CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kontroversi Belum Reda, Ibu Shuk Sahar Pula Positif Covid-19

25-9-2021 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4642| Komen: 18

Description: Belum lagi reda dengan kontroversi bekas kekasih, pelawak Shuk Sahar kini diuji lagi apabila ibunya iaitu Faridah Che Wan disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu.
Belum lagi reda dengan kontroversi bekas kekasih, pelawak Shuk Sahar kini diuji lagi apabila ibunya iaitu Faridah Che Wan disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu.

Selain ibu, Shuk berkata, ibu saudaranya turut dijangkiti wabak tersebut dan mereka kini menjalani kuarantin Pusat Kecemerlangan Mara (MEC) di Jawi, Pulau Pinang.

Bagaimanapun Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar bersyukur bapanya bebas daripada jangkitan itu.

Foto: mStar

"Ibu saya disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di pusat kuarantin Jawi, penang sejak Ahad lalu.

"Alhamdulillah, bapa saya tidak dijangkiti namun dia perlu juga kuarantin di rumah sebab jadi kontak rapat. Ibu perlu menjalani kuarantin di sana selama 10 hari.


"Selain ibu, makcik saya juga disahkan positif dan sama-sama kuarantin di pusat tersebut. Nasib baik juga ada makcik saya, dapatlah teman ibu.

"Ibu saya sudah berusia... jadi, dia agak takut kalau seorang diri. Bila ada makcik ini, ada la peneman dia," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi berita sedih mengenai ibu mentuanya itu di laman Instastory.


Foto: mStar

Dalam pada itu, pelawak berusia 35 tahun ini memberitahu dia yang kebetulan berada di Pulau Pinang atas urusan kerja sempat melawat bapanya di rumah.

Bersyukur ibunya tidak mengalami gejala yang teruk, Shuk berkata jangkitan tersebut mungkin berpunca daripada ibu saudaranya.

"Tiga hari lalu, saya ada di Pulau Pinang kebetulan memang ada kerja di sana. Sempat juga saya singgah bertemu dengan ayah. Tapi hanya melawat dia dari jauh.

"Alhamdulillah, ibu saya pun tidak mengalami gejala yang teruk. Hanya sekadar pening kepala sahaja. Kemungkinan ibu berjangkit daripada makcik.

"Sebab makcik memang tinggal bersama ibu bapa saya dan dia selalu keluar beli barang. Sebelum disahkan positif, ibu tak berapa sihat.

"Bila tak sihat, dia pergi hospital dan terus disahkan positif," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 25-9-2021 06:08 PM
"Tiga hari lalu, saya ada di Pulau Pinang kebetulan memang ada kerja di sana. Sempat juga saya singgah bertemu dengan ayah. Tapi hanya melawat dia dari jauh.


Ye. Kami percaya sgt
Quote LadyCarefree 25-9-2021 06:49 PM
Perlu ke nak tuduh makcik kau?
Quote dudaberhias 25-9-2021 07:09 PM
cash untuk jejan rupa hamster roborovski... gundu... kaki curang... kaki mabuk... kaki dadih... tak cukup satu cekpit... lepastu balang air kena tolak tepi jalan sebab dia mencacatkan pemandangan kota dan jalan raya nan cantik... tu baru satu je karma... rasanya ada 10 lagi cash deposit on the way dari tuhan agittew...

masuk tabligh pun tak boleh reduce dosa2 lama... kena buat lebih lagi ya untuk fully cover loan anda apa2 boleh ke Bank berdekatan dan tanyakan financial advisor untuk selesaikan hutang anda di dunia agitteww... tak mampu? sila ke AKPK
Quote kakakpositifker 25-9-2021 07:16 PM
Semoga diberi syifa makcik
Quote nakkomenjugak 26-9-2021 01:10 AM
Dah syuk
Pergi jaga mak ko
Quote KamikuP 27-9-2021 04:52 PM
Tengok syuk teringat 'bunga telang' farah kena korek2 cium
Quote melinda_kerr 28-9-2021 10:17 AM
semoga cepat sembuh. dan anak nya pun cepat2 la berubah. tgk muka acik ni mcm sedih pulak.
Quote eely_shana 3-10-2021 07:14 PM
semoga cepat sembuh
Quote Coklatpanas 9-10-2021 01:25 AM
Tgk ig stories sera td nampak mcm shuk ada wat perangai plak.. Ada sape2 tau x pasal apa?
Quote sambal_kicap 9-10-2021 05:33 AM
dudaberhias replied at 25-9-2021 11:09 AM
cash untuk jejan rupa hamster roborovski... gundu... kaki curang... kaki mabuk... kaki dadih... tak  ...

Isterinya sedang mengupload banyak stories dia ig. Kasian..
Quote dudaberhias 9-10-2021 05:38 AM
sambal_kicap replied at 9-10-2021 05:33 AM
Isterinya sedang mengupload banyak stories dia ig. Kasian..

entah apa lagi hal la pulak hamster gundu tu buat...

macam biasa... jangan sesekali percaya dan maafkan jejan tak herlokkkk rupa kucing mainecoon ni yach...
even dia eksiden tepi jalan pun jangan di tolong... jalan dan langkah je badan dia ala2 fara mendosa tu sambil libas kopek kiri kanan...

kalau aliff aziz tu lain dengan syafi tee... lelaki boleh berubah dik.. kita je kena bagi peluang banyak2 dan memahami isi hati lelaki.. agittewww..
Quote Su_annur 9-10-2021 06:11 AM
Coklatpanas replied at 9-10-2021 01:25 AM
Tgk ig stories sera td nampak mcm shuk ada wat perangai plak.. Ada sape2 tau x pasal apa?

Klu xslh syuk skrng da kt penang promosi air kopi semootch dy...fara pn da kt penang...
Rsa kali nie mcm sera to dh bulat ati dh nk bcerai...jgn dy you turn blik dh le...
Syuk nie bkn laki yg baik dh bp kli dh buat hal...dy thu bini blh maafkn...klu ku jd sera sey hai sey good bye le kt syuk...
Quote kembarsiti 9-10-2021 06:38 AM
Su_annur replied at 9-10-2021 06:11 AM
Klu xslh syuk skrng da kt penang promosi air kopi semootch dy...fara pn da kt penang...
Rsa kali  ...

Ooo patutlah. Dah sama2 jauh tu, apo lagi. Ngedate la kejap. Gitu. Dasar jejanz buaya darat haiwan liar. Jgn support produk air die tu.. Hanatz betol
Quote meteorspeed 9-10-2021 02:38 PM
Aku targwt sera tetap maafkan.. Takpa,, buat hal la.
Bini tetap patung maafkan
Quote missHaidiD 9-10-2021 03:20 PM
Su_annur replied at 9-10-2021 06:11 AM
Klu xslh syuk skrng da kt penang promosi air kopi semootch dy...fara pn da kt penang...
Rsa kali  ...

Ko caya le si sera tu.ritu pun cmni. Hujung2 buat tiktok laki dia hak dia. Koser la ko sera. Baik ko dgn shuk sama2 melingkup. Jgn semakkn industri ni dgn kisah laki busuk ko tu
Quote ReginaGeorge 9-10-2021 11:09 PM
Korang jgn mengata laki dia. Nanti bini dia meroyan. Sebab bini dia pon jenis buka pekung.
Quote Cik_jantung 9-10-2021 11:31 PM
Edited by Cik_jantung at 14-1-2022 08:00 AM

...........
Quote nia_salina 10-10-2021 12:05 AM
gaduh lagi kan baru ni. told ya . jangan percaya ayat ayat org isap B. unless lepas dia sober atlis 2 tahun. kalau blm 10 dia ckp 11 blm tentu le pecaya

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.062202 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top