CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mana Ada Ayam Rm 1 - Wan Azizah

13-3-2014 11:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12186| Komen: 69

Description: Calon Pkr N25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail Mendapati Tidak Ada Ayam Yang Dijual Dengan Harga Rm1 Seperti Mana Yang Didakwa Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


KAJANG: Calon PKR N25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapati tidak ada ayam yang dijual dengan harga RM1 seperti mana yang didakwa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wan Azizah dalam sesi bertemu peniaga di Pasar Kajang seawal jam 8.00 pagi tadi turut bertanya beberapa peniaga ayam sama ada mereka ada menjual ayam dengan harga RM1 seekor.

"Saya tanya peniaga ayam, ayam satu ringgit ada? Mereka cakap tak ada. Mereka terus tunjuk tanda harga yang ditulis ayam sekilo RM8.40," ujar Wan Azizah kepada wartawan.

Menurutnya, Pasar Kajang perlu diberi perhatian khususnya dari segi infrastruktur yang perlu diperbaiki dan paling penting adalah kebersihan.

"Hari ini kita hanya bertemu dengan peniaga di sini, sebagai memperkenalkan calon dan kita akan adakan pertemuan selanjutnya dengan peniaga.

"Kita akan senaraikan keutamaan dan perkara yang pertama kita perlu buat," katanya yang akui suka ke pasar untuk membeli barang keperluan dapur.

Pada kesempatan itu Wan Azizah turut membeli petai dan diberi sejambak bunga ros oleh peniaga pasar kajang.

"Semalam saya pergi pasar malam, saya dapat nangka madu dan daging. Saya dapat petai dan saya akan masak sambal petai," ujarnya yang mengakui petai adalah ulam kegemarannya tetapi hanya makan untuk masa-masa tertentu sahaja.

Pasar Kajang  merupakan satu-satunya pasar yang ada di sini, menyebabkan ianya menjadi tumpuan utama penduduk Kajang.

Pelbagai barangan yang boleh diperoleh di Pasar Kajang dari barangan basah, kering, serta pakaian  juga terdapat beberapa kedai borong yang turut menjadi tumpuan para peniaga kecil-kecilan.

3

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 13-3-2014 11:38 AM
mane ayam seringgit? nak satu
Quote kecimpret 13-3-2014 11:40 AM
kalo ada peniaga kata leh jual ayam sekor singgit aku pun nak beli
Quote pakweneelofa 13-3-2014 11:41 AM
ayam singgit tu annehuda
Quote TuntungReturn 13-3-2014 11:41 AM
elaun rm1 pun ada. ayam rm1 ang pa pelik laklol:lol
Quote nizam49 13-3-2014 11:43 AM
kepala ayam dpt la sehengittt..........
Quote gaara_X 13-3-2014 11:44 AM
hanya PM dapat beli dengan harga itu.....ahaks!!
Quote nazsh 13-3-2014 11:44 AM
Klu tanya pembeli pun lum pernah jumpa ayam sekor rm1 kecuali najib..:lol
Quote lizaliza 13-3-2014 11:45 AM
Mak cik jijah ni tak tau ka....
Pak cik Najib ni beli kat NSK!diulangi NSK
bukan pasar basah
nak murah pi NSK!NSK
Quote liton 13-3-2014 11:48 AM
Mmg ada Kak , tapi kat NSK Kuchai Lama shj & 1,000 ekor shj. Aku pun dah terlahar Najib..ingatkan pentipu..


"Saya sudah beli satu, ada 999 ekor lagi," katanya sambil tersenyum.

Beliau juga berkata, harga istimewa itu hanya terpakai terhadap 1,000 ekor ayam yang dijual di NSK Trade City, Kuala Lumpur.


Quote nazsh 13-3-2014 11:48 AM
Jum ramai2 pi beli ayam NSK beli ayam sekor rm1..:lol
Quote spiderman80 13-3-2014 11:50 AM
Kalaulah pembeli tu seorang VVIP. saya sebagai penjual ayam janganlah kata RM1, free pun saya bagi kat beliau. Bukan perkara biasa PM datang beli ayam ngan saya.
Quote tintabiru73 13-3-2014 11:52 AM
nizam49 posted on 13-3-2014 11:43 AM
kepala ayam dpt la sehengittt..........

pala ayam dia buang la.. leh dapat free. Tapi tongkeng ayam ada jual RM1.50 secucuk kat pasar malam
Quote bfemmamaembong 13-3-2014 11:53 AM
ayam singgi tpun sodap
Quote tintabiru73 13-3-2014 11:56 AM
chinta89 posted on 13-3-2014 11:38 AM
mane ayam seringgit? nak satu

ado.. ini bukan pitenah. Sekali sekala kalau dengar Najib gi pasaraya.. ikut la. Ontong2 dapat lagi offer ayam singgit cam ritu
Najib kan pembawa rezki untuk ummmah...
Quote Ryu-NurESQue 13-3-2014 11:56 AM
najib bijak membeli..
patut dia dok rumah jd surirumah je laa...
biar k.mah jd pi'em..
Quote ibnur 13-3-2014 12:00 PM
Jangan lupa sayur kangkung.
Quote gede-bab 13-3-2014 12:01 PM
kita fahamlah kak jijah tengah stres...tapi ayam tu kat pasaraya dan terhad cuma 1000 ekor...yang hang pi tanya minachi pasar awam/pasar basah buat apa??

nak kata bengong kesian pulak sebab jijah tengah sedih...
Quote kecimpret 13-3-2014 12:02 PM
Quote dubuk 13-3-2014 12:03 PM
adakan hari ayam seringgit untuk sebulan dalam satu tahun

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.065276 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top