CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihalang Masuk Dewan Sebab Seluar Pendek, Remaja Pakai Langsir Jawab Ujian

20-9-2021 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3050| Komen: 9

Description: Remaja perempuan berusia 19 tahun dihalang masuk ke dewan peperiksaan di bandar Tezpur, Assam, India kerana memakai seluar pendek.
Remaja perempuan berusia 19 tahun dihalang masuk ke dewan peperiksaan di bandar Tezpur, Assam, India kerana memakai seluar pendek.

India Times melaporkan Jublee Tamuli hadir untuk menduduki ujian kemasukan ke Universiti Pertanian Assam (AAU).


Jublee menyifatkannya sebagai pengalaman paling memalukan.


Kredit foto: tv9hindi.com

Difahamkan, Jublee bersama bapanya bertolak dari kampung halaman mereka di Biswanath Chariali ke Tezpur yang jaraknya sejauh 70 kilometer (km) pada waktu pagi untuk tiba tepat pada waktunya.

Menurut Jublee, dia pada awalnya tidak berdepan halangan memasuki Institut Farmaseutikal Sains Girijananda Chowdhury (GIPS), tetapi masalah berlaku selepas dia masuk ke dewan peperiksaan.

"Pengawal keselamatan membenarkan saya memasuki premis, tetapi saya ditahan pengawas di dewan peperiksaan. Dia tidak benarkan saya masuk dengan memakai seluar pendek," kata Jublee kepada The Indian Express.


Menurutnya, pengawas peperiksaan memberitahunya bahawa dia dapat menduduki ujian jika hadir semula dengan memakai seluar panjang.

Keadaan itu menyebabkan bapanya yang menunggu di luar pusat pemeriksaan bergegas ke pasar raya.

Sementara menunggu bapanya tiba, Jublee diberi langsir untuk menutup kakinya dan mengambil peperiksaan.

Apa yang berlaku menyebabkan Jublee berasa tidak senang dengan setiap individu yang ada di zon selesa dan hairan mengapa tiada mempersoalkan lelaki memakai rompi.

"Beberapa lelaki berkeliaran di tempat awam dan tidak ada yang mempersoalkannya. Jika seorang gadis memakai seluar pendek, ada saja orang menuding jari," tambahnya.

Jublee berkata, pas masuk ke dewan peperiksaan tidak menyatakan adanya etika berpakaian.


Kredit foto: Ground Report

"Beberapa hari yang lalu, saya muncul untuk ujian lain di bandar sama, memakai pakaian sama tetapi tidak ada apa yang berlaku.

"AAU tiada peraturan mengenai seluar pendek dan tidak dinyatakan dalam pas masuk. Jadi, bagaimana saya maklum mengenai peraturan itu?" soalnya.

Susulan insiden berkenaan, Jublee merancang untuk menulis surat kepada Menteri Pendidikan Assam dan memberitahunya maklumat kejadian itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rayna90 20-9-2021 03:04 PM
Teringat masa sekolah menengah. Classmate aku pakai pinafore pastu ustazah suruh pakai whole set telekung sepanjang class agama
Quote batmana 20-9-2021 03:50 PM
tkkn tkde kod etika pemakaian kt sekolah..

cam pelik aja
Quote edayildiz 20-9-2021 03:53 PM
sekolah dia takde baju sekolah ke?
Quote Belibis 20-9-2021 04:04 PM
Agenda taliban dah masuk india??
Quote heythere123 21-9-2021 01:13 PM
tapi kan memang kalau masuk tempat exam ada etika pemakaian? salah dia la kalau tak follow.

Macam tak sopan pon ada nak masuk tempat exam dengan pakaian gitu.
Quote Kitty_catz 21-9-2021 01:37 PM
byk sekolah ada dress code

kut sekolah anak meols,  jeans tabbely, kasut  open toes for girls tabbley, sleeveless tabley, tshirt tabbley, leggings tabbley, kena spare blazer bagai, mcm nak pi kerja.. apatah lagi shorts atas lutut..

ni amek periksa pulak tu, apa da... yennadei!!

Quote becir 21-9-2021 02:24 PM
Rayna90 replied at 20-9-2021 03:04 PM
Teringat masa sekolah menengah. Classmate aku pakai pinafore pastu ustazah suruh pakai whole set tel ...

Zaman Tu mmg Kan, ustazah purposely tarik budak2 melayu pakai pinafore pastu malukan diaorg depan kelas..kat uni I selatan tanah air lecturer lelaki sibuk paksa students pempuan pakai tudung time kelas dia..cam kimk je
Quote Rayna90 21-9-2021 02:50 PM
becir replied at 21-9-2021 02:24 PM
Zaman Tu mmg Kan, ustazah purposely tarik budak2 melayu pakai pinafore pastu malukan diaorg depan  ...

I plak dekat uni, I kena paksa pakai tudung dalam kelas Arab. Arab bukan kelas agama pun, kelas bahasa kot. Ustaz sama mengajar pendidikan islam so I pakai tudung masa kelas agama je.

Then kelas Arab dia sound I jangan sampai saya bawa daun keladi tutup kepala awak Koh koh koh
Quote Skuau 21-9-2021 03:18 PM
Lain negara...tada beksin..tada sekolah.....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.051588 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top