengar segala bacaan Haji Din?” aku pula bertanya. Takkanlah pretasi ingatan Haji Din dah mundur kot.

“Aminah Amiaaaaa!!!!” Haji Din ketap bibir. Aku dah takut. Aku pandang wajah Haji Din. Lama kami bertatapan dan akhirnya ketawa Haji Din meletus. Sekali lagi aku kebingungan bila melihat Haji Din gelak tanpa aku tahu sebabnya. Lelaki itu juga menarik hidung ku berulang kali. Haji Din sakittttt..

tie_tinie Publish time 14-10-2011 04:06 PM

ala kak...
sweet nya Haji DIn..
dah Jatuh Chenta ngan Hj.Din nie...
akak x cukup.. nak lagi... heheheh :)

lailies Publish time 14-10-2011 04:11 PM

so sweet haji Din..Cam x rasa pun Haji Din nie dh tua..ehehhe..nak lg boleh x..

midar Publish time 14-10-2011 04:25 PM

lawak la minah ni..
sangat lurus
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 17 18
View full version: PERLUKAH AKU?


ADVERTISEMENT