CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

71.3 Juta Hashtag Selfie Dalam Instagram

22-1-2014 10:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4745| Komen: 13

Description: Pengeluar Telefon Pintar Juga Dijangka Memperkemaskan Ciri Gegaran Dalam Gajet Masing-Masing Berikutan Sifat Selfie Yang Memerlukan Satu Individu Saja Untuk Merakam Gambar Meskipun Berada Dalam Keadaa ...

INSTAGRAM mempunyai pengguna yang memindah naik foto selfie terbanyak


Dalam Instagram saja, perkataan selfie yang dilakukan dalam ‘hashtag’ foto kini mencecah sehingga 71.3 juta pos.

Bagaimanapun, sesetengah pakar psikologi berpendapat, perbuatan selfie itu sendiri menjurus kepada gangguan personaliti narsistik.

Laman web psikologi, PsychCentral yang diuruskan pakar psikologi memberi definisi gangguan personaliti narsistik sebagai sifat grandiositi dalam fantasi pelaku atau kelakuan sebenar yang memerlukan perhatian orang lain serta tidak memiliki sifat empati.

Individu yang mengalami gangguan ini biasanya merasakan mereka mempunyai kepentingan dalam hidup orang lain.

Namun, Pengarah Pusat Media Penyelidikan Psikologi, Pamela Rutledge dalam Psychology Today menafikan individu yang suka merakam foto selfie sebagai individu yang mempunyai karakter narsistik.

“Ia boleh disifatkan sebagai penerokaan identiti yang menjadi salah satu cara paling berkesan untuk mengetahui diri anda apabila orang lain melihat anda,” katanya.

Menurutnya, selfie menawarkan peluang untuk menunjukkan aspek diri anda tidak kira sama ada ia foto hodoh atau cantik yang memungkinkan kita belajar mengumpul maklumat mengenai diri sendiri dari semasa ke masa.

“Selain itu, ia (selfie) jelas mengenal pasti minat yang menguatkan lagi identiti sosial kita seperti selfie remaja melakukan aksi tertentu dari watak animasi atau filem,” katanya.

Malah, menuru Rutledge, selfie dalam konteks fesyen atau fotografi memaparkan keyakinan diri yang matang.

“Pada masa sama, selfie menawarkan pengguna keupayaan untuk mencipta kisah hidup berbeza melalui imej bodoh, hodoh, cantik atau apa saja,” katanya.

Katanya, imej berinteraksi secara berbeza dengan otak berbanding teks yang menyimpan pengalaman tertentu.

“Apabila kita melihat gambar lama, otak kita menghidupkan semula pengalaman yang membolehkan kita untuk mengenang kembali beberapa emosi,” tegasnya.

Manakala bagi ikon laman sosial Instagram, Dena Bahrin, 21, yang mempunyai hampir 100 ribu pengikut berkata, selfie mempunyai keunikannya tersendiri apabila pengguna merakam gambar berseorangan atau bersama individu lain.

“Selfie juga meningkat-kan keyakinan diri bukan saja kepada diri, tetapi individu lain sekiranya kita mengajaknya bersama bergambar,” katanya.

Dena berkata, selfie tidak membina keyakinan diri tanpa perlu menghiraukan pandangan orang lain mengenai foto yang dirakam.

“Namun, masih ada batasnya apabila kita perlu memikirkan persoalan gambar yang terlalu seksi, menjolok mata atau buat aksi menggoda.

“Selain itu, janganlah ber’selfie’ secara tidak bermaruah sehingga mencemarkan niat sebenar selfie yang mahukan individu itu gembira dan memperoleh memori menyeronokkan,” katanya.

Fenomena selfie juga bakal merubah teknologi kamera apabila pengeluar telefon pintar dijangka mementingkan kualiti kamera depan yang tidaklah sehebat mana.

Sehingga kini, rata-rata format paparan 720p tidak memberi kesan foto yang menarik dan memerlukan suntingan aplikasi tambahan.

Pengeluar telefon pintar juga dijangka memperkemaskan ciri gegaran dalam gajet masing-masing berikutan sifat selfie yang memerlukan satu individu saja untuk merakam gambar meskipun berada dalam keadaan tidak stabil.

Malah, jangan terkejut sekiranya fungsi flash juga dimuatkan di bahagian depan kamera bagi kebanyakan telefon berbanding tumpuan kepada flash di bahagian belakang.

9

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 22-1-2014 08:56 AM
#selfie jum berlatar belakang kan cubicle opis
Quote fifie_olin 22-1-2014 08:59 AM
IG ada problem ke ...asyik x leh refresh jek...tension aku...x leh nk berselfie
Quote -electrifying- 23-1-2014 09:36 AM
dapat plak selfie yg tunjuk lurah dendam, fuh sepantas kilat aku like
Quote genchi 23-1-2014 09:38 AM
dah selfie jgn lupa 360kan gambo tuh.. ksik kurus kasik mata besar .. kasik bijik mata sebesar guli
dan ksik kulit sehalus bak sutera
Quote gujiwa 23-1-2014 09:38 AM
Nak berselfie aje koje nya.. tapi kalau selfie tnjuk muka je rasa mcm geli je tgk pic tuh
Quote solstice 23-1-2014 09:48 AM
fifie_olin posted on 22-1-2014 08:59 AM
IG ada problem ke ...asyik x leh refresh jek...tension aku...x leh nk berselfie

semalam lembab sikit IG
Quote atira 23-1-2014 09:50 AM
aku instagram pon tak de
Quote fifie_olin 23-1-2014 09:51 AM
solstice posted on 23-1-2014 07:48 AM
semalam lembab sikit IG

smlm bkn takat lembab...mmg x leh bukak lgsg...
last2 aku off ..on blk hp..
br ok...
aku dh nk campak jek hp tu...
aku x leh idop tanpa IG...
Quote fifie_olin 23-1-2014 09:54 AM
azie.dz posted on 22-1-2014 06:56 AM
#selfie jum berlatar belakang kan cubicle opis

drp cubicle opis...baik lg muka bos...ada brann
Quote azie.dz 23-1-2014 10:06 AM
fifie_olin posted on 23-1-2014 09:54 AM
drp cubicle opis...baik lg muka bos...ada brann

muka bos kenot la...menjaga sahsiah rupa diri bos
Quote xAthenax 23-1-2014 10:08 AM
aik?? bukankah hastag ni hak milik #missknowsitall# pinjamal kah?
Quote cmf_jeangrey 23-1-2014 10:22 AM
sampai wujud gelaran Ratu Selfie

kdg2 selfie ok la...bila xde sape tlg ambikkan gmbr

tp kalau dah 3 hari sekali, hari2, pose yg sama muncung yg sama....aku tgk dah mcm addict ubat batuk lak
Quote dahliateck 23-1-2014 10:24 AM
teringat siti selfie sama nora danish

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.055298 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top