CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kami Tak Berniat Sindir Nasi Lemak Mas - Air Asia

13-2-2014 11:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22022| Komen: 125

KUALA LUMPUR: Hampir dua minggu selepas berita ‘nasi lemak telanjang’ Malaysia Airlines (MAS), kini saingan mereka AirAsia sudah pun ‘membalasnya’ dengan iklan ‘nasi lemak lengkap’ yang dimuatkan dalam akhbar mingguan tempatan.


AirAsia mengiklankan menu kegemaran rakyat Malaysia itu dengan tulisan ‘Nasi Lemak kami Lengkap!’ ditambah dengan slogan ‘Sejuklah di udara kalau telanjang!’.
Bagaimanapun Air Asia ketika dihubungi Astro AWANI hari ini memaklumkan bahawa tujuan iklan itu bukanlah untuk membidas mana-mana pihak.

Dalam kenyataan rasmi oleh jurucakap mereka, katanya tujuan iklan tersebut adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa masih ada nasi lemak yang sedap atas penerbangan.
“Isu nasi lemak sedang hangat buat masa ini dan iklan AirAsia itu untuk mengingatkan pengguna bahawa ada nasi lemak lengkap yang dihidangkan 35,000 kaki di udara dalam semua penerbangan AirAsia,” kata kenyataan tersebut.
Sementara itu chef selebriti terkenal tanahair, Chef Wan dalam akaun Instragramnya hari ini menyifatkan iklan AirAsia itu sebagai ‘persaingan yang sihat’ di mana pemenangnya tentulah yang terbaik.

Beliau turut memesan kepada MAS agar mengotakan janji mereka untuk ‘mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan’ mereka.

“Jika tidak, lain kali saya boleh bawa sebiji timun dan rebus telur sendiri atas pesawat dan kongsikannya dengan penumpang sebelah,” gurau Chef Wan.
Chef Wan turut memberitahu bahawa tindakan beliau telah dipuji dan disokong oleh krew-krew semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, kerana menurutnya perkara sudah lama diketengahkan oleh mereka namun tidak diendahkan.
Tambah beliau, sebagai Duta Makanan Malaysia, beliau mahukan yang terbaik untuk negara apatah lagi nasi lemak merupakan juadah nombor satu Malaysia, dan katanya amatlah memalukan jika kita bersifat ‘cakap tak serupa bikin’.

Chef pada 29 Jan lalu telah menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand di mana beliau telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik MAS.

Chef Wan yang tidak berpuas dengan hidangan tersebut, menggelarkan nasi lemak itu sebagai ‘telanjang’ kerana hanya mengandungi nasi dan sambal, iaitu tanpa kacang, timun dan ikan bilis, berdasarkan gambar yang dimuatnaik di akaum Instagramnya.
Gambar yang dimuatkan itu juga turut menerima pelbagai reaksi di media sosial yang rata-ratanya menyokong tindakan Chef Wan itu. 





9

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kueh_kueh 9-2-2014 09:57 AM
paper ape nyah hoiii
Quote aderaderker 9-2-2014 09:57 AM
Gambo tadak ka..
X sempat belek paper lagi...
Quote peachRose 9-2-2014 09:59 AM
syok sdri namanya bukak thread mcm ni....aku dah le tak baca paper..
mana keratan akhbar, gambar, berita nyer nyah?
Quote blackred99 9-2-2014 10:00 AM
bh ke sinar tah.
Quote chinta89 9-2-2014 10:01 AM
Nasi Lemak Pak Nasser mmg terbaik!

Member aku dulu kalo naik air asia teringin sgt nk N.Lemak ni tp smpai pindah opis sampai kesudah x penah dapat.. kuciwa katanya asik dpt mknan lain. Naseb pakai waran opis kalo idak xdenya nk order2 bagai dlm flight hik3
Quote jengkoil 9-2-2014 10:02 AM
Ini adalah tred separuh bogel...bg info gambar tadak....
Quote mawarika 9-2-2014 10:04 AM
Syok sndiri bukak thread
Quote ushioz 9-2-2014 10:05 AM
Quote encikWawad 9-2-2014 10:05 AM
aku bukak sokabar tamel nessan takdop pun citer ni - habes page 3 dari atas kebawah
pastu aku bukak nanyang siang pau - pun takdop
huh!
Quote chaoyunjie 9-2-2014 10:15 AM
TT yg syok sendiri....

promoter nasi lemak kah?
Quote farahfatihah 9-2-2014 10:19 AM
gambo mana gambo??????
Quote BelovedTaeyeon 9-2-2014 10:20 AM
Salaam.

Isu Semasa apakah ini?

Nama paper takde.
Tajuk seperti dalam paper takde.



Quote tricomonas 9-2-2014 10:22 AM
katahian kebabian apakah topic ini???stupid
Quote edee_91 9-2-2014 10:33 AM
kayu ukur.....
Quote Rayna90 9-2-2014 10:40 AM
Aku dah tepek sorry Last edited by Rayna90 on 9-2-2014 10:46 AM

Quote bambimo 9-2-2014 10:43 AM
Yup nasik lemak pk nassir mmg attempting yum yum
Quote kodokbawang 9-2-2014 10:45 AM
ni tajuk tak sama dengan apa yg dikatakan,...mana gambo yinnadeee
Quote DeMax 9-2-2014 10:46 AM
tricomonas posted on 9-2-2014 10:22 AM
katahian kebabian apakah topic ini???stupid

Bersopan di alam maya beb, ummah Jawa tgh memerhati kita Melayu SeMalaya
Quote Decaffeinated 9-2-2014 10:48 AM
Rayna90 posted on 9-2-2014 10:40 AM
Aku dah tepek

apasal aku nampak link shj...

anyway aku kalau diberi pilihan mmg aku tak amik nasi lemak on international flight.... aku pilih sausages



Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.048812 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top