CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aunty Ini Nak Peluk Islam, Diajar Ucap 2 Kalimah Syahadah Sebelum Ditidurkan

20-9-2021 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5715| Komen: 25

Description: Kisah seorang wanita warga emas berbangsa Cina yang sedang menerima rawatan akibat jangkitan Covid-19 dikatakan mahu memeluk agama Islam sebelum ditidurkan di sebuah hospital tular di media sosial, ha ...
Kisah seorang wanita warga emas berbangsa Cina yang sedang menerima rawatan akibat jangkitan Covid-19 dikatakan mahu memeluk agama Islam sebelum ditidurkan di sebuah hospital tular di media sosial, hari ini.


Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah menerusi laman Facebook hari ini memuat naik sebuah klip video memaparkan tiga jururawat berada di samping warga emas itu dengan seorang daripada mereka mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.


Kredit foto: FB

“Sebelum ditidurkan aunty (mak cik) ini minta disyahadahkan dua kalimah,” tulisnya dalam kapsyen hantaran tersebut malam ini.

Wanita itu kelihatan melafazkan kalimah suci itu satu persatu dengan agak lancar tanpa menghadapi masalah.

Dalam pada itu, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung dalam satu hantaran di laman Facebook beliau berkata, warga emas itu semakin beransur sihat dan dia tidak ditidurkan.


Loading FB Post...

“Seorang daripada anaknya juga telah lebih awal memeluk Islam. Kejadian ini dikatakan berlaku di Hospital Duchess of Kent, Sandakan di Sabah,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen seorang pemilik akaun Facebook bernama Azlinah Awlynn tampil mengaku dirinya merupakan menantu kepada warga emas itu.

Menurut wanita itu, ibu mertuanya kian beransur pulih meskipun sebelum ini disahkan doktor berada dalam fasa kritikal.



Kebanyakan netizen menyifatkan wanita itu sangat beruntung kerana diberi hidayah dan mendoakan kesembuhan wanita itu.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 20-9-2021 10:40 AM
Hidayah itu mmg milik Allah.. Dia boleh bg dan Dia boleh tarik balik.. ygbkn isle terpikat dgn isle.. yg isle pulak terpikat jd lgbt... terus langgar arahan Allah..


Moga auntie ni terus sihat semula dpt beribadat utk akhirat.. aku jeles dgn auntie nii sbb Allah naikkan darjat dia
Quote Buritan 20-9-2021 10:44 AM
Sayu pulak aku tengok video ni.. dah jd dewa sayu pulak aku hari ni.. koh koh
Quote noor2 20-9-2021 11:37 AM
Sebak.......semoga dipermudahkan Allah...beruntungnya dia
Quote LadyCarefree 20-9-2021 11:55 AM
Buritan: Hidayah itu mmg milik Allah.. Dia boleh bg dan Dia boleh tarik balik.. ygbkn isle terpikat dgn isle.. yg isle pulak terpikat jd lgbt... terus langgar  ...


Kesianlah mereka yg Allah tarik balik. Dah takdir kah? Kalau gitu janganlah kutuk even yg xpakai totop ghambot. Bukan salah dia.
Quote Scheherazade 20-9-2021 12:01 PM
Alhamdulillah. Semoga aunty terus dikurniakan kesembuhan.
Quote supernaturalee 20-9-2021 12:38 PM
alhamdulillah


Quote I.K.A888990 20-9-2021 01:48 PM
Alhamdulillah semoga cepat sembuh
Quote missus_meow 20-9-2021 01:58 PM
Alhamdulillah. Semoga cepat sembuh.
Quote 3480 20-9-2021 02:03 PM
Alhamdulillah.. Aku yg keluor ayor mate
Quote KamikuP 20-9-2021 02:48 PM
Alhamdulillah. Hidayah itu milik Allah.
Quote R2D2 20-9-2021 03:27 PM
Anak gembira ibu pesakit Covid-19 peluk Islam di katil hospital
Diterbitkan:  Sep 20, 2021 3:03 PM
⋅
Seorang pesakit Covid-19 yang memeluk Islam di katil hospital tempatnya menerima rawatan, melahirkan kegembiraan dengan agama barunya itu.

“Aku sudah sah Islam,” kata Laimi @ Nur Laila Tinggi, 66, yang berketurunan Dusun dan dilahirkan dalam agama Kristian dari Beluran.

Itulah reaksinya selepas memeluk agama Islam, seperti yang dikongsikan oleh anak sulungnya Firdaus Fringco Abdullah, 45.

Sebuah video berdurasi dua minit yang memaparkan Nur Laila mengucap dua kalimah syahadah ketika terbaring di atas katil dan bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan, di hadapan tiga jururawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di Sandakan, tular sehingga mengundang tanggapan netizen bahawa dia memeluk Islam tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

“Kami (keluarga) membuat panggilan video minggu lepas dan pada masa itu ibu menyatakan niatnya (untuk memeluk Islam) yang menyentuh hati kami,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Sandakan hari ini.

Firdaus berkata beliau membuat hantaran dalam Facebook untuk menjelaskan tanggapan yang timbul mengenai keadaan ibunya ketika menerima rawatan di HDOK.

“Saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan hal itu menerusi Facebook kerana ibu saya masih mempunyai saudara-mara yang bukan Muslim.

“Ibu pernah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam kerana empat daripada lima anaknya serta beberapa adik-beradiknya juga telah memeluk Islam,” katanya.

Firdaus berkata beliau telah menghubungi seorang pegawai di hospital itu memohon sekiranya ibunya boleh dibimbing untuk mengucap dua kalimah syahadah di atas katil hospital dan kira-kira 4 petang 9 Sept lepas ibunya sah bergelar saudara baru.

Beliau berkata Nur Laila yang menghidap penyakit buah pinggang dan telah melengkapkan vaksinasi Covid-19, dimasukkan ke hospital pada 4 Sept dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Alhamdulillah, ibu saya semakin pulih dengan tiada lagi batuk dan dia juga boleh merasa makanan sekarang.

"Ibu tidak ditidurkan dan tidak dirawat di unit rawatan rapi,” katanya.

Firdaus berkata ibunya belum lagi dibenarkan keluar dari hospital dan masih dalam pemantauan berikutan keadaan buah pinggangnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan kakitangan kesihatan atas dedikasi mereka dalam merawat pesakit Covid-19 termasuk sepanjang rawatan ibunya di HDOK itu.

“Mereka (hospital dan kakitangan kesihatan) wajar diiktiraf sepanjang masa. Perkhidmatan mereka melangkaui tugas yang bukan hanya perubatan tetapi juga kemanusiaan,” katanya.

- Bernama
Quote nononcrux 20-9-2021 03:37 PM
Buritan replied at 20-9-2021 10:44 AM
Sayu pulak aku tengok video ni.. dah jd dewa sayu pulak aku hari ni.. koh koh

bur, tu mmg cara kau gelak ka? dah mcm kucing aku tercekik bulu dah..
Quote Artemesiaa 20-9-2021 03:41 PM
Syukur kesihatannya makin membaik
Quote Buritan 20-9-2021 04:29 PM
LadyCarefree replied at 20-9-2021 11:55 AM
Kesianlah mereka yg Allah tarik balik. Dah takdir kah? Kalau gitu janganlah kutuk even yg xpakai ...

Wallahualam. Aku pun tak tau..
Quote Buritan 20-9-2021 04:31 PM
nononcrux replied at 20-9-2021 03:37 PM
bur, tu mmg cara kau gelak ka? dah mcm kucing aku tercekik bulu dah..

Lebih kurang laaaa.. sbb aku suke kucing.. jd sore kucing masa semput aku tiru
Quote nakkomenjugak 20-9-2021 05:26 PM
Alhamdulillah... Moga mudah urusan aunty ni
Quote edayildiz 20-9-2021 07:47 PM
sebaknya tengok bideo itew..
gws auntie
Quote 3chanceno 20-9-2021 08:11 PM
Alhamdullilah..semuga kita semua di dalam rahmat Allah
Quote Zeatyisaac 20-9-2021 08:19 PM
Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan aunty Laila dan dikurniakan kesembuhan semoga dapat menyempurnalan ibadah sebagai seorang Muslim..... aamiin.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.183698 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top