CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Kekal Sihat & Cantik Dengan Kopi

28-2-2014 06:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6399| Komen: 16

Description: Tahukah Anda Bahawa Kopi Bukan Mampu Menyegarkan Anda, Malah Ia Juga Memiliki Banyak Khasiat Untuk Kecantikan Kulit.
Tahukah anda bahawa kopi bukan mampu menyegarkan anda, malah ia juga memiliki banyak khasiat untuk kecantikan kulit.

Kopi memiliki kandungan pH yang hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai 'balancing astringent'. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk perawatan kulit. Bahkan ramai orang di dunia sudah memanfaatkan khasiat kopi dalam ritual rawatan kecantikan mereka sejak dahulu lagi.

Kopi juga dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada mengantuk. Kandungan utama dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung.

Oleh itu, tidak hairanlah setiap kali kita minum kopi dalam jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir lebih cepat, tidak mudah penat dan mengantuk.

Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala berkurangan.

Malah kafein juga dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat merosot.

Sebab itulah orang gemuk sentiasa rasa lapar berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak.

Pada masa sama, kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal.

Dalam bidang kecantikan pula, rawatan lulur menggunakan serbuk kopi sebelum mandi sememangnya sudah menjadi salah satu rahsia kecantikan tradisional yang sering dilakukan. Serbuk kopi kasar digosokkan ke kulit tubuh terlebih dahulu dan kemudian barulah mandi.

Kopi dipercayai dapat menyingkirkan sel kulit mati sehingga kulit tetap segar dan halus. Kini, warisan tradisional itu kembali semula dan semakin banyak diterapkan di spa-spa sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa tekanan dan untuk kecantikan kulit.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azz_azza 27-2-2014 04:27 PM
klu begitu... belilah coffee...
Quote qasehnuramy 27-2-2014 05:20 PM
azz_azza posted on 27-2-2014 04:27 PM
klu begitu... belilah coffee...

apapun jgn terlebih makan/minum sudah....

Quote fatihah6172 27-2-2014 05:46 PM
sedap coffee ni..but lately, klau aku minum kopi, apa jenis skalipun, susah tdo malam walaupun minum pg2 lg..
Quote norlizawati 28-2-2014 12:41 PM
i likee coffee,,..
Quote lil_sparky 28-2-2014 05:47 PM
fatihah6172 posted on 27-2-2014 05:46 PM
sedap coffee ni..but lately, klau aku minum kopi, apa jenis skalipun, susah tdo malam walaupun minum ...

sama la dgn lil...teh pon xbole minum sgt..
kalo minum pg2..mmg dr pg smpi petang freshhh gilosss n active habisss

so cuma akan minum bila nk stayup or nk drive long distance je

Quote tengah_bosan 11-3-2014 12:10 PM
saya suka scrub coffeee..bau dia best...bila nak mandi syokkk jee
Quote qasehnuramy 20-3-2014 11:28 AM
tengah_bosan posted on 11-3-2014 12:10 PM
saya suka scrub coffeee..bau dia best...bila nak mandi syokkk jee

scrub ready meda ke or buat sdri???

Quote tengah_bosan 20-3-2014 12:00 PM
qasehnuramy posted on 20-3-2014 11:28 AM
scrub ready meda ke or buat sdri???

beli.....hahahha

tapi serius best bauuu dia, mngkin sbb dia tambah herbs sket kot..nk buat sendiri tatau nak tambah kopi dgn pe
Quote qasehnuramy 20-3-2014 12:06 PM
tengah_bosan posted on 20-3-2014 12:00 PM
beli.....hahahha

tapi serius best bauuu dia, mngkin sbb dia tambah herbs sket kot..nk buat send ...

bagus x???berkesan x???
keluar x daki semua????

Quote tengah_bosan 20-3-2014 12:42 PM
yup..badan pon best je..=D

awak buat saya nk google resepi buat sendiri scrub badan..hahaha

Quote tengah_bosan 20-3-2014 12:48 PM
RESEPI 1

bahan-bahannya mudah ja...

1 sudu makan serbuk kopi. Kopi ok bukan nescafe, indocafe, kacip fatimah semua tu.bukannn..Ni KOPI yang bila kau bancuh tu rasanya pahit.Hitam berkilat.tapi sedap.
Madu asli. banyak la jual kat market. ikut suka kau la.sampai kopi tu boleh di lumur di badan.
then aku tambah skit Vit e oil cosmoderm kalau kau xda xpa.buh la air sikit.

RESEPI 2

1/2 cawan serbuk kopi and olive oil
1/4 cawan baking soda
olive oil



Quote tengah_bosan 20-3-2014 01:41 PM
qasehnuramy posted on 20-3-2014 12:06 PM
bagus x???berkesan x???
keluar x daki semua????

kita lupaaaa nak quoteee message awak ni....main reply jeee
Quote qasehnuramy 20-3-2014 02:00 PM
tengah_bosan posted on 20-3-2014 12:48 PM
RESEPI 1

bahan-bahannya mudah ja...

tp sayang kot beli serbuk kopi mahal2 semata2 nk scrub badan....
kena pikir $$$

Quote qasehnuramy 20-3-2014 02:04 PM
tengah_bosan posted on 20-3-2014 01:41 PM
kita lupaaaa nak quoteee message awak ni....main reply jeee

hehehehhe xpe2 asalkan reply....


Quote tengah_bosan 25-3-2014 09:25 AM
qasehnuramy posted on 20-3-2014 02:00 PM
tp sayang kot beli serbuk kopi mahal2 semata2 nk scrub badan....
kena pikir $$$

kannnn....saya rasa kita kena cari kopi murah2 kot..asalkan bau kopi..hahaha
Quote qasehnuramy 25-3-2014 11:42 AM
tengah_bosan posted on 25-3-2014 09:25 AM
kannnn....saya rasa kita kena cari kopi murah2 kot..asalkan bau kopi..hahaha

hahahahah kang xmenjadi pulak guna kopi murah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.096591 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top