CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Reza Hasbi Risau Isteri Hamil 3 Bulan Positif Covid-19, Anak Pula Kena Buat Ujian MRI

25-9-2021 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3883| Komen: 10

Description: Pelakon Reza Hasbi meluahkan rasa bimbang apabila isterinya iaitu Rose Darlila Roseli yang kini hamil tiga bulan disahkan positif Covid-19.
Pelakon Reza Hasbi meluahkan rasa bimbang apabila isterinya iaitu Rose Darlila Roseli yang kini hamil tiga bulan disahkan positif Covid-19.

Menurut Reza atau nama sebenarnya Muhamad Ridzuan Hasbullah, isterinya sudah dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang.


Reza yang kini berada di Kuala Kangsar, Perak memberitahu dia sepatutnya bertemu isterinya yang tinggal bersama keluarga dan anak kedua mereka di Subang Jaya Selangor pada Isnin depan.


Foto: IG

“Saya ingin mohon doa daripada semua rakyat Malaysia... isteri saya yang kini sedang mengandung disahkan positif. Kandungan dia pula baharu 14 minggu, jadi saya agak risau dengan keadaan dia.


“Dia kini sudah berada di pusat kuarantin Maeps, Serdang untuk dipantau keadaannya. Kami berdua duduk berasingan buat masa ini. Dia bersama anak kedua kami tinggal bersama keluarganya di Subang.

“Manakala saya pula berada di Kuala Kangsar, Perak bersama anak pertama. Ikutkan memang nak ke sana untuk jaga isteri sebab dia alami alahan yang teruk.

“Semalam isteri mengadu yang dia batuk dan bila buat kit ujian Covid-19 malam tadi positif dan pagi tadi pun buat ujian calitan pun keputusannya sama. Itu yang terus dibawa ke pusat kuarantin,” kata Reza ketika dihubungi mStar.



Terdahulu, pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu memaklumkan isterinya yang disahkan positif Covid-19 di laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Reza turut berasa bimbang dengan keadaan anak keduannya iaitu Mohammad Rafie Dayen, 2, yang turut mengalami masalah kesihatan.

“Buat masa ini, hanya isteri disahkan positif. Tapi keluarga dan anak kedua akan buat swab test hari ini. Anak kedua saya pula ada masalah kesihatan dan sepatutnya 6 Oktober depan dia kena jalani pemeriksaan MRI.

“Doktor nak kesan apa sakit dia. Anak saya sebelum ini selalu tersedu tapi lama-kelamaan sedu itu buat tertarik badan dia. Doktor kata bukan sawan... tu yang nak kena buat pemeriksaan.

“Bertambah saya risau sebab dia memang duduk dengan isteri. Antibodi anak saya tu lemah, kalau demam sikit pun dah masuk hospital,” ujarnya.

Reza juga mempunyai seorang lagi anak lelaki Mohamamad Rifqi Danial, 5, yang tinggal bersamanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monreyes 25-9-2021 04:12 PM
knp duduk asing
Quote LadyCarefree 25-9-2021 06:47 PM
Kesiannya. Semoga semuanya baik2 sahaja.
Quote kiah_mai_pulak 25-9-2021 08:52 PM
oohh yg dh tkda job berlakon ni kan?
Quote fadz84 25-9-2021 09:23 PM
monreyes replied at 25-9-2021 04:12 PM
knp duduk asing

aritu Reza ni cite tawaran berlakon sesekali je ada, tu dia duk kat kampung.. buat kerja kampung.. Mungkin wifenya kerja kat KL.
Quote monreyes 25-9-2021 09:28 PM
fadz84 replied at 25-9-2021 09:23 PM
aritu Reza ni cite tawaran berlakon sesekali je ada, tu dia duk kat kampung.. buat kerja kampung.. ...

oic.. kesiannya terpisah.. mesti risau.. semoga dipermudahkan
Quote Nana_Man 25-9-2021 11:53 PM
Semoga dipermudahkn urusan
Quote chekacheku 25-9-2021 11:56 PM
Semoga selamat semuanya
Quote doubleA 26-9-2021 12:14 AM
Kesiannya, bertimpa2. Iols doakan yg baik2 semoga isteri sembuh cepat dan anak dilindungi
Quote nakkomenjugak 26-9-2021 01:15 AM
Moga semuanya baik2 je
Quote Guccibamboo 26-9-2021 07:07 AM
I bace berita ni pun I rasa berat di bahu.....apetah lg yg menanggungnye. Semoga dipermudahkan urusan nye

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.076711 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top