CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

26 Penghuni Rumah Orang Tua Positif Covid-19

20-9-2021 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2503| Komen: 11

Description: Langkah-langkah pencegahan sewajarnya telah dilakukan pihak pengurusan Rumah Orang-orang Tua Simee di sini termasuk kerja-kerja pembersihan berikutan kes jangkitan positif Covid-19 melibatkan 26 orang ...
Langkah-langkah pencegahan sewajarnya telah dilakukan pihak pengurusan Rumah Orang-orang Tua Simee di sini termasuk kerja-kerja pembersihan berikutan kes jangkitan positif Covid-19 melibatkan 26 orang penghuninya.


Rumah jagaan tersebut menempatkan kira-kira 43 orang penghuni warga emas yang berusia antara 65 hingga 80 tahun.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh berkata, jangkitan bermula apabila dua orang penghuninya demam Rabu lalu dan ujian saringan yang dilakukan kemudian mendapati salah seorang daripada mereka positif Covid-19.


Kredit foto: Kosmo/Media Mulia

Menurut beliau, susulan itu ujian saringan dilakukan oleh pihak pengurusan rumah berkenaan dan mengesan 14 penghuninya positif lalu dikenakan kuarantin manakala kerja-kerja disinfeksi dilakukan.

“Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Jenny Choy telah menghubungi pihak Jabatan Kesihatan Daerah (JKD) Kinta pada Khamis bagi menjalankan ujian saringan lanjut pada 14 penghuni tadi.


“Hasil saringan itu, seramai 10 penghuni telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi rawatan lanjut manakala empat yang lain terus menjalani kuarantin di rumah berkenaan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook.

Ujian saringan yang dijalankan oleh pihak JKD Kinta terhadap penghuni lain dan petugas rumah kebajikan itu mendapati kesemuanya negatif Covid-19.

Bagaimanapun, 10 lagi penghuni dikesan positif pada Sabtu lalu.

Kata Kah Woh, dua daripada penghuni yang dirawat di HRPB kini telah dibenarkan keluar setelah keadaan mereka pulih manakala yang lain dirawat termasuk di Hospital Sungai Siput.

“Kejadian jangkitan ini mengejutkan memandangkan rumah kebajikan ini tidak menerima pelawat sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan tahun lalu.

“Buat masa ini tiada lagi kes positif dikesan dan kita akan memantau situasi dari semasa ke semasa,” ujarnya. 


Sumber: K! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 20-9-2021 04:31 PM
macam mana dengan pekerja? bebas keluar masuk ke?
takan jangkit dari maid keluar buang sampah kot
Quote trexxxxxi 20-9-2021 04:34 PM
Rumah ni tepi jalan jah tak silap
Dulu selalu lalu depan umah org tua2 ni time nak pegi dan balik kelas

Mungkin jangkitan melalui udara
Quote noor2 20-9-2021 04:36 PM
Bahaya nya ....harap semua sihat kembali...
Quote Artemesiaa 20-9-2021 04:36 PM
Pasti jangkitan dari pekerja rumah tu tak pun pekerja penghantar barangan keperluan mereka.
Quote 3chanceno 20-9-2021 04:39 PM
Kesiannya pada semua yang terlibat..warga emas nie immune system tak kuat lagi2 yang ada penyakit
Quote manzilla 20-9-2021 04:42 PM
Artemesiaa replied at 20-9-2021 04:36 PM
Pasti jangkitan dari pekerja rumah tu tak pun pekerja penghantar barangan keperluan mereka.

Tidak mungkin pekerja. Kesemuanya sudah selamat dicucuk. Salahkan kucing jiran.
Quote Artemesiaa 20-9-2021 04:47 PM
manzilla replied at 20-9-2021 04:42 PM
Tidak mungkin pekerja. Kesemuanya sudah selamat dicucuk. Salahkan kucing jiran.

Dah cucuk bukan jaminan tak boleh menjakiti orang lain hanya ramai yang tak tahu mengenainya.
Quote manzilla 20-9-2021 05:00 PM
Artemesiaa replied at 20-9-2021 04:47 PM
Dah cucuk bukan jaminan tak boleh menjakiti orang lain hanya ramai yang tak tahu mengenainya.

Tauke keparat masih belum tahu.
Quote KIM.K 20-9-2021 05:16 PM
Staf simee la kot. Atau jangkit dari klinik
Quote green~tea 20-9-2021 05:20 PM
Haruslah jangkit dari staff... my uncle yg duduk pusat jagaan pun meninggal last month jangkit dari staff
Quote white_musk 20-9-2021 05:28 PM
Tetap nak salahkan orang lain....

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.056999 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top