CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teralih Dari Tanah Kubur, Keranda Berselerakan Atas Jalan

28-9-2021 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2088| Komen: 3

Description: New Orleans: Keadaan di sekitar Ironton, Louisiana di selatan Amerika Syarikat yang terjejas akibat Taufan Ida belum pulih sepenuhnya.
New Orleans: Keadaan di sekitar Ironton, Louisiana di selatan Amerika Syarikat yang terjejas akibat Taufan Ida belum pulih sepenuhnya.

Taufan yang membadai perairan Louisiana penghujung bulan lalu menyebabkan banjir besar yang menghanyutkan rumah dan keranda serta memusnahkan bangunan.


Walaupun hampir empat minggu taufan kategori empat itu melanda kawasan berkenaan namun keranda dilihat masih lagi berselerakan selepas teralih dari tanah perkuburan.


Foto: Fox8

Penduduk sibuk membersihkan dan menyelamatkan barangan dari rumah mereka.

"Ia menyebabkan penduduk kacau-bilau," kata paderi St Paul Missionary Baptist Church di Ironton, Haywood Johnson.


Berkongsi kepada CNN, Johnson, 74, berkata, dia dilahirkan dan dibesarkan di situ dan sudah 22 tahun menjadi paderi gereja itu.

Sambil merujuk kepada kebanyakan keranda yang berselerakan itu, beliau berkata, semua masyarakat kulit hitam di situ sangat erat dan keluarga mereka tinggal di situ sejak beberapa generasi.

"Antara perkara mengganggu fikiran saya kerana saya yang mengebumikan kebanyakan daripada mereka itu.

"Saya masih mencari keranda ibu, bapa saudara dan adik saya.

"Namun, kerja-kerja mencari (keranda) orang tersayang semakin sukar kerana seluruh kawasan ini dipenuhi rumput tinggi, lumpur paya dan ular," katanya.

Pasukan Petugas Tindak Balas Perkuburan Louisiana dan kontraktornya berada di Ironton pada Selasa untuk melihat keperluan dalam usaha mengembalikan semula keranda itu di tempat asal.

"Ia bukan sesuatu yang kamu boleh lakukan tanpa peralatan berat kerana sesetengah keranda besi itu beratnya bertan-tan," kata pengerusi pasukan itu, Ryan Seidemann. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 28-9-2021 08:52 AM
Mesti trauma keluar rumah je tengok ada keranda depan rumah.
Quote LadyCarefree 28-9-2021 10:07 AM
Kalau kt Msia atau Indon mesti dah kaitkan dgn perkara misteri
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 10:32 AM
Kalau deme punya kedalaman kubur macam kita jugak ke acaner?
Kuat betul impak taufan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.082864 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top