CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Tiada Lelaki Takutkan Isteri, Cuma Rasa Hormat" - 'Ip Man' Tolak Babak Ranjang

20-9-2021 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5835| Komen: 33

Description: Pelakon terkenal dari Hong Kong, Donnie Yen berkata, dia terbuka untuk melakonkan apa sahaja watak yang ditawarkan dalam drama atau filem.
Pelakon terkenal dari Hong Kong, Donnie Yen berkata, dia terbuka untuk melakonkan apa sahaja watak yang ditawarkan dalam drama atau filem.


Kredit foto: IG Donnie

Donnie, 58, bagaimanapun menolak untuk melakonkan aksi intim termasuklah babak di ranjang kerana enggan melukakan hati isteri dan anak-anak.

Malah, dia tidak kisah jika ada mana-mana pihak yang berasa kurang senang dengan pendiriannya itu, lapor Tabloid.

"Saya tidak mahu anak-anak melihat adegan ranjang bapa mereka ketika mereka sedang membesar," katanya.




Dalam pada itu, pelakon filem Ip Man ini berkata, keputusannya itu bukanlah dipengaruhi isteri, Cissy Wang, sebaliknya kerana rasa hormat.

"Tidak ada lelaki di bumi ini yang takutkan isteri, cuma rasa hormat itu ada," ujarnya.




Donnie sebelum ini meraikan ulang tahun perkahwinan ke-18 mereka dengan menulis ungkapan istimewa buat isterinya di media sosial.


Sumber: mStar 

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 20-9-2021 11:00 AM
Cantiknya wife dia. Aku minat dia berlakon film Dragon ke apa title dia ntah, yg dia jd org kampung muka kesian tp sebenarnya big bro grup jahat.

Anyway, bagus la dia pikir perasaan bini dgn anak2. X mcm retis muslim yg kata perlu peluk2 pegang2 buat muka horny atas katil demi menjayakan watak.. Puihhhh
Quote musangbodoh 20-9-2021 11:06 AM
cite dia lwn mamat yg lumur garam kt muka tu best...
Quote my_irina 20-9-2021 11:17 AM
Selain Keanu Reeves...Donnie Yen ni pun antara penarik utama dlm JW4..x sabar nak tgk!!!!
Quote nad014 20-9-2021 11:19 AM
cantiknya bini dia , terinspirasi  betul
Quote Scheherazade 20-9-2021 11:20 AM
Bgsla, jaga hati wife & anak2. Doter pun lawa. Aku suka scene lawan dia dlm ip man.
Quote Cik_jantung 20-9-2021 11:45 AM
Edited by Cik_jantung at 11-1-2022 06:38 PM

..........
Quote JohnyEnglish 20-9-2021 11:46 AM
Bini nama Wang,laki nama Yen
Quote maitang 20-9-2021 11:51 AM
dia ni aku rasa x ensem taaaapiiii bila start je fighting scene terus wow wow wow ko sgt kacakkkkk.
Quote LadyCarefree 20-9-2021 11:51 AM
Teringat lak adegan arun ajis dgn maya karin kemban peluk2 atas katil. LOLLLL
Quote acikbrown 20-9-2021 11:54 AM
Hormat menghormati antara pasangan penting dlm setiap hubungan.
Quote helicornia 20-9-2021 11:54 AM
betul la apa dia ckp tu
aku pun terpikir gak, pelakon yg dok berlakon adegan ranjang or soft porn ni, camne anak dia rasa bila dh besar n tengok lakonan mak bapak depa
Quote KIM.K 20-9-2021 11:57 AM
my_irina replied at 20-9-2021 11:17 AM
Selain Keanu Reeves...Donnie Yen ni pun antara penarik utama dlm JW4..x sabar nak tgk!!!!

Belagak giler john wick tu. Muka sayu macam pastor tapi bunuh olang pasal anjing mati n kete kena curi

Keanu ni reverend freemasin macam stinger
Quote adelea 20-9-2021 12:10 PM
my_irina: Selain Keanu Reeves...Donnie Yen ni pun antara penarik utama dlm JW4..x sabar nak tgk!!!!


Ohh JW 4 ads Donnie Yen...
Tak sabaunya nak tgk .. lama sgt nunggu sambungan dr John Wick 3
Quote chinta89 20-9-2021 12:32 PM
Aku suka tgk dia berlakon Ip Man
Quote Mini.Me 20-9-2021 12:45 PM
Yeah that's it...tak terjejas pon jalan cerita kalau takde babak2 tu...lain laa cerita p*rn
Quote nadie90 20-9-2021 01:01 PM
Baguslah.....wlpun dah berlakon di Hollywood tapi masih utama kan family dulu....untung bini dgn anak2
Quote umbut 20-9-2021 01:06 PM
Wowww... 58??? Macam 48
Quote johan-adx 20-9-2021 01:11 PM
dia berlakon dan terkenal kerana bakat dan skill...bkn beromen je
Quote Kerexxx 20-9-2021 01:39 PM
my_irina: Selain Keanu Reeves...Donnie Yen ni pun antara penarik utama dlm JW4..x sabar nak tgk!!!!


Alamak, mesti dia jd ayam mcm mark dacascos dlm jw3 tu...jd mangsa belasan si keanu reeves je
Padahal dia legend.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.163451 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top